Anda di halaman 1dari 7

PROSEDUR PERSAMPELAN MAKANAN BAGI

SAMPEL MIKROBIOLOGI

PENGENALAN
Aktiviti persampelan makanan adalah salah satu bidang tugas yang telah
dipertanggungjawabkan kepada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
(PPKP) U29 di bawah Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan di bawah Akta
Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Kuasa memasuki

premis termaktub di bawah Seksyen 4 (1) (a) Akta Makanan 1983 dan kuasa
mengambil sampel di bawah Seksyen 5. Manakala prosedur mengambil sampel
makanan bagi persampelan mikrobiologi ialah di bawah Peraturan 5, PeraturanPeraturan Makanan 1985.

OBJEKTIF PERSAMPELAN MIKROBIOLOGI


1) Menguatkuasakan

Akta

Makanan

1983

dan

Peraturan-Peraturan

Makanan 1985.
2) Langkah kawalan dan pengawasan terhadap makanan yang berada di
pasaran.
3) Memastikan pengguna mendapat bekalan makanan yang baik dan
berkualiti.

PROSEDUR MENGAMBIL SAMPEL


A) DI PEJABAT.
1) Mengenalpasti premis yang akan dikunjungi, bilangan dan jenis sampel
yang hendak diambil dan jenis analisisnya :i) Nama premis :
.
2) Kenalpasti Pegawai Berkuasa lain yang akan terlibat dalam aktiviti
persampelan untuk dijadikan saksi,
3) Persediaan peralatan-peralatan yang diperlukan :- Kad kuasa

- Borang permintaan analisa

- Buku label

- Cool box

- Cop rasmi pejabat

- Gam

- Notis persampelan makanan

- Aluminium tray

- Lak KKM

- Pembuka tin

- Buku resit

- Sudu

- Beg persampelan

- Gelang getah

- Wang yang mencukupi

- Jag aluminium

- Apron

- Pen / alatulis

- Glove (steril)

- Mask

- Steril whirl pack

- Penutup kepala.

- Kamera

- Sendok

- Stapler

- Corong

- Salophen tape

- Alat penimbang

- Gunting

- Penyepit

B) DI LAPANGAN.
1)

Memperkenalkan

diri

dan

rakan

setugas

kepada

orang

yang

bertanggungjawab di premis berkenaan (pemunya/pemilik) dengan


menunjukkan kad kuasa.
2)

Menyatakan

tujuan

kedatangan

iaitu

untuk

mengambil

sampel

mikrobiologi bagi analisis mikroorganisma patogenik.


3)

Memastikan pemilik premis, berada bersama-sama semasa menjalankan


aktiviti persampelan. Ambil gambar sebelum, semasa dan selepas sampel
diambil.

4)

Setelah makanan dipilih, pembayaran tunai dibuat bagi makanan yang


dibeli dan dapatkan resit yang lengkap daripada penjual. Dapatkan nama
penuh, no. k/p, tandatangan, alamat rumah, cop kedai, jenis, bilangan dan
jenama makanan yang dibeli.

5)

Menyediakan peralatan untuk persampelan. Alkohol dituang ke atas alat


di dalam tray dan bakar menggunakan blow torch. Biarkan alat sejuk.

6)

Membasuh tangan. Memakai pakaian untuk persampelan iaitu apron,


penutup kepala, mask, dan glove. (Pastikan barang kemas dan jam
ditanggalkan).

7)

Mengambil dan membuka steril whirl pack dengan cermat.

8)

Mengambil sampel makanan dari tempat simpanan makanan.

Gaul makanan dengan alat (sudu / penyepit steril).

Sampel makanan mesti diambil dari semua bahagian makanan


termasuk ramuan. (Pegawai Berkuasa tidak boleh bercakap semasa
langkah ini).

9)

Makanan dimasukkan ke dalam steril whirl pack hingga ke paras yang


mencukup tanpa menyentuh bahagian luarnya.

10) Angin dikeluarkan dari dalam steril whirl pack dan diikat dengan kemas.
11) Lengkapkan buku label bagi ketiga-tiga sampel makanan tersebut :-

No. Rujukan sampel

ii) Tarikh dan masa persampelan

iii) Jenis makanan

iv) Nama dan alamat penuh pengeluar / pengedar

v) Nama dan alamat penjual (cop premis)

vi) Nama pegawai yang menjalankan persampelan

vii) Cop Pejabat Kesihatan Daerah

12) Lekatkan label dan lakkan sampul yang mengandungi sampel makanan.
Isikan borang-borang yang berkaitan seperti buku resit, notis persampelan
makanan dan borang permintaan analisa.
13) Masukkan sampel makanan ke dalam cool box dan hantar ke Jabatan
Kimia secepat mungkin atau dalam tempoh 24 jam. (Hantar sendiri atau
melalui Pegawai Berkuasa yang lain). Suhu cool box mestilah sentiasa di
bawah 40C.

14) Dapatkan surat akuan penerimaan sampel dari juruanalisis makmal.


15) Aktiviti di lapangan selesai, pulang ke pejabat.
C) DI PEJABAT.
1. Daftarkan semua maklumat mengenai sampel makanan yang diambil ke
dalam Sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan (HMIS).

CARTA ALIR AKTIVITI PERSAMPELAN MAKANAN UNTUK


ANALISIS MIKROBIOLOGI

Di pejabat

Di
lapangan

Kenalpasti jenis dan lokasi premis yang akan dikunjungi.

Pastikan jenis dan bilangan sampel yang hendak diambil.

Kenalpasti rakan setugas yang akan turut serta sebagai saksi.

Persediaan peralatan.

Kenalkan diri dan akan setugas kepada pemilik premis dengan


menunujukkan kad kuasa.

Menyatakan tujuan kedatangan untuk mengambil sampel


mikrobilogi bagi analisis mikroorganisma patogenik.

Memastikan

pemilik

premis

bersama-sama

semasa

menjalankan aktiviti persampelan.


Kaunter
bayaran

Memilih makanan dan mengambil satu sampel makanan


- Membuat pembayaran dan mendapatkan resit yang
ditandatangani oleh pemilik premis, nama, alamat, no. K/P,
cop kedai dan sebagainya.

Melakukan
persampela
n
blow

- Menyediakan peralatan untuk persampelan. Alkohol ditua


atas alatan di dalam tray dan bakar menggunakan
torch.
- Biarkan alatan sejuk.
- Memakai penutup kepala, apron, mask, dan glove sebelum
mengambil sampel.
- Mengambil bacaan suhu sampel makanan.
- Ambil whirl pack yang steril dan buka dengan cermat.

- Sampel diambil dan dimasukkan ke dalam whirl pack hingga


keparas yang mencukupi tanpa menyentuh bahagian luar.
- Keluarkan angin dari dalam whirl pack dan ikat dengan
kemas.
- Sampel tersebut dilabel dan dilak dengan lak rasmi KKM,
(Ambil gambar sampel sebelum dan selepas dilabel).
- Masukkan sampel ke dalam cool box.
- Mengisi Notis Persampelan Makanan dan buku resit.
Penghantaran
sampel

- Mengisi maklumat mengenai sampel ke dalam Borang


Permintaan Analisa (Borang A).
- Menghantar sampel ke Jabatan Kimia Klang dan dapatkan
surat akuan penerimaan sampel dari juruanalisis.
- Aktiviti di lapangan selesai, pulang ke pejabat.

Di pejabat

- Daftarkan maklumat mengenai aktiviti persampelan ke dalam


Sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan (HMIS).

BORANG YANG DIPERLUKAN


1) Notis Persampelan Makanan.
2) Label.
3) Borang A.
4) Borang Penjagaan Sampel Formal.

Anda mungkin juga menyukai