Anda di halaman 1dari 11

TOPIK 10 PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

10.1. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KOMUNITI DALAM MENGHADAPI MASALAH


HIV/AIDS

10.1.1 Peranan dan Tanggungjawab Komuniti


 Sebagai satu masyarakat, kita tidak boleh meletakkan semua tanggungjawab dan beban untuk
mencegah HIV/AIDS di atas bahu kerajaan sahaja. Ini kerana ia juga adalah tanggungjawab kita
bersama.
 Penawar bagi virus HIV/AIDS masih belum dijumpai. Oleh itu, sesiapa yang dijangkiti virus ini boleh
menemui maut. Kebanyakan daripada mereka mungkin berasaka n kehidupan mereka tidak berguna
lagi. Tetapi tanggapan mereka ini adalah salah.

(a) Memberikan Sokongan dan Semangat

 Kita boleh membantu mereka dengan memberi mereka dorongan dan sokongan untuk meneruskan
kehidupan dengan membuat kebajikan.
 Kita tidak boleh meminggirkan mereka kerana mereka juga adalah manusia.
 Mereka masih boleh menyumbangkan tenaga dan idea untuk mencegah wabak HIV/AIDS daripada
menular.
 Mereka boleh memberi ceramah atau melakukan kerja-kerja kebajikan yang bersesuaian dengan
mereka agar penyakit berbahaya ini tidak merebak.

(b) Membantu Mereka dari Segi Kewangan

 Ada yang mungkin dipecat dari kerja mereka.


 Kos rawatan bagi penyakit ini adalah tinggi dan kebanyakan pesakit tidak mampu membayarnya.
 Majikan sepatutnya membantu dengan memberikan galakan kepada mereka.terus bekerja agar
mereka blh menyarakan diri dan mencari rawatan.
 Sebagai warga yang prihatin, anda boleh menderma sedikit wang kepada mereka. Ini adalah amalan
baik yang disarankan oleh semua agama.
 Dengan ini, kita dapat membantu mereka meneruskan kehidupan dan rasa dihargai.

(c) Tidak Meminggirkan Mereka

 Jangan meminggirkan pesakit HIV/AIDS bukanlah satu jalan yang baik. Sebaliknya, kita harus
menerima mereka dengan seadanya.
 Golongan ini tidak meminta penyakit itu tetapi kelekaan dunia dan kesilapan diri menyebabkan mereka
dijangkiti AIDS.
 Ada di kalangan mereka yang dijangkiti HIV/AIDS akibat kecuaian orang lain, contohnya seorang isteri
mendapat penyakit tersebut dari suaminya.
 Kita harus bersosial dengan mereka, bukan meminggirkan mereka.

(d) Memberi Pendidikan yang Betul dan Secukupnya

 Pendidikan adalah cara yang terbaik untuk mencegah virus berbahaya ini dari menular.
 Mengadakan ceramah, bengkel, kaunseling, majalah dan sebagainya sebagai langkah kesedaran dan
pencegahan virus HIV/AIDS.
 Mendidik anak-anak anda, keluarga dan rakan-rakan agar menjauhi aktiviti-aktiviti yang boleh
membawa kepada jangkitan HIV/AIDS seperti seks bebas atau menghisap dadah. Penyakit ini paling
kerap diakibatkan oleh dua punca tersebut.
 Pendidikan di rumah seharusnya diterapkan agar penyakit ini berkurangan.

(e) Sentiasa Memantau Aktiviti Anak-anak

 Pelbagai masalah berkaitan dengan golongan muda. Biasanya masalah ini berpunca dari keluarga itu
sendiri.
 Ibu bapa harus memainkan peranan utama dalam mendidik dan memantau anak-anak daripada
aktiviti-aktiviti yang tidak menyihatkan supaya mereka menjadi insan yang berguna.
 Ibu bapa harus meluangkan sedikit masa untuk anak-anak agar mereka rasa disayangi dan dihargai.

(f) Sentiasa Amalkan Gaya Hidup Sihat

 Badan yang sihat dan cergas menjanjikan kehidupan yang sempurna.


 Apabila anda mengamalkan gaya hidup yang sihat, secara automatiknya anda dapat mengelak dari
melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral seperti seks bebas atau menagih dadah dan seterusnya
dapat mengelak dari dijangkiti penyakit berbahaya ini.
 Amalan gaya hidup yang sihat merangkumi semua aspek kesihatan dari segi pemakanan, senaman
dan aktiviti harian.

10.1.2 Agensi Pencegahan dan Kawalan HIV/AIDS


(a) ADK: (Agensi Dadah Kebangasaan)

 Agensi yang berada di bawah Kementerian Dalam Negeri Malaysia


berperanan mencegah penagihan, merawat dan memulihkan penagih serta mencegah penagihan
semula.

(b) PEMADAM: (Persatuan Mencegah Dadah Malaysia)


Antara objektif persatuan ini ditubuhkan adalah untuk:

 Bekerjasama dengan kerajaan dalam menghapuskan pengeluaran dan


perniagaan dadah yang menyalahi undang-undang dan penyalahgunaan dadah.
 Menjalankan penyelidikan dan menghapuskan penyalahgunaan dadah.
 Memulihkan penagih-penagih dadah.
 Menyedarkan masyarakat akan penyalahgunaan dadah dan menggalakkan masyarakat untuk
mencegahnya.
 Melancarkan kegiatan dan kerjasama dengan persatuan-persatuan dan badan-badan yang
mempunyai tujuan yang sama.

(c) Pusat Serenti


 Pusat pemulihan yang disediakan oleh kerajaan
Malaysia untuk memulihkan penagih dadah sama ada yang baru mula
menagih atau penagih yang berulang.
 Rawatan detoksifikasi dan rawatan pemulihan daripada ketagihan
kaunseling dan motivasi turut diberikan untuk memberi kesedaran tentang bahaya dadah

(d) Polis dan Kastam

 Dua badan yang sentiasa menjalankan aktiviti pencegahan dadah.


mengawasi perairan negara dan mengawal pintu masuk ke negara supaya tidak dicerobohi oleh
penyeludup-penyeludup dadah.

(e) Agensi Swasta

 Pengasih dan MB Rehabilitation banyak bantu memulihkan penagih dadah dan mencegah
penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat

(f) PROSTAR (Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja Malaysia)

 Organisasi bukan kerajaan dengan rangkaian bertindak sebagai pemberi maklumat, membimbing
serta mendidik remaja mengenai HIV/AIDS dan gejala sosial.

10.1.3 Penjagaan dan Sokongan


 Golongan muda merupakan golongan yang paling ramai terjebak dalam kancah masalah ini.
 Pusat Serenti dan Pengasih mengalu-alukan kedatangan penagih-penagih untuk diberikan
pemulihan yg sewajarnya.
 Beri sokongan dan galakan kepada para penagih untuk memperbaiki diri mereka berusaha untuk
memulihkan diri mereka.
salah satu usaha penting untuk menangani masalah HIV/AIDS dari terus menular.
 Penjagaan rapi dibuat oleh kedua-dua badan ini untuk memastikan bahawa setiap penagih menjalani
semua aktiviti yang ditetapkan agar mereka tidak dapat lari dari pusat itu.

Contoh aktiviti-aktiviti

 Ceramah agama, ceramah motivasi, berkebun, bergotong-


royong, bengkel kemahiran membuat perabot (bagi lelaki) dan
kursus membuat baju atau masakan (bagi wanita) dan lain-lain lagi.
memberikan khidmat kaunseling dan motivasi

Objektifnya

 Menghindarkan para penagih daripada mengingati dadah membantu mereka mengisi masa dengan
kegiatan yang berfaedah.

Hari AIDS Sedunia

 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan 1 Disember setiap tahun sebagai “Hari
AIDS Sedunia”
 bertujuan menggalakkan sokongan masyarakat dan pembangunan program untuk mencegah
jangkitan HIV
 memberi kesedaran dan pendidikan mengenai isu-isu berkaitan dengan HIV/AIDS
10.2 MELINDUNGI DIRI DARIPADA HIV/AIDS
(a) Cara Pencegahan :

 Hindari seks di luar perkahwinan.


 Elakkan hubungan seks dengan mereka yang tidak dikenal pasti latar belakangnya.
 Elakkan hubungan seks dengan berbilang pasangan.
 Gunakan kondom jika isteri atau suami telah dijangkiti.
 Jangan melakukan hubungan seks sejenis.
 Jangan berkongsi peralatan peribadi seperti pisau cukur, berus gigi dan lain-lain peralatan yang
boleh dicemari oleh darah.
 Jangan menderma darah atau organ badan jika anda dijangkiti.
 Jangan menagih dadah.
 Hindari dari perkongsian jarum dan alat suntikan.
 Elakkan diri daripada bercukur di kedai gunting rambut atau pendandan rambut di mana anda
terpaksa berkongsi pisau cukur atau gunakan pisau cukur pakai buang.
 Bagi wanita yang dijangkiti, elakkan dari mengandung.
 Sebagai langkah asas, berikan didikan ugama dan moral kepada anak-anak untuk membentuk tingkah
laku yang positif dan mengelakkan yang berisiko tinggi.

(b) Langkah keselamatan untuk Pesakit HIV Positif /AIDS :

 Simpan nombor-nombor telefon yang penting.


 Pastikan rumah anda adalah selamat.
 Pastikan peralatan peribadi yang penting boleh didapati dengan mudah seperti sarung tangan
pakai-buang, tuala wanita dan
lampin.
 Jangan menderma darah.
 Amalkan pemakanan yang sihat.
 Lindungi diri anda dari sebarang penyakit, contohnya elakkan dari
berada berdekatan dengan orang yang sakit, pakai perlindungan muka (topeng) sewaktu melawat
orang sakit dan elakkan dari mendapat luka.
 Gunakan kondom sewaktu melakukan hubungan seks untuk melindungi pasangan anda daripada
dijangkiti AIDS.
 Hentikan menagih dadah jika anda seorang penagih. Jangan menyuntik dadah atau berkongsi jarum
dengan penagih dadah yang
lain.
 Jika anda seorang wanita, elakkan dari hamil kerana virus ini boleh dipindahkan kepada bayi yang
dikandung.

Elemen-elemen dalam Rantai Jangkitan HIV/AIDS

 AIDS bermaksud Acquired Immune-Deficiency Syndrome iaitu Sindrom Kurang Daya Tahan
Penyakit.
 AIDS merupakan peringkat terakhir daripada spectrum jangkitan
 HIV di mana sistem daya ketahanan badan yang melawan kuman-kuman jangkitan telah dilumpuhkan
oleh virus HIV.
 Akibatnya, badan tidak berupaya melawan -serangan kuman dan virus lain. Pesakit juga mudah
mendapat penyakit barah contohnya barah kulit.

Terma-terma Penting dalam AIDS:

 Acquired Bermaksud jangkitan yang dipindahkan dari seorang individu kepada individu
lain dan bukan diperoleh dari keturunan.
 Immune keupayaan semula jadi badan
deficiency melindungi diri dari penyakit-penyakit dan jangkitan sangat
lemah.
Badan tidak berupaya lagi melindungi diri dari jangkitan dan pelbagai jenis
penyakit dan barah.
 Syndrome tanda-tanda dan gejala-gejala yang berpunca dari keadaan satu kombinasi
tertentu sebagai gambaran klinikal sesuatu penyakit.
Sindrom AIDS

 Penyakit HIV akan bertukar menjadi AIDS apabila sistem pertahanan badan terjejas teruk dan
pelbagai komplikasi mula timbul.
 Kebanyakan keadaan yang membentuk AIDS adalah akibat jangkitan yang bersifat opportunistic (iaitu
merujuk kepada jangkitan mikro organisma yang biasanya tidak menyebabkan penyakit pada orang
sihat) seperti:
o Jangkitan paru-paru yang dicirikan oleh batuk, sesak nafas dan sakit dada (contohnya
pneumonia dan tuberkulosis pulmonari atau miliari akut).
o Cirit-birit yang teruk dan berterusan.
o Jangkitan pada otak atau kanser yang dicirikan oleh kekeliruan, demam, sawan, kehilangan
penglihatan, sakit kepala yang teruk dan loya.
o Berat badan menyusut dengan teruk.
o CMV (Cytomegalovirus), sejenis jangkitan yang biasanya menyerang mata.
o Kandida - sejenis jangkitan fungus yang menyebabkan seriawan (lapisan keputihan nipis
dalam mulut) atau jangkitan dalam tekak atau faraj.
o amat cenderung mendapat pelbagai jenis kanser seperti Sarkoma Kaposi, sejenis kanser kulit
yang dicirikan oleh bintil atau tompok-tompok ungu/merah jambu yang timbul pada kulit; atau
kanser sistem pertahanan badan yang dikenali sebagai limfoma.

Komplikasi
Komplikasi-komplikasi yang mungkin berlaku ialah:

 Pneumocystis carinii pneumonia (sejenis penyakit radang paru-paru) memusnahkan paru-paru pesakit
AIDS , membawa maut.

 Cytomegalovirus retinitis - penyakit mata yang serius dan boleh menyebabkan buta.

 Sarkoma Kaposi- kanser yang menyebabkan ketumbuhan/tumor pada kulit. Ia berwarna merah jambu
atau ungu.

 AIDS wasting syndrome melibatkan penurunan berat badan yang ketara, cirit-birit yang kronik atau
rasa lemah dan demam yang berpanjangan atau berkala selama sekurang-kurangnya 30 hari.

Adakah Terdapat Penawar untuk AIDS?

 Sehingga kini belum ditemui sebarang vaksin untuk melawan HIV atau sebarang ubat yang boleh
menyembuhkan AIDS.
 Hanya ada ubat yang boleh memperlahankan perebakan HIV di dalam badan dan kerosakan sistem
pertahanan badan.
 Terdapat jenis ubat-ubatan lain yang boleh mencegah atau merawat sesetengah jenis jangkitan
opportunistic.
 Risiko penularan HIV daripada wanita hamil kepada janinnya dapat dikurangkan dengan banyak
sekiranya ubat tertentu diberi kepada ibu semasa hamil, semasa kelahiran dan bersalin dan juga
diberi kepada bayi semasa 6 minggu pertama hayatnya.
 Sarkoma Kaposi atau kanser yang lain pula boleh dirawat dengan radiasi dan kemoterapi.

10.2.2. Kitaran Biologikal HIV/AIDS

10.2.3 Kenal pasti Masalah dan Tindakan yang Bersesuaian


Cara AIDS menjangkiti seseorang:

 kongsi alat suntikan,


 seks rambang,
 transmisi darah
 ibu mengandung kpd fetus

Berkongsi Alatan Suntikan

 Perkongsian picagari dan jarum di kalangan pengguna dadah


 Amalan ini melibatkan dua atau lebih pengguna dadah berturutan menggunakan jarum dan/atau
picagari yang sama untuk menyuntik satu dos dadah cecair
 Dipengaruhi kuat oleh latar belakang pengamal, norma dan ritual kelompok, kesukaran mendapat
alatan suntikan yang bersih
 Virus dipindah melalui bendalir- bendalir tubuh seperti:
o Darah;
o Cecair seminal/air mani (dan juga air mazi);
o Rembesan faraj; dan
o Susu badan.

Perebakan

 melalui darah, semen (air mani) dan rembesan faraj mereka yang telah dijangkiti AIDS
 terdedah kepada jangkitan AIDS adalah seperti berikut:
o Melakukan hubungan seks dengan berbilang pasangan dari kedua-dua jantina.
o Melakukan hubungan seks dengan pelacur.
o Berkongsi jarum dan picagari di kalangan penagih dadah.

(c ) Transmisi/Jangkitan Virus AIDS


merebak dari individu yang telah dijangkiti kepada orang lain melalui perkara-perkara berikut:

 Melakukan hubungan seks dengan individu yang telah dijangkiti tanpa sebarang perlindungan seperti
kondom.
 Pertukaran darah atau produk darah dari individu yang telah dijangkiti ke dalam sistem peredaran
darah orang lain.
 Daripada ibu yang dijangkit kepada janin yang dikandung.
 Daripada organ, tisu atau air mani mereka yang telah dijangkiti (contohnya seperti melalui
pemindahan organ).

AIDS tidak boleh merebak melalui sentuhan ataupun konteks biasa seperti:

 Berpegangan tangan.
 Bersentuh-sentuhan di kawasan yang sesak.
 Berjabat tangan.
 Bekerja bersama.
 Bermain.
 Ciuman ringan.

Anda tidak boleh dijangkiti AIDS dengan:

 Berkongsi makanan, menggunakan kemudahan awam seperti kolam mandi atau tandas ataupun
melalui gigitan nyamuk.
 Menderma darah kerana peralatan yang digunakan untuk mengambil darah tersebut adalah steril dan
hanya digunakan sekali
sahaja.
 Proses pemindahan darah kerana pada masa sekarang, semua darah yang didermakan di Malaysia
telah disaring untuk mengesan kehadiran antibodi AIDS. Antibodi AIDS adalah bahan yang dihasilkan
oleh tubuh mereka yang dijangkiti sebagai tindak balas terhadap jangkitan virus HIV.
 Menggunakan pinggan, sudu dan gelas yang digunakan oleh pesakit AIDS kerana virus HIV tidak
boleh hidup lama di luar tubuh manusia. Peralatan tersebut apabila dibasuh seperti biasa akan
membunuh virus HIV.
 Seseorang itu dianggap sebagai pembawa AIDS apabila ujian darahnya didapati positif terhadap
antibodi AIDS walaupun dia belum menunjukkan sebarang gejala AIDS.

(d) Rawatan Farmakologi

 Rawatan untuk HIV melibatkan pemusnahan kuman virus tersebut dan merawat simptom yang dialami
oleh pesakit.
 Dadah-dadah berikut digunakan:
o Dadah Antiretrovirus: Dadah antiretrovirus menyerang dan memusnahkan retrovirus,
termasuklah HIV.
o Perencat Protease : HIV memerlukan sejenis enzim yang dikenali sebagai protease untuk
proses replikasi. Perencat protease menghalang enzim ini dengan berkesan dan seterusnya
menyekat replikasi daripada berlaku.
o Nucleoside Reverse Transcriptase Inhibitors (NRTI) dan Non-nucleoside Transcriptase
Inhibitors (NNRTI): NRTI adalah penghalang enzim Reverse Transkriptase, ia dapat
melengahkan tindakan enzim HIV ini.
o Gabungan Dadah: Perencat protease, nukleosida dan bukan nukleosida diberikan secara
gabungan untuk menghalang fungsi-fungsi HIV.

(e) Rawatan Bukan Farmakologi

 Tujuan pengurusan adalah untuk memberikan khidmat perubatan yang terbaik kepada individu yang
telah dijangkiti AIDS, bagi mengurangkan kadar kesengsaraan dan mengelakkan diskriminasi.
 Perkhidmatan yg disepadukan ke dalam perkhidmatan rawatan perubatan di hospital.
 Rawatan termasuk kaunseling. Kauseling diberikan sebelum dan selepas pesakit dijui utk HIV.
 Pesakit dirawati oleh pakar di hospital yg terdekat.
 Pesakit diberi jagaan perubatan sepenuhnya.
Kesemua individu yang dijangkit HIV perlu menghadiri rawatan lanjutan setiap 3 hingga 6 bulan.
 Kesemua pesakit HIV akan diberikan kaunseling perubatan yang intensif oleh doktor.
 Kesemua pesakit akan diberitahu tentang diagnosis serta dinasihatkan mengambil langkah berjaga-
jaga yang sesuai.
 Makanan berkhasiat membantu pesakit AIDS
mengekalkan kesihatan mereka dengan memberikan perlindungan daripada komplikasi jangkitan
berkaitan HIV.

(f) Tindakan Pencegahan


Langkah-langkah disarankan untuk orang awam:

 Elakkan melakukan hubungan seks dengan mereka yang mempunyai latar belakang dan status
kesihatan yang tidak diketahui dan diragui.
 Elakkan dari melakukan hubungan seks dengan berbilang pasangan atau dengan mereka yang
mempunyai banyak pasangan. Ini termasuklah pelacur lelaki dan wanita.
 Elakkan diri dari melakukan hubungan seks dengan mereka yang disyaki pesakit ataupun pembawa
AIDS. Jika hubungan seks tidak dapat dielakkan (seperti pasangan suami atau isteri yang dijangkiti
AIDS), anda dinasihatkan supaya menggunakan kondom. Penggunaan kondom boleh menurunkan
risiko untuk mendapat AIDS.
 Elakkan dari menyuntik dadah.
 Jangan berkongsi jarum dan picagari untuk menyuntik dadah.
 Jangan berkongsi alatan peribadi seperti berus gigi, pisau cukur ataupun alatan lain yang boleh
tercemar dengan darah.

10.3 KESAN HIV / AIDS

 Bilangan kes mereka yang dijangkiti HIV meningkat tahun demi tahun.
 Golongan remaja dan dewasa dalam lingkungan umur 20-39 tahun adalah golongan yang paling
ramai dijangkiti HIV.
 Peningkatan yang ketara dalam bilangan kes HIV yang dikesan bermula pada awal tahun 1990an.
 Ini berikutan dengan peningkatan aktiviti saringan yang dijalankan di kalangan penagih dadah di pusat
pemulihan dan tahanan serta juga di kemudahan kesihatan.

10.3.1 Kenal pasti Kesan HIV/AIDS


(a) Tanda-tanda dan Gejala
Secara amnya, pesakit AIDS akan mengalami gejala-gejala seperti di bawah:

 Penurunan berat badan sehingga 10% yang tidak diketahui puncanya.


 Cirit-birit dan batuk yang kronik dan berterusan.
 Demam yang berpanjangan. Demam ini berlaku sama ada secara berkala ataupun berterusan.
 Pembengkakan nodus limfa terutamanya di leher, ketiak dan kelengkang.
 Jangkitan herpes zoster yang berulang-ulang. Herpes zoster merupakan infeksi saraf oleh virus
yang dicirikan oleh kehadiran lepuhan pada kulit.
 Kandidiasis di mulut dan tekak. Kandidiasis merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh
sejenis kulat (fungus).
 Infeksi herpes simpleks yang berulang-ulang. Herpes simpleks merupakan jangkitan virus pada kulit
yang dilihat sebagai lepuhan di sekeliling mulut dan alat kelamin.

(b) Ujian-ujian

 Ujian darah (Ujian Antibodi HIV contohnya HIV ELISA, EIA, Aglutinasi Partikel).boleh dijalankan
memastikan sama ada kuman HIV wujud dalam tubuh seseorang.
 Ujian-ujian ini boleh dilakukan di semua klinik dan hospital kerajaan atau swasta.
 Apabila virus telah memasuki tubuh, satu sebatian yang dikenali sebagai antibodi akan terhasil.
Antibodi inilah yang dikesan di dalam ujian-ujian darah yang dijalankan.

(c) Keputusan Ujian HIV

 Ujian HIV dapat mengenal pasti kewujudan antibodi di dalam darah seawal 2 minggu selepas
jangkitan tetapi tubuh mungkin mengambil masa selama 6 bulan untuk mengeluarkan antibodi
secukupnya. Purata masa yang diambil ialah 25 hari.
 Keputusan seropositif bagi ujian HIV ini membawa maksud antibodi HIV wujud di dalam saluran darah
seseorang dan dia adalah HIV positif.
 Untuk mendapat penyakit AIDS ia mungkin mengambil masa sehingga 10 tahun atau lebih.
 Rawatan menggunakan dadah untuk melambatkan perkembangan AIDS boleh didapati tetapi pesakit
tidak boleh sembuh sepenuhnya.
 Keputusan seronegatif biasanya menandakan bahawa anda tidak diijangkiti HIV.
Walaubagaimanapun, anda perlu diuji semula dalam masa 6 bulan jika anda berisiko tinggiuntuk
mendapat AIDS kerana ia mengambil masa begitu panjang untuk menghasilkan antibodi yang
mencukupi.
 Sesiapa yang menerima keputusan HIV positif perlu mendapatkan kaunseling sebelum dan selepas
ujian ini untuk memahami keputusan ujian, membincangkan kaedah pencegahan dan pilihan rawatan
yang ada.

(d) Bilakah Seseorang itu Disahkan sebagai Pesakit AIDS?

 Seseorang itu disahkan sebagai pesakit AIDS apabila mereka memiliki ciri-ciri di bawah:
 (i) Ujian darah mereka disahkan mengandungi antibodi AIDS.
 (ii) Mereka telah mempamerkan tanda-tanda dan gejala-gejala AIDS
 (iii) Mereka telah mendapat komplikasi dari AIDS

10.3.2 Isu-isu Berkaitan dengan HIV/AIDS


(a) Kes-kes Jenayah Melibatkan Penagih Semakin Meningkat

 Kes jenayah melibatkan penagih (kes-kes kecurian, rompakan, peras ugut, rogol dan yang paling
teruk ialah membunuh)

(b) Penyalahgunaan Bahan

 Sering disalahgunakan pada masa kini adalah dadah.


perkongsian jarum dan alat suntikan antara penagih

(c) Ramai Gadis Terlibat dalam Seks Secara Rambang

 melakukan seks secara bertukar-tukar pasangan.


melakukan seks tanpa menggunakan kondom,
 kemungkinan dijangkiti HIV ia akan berjangkit kepada bayinya juga.

Anda mungkin juga menyukai