Anda di halaman 1dari 12

TAJUK : AKTIVITI SEMBURAN FOKAL

KULIAH : DKP 35 UMAR

JURULATIH : EN NORHISHAM BIN BAJURI

TEMPAT AMALI : PUSAT LATIHAN AMALI KLUANG

NAMA NOMBOR MATRIK

NAZATUL ARISSA BINTI NASARUDDIN BPPKP2019-0121

ALYA NAJIHAH BINTI AMRAN BPPKP2019-0089

NUR LIYANA BT ZULKIFLI BPPKP2019-0124

SITI NURFARRAH ADILAH BT ANUAR BPPKP2019-0130

NUR AZURAIZA BT MOHD NOOR BPPKP2019-0130

NURUL SYAFIQAH BT ABDULLAH BPPKP2019-0127


1. PENGENALAN

Semburan dinding atau semburan fokal adalah semburan yang dilakukan kepada permukaan dinding
rumah yang rata. Semburan dinding ini adalah bertujuan untuk membunuh nyamuk. Semburan ini
biasanya akan menggunakan racun serangga yang mempunyai kesan residu seperti deltamethrin. Tujuan
semburan ini adalah untuk membunuh nyamuk tiruk yang berparasit malaria. Ianya adalah merupakan
salah satu cara menyekat penyebaran penyakit malaria.Tujuan utama semburan dinding ini
diperkenalkan adalah membunuh nyamuk yang berparasit malaria. Kebiasaannya nyamuk tiruk ini akan
berehat di dinding-dinding rumah sebelum dan selepas menghisapkan darah manusia atau mangsa.

Malaria merupakan salah satu penyakit berjangkit biasa dan masalah kesihatan umum yang
besar.Penyakit ini disebabkan oleh parasit protozoa dari genus Plasmodium. Bentuk penyakit ini yang
paling serius disebabkan oleh Plasmodium falciparum dan Plasmodium vivax, tetapi spesies berkait
yang lain seperti (Plasmodium ovale, Plasmodium malariae, dan kadang- kala Plasmodium knowlesi)
turut mampu menjangkiti manusia.

Parasit Malaria disebar oleh nyamuk Anopheles betina. Parasit membiak dalam sel darah merah,
menyebabkan simptom seperti kepala rasa ringan, semput nafas termasuk juga simptom umum lain
seperti demam, sejuk, mual,penyakit seperti selsema, dan dalam kes teruk, koma dan kematian.
Penyebaran Malaria boleh dikurangkan dengan menghalang gigitan nyamuk melalui kelambu nyamuk
dan penghalang serangga, atau melalui langkah pengawalan nyamuk seperti menyembur racun
serangga dalam rumah dan mengeringkan kawasan air bertakung di mana nyamuk bertelur. Aktiviti
semburan residu juga dilakukan sebagai aktiviti kawalan. Semburan ini dilakukan di luar rumah dan di
dalam bahagian rumah pada dinding. Semburan residu dilakukan setiap 6 bulan untuk memastikan
ketahanan racun semburan dan untuk melakukan semburan sekali lagi. Racun yang digunakan adalah
K-Othrine WG (Watery Granule).
2. OBJEKTIF

 Membunuh nyamuk menggunakan racun K-Othrine 5.0 WP yang di sembur didinding rumah
 Memutuskan kitaran hidup nyamuk
 Merupakan salah satu langkah kawalan
 Salah satu cara menyekat penyakit malaria dari terus tersebar

3. PERALATAN

 Tong penyembur Agrofog Spray can


 Personal Protected Equietment ( PPE)
i. Sarung tangan
ii. Penutup mulut dan hidung
iii. Pakaian coverall
iv. Gogal
v. Kasut boot
 Air
 Racun K-othrine WG (Waterable Granule) (20g)
4. PROSEDUR (SEBELUM )

 Tentukan lokaliti,jenis rumah dan jumlah rumah yang hendak disembur.


 Sediakan semua peralatan dan bahan yang mencukupi sebelum pergi kelapangan
terutamanya tong penyembur dan racun. Pastikan semua dalam peralatan berfungsi
dalam keadaan baik.

PROSEDUR (SEMASA)

 Setelah sampai,kenal pasti bangunan dan permukaan yang hendak disembur.


 Memperkenalkan diri kepada tuan rumah dan nyatakan tujuan kedatangan adalah untuk
membuat semburan fokal.
 Memohon kebenaran tuan rumah untuk membuat semburan di rumahnya.
 Memaklumkan kepada tuan rumah supaya mengalihkan perabot,danhiasan yang
boleh dialih seperti gambar.
 Menutup semua makanan dan minuman atau bekas makanan dan minuman serta
peralatan memasak.
 Semua pintu dan tingkap ditutup supaya permukaan disembur dengan lengkap.
 Penghuni dinasihatkan berada di luar rumah.
 Memakai PPE
 Setelah semua persediaan awal sebelum rumah disembur dibuat,bancuh racun mengikut dos
yang ditetapkan.
 Buka penutup tangki dengan cara memusing pemegang secara melintang.
 Masukkan air ke dalam tangki ke paras 2.5 liter.

 Buka bungkusan luar racun (20gram) dari hujung tepi.


 Masukkan bungkusan dalam ke dalam tong penyembur dan tambahkan air ke dalam
tangki hingga paras 7.5 liter.(3/4 tangki)Tutup penutup tangki.
 Pam tong penyembur sehingga tekanan 55 psi.
 Goncangkan tong penyembur dengan cara terbalikkan ke atas dan ke
bawahsebanyak 5 kali.
 Periksa keluaran semburan pada nozzle adalah berbentuk kipas dan dalam keadaan
melintang.
 Mulakan semburan di dalam rumah dari bahagian atas permukaandan menurun
ke bawah aras lantai.

 Kemudian alihkan batas semburan dari kiri ke kanan dan mulakan semburan dari bawah ke
atas pula.
 Semasa pindahan batas semburan,kekalkan tindanan10cm (4inci).
 Menyembur permukaan yang dikehendaki dengan kadar 2 gm/mps.
 Kekalkan jarak nozzle dengan permukaan semburan 45cm (18inci) dan ketinggian
permukaan 3 meter.
 Semburan mestilah meliputi :-
 dinding dalam rumah setinggi 3m
 cucuran atap
 permukaan luar tingkap dan pintu yang dibuka ke dalam
 bawah lantai,tangga dan tiang
 kandang atau reban ayam yang berhampiran denganrumahpada
jarak <3m dari rumah kediaman.
 Semburan mestilah mematuhi konsep TOCOSURE.

PROSEDUR (SELEPAS)
 Setelah rumah tersebut selesai disembur,lekatkan house card pada pintu rumah.
 Lengkapkan house card serta rekodkan aktiviti semburan dalam house card.Setelah
selesai,pusing pemegang agar menyentuh “Air Release Valve Pin”untuk menurunkan
tekanan tangki.
 Bersihkan semua peralatan terutamanya tong penyembur dengan air danlapkan.
 Simpan tong di tempat yang disediakan dan selamat

Konsep TOCOSURE

a) “TO” Total (Menyeluruh)

 Semua rumah dan binaan dalam

 lokaliti diliputi untuk semburan residu.

b)“CO” Complete (Sempurna)

 Semua permukaan yang wajib disemburc)SU”

Sufficient (Mencukupi)

 Mencapai dosej yang ditetapkan.

d)“RE” Regular (Teratur)

 Semburan dalam tempoh ditetapkan


5. Aktiviti kawalan malaria Semburan fokul

Tarikh Aktiviti 13/02/2022 @ AHAD


Masa 5.00 Petang
Tempat Unit Vektor PKD Kluang
Penyelia IK En. Hidayat
PKA En. Hanafi
PKA En. Erwan

Pelatih Yang Terlibat 1. Nazatul Arissa binti Nasaruddin


2. Alya Najihah binti Amran
3. Nur Liyana bt Zulkifli
4. Siti NurFarrah Adilah Bt Anuar
5. Nur Azuraiza bt Mohd Noor
6. Nurul Syafiqah Bt Abdullah

Tempat Bangunan PKD Kluang


LAMPIRAN

1. Cara-cara bancuhan racun

2. Cara penyemburan
3. Tong penyembur Agrofog Spray can dan racun K-Othrine WG

Anda mungkin juga menyukai