Anda di halaman 1dari 10

KITARAN HIDUP LALAT

Kitar hidup lalat ataupun metamorfosis


bermula daripada telur kemudian menjadi
larva (instar pertama, instar kedua dan instar
ketiga). Daripada larva seterusnya menjadi
pupa dan akhirnya menjadi lalat dewasa
TELUR

Telur lalat biasanya dihasilkan sebanyak 75-


150 telur pada sesuatu masa
Telur ini selalunya terdapat pada kawasan
lembap dan sesuai untuk penetasan
Warna telur adalah pale, white colour
Dalam masa 24 jam, telur akan bertukar
kepada peringkat seterusnya iaitu peringkat
larva
LARVA

Larva ini dikenali sebagai instar pertama


bersaiz kurang 2.5mm dan mempunyai tabiat
pemakanan yang sangat aktif.
Selepas 12 jam, instar pertama akan menjadi
instar kedua yang berukuran 8mm. Aktiviti
pemakanan instar kedua juga sangat aktif.
Selepas 18 jam, instar kedua akan menjadi
instar ketiga bersaiz 15mm.
Tujuh puluh dua jam kemudian larva instar
ketiga akan mengalami perubahan menjadi
pupa
PUPA

Pupa ialah peringkat di mana larva lalat


dibaluti dengan kulit kitin yang keras.
Larva akan berada pada keadaan pupa selama
90 jam, bersifat dorman dan tiada aktiviti
pemakanan sepanjang proses ini.
Selepas 90 jam lalat akan menetas dari
keadaan pupa dan menjadi lalat dewasa
bersifat matang dari segi seksual dan
berupaya melahirkan generasi lalat yang
seterusnya.
LALAT

Bagi lalat dewasa pula jangka hayatnya adalah


di antara 1 hingga 2 bulan.
Secara amnya 9 hingga 14 hari diperlukan
untuk telur lalat menjadi lalat dewasa.
Terdapat 2 faktor mempengaruhi kitaran
hidup lalat iaitu
i. Faktor suhu suhu merupakan faktor utama
yang mempengaruhi kitar hidup lalat. Pada
suhu persekitaran yang lebih tinggi kadar
perkembangan lalat menjadi sangat cepat
dan hal sebaliknya berlaku pada suhu yang
rendah. Maka perubahan dari satu fasa lalat
ke satu fasa lalat yang lain akan bergantung
pada suhu dan seterusnya mempengaruhi
ketepatan dalam anggaran masa kematian..
Spesis lalat yang berbeza spesis lalat yang
berlainan mempunyai kitar hidup yang
berbeza. Sebagai contoh, lalat daging
(Sarchopagidae) kebanyakannya bersifat
larviparus. Lalat jenis ini tidak akan bertelur
sebaliknya melahirkan larva. Maka kitar hidup
lalat ini adalah lebih singkat berbanding lalat
bersifat oviparous iaitu lalat yang bertelur.
Video life circle of housefly:
The Life Cycle of a Housefly.mp4

Sumber : http://www.myhealth.gov.my/lalat-
indikasi-masa-kematian/

Anda mungkin juga menyukai