Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

PROGRAM “MAI MAKAN BUAH TEMPATAN”


18 JULAI 2018 – DEWAN IXORA SMK SEKSYEN 27
ANJURAN PPKI SMK SEKSYEN 27

Masa CUE ANN 1

10.30 am Setelah semua Daun Layu di tengah gurun


hadirin berada di Nampak jalur pohon cemara
tempat duduk Tradisi Melayu turun temurun
Pantun ditutur pembuka bicara

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, dan Salam


Sejahtera.

Yang Berbahagia Pn. Hajah Mahani binti Misran


Pengetua SMK Seksyen 27

Yang Berusaha Pn. Zaiton binti Abu Hassan


Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Mulia Pn. Tengku Norhayati binti Tengku Mohamad


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Berusaha Pn. Jusmaiwati binti Jusoh


Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Berusaha Pn. Nik Azmawati binti Awang


Penolong Kanan Pendidikan Khas

Yang Berbahagia Dato’ Dr. Shahrizan bin Samdin


Yang Di Pertua PIBG SMK Seksyen 27

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran

Guru-guru dan Pembantu Pembantu Pengurusan Murid

Seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian.

Masa CUE ANN 2

10.35 am Setelah semua para Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta


tetamu jemputan mengalu-alukan kehadiran yang berbahagia Pn. Hajah
dan hadirin duduk Mahani, Dato’ Shahrizan, barisan pentadbir dan hadirin yang
dimuliakan ke Program ’Mai Makan Buah Tempatan’ yang
julung kalinya dianjurkan oleh PPKI sekolah ini.
Masa CUE ANN 3

10.40 am Bacaan doa Kalau pergi ke Tanjung Keramat


Singgah sebentar rumah Cik Mamat
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan adik hafiz


Fitri untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya
mempersilakan.

Selepas bacaan doa Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih atas bacaan doa itu tadi.

Masa CUE ANN 4

10.45 am Kata Alu-aluan Ke Pekan Kuala membeli bingka


Juruacara Sayang pesanan terlupa sudah
Majlis bermula tirai dibuka
Dengan alunan madah nan indah

Kuntum melati tumbuh melata


Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana


dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama
sekali lagi dalam Program ’Mai Makan Buah Tempatan’
anjuran Program Pendidikan Khas SMK Seksyen 27, Shah
Alam.

Untuk makluman semua, Program ’Mai Makan Buah


Tempatan’ ini merupakan satu inisiatif yang diambil dan
dilaksanakan oleh barisan Guru PPKI dalam menyampaikan
pengajaran bertema kepada pelajar PPKI. Program yang
dianjurkan ini juga adalah selaras dengan silibus
pembelajaran bagi mata pelajaran Sains Sosial & Alam
Sekitar.

Objektif yang ingin dicapai melalui Program ’Mai Makan Buah


Tempatan’ ini ialah:

1. Memperkenalkan nama, bentuk dan warna pelbagai jenis


buah-buahan serta rasa bagi setiap jenis buah.

2. Menyampaikan maklumat tentang khasiat setiap jenis


buah-buahan tempatan.

Selain itu, program ini juga diharapkan dapat menggalakkan


pelajar-pelajar PPKI menjadikan buah-buahan tempatan
sebagai pilihan dalam diet pemakanan seharian mereka.
Masa CUE ANN 5

10.48 am Ucapan Perasmian Hadirin sekalian,


Pengetua
Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Kalau tuan pikat kenari


Jangan patahkan batang jerami
Kepada tuan sembah diberi
Mohon rasmikan majlis kami

Hadirin yang dihormati,

Bagi meneruskan majlis pada pagi ini, majlis dengan segala


hormatnya menjemput dan mempersilakan Pn. Hajah
Mahani binti Misran, Pengetua SMK Seksyen 27 untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Program
’Mai Makan Buah Tempatan’.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Masa CUE ANN 6


10.55 am Setelah selesai Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas
ucapan Perasmian kesudian Pn. Hajah Mahani menyampaikan ucapan dan
Pengetua seterusnya merasmikan program kita pada pagi ini.

Seterusnya, sebagai simbolik perasmian Program ’Mai


Makan Buah Tempatan’, majlis dengan hormatnya sekali lagi
menjemput Pn. Hajah Mahani untuk menyempurnakan gimik
perasmian. Dipersilakan.

Pihak majlis dengan penuh takzim memohon agar Pn. Hajah


Mahani terus berada di pentas bagi upacara penyampaian
hadiah.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Tibalah masa yang dinantikan, iaitu upacara Penyampaian


Hadiah bagi Pertandingan Dekorasi Pameran Buah.

Untuk itu, majlis mempersilakan Yg Berusaha Pn. Nik


Azmawati, Penolong Kanan Pendidikan Khas untuk
menjemput dan mengiringi Yg Bhg Pn. Hajah Mahani,
Pengetua SMK Seksyen 27 menyampaikan hadiah kepada
para pemenang.

Senarai nama pemenang:


3.
2.
1.
Masa CUE ANN 7

11.10 am Setelah selesai Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


penyampaian kasih kepada Yg Bhg Pn. Hajah Mahani atas kesudian
hadiah menyampaikan hadiah-hadiah sebentar tadi.

Jamuan makan Lebat rumbia di Sungai Kedah


Sayang senduduk di tepi muara
Padamu tuan kami persembah
Santapan kasih juadah mesra

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis seterusnya diteruskan dengan jamuan buah-buahan


tempatan. Untuk itu, majlis sekali lagi menjemput adik Hafiz
Fitri untuk mengetuai bacaan doa makan.

Setelah selesai Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.
bacaan doa.
Kalau tuan pikat cemara
Buatlah bara bakar selasih
Sudilah tuan jamu selera
Hidangan mesra pengikat kasih

Dengan itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


hadirin sekalian untuk menjamu hidangan buah-buahan
tempatan yang telah disediakan.

Masa CUE ANN 8

12.30 am Penutup Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Berakhirlah sudah Program kita pada hari ini. Diharapkan


majlis ini dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada kita
semua.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah


menjayakan Program ’Mai Makan Buah Tempatan’ pada kali
ini. Dengan itu, majlis di akhiri dengan dua rangkap pantun :

Di atas dahan pohon tempua


Melihat rusa tepi perigi
Salam perpisahan untuk semua
Di lain masa bersua lagi

Bunga seroja di atas cemara


Jatuh sekuntum di atas para
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua yang kami pinta

Sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullah w.b.t

Anda mungkin juga menyukai