Anda di halaman 1dari 40

MACH 1113

KESIHATAN KELUARGA
Oleh :
MOHD RUSLE ABDURAJI SALI
Pengajar U41
Program Diploma pembantu Perubatan
KSKB Kota Kinabalu

10/19/2019 1
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir sesi, pelatih dapat menyatakan:

1. Definisi Jagaan Kesihatan Keluarga.


2. Konsep Jagaan Kesihatan Keluarga.
3. Objektif Jagaan Kesihatan Keluarga.
4. Keperluan Jagaan Kesihatan Keluarga.
5. Kepentingan Jagaan Kesihatan keluarga
selain daripada individu.

10/19/2019 2
Definisi Keluarga

• Keluarga merupakan satu institusi yang


mengandungi satu kumpulan manusia
yang bersatu melalui perkahwinan, darah
atau pertalian kekeluargaan yang
dipersetujui, di mana biasanya mereka
tinggal di bawah bumbung yang sama.
(Murdock, 1949)

10/19/2019 3
Definisi Keluarga

• Anggota rumah tangga yang saling


berhubungan melalui pertalian darah
adaptasi atau perkahwinan

(WHO, 1969)

10/19/2019 4
Jenis-jenis keluarga

LANJUT
NUKLEAR
(EXTENDED)

TUNGGAL
CAMPURAN
(MIXED) (SINGLE
PARENT)

10/19/2019 5
1. Keluarga Nuklear
Terdiri daripada suami, isteri dan anak.

( Menurut Biezanz dan Biezanz, 1978,


keluarga nuclear agen ideal untuk kanak-
kanak bersosialisasi)

10/19/2019 6
2. Keluarga lanjut (extended)
Terdiri daripada suami dan isteri, anak-
anak, datuk. Juga dikenali sebagai Joint
Family.

( Menurut Biezanz dan Biezanz 1978,


keluarga lanjut(extended) mampu untuk
memberi perlindungan kepada ahli-ahlinya)

10/19/2019 7
3. Keluarga tunggal (single parent)
Terdiri dari ibu dan anak sahaja.

4. Keluarga campuran (Mixed family)


Terdiri dari keluarga daripada berbilang
bangsa, keturunan dan kepercayaan
melalui pertalian perkahwinan.

10/19/2019 8
5. Blended Family
Terdiri drp anak hasil perkahwinan lalu dan
tinggal dengan keluarga baru

6. Keluarga ko- habitasi (Cohabitation)


Merupakan keluarga yang tidak berkahwin
tetapi tinggal bersama.

10/19/2019 9
Fungsi-fungsi Keluarga
1 Untuk Zuriat

2 Sosialisasi

3 Memberi kasih sayang


4 Memberi kestabilan ekonomi
5 Memberi bimbingan pengetahuan agama

6 Memenuhi keperluan asas

7 Memberi pendidikan

8 Menurunkan kebudayaan dan kepercayaan


10/19/2019 10
Untuk Zuriat

• Perkahwinan di antara lelaki dan wanita


adalah dianggap sah dari segi pendangan
agama, kebudayaan dan undang-undang.

• Tujuan perkahwinan adalah untuk


mendapat zuriat agar keluarga tersebut
boleh dikekalkan sehingga turun-temurun

10/19/2019 11
Sosialisasi
• Proses kanak-kanak mempelajari tentang
norma, kepercayaan, Pengetahuan dan lain-
lain melalui pergaulan dengan kanak-kanak
lain serta pendidikan dan amalan.
• Keluarga adalah penting untuk memastikan
setiap kanak-kanak dapat melalui proses
sosialisasi membolehkan mereka bergaul
dengan orang ramai apabila mereka sudah
dewasa.
10/19/2019 12
Memberi kasih sayang
Kasih sayang adalah penting terutama
sekali semasa kanak-kanak sedang
membesar memberi kestabilan emosi
bagi kanak- kanak.

Jika kanak-kanak diberi kasih sayang sejak


lahir, ia juga dapat memberi kasih
sayang kepada keluarganya kelak.

10/19/2019 13
Memberi kestabilan ekonomi
• Keluarga adalah sumber unit asas ekonomi.

• Ahli-ahli keluarga bekerjasama sebagai satu


pasukan untuk mengumpulkan pendapatan
mereka.
• Pendapatan mereka digunakan untuk
memenuhi keperluan asas keluarga
mengikut keutamaan.

10/19/2019 14
Memberi bimbingan pengetahuan
agama
• Agama adalah asas yang penting untuk
membimbing manusia ke jalan yang betul.
Oleh itu, keluarga terutamanya ibu bapa
memainkan peranan penting untuk
mengajar anak-anak mereka dalam
pengetahuan agama.

10/19/2019 15
7. Memberi pendidikan secara formal dan
tidak formal.

8. Menurunkan kebudayaan dan


kepercayaan.
• Contohnya :- adat resam, bahasa dan
lain-lain.

10/19/2019 16
Rumusan :

• Ibu dan bapa memainkan peranan utama


yang penting untuk mengekalkan keluarga
yang sempurna iaitu sihat dan bahagia.

• Oleh itu, tanggungjawab tersebut perlu


dijalankan oleh semua ahli keluarga yang
sihat.

10/19/2019 17
Definisi Kesihatan Keluarga
• Kesihatan keluarga ialah penjagaan kesihatan
bagi semua ahli-ahli keluarga, terutamanya
Jagaan Kesihatan Ibu dan kanak-kanak,
pemakanan, kawalan kebersihan alam sekitar
dan perancang keluarga.

10/19/2019 18
Objektif 2:
Konsep Jagaan Kesihatan Keluarga
• Konsep kesihatan keluarga ialah pemberian
jagaan kesihatan kepada semua ahli keluarga.
Jagaan ini merangkumi aspek-aspek sosial,
ekonomi dan kebajikan keluarga.
• Oleh kerana ibu dan kanak-kanak adalah
kumpulan yang berisiko tinggi dan
kebanyakan keperluan-keperluan kesihatan
ada kaitan dengan mereka, perkhidmatan
kesihatan yang diberi lebih menumpukan
kedua-dua kumpulan ini.
10/19/2019 19
Objektif 3:
Objektif Jagaan Kesihatan Keluarga

• Objektif Am:
Mempromosikan kesihatan,
mental, fizikal dan sosial setiap ahli
keluarga.

10/19/2019 20
Objektif Spesifik:

1. Memberikan perkhidmatan yang komprehensif


untuk mengelakkan morbiditi dan mortaliti,
mempromosi dan mengekalkan kesihatan
masyarakat dengan fokus khas terhadap golongan
berikut:

i. Ibu mengandung dan anak yang baru lahir


ii. Bayi dan kanak-kanak.
iii. Kanak-kanak sekolah dan remaja
iv. Warga emas
v. Kanak-kanak dengan keperluan khas.
vi. Wanita dan lelaki
10/19/2019 21
2. Meningkatkan dan mengekalkan
status kesihatan mental dan
komuniti.

3. Mempromosi pemakanan sihat


dan mempraktik pengambilan dan
mengekalkan status nutrisi komuniti.

10/19/2019 22
4. Memberi perkhidmatan
Jagaan Primer kepada populasi
dan meningkatkan kesihatan dan
menentukan pemulihan yang
optima.

10/19/2019 23
Objektif 4:
Keperluan Jagaan Kesihatan
Keluarga
1. Pemakanan dan penjagaan asas.
2. Kesihatan kanak-kanak
3. Kesihatan wanita dan Ibu
mengandung
4. Kesihatan Mental / kurang upaya
5. Kesihatan warga tua.
10/19/2019 24
Pemakanan dan Penjagaan Asas
• Keluarga sihat dan bahagia.
• Persekitaran yang selamat.
• Pemakanan yang cukup dan seimbang untuk
mengelakkan masalah kekurangan zat
makanan.

• Penjagaan kesihatan ditumpukan kepada


keluarga dapat mengurangkan risiko-risiko
kesihatan, mencegah dari penyakit-penyakit
dan mengatasi masalah kesihatan.

10/19/2019 25
Kesihatan Kanak-kanak
i. Kanak-kanak kumpulan yang besar dalam
masyarakat dan mudah terdedah kepada faktor-
faktor risiko yang boleh membahayakan
kesihatan mereka.
Ini disebabkan oleh daya pertahanan badan
kanak-kanak adalah rendah, oleh itu mereka
perlu dilindungi dari serangan penyakit-penyakit
berjangkit.

ii. kanak-kanak adalah bakal pemimpin negara


dan kecerdasan seseorang bergantung kepada
kesihatannya.
10/19/2019 26
iii. Kadar kematian kanak-kanak digunakan
sebagai satu ukuran untuk menilai taraf
kesihatan dan kematian kanak-kanak sebagai
satu ukuran menilai taraf kesihatan dan
kemajuan sosio-ekonomi sesuatu
masyarakat.

Untuk menentukan kadar kematian kanak-


kanak yang rendah, memerlukan
perkhidmatan kesihatan kanak-kanak
yang berkualiti tinggi.
10/19/2019 27
Kesihatan wanita dan Ibu
mengandung
• Jagaan kesihatan wanita bagi menentukan
kesihatan dapat dikekalkan untuk
menyediakan wanita menjadi ibu yang sihat
untuk melalui proses kehamilan, bersalin,
selepas bersalin dan jagaan bayi.

• Jagaan Ibu-ibu berisiko tinggi


• Perancang keluarga.

10/19/2019 28
Kesihatan mental dan Kurang upaya.
i. Perkhidmatan kesihatan mental dalam
komuniti unit mental / rehabilitasi
mengurangkan tekanan dalam penjagaan
keluarga.

ii. perkhidmatan kesihatan kanak-kanak


keperluan khas / kurang upaya bagi
meningkatkan kemahiran penjagaan
rehabilitasi dan penglibatan komuniti.

10/19/2019 29
Kesihatan Warga Tua
i. jagaan promotif, pencegahan, rawatan
dan rehabilitasi kepada warga tua.

10/19/2019 30
Penilaian Keperluan Jagaan Kesihatan
i. Maklumat Am keluarga dalam rumah
ii. Persekitaran rumah
iii. Keadaan ekonomi
iv. Status pemakanan
v. Jagaan maternal
vi. Jagaan kesihatan kanak-kanak

10/19/2019 31
Peranan Penolong pegawai perubatan
dalam mengenalpasti dan
menyelesaikan masalah kesihatan
keluarga
1. Penilaian/Assessing – dapatkan maklumat
2. Diagnosis – kenalpasti masalah
3. Perancangan – pelan tindakan
4. Perlaksanaan – penglibatan keluarga
5. Penilaian /evaluation –
keberkesanan/penambahbaikan
10/19/2019 32
Objektif 5
Kepentingan Jagaan Kesihatan
keluarga selain daripada individu

1. Menentukan ibu-ibu mengandung dan


ibu-ibu yang menyusukan anaknya dapat
memelihara kesihatan yang optima, bersalin
dengan normal, mempunyai bayi yang sihat,
melalui usaha-usaha berikut:-

10/19/2019 33
i) Jagaan Antenatal yang berkesan.
ii) Promosi Kesihatan (Health Education)
untuk mengajar ibu-ibu berkaitan
tindakan positif yang dapat
mengekalkan tahap kesihatan.
iii) Kelahiran selamat yang disambut oleh
kakitangan yang terlatih.
iv) Jagaan selepas bersalin (postpartum)

10/19/2019 34
2. Memastikan kesihatan optimum di kalangan
bayi dan kanak-kanak dengan usaha-usaha
berikut:-
• Jagaan bayi dan kanak-kanak yang
berkesan.
• Promosi kesihatan (Health Education)
kepada ibu-ibu mengenai jagaan bayi,
kanak-kanak dan pra-sekolah.
• Jagaan kanak-kanak sekolah.
• Penapisan dalam pengesanan kes-kes
kecacatan fizikal dan mental dalam kanak-
kanak untuk rujukan dan tindaksusul.

10/19/2019 35
3. Mempertingkatkan kesedaran tentang pentingnya
peranan sesuatu keluarga dalam menggalakkan
dan mengekalkan kesihatan ahli-ahlinya melalui :-

• Memberi kesedaran kepada ibu bapa akan peranan


mereka terhadap perkembangan anak.

• Mengujudkan kesedaran dalam sesuatu keluarga


mengenai masalah-masalah sosial yang ada dalam
masyarakat, kemungkinan berlakunya kepada
keluarga, dan langkah untuk mengelakkan dan
mengatasinya.

10/19/2019 36
• Memberi penerangan tentang pentingnya
keselamatan sekeliling rumah untuk
mengurangkan kemalangan di rumah.

• Memberi motivasi kepada ibu bapa


supaya membawa anak-anak mereka,
terutamanya bayi, kanak-kanak pra-
sekolah ke klinik kesihatan kanak-kanak
untuk penilaian seterusnya.

10/19/2019 37
4. Memberi penekanan yang berterusan
terhadap langkah-langkah untuk
meningkatkan dan pencegahan dalam
perlaksanaan perkhidmatan kesihatan
keluarga.

5. Memberi penekanan kepada


mempertingkatkan dan melindungi
kesihatan, kesejahteraan di kalangan
remaja.

10/19/2019 38
6. Menggunakan pendekatan risiko tinggi
dalam perkhidmatan-perkhidmatan ibu dan
kanak-kanak dengan penekanan dalam
jagaan perinatal.

10/19/2019 39
RUMUSAN

DEFINISI

KEPENTINGAN KONSEP
KESIHATAN
KELUARGA

KEPERLUAN OBJEKTIF

10/19/2019 40

Anda mungkin juga menyukai