Anda di halaman 1dari 4

Cara mengira kalori makanan http://darkbatman.

com/carapanduan-mengira-kalori-makanan/

RMR untuk lelaki= 13.7516w + 5.0033s 6.775a + 66.473 RMR untuk perempuan = 9.5634w + 1.8496s 4.6756a + 655.0955
W= berat dalam kilogram s= tinggi dalam centimeter a = umur

Contoh jika seorang lelaki berumur 20 tahun dengan berat 70kg dan tinggi 170cm: 13.7516 x 70 + 5.0033 x 170 6.775 x 20 + 66.473 = 1611 Kadar metabolisme asasnya ada 1611 kalori. Anggarkan senaman harian memerlukan 1000 kalori jadi untuk sehari anda memerlukan 2611 kalori. Manakala untuk kira kalori pula adalah dengan menumpukan pada kalori buang lemak. Bagi seorang yang mempunyai kalori 2611 sehari, kurangkan 10% daripadanya. 2611 /10070 = 1828 Diet seimbang : 40:40:20, karbohidrat 40: protein 40: lemak 20. 40/100 x 1828 = 731 20/100 x1828 = 366 Kiraannya, anda memerlukan731 kalori daripada karbohidrat, 731 kalori daripada protein dan 731 kalori dari lemak. Mungkin ada yang tak tau, 1g karbohidrat = 4 kalori, 1g protein = 4 kalori manakala 1g lemak = 9 kalori. 731/4 = 183 366/9 = 41 Jadi, kiraan yang betul pengambilan makanan adalah 183 g karbohidrat, 183 g protein dan 41 g lemak.
http://tayibah.com/eIslam/piramid.htm6,9,2011

Kepentingan makanan seimbang 1. Daya tahanan yang tinggi daripada serangan penyakit -Tiamina (Vitamin B1) Biji bunga matahari, makanan dari bijirin dan kekacang kering Perlu untuk metaboliesma karbohidrat dan otot. Meningkatkan fungsi saraf dengan sempurna. - Riboflavin (Vitamin B2) Hati, susu, bayam, mee yang diperkaya dan kulat atau cendawan Diperlukan oleh tubuh untuk metabolisma semua jenis makanan dan mengeluarkan tenaga dan selsel. Diperlukan oleh vitamin B6 dan niasin. -Niasin (Vitamin B3) - Niasin ditukarkan kepada niasimid dalam tubuh. Cendawan, kulat, ikan tuna, ayam, daging, kacang tanah, bijirin diperkaya. Diperlukan oleh enzim-enzim yang merubah makanan kepada tenaga. Membantu mengekalkan sistem perkumuhan dan saraf yang sihat. Pada dos yang tinggi ia boleh membantu mengurangkan kolesterol. (Perlu diingat, untuk mendapatkan dos yang besar perlu terlebih dahulu mendapat nasihat pakar kesihatan).

2. Tumbesaran kanak-kanak -makanan seimbang penting untuk anak-anak sejak kecil lagi mampu meningkatkan pertumbuhan fizikal serta memperbaik keupayaan mental mereka. -amalan memberikan pemakanan seimbang yang mencakupi karbohidrat, protein, vitamin dan garam mineral kepada anak-anak secara konsisten dapat mencegah serangan penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis ketika mereka dewsa kelak. 3. Pesonaliti yang cergas dan meyakinkan -makanan seimbang sudah tentu memberi manfaat kepada seseorang - seseorang akan kelihatan sihat dan cergas serta mempunyai produktiviti tinggi dalam pekerjaan ataupun pengurusan. -sudah tentu syarikat gergasi tidak akan memilih calon yang sering sakit ataupun mempunyai masalah kesihatan sebagai pekerja mereka. 4. Menjimatkan kos perubatan -apabila sihat, sudah tentu kos perubatan boleh diminimukan -pada zaman moden, ramai institusi keluarga terpaksa memperuntukkan kos perubatan untuk setiap bulan. Sekiranya amalan makanan seimbang dipraktikkan, sudah tentu insititusi keluarga tidak perlu pening kepala untuk memikirkan wang untuk membeli ubat ataupun pembedahan. Kadangkala kos pembedahan membelanja beribu-ribu ataupun berpuluh ribu.

Faktor-faktor pengabaian makanan seimbang 1. Tahap kesedaran makanan seimbang yang rendah -masyarakat kurang sedar tentang kepentingan makanan seimbang kerana kurangnya pendedahan. -kempen kesedaran makanan seimbang juga dilaksanakan secara bermusim. Jadi, tidak hairanlah semangat mengamalkan makanan seimbang mudah luntur dengan begitu cepat. 2. Budaya makanan segera -promosi makanan segera yang begitu menyelerakan sudah tentu meluntun hati pembeli untuk mencubanya. Selain itu, masyarakat yang dihimpit dengan lambakan tugasan harian nescaya memilih jalan pintas untuk mengisi perut yang kosong. Makanan segera bukan sahaja memudahkan dari aspek penyediaan malah menjimatkan masa, wang dan tenaga. 3. Tekanan sosioekonomi -kadangkala terdapat juga sebilangan institusi keluarga yang daif dalam kehidupan sukar untuk mengamalkan makanan seimbang. -tekanan pekerjaan yang menelan masa yang panjang sudah tentu sukar bagi seseorang menyediakan makanan yang seimbang.

Kekurangan makanan seimbang 1. Serangan Penyakit/penyakit kronik Niasin (Vitamin B3) Pada kes yang teruk, kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan penyakit pelagra (sejenis penyakit kulit yang menyebabkan kulit pecah-pecah), cirit-birit dan sakit mulut. Lebih Dos: Ulser, masalah hati, kandungan gula dan asid urik yang tinggi dalam darah dan masalah jantung. Piridoksin (Vitamin B6) Lemak haiwan, bayam, brokoli dan pisang Diperlukan oleh tubuh untuk metabolisme dan penyerapan protein dan juga metabolisme karbohidrat. Membantu membina sel darah merah dan meningkatkan fungsi sistem saraf dan otak. Kekurangan: Anemia, bengkeng, gatal-gatal, kulit bersisik dan sawan. Lebih dos: Kerosakan pada sistem saraf.

2. Kurangnya produktiviti dan tidak bersemangat -makanan yang tidak seimbang menyebabkan seseorang mudah menghidap penyakit dan sudah tentu mengganggu produktiviti mereka. -keadaan ini sudah tentu merugikan syarikat yang mengaji pekerja yang kurang produktif.

3. Meningkatkan kos perubatan -badan yang tidak sihat sudah tentu akan memerlukan rawatan. Sekiranya penyakit kronik yang dihidap, kos perubatan juga berlipat ganda. -keluarga yang kurang mampu nescaya bergantung kepada pihak kerajaan. Keadaan ini telah membebankan pihak kerajaan yang terpaksa memperuntukkan lebih banyak utnuk pembiayaan kos perubatan rakyat.

http://mymakanan.blogspot.com/2010/05/kepentingan-makanan-seimbang.html http://www.smartconsumer.my/index.php?option=com_content&view=article&id=140%3Amakanandan-pemakanan-barangan-kawalan&catid=34%3Amakanan-dan-pemakanan&Itemid=18

Anda mungkin juga menyukai