Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI Berdasarkan pemerhatian saya, terdapat beberapa kelemahan murid dalam kemahiran lisan dan membaca.

Dalam kemahiran lisan, segelintir murid tidak dapat memberikan respons yang betul apabila diberikan rangsangan. Contohnye apabila ditanyakan soalan, beberapa murid tidak dapat memahami kehendak soalan dan tidak menunjukkan tindak balas yang sepatutnya. Murid tahun 4 sepatutnya sudah boleh bertindak balas dengan rangsangan yang diberikan. Namun segelintir yang mempunyai masalah mungkin disebabkan persekitaran mereka. Dalam perbualan harian, mereka tidak menggunakan ayat yang lengkap semasa berbual. Wacana yang cuba disampaikan hanya dapat difahami dalam kalangan mereka sahaja. Mereka juga tidak didedahkan dengan kosa kata baharu semasa berbual dengan orang-orang di sekeliling mereka. Apabila rangsangan menggunakan kosa kata yang tidak dapat difahami, mereka akan terkeliru dan tidak mampu memberikan tindak balas sepatutnya. Dalam kemahiran membaca pula, masih ada murid yang tidak dapat membaca dengan lancar. Mereka perlu mebatangkan suku kata demi suku kata untuk membaca perkataan yang panjang melebihi lima suku kata. Ini kerana kebanyakkan perkataan yang mempunyai lima suku kata atau lebih datang dari kata terbitan atau kata pinjaman bahasa Inggeris. Perkataan berimbuhan tiada masalah bagi murid menyebutnya namun kata pinjaman bahasa Inggeris mugkin menyukarkan murid. Murid juga masih belum fasih dalam sebutan beberapa huruf. Mungkin kerana faktor biologi murid seperti lidah pendek dan sebagainya, murid tidak mampu menyebut huruf dengan betul. Sebagai seorang bakal guru, tugas saya untuk mengkaji masalah-masalah ini dan mencari langkah penyelesaian. Dalam tugasan saya, saya menggunakan strategi menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik di samping teknik yang tidak selalu dilakukan murid. Saya menggunakan slaid persembahan untuk ditanyangkan kepada murid dan juga video. Melalui video, murid dapat mendengar sebutan perkataan yang betul dan mereka dapat belajar melaluinya. Di samping itu, penggunaan topeng muka menarik minat murid untuk melakukan teknik yang saya kemukakan iaitu teknik teater membaca. Murid akan tertarik dan akan merangsang murid untuk melakukan yang terbaik dan meningkatkan prestasi pembacaan murid-murid. Teater Membaca ini

menggalakkan murid membaca sambil berteater. Murid melakukan gerak aksi yang sama dengan dialog yang dibacakan. Dengan ini, dapat menunjukkan murid faham akan makna perkataan yang dibacanya itu.

Anda mungkin juga menyukai