Anda di halaman 1dari 8

SKRIP JURUACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SK (FELDA) BUKIT PUCHONG 15 NOVEMBER 2010 8.

30 PAGI DEWAN SK IBN KHALDUN SKBP


MASA CUE ANN

8.00 pagi

Ketibaan VVIP

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia .............................................................. Pegawai Pelajaran Daerah Bera, diiringi oleh Tn Hj Sazali Bin Baba (Guru Besar SK Felda Bukit Puchong) bersama Guru-guru Penolong Kanan, YDP PIBG dan AJK PIBG

8.35pg 5 min 8.10 (3)

(2) Selepas semua tetamu khas sampai di kerusi VIP Nyanyian Lagu Negara Ku, Lagu Untuk Negeri Pahang dan Lagu Sekolah

Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

- Yang Berbahagia Pegawai Pelajaran Daerah Bera - Yang Berusaha Tn Hj Sazali Bin Baba Guru Besar SK Felda Bukit Puchong - Yang Dihormati En Misbari Bin Pengurus Felda Bukit Puchong - Yang Dihormati En Salleh Bin Samingon Pengurus Technoplant Felda Bukit Puchong - Yang Dihormati Tn Hj Mohamad Amin Bin Sardi Yang DiPertua PIBG SK Felda Bukit Puchong Yang Berusaha Guru-guru Penolong Kanan, AJK PIBG SKBP, Guru-guru, Para Ibu bapa, penerimapenerima anugerah, tuan-tuan, puan-puan dan hadirin yang dihormati;

2
Assalammualaikum w.r.t dan selamat Sejahtera. Hari lusa kambing, lembu bahkan unta akan dikorbankan Kerana tergolong berkaki empat halal punya binatang Kedatangan tuan dan puan amat kami alualukan Diucapkan Terima kasih dan juga Selamat datang Pihak majlis mengucapkan setinggi-tingi penghargaan dan terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia ................................................................ ..................................... hadir ke majlis murni ini. Pihak majlis juga mengucapkan selamat datang kepada semua ibu bapa dan waris ke Majlis Anugerah Cemerlang 2009 .

(4) 8.45pg 5min Mengenal pasti kedudukan pembaca doa.

Bagi memberkati majlis Anugerah Cemerlang 2010 ini, majlis diteruskan dengan bacaan doa. Dengan hormatnya dipersilakan Al Fadzil Ustaz Kamarul Zaman Bin Shaharudin untuk memimpin bacaan doa.

(5) 8.50pg 1min Sebaik-baik saja pembaca doa duduk.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati Al Fadzil Ustaz Kamarul Zaman Bin Shaharudin

8.51pg 5min

(6) Mengenal pasti Guru Besar

Meneruskan acara, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Sazali Bin Baba selaku Guru Besar SKFBP menyampaikan ucapan alualuan...... Dengan segala hormanya dipersilakan.....

(7) 8.56pg 1min Sebaik-baik saja Guru Besar duduk.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tn Hj Sazali Bin Baba selaku Guru Besar SKFBP atas ucapan tadi.

3
Seterusnya, majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Dihormati Tn Hj Mohamad Amin Bin Sardi selaku Yang Dipertua PIBG SK Felda Bukit Puchong untuk memberikan sepatah dua bicara..... Untuk itu dengan segala hormatnya dipersilakan..

(8) Yang Dipertua PIBG

(9) Sebaik-baik saja YDP PIBG duduk.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati Tn Hj Amin Bin Mohd Sardi, selaku Yang Dipertua PIBG SKFBP atas ucapan beliau sebentar tadi.

(10) 8.58pg 22 min Pegawai Pendidikan Daerah Bera

Hadirin hadirat sekalian yang dihormati sekalian, Meneruskan majis kita pada pagi ini pihak majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha .................................................... Pegawai Pendidikan Daerah Bera untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Hari Anugerah Cemerlang 2010 SK Felda Bukit Puchong Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha ............................................ Pegawai Pelajaran Daerah Bera atas kesudian menyampaikan ucapan dan penyempurnaan majlis sebentar tadi. Tuan-tuan dan puan-puan, kini sempurnalah sudah majlis perasmian Hari Anugerah Cemerlang 2010 SK Felda Bukit Puchong Tuan-tuan, puan-puan dan hadirin-hadirat yang dihormati Pihak majlis dengan sukacitanya mempersilakan adikadik Prasekolah al Khindi SK Felda Bukit Puchong untuk mempersembahkan Tarian. Pasukan ini dipimpin oleh Cik Amirah Binti Abd Rahman & Cik Siti Rahida Binti Talib. Di persilakan.....

(11) 9.20 2 min Yang Berusaha ........................................... PPD Bera, duduk di tempatnya.

(12) Persembahan Tarian Selepas tamat tetamu khas menyampaikan ucapan perasmian. Pasukan Tarian Prasekolah bersedia di tepi dewan Menerima isyarat daripada pengurus pentas. 933 pg 1 min (13) Selepas pasukan Tarian Zapin Prasekolah turun pentas Peserta sajak kena

9.23 pg 10 min

Pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada anakanak comel dan cilik dari PraSekolah dengan lenggok lemah gemalai persembahan tarian yang begitu asyik dan menghiburkan.

bersedia

(14) Persembahan sajak Prasekolah

Kini, tibalah masanya kita dipersembahkan dengan deklamasi sajak yang bertajuk Guru . Sajak ini akan disampaikan oleh adik Nurul Azwa Binti Kamal

(15)

Begitu puitis dan menikam kalbu sajak yang dideklamasikan oleh adik Nurul Azwa Binti Kamal

Tuan-tuan, puan-puan dan hadirin yang dihormati, tibalah masanya upacara Graduasi PraSekolah sesi 2010. Pihak majlis dengan segala hormatnya menjemput Tn HJ Mohammad Hanif Bin Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran untuk menjemput dan mengiringi Tn Hj Sazali Bin Baba, Guru Besar SKFBP untuk menyampaikan hadiah dan sijil kepada Murid Pra Sekolah al Khindi. Dipersilakan Sijil Graduasi Prasekolah al Khindi Anugerah Murid Terbaik Keseluruhan Anugerah Berlian Anugerah Intan Anugerah Mutiara Anugerah Kehadiran Penuh

(16) Graduasi Prasekolah - murid Pra Sekolah telah bersedia di sebelah kiri dewan. - Menerima isyarat daripada pengurus peserta. - Sebut nama penerima

9.34 pg 16 min

(17) 9.50 pg Setelah selesai Graduasi Prasekolah

Pihak majlis mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tn Hj Sazali Bin Baba kerana sudi menyampaikan hadiah dan sijil kepada muridmurid Prasekolah al Khindi itu tadi. Dan sekalung tahniah kepada murid-murid Prasekolah

5
(18) Memastikan para penerima hadiah telah bersedia, menerima isyarat daripada pengurus peserta. Merujuk senarai nama penerima hadiah mengikut urutan. Untuk penyampaian anugerah yang seterusnya, majlis dengan sukacita dan hormatnya menjemput Tn Hj Sazali Bin Baba, Guru Besar SK Felda Bukit Puchong untuk mempersila dan mengiringi Yang Berusaha En...................................... Pegawai Pelajaran Daerah Bera untuk menyampaikan Anugerah Kategori Pencapaian Kelas....Dipersilakan

(19)

Pihak majlis mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berusaha ..................................... ............. Pegawai pelajaran Daerah Bera atas kesudian menyampaikan hadiah dan sijil. Majlis juga merakamkan tahniah kepada murid-murid yang berjaya.. Tuan-tuan, puan-puan dan hadirin yang dihormati. Majlis kita pada pagi ini diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi kategori Anugerah Mata Pelajaran Terbaik... Sehubungan dengan itu pihak majlis dengan segala hormat menjemput Pn Falziah Binti Mohamed, Guru Penolong Kanan HEM SKFBP untuk mempersila dan mengiringi En Misbari Bin selaku Pengurus Felda Bukit Puchong untuk menyampaikan hadiah murid-murid yang berjaya. Dengan segala hormatnya dipersilakan....

(20) Memastikan para penerima hadiah telah bersedia, menerima isyarat daripada pengurus peserta. Merujuk senarai nama penerima hadiah mengikut urutan.

10.03 pg

(21) 10.20 pg Selesai YDP PIBG menyampaikan hadiah kepada pemenang

Pihak majlis mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Pengurus Felda Bukit Puchong atas kesudian menyampaikan hadiah dan sijil dan sekalung tahniah kepada murid-murid yang berjaya Untuk memeriahkan majlis pada hari ini kita mempersilakan kumpulan murid J-QAF Tahun 2 untuk mempersembahkan nyanyian yang bertajuk al Ghina al fawakih jika diterjemahkan ke dlam bahasa melayu membawa maksud Buah-buahan Kumpulan ini dibimbing oleh Mohd Nor Pn. Mas Ruhaida Binti

(22) 10.25 pg 10 min Persembahan J-QAF Menerima isyarat pengurus pentas

6
(23) 10.35 pg Kumpulan J-QAF turun pentas Begitulah tadi persembahan Action Song daripada murid-murid J-QAF Tahun 2. Mereka bergitu berkeyakinan dan berani dalam mempamerkan persembahan meskipun dalam al lughatul arrobiah.

(24) Tarian Moden Tunas Puteri

Bagi menghangatkan lagi suasana, majlis diteruskan lagi dengan persembahan Tarian Moden oleh pasukan Tunas Puteri SKFBP. Untuk makluman hadirin, persembahan pasukan Tunas Puteri ini telah dibimbing oleh Pn Maryam Binti Zainal Abidin

Saya pasti para hadirin terhibur dengan persembahan Tarian Moden oleh pasukan Tunas Puteri itu sebentar tadi

Tuan-tuan, puan-puan dan hadirin yang dihormati. Majlis Anugerah Cemerlang 2010 diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi kategori; Anugerah Murid Berprestasi Anugerah Khas Pemulihan Kamar Bakti Anugerah Kehadiran Penuh

Tn Hj Mohamad Amin Bin Sardi Yang Dipertua PIBG

Sehubungan dengan itu pihak majlis dengan segala hormat menjemput En Khairuddin Bin Mohd Nor, Guru Penolong Kanan KoKuriukulum SKFBP untuk mempersila dan mengiringi Tn Hj Mohamad Amin Bin Sardi, selaku Yang DiPertua PIBG SKFBP untuk menyampaikan hadiah murid-murid yang berjaya. Dengan segala hormatnya dipersilakan.... Pihak majlis mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Pengurus Felda Bukit Puchong atas kesudian menyampaikan hadiah dan sijil dan sekalung tahniah kepada murid-murid yang berjaya

7
Sebagai hidangan terakhir halwa mata, telinga dan minda para hadirin untuk hari ini, marilah kita nikmati dan hayati persembahan daripada kumpulan nasyid as sohabbah....untuk makluman hadirin, kumpulan nasyid as sohabbah telah menjuari pertandingan nasyid peringkat daerah Bera dan telah mewakili daerah Bera ke pertandingan peringkat negeri Pahang. Mereka akan menyampaikan 2 buah lagu yang bertajuk Akhlak Pembentuk Jati Diri Cemerlang Dan AL Quran Panduan Hidup Begitu mersik dan merdu sekali lagu yang disampaikan oleh kumpulan nasyid as sohabbah tadi Sekarang tibalah ke kemuncak majlis pada pagi ini iaitu Penyampaian Anugerah Tokoh Kurikulum, Tokoh Kokurikulum dan Tokoh Murid 2010 Penyampaian Anugerah Tokoh Kurikulum, Tokoh Kokurikulum dan Tokoh Murid 2010 Murid telah bersedia di penjuru pentas Pihak majlis mempersilakan En. Zamri Zainal dan Pn. Zamila Ibrahim untuk membaca biodata tokoh kokurikulum lelaki 2009. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan (biodata dibaca dengan iringan muzik) Sekarang majlis menjemput Pn Rahemah Shafie Guru Besar SK Bertam Indah untuk mengiringi Yang Berbahagia Tn. Hj.Khalid Bin Ahmad PPD Utara Seberang Perai untuk menyampaikan anugerah. Dipersilakan Mohamad Azam Bin Ishak bersama kedua-dua ibu bapa untuk naik ke pentas Pihak majliis mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia Tn. Hj Khalid Ahmad menyampakan anugerah itu tadi. Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Hj Khalidi pihak majlis menjemput Pn. Rahemah untuk menyampaikan cenderamata kepada Tn. Hj. Khalid. Terima kasih Pn Rahemah dan Terima kasih Tn Hj. Khalid. 11. 02 3 min (17) Penutup Tuan-tuan puan-puan dan hadirin yang dihormati sekalian. Majlis kita telah sampai ke penghujungnya. Pihak majlis sekali lagi merakamkan ucapan terima

Persembahan terakhir

10.36 pg 24 min

11.00 pg 2 min

Setelah selesai upacara penyampaian anugerah Penyampaian Cenderamata kepada PPD

8
kasih kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Khalid Ahmad. Pegawai Pelajaran Daerah Utara Seberang Perai yang sudi hadir dan menyempurnakan majlis pada pagi ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua yang hadir dan jawatankuasa yang terlibat dalam merealisasikan majlis gemilang ini . Segala yang kurang itu datangnya dari saya dan yang baik itu semestinya dari Yang Maha Berkuasa. Sekian, wabillah hitaufik walhidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tetamu kehormat , hadirin yang dihormati di minta ke bilik Anjung Seri untuk menikmati jamuan.

Anda mungkin juga menyukai