Anda di halaman 1dari 2

CERAMAH @ PENGUCAPAN AWAM

TAJUK: PENYAKIT DEMAM DENGGI

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang


berusaha Encik Janudin bin Ab Rahman (Guru Besar SK Tatau), Encik
Hendary anak Lingak (PK Pentadbiran), Encik Sambang anak Tumas
(PK Ko-Kurikulum), guru-guru, barisan pengawas serta rakan-rakan
sekalian.

Hari ini saya akan berkongsi maklumat berkaitan Penyakit


Demam Denggi dengan rakan-rakan dan sidang hadirin sekalian.

Rakan-rakan tahukah apa itu DEMAM DENGGI?.

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang


merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti. Sekiranya dijangkiti,
seseorang pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala seperti
demam panas, sakit kepala, sakit tulang belakang, sakit sendi-sendi,
loya dan muntah-muntah, sakit biji mata dan ruam selepas 5-6 hari
terkena gigitan nyamuk ini.

Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa dan demam


denggi berdarah. Jika tidak dirawat segera, penyakit demam denggi
berdarah boleh menyebabkan kematian. Sehingga kini, tiada penawar
khusus bagi penyakit demam denggi. Kebiasaannya, pesakit diberi
ubat demam dan disuruh berehat dan minum banyak air.
Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi :

1. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk

o Membuang bekas yang boleh menakung air

o Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya


ditutup

o Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang


airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali

o Pastikan saliran atap sentiasa mengalir

o Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan


jentik-jentik

2. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk

3. Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan


gigitan nyamuk seperti

o Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup

o Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah


kepada gigitan nyamuk

o Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan


seluar panjang sewaktu keluar rumah

o Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk


elektrik di kawasan tertutup

Anda mungkin juga menyukai