Anda di halaman 1dari 16

FACULTY SCIENCE AND TECHNOLOGY

OUMH3313
HEALTH AND WELLNESS

ASSIGNMENT

NAME: MOHD FAIZAL BIN MOHD YUSUF


MATRIC NO:831011016559001
SEMESTER JANUARY 2016
PASIR GUDANG LEARNING CENTRE
Aktiviti 1

Gaya hidup sihat adalah amalan harian yang kita lalui di mana membuatkan diri kita
sentiasa bertenaga dan pada masa yang sama dapat mengurangkan risiko penyakit dan kematian
awal ( WHO, 1998) . Ia sangat penting dalam menjalani rutin kehidupan harian kita untuk
menjadikan diri kita sihat dan sejahtera di samping menjalinkan kehidupan yang positif terhadap
individu, institusi keluarga dan masyarakat. .

Makanan yang seimbang adalah gabungan makanan yang menyediakan nutrient yang
sihat seperti Protein, vitamin, karbohidrat, mineral dan lemak ( KKM, 2013). Sistem badan
manusia memerlukan banyak jenis nutrient dalam jumlah yang berbeza untuk pertumbuhan sel
dan metabolisme. Bekalan nutrient untuk satu individu mungkin tidak sama dengan individu
yang lain. Apa yang lebih penting adalah nutrient yang mencukupi untuk memberikan tenaga
yang cukup untuk mengekalkan kesihatan .Keseimbangan nutrien boleh dicapai dengan
memakan makanan yang betul termasuk bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran

Tidur yang berkualiti akan membuatkan tenaga badan kita segar untuk menjalani aktiviti-
aktiviti harian pada keesokan harinya. Menurut National Sleep Foundation di Amerika Syarikat
,Waktu tidur yang mencukupi bagi seorang dewasa yang berumur lingkungan 18- 65 tahun
adalah tempoh tidur sekitar 7-9 jam, Untuk remaja 8-10 jam dan kanak-kanak sekolah 9-11 jam.
Orang yang bermasalah dan sukar untuk tidur akan mengalami keletihan dan boleh menyebabkan
penyakit. contohnya insomnias , Tempoh tidur yang pendek akan meningkatkan risiko penyakit
kronik Seperti hypertensions dan kencing manis . Jangka masa tidur yang panjang juga akan
membuat badan kita letih.( Eric S. Davidson , 2012)

Senaman yang kerap adalah satu bahagian penting dalam gaya hidup yang sihat. Orang yang
sihat akan menjalani kehidupan yang lebih aktif dan lebih cenderung untuk hidup lama. Ia juga
kurang berkemungkinan untuk mendapat penyakit serius seperti penyakit jantung dan kencing
manis. Kalori akan sentiasa berada pada nutrient dalam makanan, Jika anda tidak membuang
kalori tersebut maka akan berlaku penambahan berat badan dan meningkatkan risiko terhadap
penyakit. Oleh itu senaman merupakan satu kaedah membuang kalori dengan cara membakar
kalori tersebut melalui peluh. Bersukan, senaman aerobik, berjalan kaki dan berjoging adalah
salah satu cara untuk membakar kalori tersebut . (KKM 2010) dalam garis panduan senaman
mencadangkan sekurang-kurangnya bersenam dalam kadar 3 hingga 5 kali seminggu dalam
tempoh 20- 30 minit setiap sesi bagi mengekalkan kesihatan jantung.

Gaya hidup sihat akan membuatkan seseorang itu menjalankan kehidupan yang sejahtera
terhadap keluarga dan masyarakat. Ia membuatkan individu sentiasa positif dalam menjalankan
aktiviti harian di samping dapat mengawal tekanan kehidupan. Kehidupan ini adalah sementara
dan memilih cara hidup sihat akan membuatkan kehidupan kita lebih bermakna dan berharga.

( 415 Patah Perkataan)

Aktiviti 2

Kesejahteraan dilihat mempunyai 8 dimensi. Setiap dimensi menyumbang kepada


kesejahteraan diri kita untuk meningkatkan kualiti hidup, Setiap dimensi masing-masing
memberi kesan dalam kehidupan bagi menentukan sama ada hidup sejahtera atau sebaliknya.

Mengawal emosi dengan baik adalah cara bagaimana menguruskan tekanan. Ia juga
melibatkan perhatian kita terhadap pemikiran, perasaan dan tingkah laku, sama ada positif atau
negatif. Kesejahteraan Emosi membayangkan keupayaan kita untuk memahami diri kita sendiri
dan menerima sesuatu perasaan sama ada perasaan gembira ,sedih, marah dan kecewa , dan
bukannya menafikan perasaan itu ( Jerome, 2014). Orang yang emosinya tenang akan
menjalankan kehidupan yang lebih baik terhadap keluarga, masyarakat. Seseorang yang
mempunyai kesejahteraan Emosi umumnya dicirikan dengan kegembiraan berbanding dengan
tekanan.

kesejahteraan pekerjaan adalah keupayaan untuk mencapai keseimbangan rutin kerjaya


yang bercampur dengan cabaran untuk mengekalkan prestasi kerja dalam keadaan baik,
bermakna dan bermanfaat (Jerome, 2014) .Ia juga merupakan cara menangani tekanan kerja
serta menjaga hubungan yang baik dengan rakan sekerja. Seseorang yang mempunyai
kesejahteraan pekerjaan sentiasa mendapat kepuasan peribadi dengan apa yang dilakukan
dengan kerjanya. Orang yang mempunyai kesejahteraan pekerjaan akan disenangi oleh rakan
sekerja dan sentiasa disukai oleh majikan serta memberi kesan positif kepada organisasi
pekerjaan.

Kesejahteraan intelek adalah keupayaan seseorang untuk memproses dan bertindak atas
maklumat, kemahiran penilaian dan penjelasan terhadap sesuatu , kepercayaan dan kemahiran
membuat keputusan ( Matthew, 2012) . Ia akan membentuk kemahiran berfikir dalam membuat
keputusan bagi meningkatkan kualiti hidup seharian .Seseorang yang mempunyai kesejahteraan
intelek selalunya mempunyai sikap motivasi yang tinggi, berpengetahuan dan selalu yakin pada
diri sendiri serta aktif melibatkan diri kepada aktiviti akademik, budaya dan masyarakat.
Seseorang yang tidak intelek selalunya berfikiran negative serta mudah putus asa terhadap
sesuatu perkara.

Kesejahteraan fizikal adalah keupayaan untuk mengekalkan gaya hidup sihat untuk
membolehkan kita melalui aktiviti-aktiviti harian tanpa keletihan dan tekanan fizikal ( Jerome ,
2014) . Ia juga merangkumi aspek kehidupan dengan menjaga diri dalam keadaan baik.
kesihatan fizikal boleh dibangunkan melalui gabungan aktiviti fizikal iaitu senaman, tabiat
makan yang sihat, menjaga berat badan dan mengurangkan pendedahan diri kepada alam sekitar
yang tercemar. komponen unsur kesihatan fizikal termasuk membina kekuatan badan dan daya
tahan otot. Seseorang yang mempunyai kesejahteraan fizikal sering dicirikan cergas berbanding
dengan tidak cergas

Kesejahteraan persekitaran adalah keupayaan untuk mengiktiraf tanggungjawab kita


sendiri terhadap kualiti udara, air dan tanah yang mengelilingi kita. Keupayaan untuk memberi
kesan positif kepada kualiti alam sekitar kita, sama ada rumah, komuniti atau planet kita
menyumbang kepada Kesihatan Alam Sekitar (Peggy dan Jay, 2015). .Seseorang yang
mempunyai kesejahteraan persekitaran akan mempunyai keupayaan untuk mempromosi dan
meningkatkan taraf hidup dan kualiti kesihatan

Kesejahteraan rohani adalah satu perkara peribadi yang melibatkan nilai dan kepercayaan
seseorang terhadap tujuan dalam kehidupan. ia secara umumnya dianggap sebagai hubungan
dan kepercayaan terhadap pencipta bagi mencapai ketenangan jiwa dan keadaan harmoni
kepada diri sendiri ( Matthew,2012). Kesejahteraan rohani berkait rapat kepada kepercayaan
agama dan aktiviti keagamaan demi mencapai ketenangan hidup.

Kesejahteraan sosial adalah memelihara hubungan dan cara berinteraksi terhadap orang
lain. Ia juga melibatkan pembinaan kesihatan, memupuk dan menyokong perhubungan yang baik
terhadap orang lain (Peggy dan Jay, 2015). Kesejahteraan sosial boleh dicapai dengan menjaga
kecantikan dan keseimbangan alam dan akhirnya akan membina sebuah persaudaraan dalam
kehidupan yang harmoni terhadap masyarakat. Seseorang yang mempunyai kesejahteraan sosial
akan mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan baik, mempunyai kemahiran mendengar dan
mempunyai kemahiran menguruskan sesuatu konflik.

Kesejahteraan kewangan adalah keadaan, paras atau kualiti kedudukan kewangan


seseorang atau kekayaan . Kekayaan boleh diwujudkan, dipelihara atau hilang bergantung
dengan perubahan keadaan sekeliling. Seseorang yang menghadapi masalah kewangan akan
menyebabkan kemurungan dan tertekan berbanding dengan orang yang mempunyai kewangan
yang cukup ( Matthew, 2012).

Kesimpulan dari tugasan ini menunjukkan betapa penting kesejahteraan 8 dimensi dalam
kehidupan untuk mencapai kehidupan yang harmoni. Seseorang yang ingin hidup tenang perlu
ada gabungan kesemua dimensi di dalam diri agar melalui hari-hari yang ceria dan bahagia.

( 525 patah perkataan)

Aktiviti 3

Makanan seimbang adalah makanan yang terdiri daripada karbohidrat, protein, lemak,
vitamin, mineral, garam, gula ,air dan serat yang diambil mengikut sukatan yang betul
bergantung pada keperluan individu .Bagaimanapun saya hanya mengemukakan 4 contoh
kepentingan nutrient kepada pemakanan seimbang .Pemakanan yang seimbang akan menjadikan
fizikal manusia itu lebih baik berbanding kepada mereka yang kurang menjaga aspek dan gaya
pemakanan yang seimbang ( Noorsyarzielah et al,2013).
Protein merupakan zat penting yang diperlukan oleh manusia yang mengandungi mikro
molekul organik kompleks seperti hidrogen, oksigen, nitrogen, karbon, fosfor dan sulfur serta
terdiri daripada satu atau beberapa rantaian asid amino(WHO,2007) Protein kebiasaannya
didapati dalam makanan seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. kepentingan
protein adalah menggantikan sel-sel yang mati dan rosak, melindungi badan terhadap penyakit
melalui antibodi. Kekurangan protein dalam makanan boleh menyebabkan seseorang itu mudah
mendapat penyakit kwosyiorkor yang jarang ditemui di Malaysia ( Rejikin et al,1997).

Karbohidrat merupakan sumber tenaga kepada manusia yang melalui proses


metabolisme. Ia di klasifikasi sebagai Monosakarida, Disakarida, Oligosakarida, Polisakarida(
Fili,2012).Karbohidrat terbahagi kepada 2 kategori iaitu karbohidrat sederhana dan karbohidrat
kompleks. Karbohidrat sederhana adalah sumber tenaga yang cepat diolah oleh tubuh, di antara
contoh-contoh makanan karbohidrat sederhana adalah gula pasir, gula merah, madu dan
sebagainya. Karbohidrat kompleks memerlukan masa yang lama untuk dicerna oleh tubuh dan di
antara contoh-contoh makanan ialah Nasi, gandum, jagung, kentang, roti dan lain-lain.
Karbohidrat menyumbang kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang di perlukan
manusia( Zhichao,2006).Kekurangan karbohidrat menyebabkan badan menjadi lemah.

Lemak merupakan zat makanan yang penting dan sebagai sumber tenaga yang lebih
efektif berbanding dengan karbohidrat dan protein . Lemak juga berfungsi sebagai sumber dan
pelarut bagi vitamin A,D,E, dan K ( WHO 2009).Selain itu lemak berperanan sebagai penebat
dengan menghalang haba keluar dari badan apabila terdedah dengan persekitaran suhu yang
sejuk. Pengambilan lemak yang berlebihan menyebabkan obesiti dan saluran arteri tersumbat.

Vitamin adalah mikro nutrien yang mengandungi bahan organik, Ia diperlukan oleh
badan dalam pertumbuhan normal manusia .Vitamin juga berperanan untuk mengawal kesihatan
dan mencegah penyakit (Henry,2004). Di antara contoh-contoh Vitamin adalah A sebagai
pertahanan terhadap penyakit, pertumbuhan tulang ,D berfungsi sebagai pertumbuhan normal
dan meningkatkan paras sitrat dalam darah, Vitamin E berfungsi mempertahankan saraf dan otot,
Vitamin B membantu proses metabolisme. Kekurangan Vitamin menyebabkan beberapa gejala
penyakit.
Pemakanan seimbang adalah faktor yang amat penting bagi menjaga kesihatan mental
dan fizikal serta kecerdasan minda terhadap seseorang individu. Menurut Sharif et al, 2008, Kita
akan menjadi tidak sihat jika kita mempunyai tabiat makan yang tidak sihat, Kita akan menjadi
lebih sihat jika mengamalkan tabiat makan yang sihat dan mengikut saranan pakar nutrien.

( 397 Patah perkataan)

Aktiviti 4

Diabetes merupakan satu sindrom atau penyakit akibat daripada kegagalan organ
pankreas menghasilkan insulin atau badan tidak boleh lagi menggunakan insulin dengan
berkesan( KKM 2013 ) .Insulin membolehkan glukosa memasuki sel-sel dalam badan. Sel-sel
ini yang kemudiannya akan menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga. Tanpa insulin, paras
glukosa dalam darah akan meningkat. Terdapat 2 jenis diabetes iaitu Diabetes yang bergantung
pada insulin dan diabetes yang tidak bergantung pada insulin.

Pemakanan karbohidrat adalah penting untuk menguruskan diabetes supaya


keseimbangan antara berapa banyak insulin di dalam badan dapat dicapai. Karbohidrat yang
dimakan akan menyebabkan tahap perbezaan glukosa dalam darah. Pesakit diabetes perlu
mengetahui lebih lanjut mengenai berapa banyak dan apakah makanan yang dimakan. Pengiraan
karbohidrat adalah satu teknik perancangan makan untuk menguruskan tahap glukosa dalam
darah. Ia dapat membantu untuk mengesan berapa banyak karbohidrat yang dimakan. Dengan
kaedah ini pesakit dapat menetapkan had maksimum bagi jumlah karbohidrat yang diambil.
Sebagai contoh 15 gram karbohidrat bersamaan dengan 1/3 cawan nasi,1/2 cawan oatmeal, 4-6
keping biskut kering. 1 keping roti. Mengikut Kajian America Diabetes Associated seorang
pesakit diabetes jenis 2 boleh mengambil 45-60 gram karbohidrat pada setiap hidangan. Ia juga
bergantung pada tahap pengurusan seseorang pesakit. Pesakit juga di nasihatkan supaya menjaga
3 waktu hidangan utama iaitu sarapan, makan tengah hari dan waktu malam untuk mengelakkan
risiko hipoglisemia iaitu kekurangan paras gula.

KKM ( 2009) membuat garis panduan kepada pesakit supaya mengambil makanan yang
tinggi serat dalam jumlah 20-30 gram sehari dengan kadar 5 hingga 7 hidangan. Digalakkan
mengambil makanan bijirin dan hasil bijirin seperti roti mil penuh, capati, tosey dan kuah dhal,
Oat dan kismis, prune dan bijirin mil penuh. Buah-buahan seperti epal, jambu batu, limau dan lai
adalah amat baik dan sayur-sayuran seperti sayur-sayuran hijau, kekacang dan legum. Hadkan
penggunaan minyak, santan, marjerin, mentega dengan menggantikan susu rendah lemak dan
susu skim.

Pemakanan Terapeutik untuk pesakit diabetes adalah satu kaedah penjagaan makanan
supaya dapat mengawal paras gula yang sesuai dalam darah dan mengelakkan atau melambatkan
komplikasi. Dengan makanan ini pesakit dapat memperoleh semua nutrien yang diperlukan oleh
badan di samping mencapai dan mengekalkan berat badan unggul. Kandungan gula dalam darah
yang tinggi akan mengundang komplikasi penyakit lain yang lebih teruk seperti kegagalan buah
pinggang, sakit jantung, angin ahmar, penyakit mata katarak dan penyakit lain.

( 369 Patah Perkataan)

Aktiviti 5

Gangguan makanan adalah keadaan serius berkaitan dengan tabiat pemakanan yang tidak
normal dan memberikan kesan negatif terhadap kesihatan fizikal atau mental seseorang. Terdapat
dua keadaan gangguan pemakanan iaitu bulimia nervosa dan anorexia nervosa

Bulimia nervosa adalah keadaan serius yang berpotensi mengancam jiwa. Pesakit yang
menghidap bulimia nervosa mungkin sahaja mengikut nafsu dengan makan dengan kuantiti yang
berlebihan secara berulang-ulang ( Laurissa,2013) . Ia kemudian mengeluarkan makan itu dalam
bentuk paksaan seperti memuntahkan kembali makanan yang dimakan seperti menjolok tekak,
pembersihan, puasa, penggunaan ubat laxative , enema, diuretik, dan cuba membuang kalori dengan
cara yang tidak sihat seperti memaksa diri dengan bersenam secara keterlaluan dan melampau
sehingga memudaratkan diri ( Andrew, 2009). Kelainan tersebut merupakan satu bentuk
penyeksaan terhadap diri sendiri. Selalunya pesakit akan merahsiakan keadaan mereka, pada
zahirnya mereka dianggap normal ketika makan, namun sebenarnya mereka tidak gembira
dengan makanan di sekelilingnya. Antara faktor yang menyebabkan penyakit ini adalah
perubahan besar dalam kehidupan seperti tekanan, tidak bersedia mendapat anak dan kehilangan
pekerjaan. Penyakit ini juga akan menyebabkan risiko terhadap penyakit lain seperti pereputan
gigi, kerosakan buah pinggang dan hati dan degupan jantung yang tidak normal. Pesakit boleh
dirawat dengan cara kaunseling doktor pakar fisiologi dan pakar nutrien.

Anorexia nervosa merupakan gangguan yang sukar difahami yang terdiri daripada tiga
kategori iaitu penurunan berat badan yang disengajakan dengan berterusan , Takut dengan
penambahan berat badan disebabkan keinginan yang kuat untuk menjadi kurus dan rasa takut
dengan imej badan yang herot-benyot ( Andrew, 2009) . Ia merupakan gangguan serius yang
menyebabkan kematian. Pesakit selalunya melihat diri mereka mempunyai berat badan
berlebihan walaupun pada hakikat berat badan mereka adalah kurang dan kurus. Terdapat dua
jenis Anorexia Nervosa iaitu keadaan di mana pesakit cuba menurunkan berat badan dengan
cara membuang kalori seperti diet yang melampau, senaman yang keterlaluan dan berpuasa.
Keadaan kedua adalah di mana pesakit akan menurunkan berat badan dengan cara
memuntahkan makanan atau menggunakan laxative dan diuretik. Komplikasi daripada penyakit
ini adalah tekanan darah rendah, degupan jantung yang rendah, tidak tahan dengan suhu sejuk
dan bagi wanita pula, mereka akan tidak datang haid kerana penurunan berat badan yang
melampau. . Untuk mencegah penyakit ini menjadi serius langkah yang perlu diambil adalah
dengan menjaga berat badan yang mencukupi dan Pesakit boleh dirawat dengan cara menghadiri
kaunseling daripada pakar psikologi.

Kesimpulannya, Gangguan makanan perlu diambil serius oleh setiap pesakit yang
mengalaminya. Keluarga terdekat dan rakan-rakan perlu membantu dari segi memberi sokongan
dan dorongan terhadap pesakit untuk mengharungi penyakit ini . Maklumat dalam kajian ini
hanya menyentuh secara ringkas mengenai apa yang boleh berlaku kepada seseorang yang
mempunyai gangguan makanan . Brian (2006) menyatakan Pesakit mengharapkan bahawa
orang-orang di sekeliling beliau harus mempunyai sedikit pemahaman tentang dilema yang
dihadapi beliau, sokongan yang sewajarnya perlu diberikan supaya pesakit dapat dirawat.
Dengan kaedah yang betul pesakit mempunyai harapan untuk pulih.

( 462 Patah Perkataan)


Aktiviti 6

` Salah satu matlamat utama dalam bidang mempromosikan kesihatan dan pencegahan
penyakit adalah dengan mengenal pasti faktor-faktor risiko penyakit supaya maklumat mengenai
faktor-faktor risiko boleh dikongsi dengan orang ramai (Rosniza,2014). Tujuannya adalah untuk
memberi pengetahuan dengan memberi maklumat yang tepat agar dapat merubah gaya hidup
sedia ada kepada gaya hidup yang sihat.

Mencegah penyakit biasanya bermula dengan pemakanan seimbang dan bersukan secara
aktif dengan membina kekuatan fizikal (John,2011). Langkah ini bertujuan untuk mencegah
penyakit dan seterusnya akan mengurangkan risiko penyakit seperti diabetes , penyakit jantung,
dan pelbagai jenis kanser. Ia juga akan meningkatkan kesihatan mental dan emosi dan seterusnya
akan meningkatkan kesejahteraan hidup.

Jika seseorang menghidapi penyakit, pengesanan awal adalah penting untuk


menyelamatkan nyawa seseorang dan mengurangkan penderitaan kesakitan .Ia adalah untuk
mengetahui tahap kesihatan seseorang. Pemeriksaan boleh dilakukan di klinik kerajaan atau
swasta. Pemeriksaan kesihatan secara berjadual adalah lebih baik kerana pemantauan tahap
kesihatan secara berterusan . Di antara pemeriksaan yang biasa dijalankan adalah seperti ujian
tekanan darah, ujian pemeriksaan gula dalam darah dan pemeriksaan degupan jantung oleh
doktor. Ia penting untuk mengesan pelbagai gejala penyakit atau tanda-tanda awal penyakit.
Pemeriksaan dan rawatan pencegahan berbeza mengikut penyakit tertentu. Sebagai contoh, tidak
merokok (atau berhenti merokok) adalah asas untuk mencegah kanser paru-paru. Untuk
membantu mencegah diabetes, penyakit jantung dan barah, kita boleh menjaga berat badan
unggul .

Pendidikan kesihatan adalah satu aspek yang penting dalam mempromosikan kesihatan.
Bagi menentukan aktiviti promosi kesihatan tersebut berjaya dan mencapai matlamatnya,
individu atau ahli profesional perubatan yang bertindak sebagai pendorong kesihatan harus
memahami prinsip-prinsip serta konsep pendidikan kesihatan ( Aleksandar et al,2007). Salah
satu cara untuk mendidik masyarakat untuk mencegah penyakit dengan melalui media massa.
Media massa akan mempengaruhi kepercayaan masyarakat dalam pendidikan kesihatan.
Masyarakat yang terdidik dengan kesihatan akan mengubah cara hidup yang lebih baik. Promosi
kesihatan merupakan aktiviti penyebaran maklumat untuk mempengaruhi aktiviti-aktiviti
individu,

Mempromosikan kesihatan untuk mencegah penyakit adalah salah satu aspek yang
penting demi kesejahteraan kehidupan individu. Ia merupakan perkara asas dalam membentuk
masyarakat yang sihat. Setiap individu, para profesional dan bukan profesional serta bukan
agensi kerajaan atau kerajaan mempunyai peranan masing-masing dalam aktiviti mempromosi
kesihatan. Promosi kesihatan turut melibatkan pelbagai kaedah yang memudahkan individu
mengekal dan menjaga kesihatan.

( 355 Patah Perkataan)

Aktiviti 7

Penyakit jantung koronari adalah penyakit apabila satu atau lebih pembuluh darah
menjadi sempit atau tersumbat. Ini disebabkan pemendapan kolesterol dan pembentukan plak
yang terdiri daripada kolesterol, tar dari rokok dan parut-parut tisu (Matilda, 2009). Sel-sel yang
meliputi kolesterol pada dinding pembuluh darah ini menjejaskan aliran darah ke jantung.

Pemakanan dan diet memainkan peranan yang besar dalam mencegah penyakit jantung.
kajian menunjukkan bahawa walaupun mempunyai sejarah keluarga atau kecenderungan genetik
untuk penyakit jantung, mengekalkan diet yang baik boleh mengurangkan risiko
(Norhasmah,1999) . Kebanyakan kajian telah menunjukkan bahawa diet yang tinggi dalam buah-
buahan dan sayur-sayuran, bijirin penuh dan omega-3 asid lemak (sering dijumpai dalam ikan)
membantu mencegah penyakit jantung. Mengehadkan beberapa makanan yang memburukkan
lagi penyakit jantung termasuk makanan dengan jumlah yang tinggi gula dan garam, minuman
keras, dan makanan dengan minyak.

Merokok boleh meningkatkan risiko kepada penyakit jantung koronari dan serangan
jantung. Merokok juga membahayakan orang yang tidak merokok di sekelilingnya. Merokok
menambah kemungkinan anda mengalami sakit jantung sebanyak tiga hingga enam kali. Di
antara kesan asap rokok ialah pertama, pembekuan darah. Kedua, pemendapan lemak di dinding
saluran darah dan ketiga, mengurangkan bekalan oksigen ke jantung( Alexander, 2009 ).
Berhenti merokok merupakan salah satu cara pencegahan penyakit ini, Untuk berhenti merokok
memerlukan kesedaran dan azam yang tinggi. Perokok boleh mendapatkan nasihat dan
bimbingan cara berhenti merokok di Hospital kerajaan. Ia dapat membantu mereka
meninggalkan tabiat merokok.

Senaman Fizikal merupakan aktiviti untuk mengekalkan kecergasan badan. Ia dilakukan


atas pelbagai sebab termasuk menguatkan otot dan sistem kardiovaskular. Senaman fizikal
adalah merupakan satu langkah pencegahan kepada penyakit jantung koronari, Dengan senaman
sistem peredaran darah dalam darah lancar dan menguatkan jantung (Zakaria,2007) . Miliki
jantung yang lebih sihat dengan melakukan aktiviti fizikal sekurang--kurangnya 30 minit setiap
hari mengikut keupayaan individu ( KKM, 2015). Selain bersenam, aktiviti fizikal seperti
menggunakan tangga, berjalan kaki ke tempat kerja, membuat kerja--kerja rumah dan
menggunakan kenderaan awam juga boleh dilakukan .

Pemeriksaan ujian tekanan darah adalah penting untuk mengetahui tahap tekanan darah
individu. Di antara simptom-simptom penyakit jantung koronari adalah Hipertensi, Tekanan
darah tinggi (hipertensi) boleh menyebabkan peningkatan tekanan pada sistem kardiovaskular
dan menyebabkan penyakit jantung koronari (Zakaria,2007) . Pesakit boleh menurunkan
tekanan darah melalui diet, senaman, pengurusan berat badan, dan mengelakkan tekanan dan
merokok. Salah satu cara yang terbaik untuk menurunkan tekanan darah adalah untuk
mengehadkan pengambilan garam dan alkohol . Jika seseorang mempunyai tekanan darah tinggi
sila berhubung dengan pegawai kesihatan untuk ujian tekanan darah secara tetap.

Penyakit Jantung koronari menyebabkan kadar kematian yang tinggi di Malaysia ( KKM
2007). Angka kematian semakin meningkat setiap tahun. Kesedaran tentang gaya hidup sihat
dan pengetahuan tentang pencegahan penyakit dapat mengurangkan risiko penyakit ini.

( 450 Patah Perkataan)


Rujukan:

Utusan Online 22/12/2013 , Tidur Berkualiti Untuk Kesihatan oleh Raja Intan Dianna
Azaham.

WHO( 1998) Healthy Lifestyle ,

Eric S. Davidson, Predicators Of Sleep Quantity And Quality In College Students, Southern
Illinois University Carbondale, 2012

National Sleep Foundation, USA, https://sleepfoundation.org

Malaysian Dietary Guidelines for Children and Adolescents, Ministry Of Health Malaysia,
2013

Nutrition Research Priorities In Malaysia( For 10th Malaysia Pelan 2011-2015)Ministry Of


Health Malaysia.

Amalan Cara Hidup Sihat, (2010) Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan
Malaysia.

Peggy Swarbrick & Jay Yudof. (2015). Wellness in Eight Dimensions. Collaborative Support
Programs of NJ, Inc

Jerome Nikolaos Rachele (2014). School Based Physical Activity Programs For Adolescent
Wellness improvement An Investigation Of The Associantion Between Wellness And
Physical Activity. Queensland University of Technology

Matthew Lee Nesbitt. ( 2012). Examining he Effects Of A One Semeser Health Students’
Perception Of Wellness. University Of Illinois at Urbana.

Noorsyazielah Binti Salleh. (2013) , Kesedaran Terhadap Amalan Pemakanan Seimbang


Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Merlimau Melaka, UTHM

Sharif et al 2008.Nutrition Education Intervention Improves Nutrition Knowledge


Rajikin. M.H ,Omar B & Sulaiman, S. (1997). Pemakanan Dan Kesihatan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka

World Health Organization.( 2007), Protein And Amino Acid Requirements In Human
Nutrition Technical Report Series 935

Filip Ekholm. (2012) ,Episodes In Carbohydrate Chemistry, University Abo, Finland

Zhichao Pei. (2006) ,Carbohydrate Synthesis And Study Of Carbohydrate lectin interactions
Using QCM Biosensors And Microarray Technologies, KTH Chemical Science and
Engineering, Stockholm 2006

Annals of Nutrition And Metabolism ,WHO 2009

Henry C. Lukaski (2004) , PHD ,Vitamin And Mineral Status: Effects On Physical
Performance. Nutrition Research Center, Grand Forks, USA

World Health Organization 2004,Vitamin and Mineral requirements in human Nutrition( 2nd
Edition)

Kementerian Kesihatan Malaysia( 2013),DIABETIS : Panduan Untuk Pesakit Dan Keluarga

Kementerian Kesihatan Malaysia (2009) , Management Of Type 2 Diabetis Melitus

Basiratu Ibrahim & Folake Mashopa (2015), Diet And Medication Therapy in the Treatment
of Type 2 Diabetes. Seinajoki University of Applied Sciences.

Andrew Paul Fox (2009). Volume 1, Eating Disorders, University of Birmingham

Laurissa Fauchoux (2013). Exposing Tension: The Experience Of Friendships While Living
With Bulimia Nervosa During Adolescence. University Of Saskatchew, Saskaoon.

Brian Cook (2006) . Examining Recruitment Methods For College Women At Risk For
Eating Disorders And The Relationship Between Exercised And Eating Pathology.
University Of Florida
Rosniza Aznie Hj. Che Rose.( 2014) , Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati:
Penerimaan Khidmat Saringan Kesihatan Percuma Dalam Kalangan Masyarakat Pulau
Pangkor. UKM

Dr John Lang, ( 2011). Prevention And Wellness. National Health And Hospital, Australia.

Aleksandar et al., 2007. Health Promotion And Decease Prevention, Hans Jacobs Publishing
Company.

Matilda Larson ( 2009), Quantification And Visualization of Cardiovascular Function Using


Ultra Sound. KTH Technology And Health, Stockholm

Alexander James Woods (2009) , Responses to chest pain, Development and initial evalution
of an evidence-based information resource. University of Stirling, Alliance for Self Care
Research, Department of Nursing and Midwifery.

Kementerian Kesihatan Malaysia (2015), Intervensi Faktor Risiko NCD Dalam Komuniti.
Dengan Kerjasama KEMAS.

Laporan Tahunan Kementerian Kesihatan Malaysia ( 2007).

Norhasmah Binti Sulaiman (1999), Faktor Risiko Penyakit Kardiovaskular Di kalangan


Orang Dewasa Melayu Di Rumah Pangsa Sri Pahang Bangsar, Kuala Lumpur, Universiti
Putera Malaysia

Zakaria Bin Mamat, 2007, Program Rehabilitasi Kardiak Dan Kesannya Terhadap Kualiti
Hidup Pesakit Infarkasi Miokardium Di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kelantan

Anda mungkin juga menyukai