Anda di halaman 1dari 13

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ULU KINTA,

31250 TANJONG RAMBUTAN,

PERAK DARUL RIDZUAN.

LAPORAN EPIDEMIOLOGI (TUBERKULOSIS)

NAMA PELATIH: TUAN NURUL ADILAH BINTI TUAN IBRAHIM

NO.MATRIK: BPP2009-8146

PENEMPATAN: KESIHATAN KOMUNITI KLINIK JELAPANG

TARIKH PENEMPATAN: 14/3/11 SEHINGGA 8/4/11

Jumlah perkataan: 1200p/perkataan


PENGENALAN

Terdapat lebih 8 juta kes baru tibi dilaporkan setiap tahun di seluruh dunia
dengan dua juta kematian mengikut Pertubuhan kesihatan dunia (WHO). Di
Malaysia, pada tahun 2005, sebanyak 15991 kes Tibi dengan kadar insiden 61.2
per 100,000 penduduk telah dilaporkan berbanding15429 kes dengan kadar
insiden 60.3 per 100,000 penduduk pada tahun 2004. Kes yang dilaporkan pada
tahun 2005 meningkat berbanding pada tahun sebelumnya. Sehingga kini, Tibi
masih menjadi kebimbangan awam dan perlu diberi perhatian.

Penyakit Tibi berhubungkait rapat dengan penyakit HIV/AIDS di mana sistem


ketahanan badan menjadi kurang dan ini memudahkan jangkitan penyakit Tibi. Oleh
kerana terdapat peningkatan jumlah HIV, dengan itu secara tidak langsung bilangan
pesakit Tibi juga meningkat.

TIBI merupakan sejenis penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh


membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna. Penyakit ini adalah
penyakit yang disebabkan oleh kuman TB (Tubercle Bacilli) yang hanya bolah dilihat
dengan mikroskop dan biasanya menjangkiti paru-paru. Ia juga boleh menyerang
bahagian-bahagian lain badan seperi selaput otak, tulang, kelenjar, buah pinggang dan
kulit.

Kuman tibi disebarkan melalui udara. Pesakit Tibi akan mengeluarkan kuman TB ke
udara apabila batuk atau bersin. Setiap individu yang menyedut udara yang tercemar ini
terdedah kepada jangkitan Tibi.

Antara tanda tanda dan gejala :

Batuk yang berterusan lebih dari dua minggu


Kahak yang mungkin mengandungi darah

Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam

Susut berat badan dan hilang selera makan


Mengalami sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang

Mudah menjadi letih dan lemah badan.

Suara mungkin serak akibat batuk yang berpanjangan.

Menggigil.

Kaedah mengesan Tibi ialah :

Latar belakang aduan dari pesakit, latar belakang yang kronik iaitu batuk lebih
dari 2/52 dan batuk pada waktu petang dan berat badan menurun.
melakukan pemeriksaan kahak AFB(ASIB FAST BACILI) x3 (stat, morning, over
night spesimen) untuk mengenalpasti bakteria TIBI

menjalani pemeriksaan x-ray dada di klinik kesihatan atau hospital terdekat.

Ujian Mantoux. (ujian tuberkulin berdasarkan pada kenyataan bahawa tisu


seseorang ada kontak dengan basilli tuberkules yang akan menunjukkkan sentiviti
terhadap tuberkulin.

Rawatan Tibi dan Prinsip Dots

DOTS ( Directly Observed Treatment-Shortcourse) atau Pengawasan Rawatan Jangka


Pendek Secara Terus merupakan strategi yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan
sedunia (WHO) untuk merawat penyakit Tibi.

Prinsip-prinsip DOTS adalah:

- ubat di ambil pesakit selama 6 bulan.

- 2 bulan pertama pesakit diminta menelan setiap dos ubat dengan disaksikan oleh
anggota kesihatan yang terlatih.

- pada peringkat sambungan selama 4 bulan pesakit perlu mengambil ubat 2 kali
seminggu di bawah penyeliaan seseorang yang dilantik.
BILANGAN KEJADIAN KES TB MENGIKUT JANTINA
DAN KUMPULAN UMUR JAN DIS 2009 DAERAH KINTA

KUMPULAN LELAKI PEREMPUAN


UMUR

0 -4 2 0

5 - 10 1 0

11 -14 0 2

15 - 19 4 13

20 - 24 24 8

25 -29 19 16

30 - 34 26 11

35 - 39 23 8

40 - 44 37 12

45 - 49 31 7

50 - 54 32 13

55 - 59 30 2

60 - 64 22 4

65 KE ATAS 42 16

JUMLAH 293 112


BILANGAN KEJADIAN KES TB MENGIKUT JANTINA
DAN KUMPULAN UMUR JAN - DIS 2010 DAERAH KINTA

KUMPULAN LELAKI PEREMPUAN


UMUR

0 -4 0 0

5 - 10 0 0

11 -14 0 4

15 - 19 7 12

20 - 24 26 9

25 -29 21 7

30 - 34 28 8

35 - 39 25 8

40 - 44 35 11

45 - 49 27 11

50 - 54 36 12

55 - 59 29 8
60 - 64 24 2

65 KE ATAS 63 16

JUMLAH 321 108

GRAF 1:BILANGAN KEJADIAN KES TB MENGIKUT JANTINA


DAN KUMPULAN UMUR JAN DIS 2009 DAERAH KINTA
UMUR

GRAF 2 : KEJADIAN KES TB MENGIKUT JANTINA DAN


KUMPULAN UMUR JAN - DIS 2010 DAERAH KINTA
UMUR

BILANGAN KEJADIAN KES TIBI MENGIKUT ETNIK DAERAH


KINTA JAN DIS 2009 DAN 2010

ETNIK
2009 2010

MELAYU 170 183

CINA 145 167

INDIA 64 66

ORANG 9 9
ASLI(OA)

ASING 17 13

JUMLAH 405 438


GRAF : KEJADIAN KES TIBI MENGIKUT ETNIK DAERAH KINTA
JAN DIS 2009 DAN 2010

ETNIK

RUMUSAN

Ada tiga sebab mengapa tibi masih menjadi masalah di negara kita, iaitu:

Kealpaan pengamal perubatan dalam memastikan tibi adalah kemungkinan utama


dalam mendiagnosis penyakit berkaitan saluran pernafasan.
Kurang pengetahuan rakyat terhadap kewujudan dan tanda penyakit ini.

Kekurangan kemahiran anggota keselamatan untuk melakukan pemeriksaan


saringan dan makmal bagi mengesan penyakit tibi.
Adalah sukar untuk menentukan bilakah penyakit batuk kering dapat dihapuskan di
Malaysia ini memandangkan banyak faktor yang menyumbang kepada kemunculan
semula penyakit ini, antaranya termasuk :-

Pendatang asing secara haram tidak disaring daripada penyakit ini.


Pesakit lambat atau tidak mendapatkan rawatan kerana jahil tentang penyakit ini.

Namun begitu penyakit Tibi baik jika di kesan awal dan mendapat rawatan lengkap dan
sempurna.Kurang baik jika di kesan lewat di mana terdapat komplikasi penyakit pesakit
perlu hidup bersama dengan komplikasinya.

PENCARIAN LITERATURE

Tibi - Penyakit Berjangkit No.1

Penyakit yang dianggap antara yang tertua di


dunia ini dilaporkan pertama kali dijumpai di
dalam serpihan tulang belakang mumia Mesir
sekitar tahun 460 Sebelum Masihi.

Hippocrates telah mengenal pasti tibi sebagai


penyakit yang paling tersebar luas pada masa itu
dan ia selalunya membawa maut.
Penyakit tibi muncul sebagai pembunuh nombor satu di Malaya di antara tahun 1945
hingga 1957. Pada waktu itu, sebahagian besar katil-katil di hospital dipenuhi oleh
pesakit berkenaan.

Program kebangsaan Pencegahan Penyakit Tibi yang dilancarkan pada tahun 1961 telah
berjaya mengurangkan kes-kes tibi. Penyakit yang berbahaya ini telah dianggap terkawal
dan Malaysia dikategorikan sebagai sebuah negara dengan beban penyakit tibi sederhana.

Bagaimanapun, sejak tahun 1995, kes-kes baru tibi meningkat


dari setahun ke setahun. Kemuncaknya sebanyak 15,051 kes
pada tahun 2000 berbanding 10,873 kes dalam tempoh
sedekad.

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kawalan Penyakit,


Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan, Dr.
Mohamed Naim Abdul Kadir berkata, penyakit tibi masih
menjadi satu masalah kesihatan awam yang besar kepada
negara.

"la merupakan sejenis penyakit berjangkit utama malah


mendahului denggi yang lebih ditakuti oleh masyarakat,"
katanya yang juga Setiausaha Jawatankuasa Induk Pelancaran
Hari Tibi Sedunia 2004 peringkat kebangsaan.

Tanggal 24 Mac pada setiap tahun diisytiharkan sebagai Hari Tibi Sedunia. Bagi tahun
ini, Setiap Nafas Adalah Bernilai - Hentikan Tibi Sekarang! dipilih sebagai tema
sambutan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, umumnya, satu pertiga daripada


penduduk dunia dijangkiti oleh kuman tibi. Ini bermakna, satu daripada setiap tiga orang
rakyat Malaysia atau ahli keluarga atau rakan sekerja anda sedia
mempunyai kuman penyakit ini di dalam badan mereka.

Dr. Mohamed Naim berkata, kebanyakan individu yang dijangkiti


tidak akan mendapat penyakit tibi kerana kuman-kuman tibi akan
terpendam dan tidak aktif di dalam badan seseorang, mungkin
sehingga ke akhir hayat.
Dr. Mohamed
"Kuman-kuman tibi menjadi aktif apabila sistem imunisasi gagal Naim Abd. Kadir
menghalang mereka daripada membiak di dalam badan.

"Sesetengah orang yang dijangkiti akan mendapat penyakit tibi sebaik sahaja dijangkiti
iaitu sebelum sistem pertahanan badan mereka sempat melawan kuman-kuman tibi,"
katanya.
Bagi sesetengah individu lain pula, hanya akan jatuh sakit beberapa tahun kemudian
apabila kuman yang dahulunya diam di dalam badan menerima isyarat daripada daya
tahan badan yang lemah dan bertindak balas semula.

Beliau turut menarik perhatian tentang pertambahan kes-kes baru di dalam negara yang
berpunca daripada kes-kes kekebalan ubat tibi yang kini semakin meningkat alirannya
dari setahun ke setahun.

"Kes kekebalan ubat tibi berlaku apabila pesakit berhenti mengambil ubat antitibi
sebelum masanya.

"Kes kekebalan ubat tibi yang tidak dirawat boleh menyebarkan


kuman berbahaya ini kepada orang lain," katanya.

Kata Dr. Mohamed Naim, kuman berbahaya daripada kes ini


adalah kebal kepada ubat antitibi yang biasa diberikan kepada
pesakit tibi. Akibatnya, gabungan ubat-ubatan antitibi lain yang
lebih kuat harus digunakan bagi kes berkenaan.

Walaupun masih boleh disembuhkan tetapi rawatan bagi kes Hari Tibi Sedunia
kekebalan ubat tibi mungkin mengambil masa yang lebih disambut sempena
panjang. memperingati
penemuan kuman tibi
Pesakit tibi jenis ini, tambahnya, akan menyebarkan kuman yang oleh Dr. Robert Koch
juga kebal ke dalam badan orang lain yang dijangkitinya. Bagi yang pertama kali
memastikan para pesakit mengambil ubat secara teratur, fasa dibentangkannya pada
rawatan pemerhatian pesakit memakan ubat antitibi (DOT) secara 24 Mac 1884
intensif selama dua bulan telah dilaksanakan pada tahun 1999.

Setiap pesakit tibi mesti ke klinik untuk memakan ubat mereka di bawah penyeliaan
seorang pengamal perubatan setiap hari.

Jika pesakit mengalami kesukaran untuk datang ke klinik disebabkan keuzuran atau
masalah lain, pihak kesihatan akan melantik seorang penyelia dari kalangan ahli keluarga
atau ketua kampung untuk memastikan pesakit mematuhi jadual pengambilan ubat seperti
yang telah ditetapkan.

"Adalah penting bagi memastikan ubat antitibi sentiasa mencukupi dan tidak boleh
terputus walau sekali. "Kepatuhan pesakit kepada rejim ubat-ubatan yang ditetapkan
boleh menyembuhkan pesakit 100 peratus," katanya.

Kajian saintifik membuktikan, terapi penggabungan, biasanya empat jenis ubat,


merupakan kaedah rawatan terbaik yang digunakan ini. Ia tidak akan menjangkiti orang
lain lagi pada saat pesakit memulakan rawatan masing-masing.
LAMPIRAN

Rujukan
1. www.healthystyle_tuberculosys.com

2. Oxford handbook of clinical medicine, seventh edition.MURRAY LONGMORE,


LAN WILKINSON

3. http://id.wikipedia.org/wiki/Tuberkulosis

4. http://www.infeksi.com/articles.php?lng=in&pg=57

5. http://www.mhcs.health.nsw.gov.au/publication_pdfs/7600/DOH-7600-IND.pdf

6. http://dnnya08.blogspot.com/2009/04/tuberculosis-

Anda mungkin juga menyukai