Anda di halaman 1dari 18

LAPORAN AKTIVITI SARINGAN

PENYAKIT TUBERCULOSIS DI
LADANG WAWASAN SEDAR
ESTATE 1, TUBAU

Laporan Disediakan Oleh:


UNIT KAWALAN TIBI DAN KUSTA BINTULU,
JULY 2015

1.0

PENGENALAN PENYAKIT TIBI


Penyakit Tibi atau Tuberculosis merupakan penyakit berjangkit tertua di dunia

yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium Tuberculosis yang disebarkan melalui


udara. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menganggarkan sejumlah 9 juta
kes baru Tibi di seluruh dunia dan 1.5 juta kematian disebabkan oleh penyakit ini
pada tahun 2013. Pada tahun tersebut juga dianggarkan kes baru penyakit Tibi di
kalangan kanak-kanak adalah 550,000 kes dan jumlah kematian kanak-kanak
adalah 80,000 kes. Di Malaysia kes Tibi yang dilaporkan pada tahun 2014 adalah
sejumlah 24,711 kes iaitu peningkatan sebanyak 2.7% berbanding 24,071 kes yang
dilaporkan pada tahun sebelumnya (2013).
Hari Tibi Sedunia disambut pada 24 Mac setiap tahun bersempena mengingati
penemuan bakteria Tibi pertama oleh Dr Robert Koch pada 24 Mac 1882. Pada
tahun ini tema sambutan adalah Mantapkan Prestasi: Ke Arah Mengesan, Merawat
dan Menyembuhkan Pesakit Tibi. Tema ini dipilih bersesuaian dengan komitmen
kerajaan untuk bersama-sama membanteras Tibi dan mensasarkan kehidupan yang
sejahtera tanpa penyakit Tibi di masa akan datang. Kementerian Kesihatan Malaysia
amat komited dalam usaha menangani penyakit Tibi di mana program pencegahan
dan kawalan penyakit Tibi merupakan salah satu fokus utama kementerian selaras
dengan hasrat WHO ke arah eliminasi penyakit Tibi menjelang tahun 2050.
Penyakit Tibi disebarkan melalui udara apabila seseorang pesakit yang telah
dijangkiti; batuk atau bersin. Tibi bukanlah semudah itu untuk dicegah dan dirawat.
Tibi disebabkan sejenis bakteria yang mempunyai tempoh inkubasi yang panjang
dan rawatannya akan mengambil tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan. Penyakit Tibi
juga merupakan penyebab utama kematian di kalangan penyakit berjangkit di
Malaysia. Sejumlah 1,603 kes kematian Tibi dilaporkan pada tahun 2014 berbanding
1,597 kes kematian tibi pada tahun 2013.
Batuk berpanjangan melebihi 2 minggu, demam dan berpeluh di waktu malam,
kurang selera makan dan batuk berdarah adalah tanda-tanda utama yang sering
terlepas pandang oleh pesakit. Malahan ada yang leka dan beranggapan bahawa
batuk tersebut adalah batuk biasa yang bakal hilang dengan sendirinya. Anggapan
seperti inilah menjadikan Tibi merebak di udara dan mudah menjangkiti individu

yang lain. Oleh itu, pengesanan dan rawatan awal kes adalah penting kepada
penyelesaian permasalahan Tibi di negara ini. Sepanjang tahun 2014, sejumlah
543,146 pesakit yang mempunyai tanda dan gejala tibi telah disaring. Hasil daripada
saringan tersebut didapati seramai 15,232 pesakit adalah positif Tibi melalui ujian
kahak. Manakala sejumlah 9,479 kes positif Tibi dikesan melalui ujian x-ray dada
dan ujian pengesahan tibi yang lain.
Kementerian Kesihatan Malaysia menyeru semua pihak yang memberi
perkhidmatan kesihatan di negara ini seperti agensi swasta, badan-badan bukan
kerajaan atau agensi lain yang terlibat dalam menangani kawalan dan pencegahan
penyakit Tibi untuk bersama-sama berganding bahu dalam membuat saringan di
kalangan individu yang berisiko tinggi seperti kontak kepada pesakit Tibi, penghuni
di pusat-pusat koreksional, warga tua, penghidap HIV, pesakit diabetes, perokok dan
lain-lain yang dikenalpasti. Penularan penyakit Tibi dapat dicegah sekiranya
pengesanan awal dapat dilakukan serta mendapat rawatan yang cepat dan efektif
Penyakit tibi merupakan penyakit yang paling banyak berlaku dalam kalangan
masyarakat peribumi Sarawak. Khususnya di kawasan operasi kawalan tibi Bintulu
dimana kebanyakkan pesakit tibi adalah terdiri daripada masyarakat Iban dan
pendatang asing dari Indonesia walaupin terdapat juga penyumbang kes daripada
etnik- etnik lain. Aktiviti saringan simptomatik Tibi merupakan salah satu aktiviti
kawalan lapangan yang biasa dilakukan bagi kawasan endemik tibi. Ladang
Wawasan Sedar adalah merupakan salah sebuah kawasan endemik kerana dalam
tempoh 5 tahun (2011-2015) terdapat 7 kes yang berlaku di kawasan ladang yang
berlainan.
Terdapat pelbagai faktor yang menjadikan lokaliti Ladang Wawasan Sedar ini
dipilih sebagai lokaliti endemik selain daripada mempunyai lebih dari satu kes dalam
tempoh tahunan. Selain itu, saringan pemeriksaan penyakit Tibi perlu dijalankan di
kawasan ladang disebabkan majority populasi penduduk di ladang adalah
pendatang warga asing dari negara Indonesia. Mengikut kefahaman kita semua
kebanyakkan pendatang warga asing memang tidak pernah mendapatkan suntikan
BCG waktu lahir. Ini menyebabkan factor jangkitan dan pendedahan penyakit Tibi
dalam kalangan mereka memang tinggi. Antara faktor risiko lain adalah keadaan

tempat tinggal pekerja ladang yang tidak mempunyai pengudaraan yang baik kerana
tingkap sentiasa ditutup.

2.0 PROFIL LOKALITI


Aktiviti pemeriksaan saringan penyakit Tibi ini telah diadakan di Ladang
Wawasan Sedar Estate 1, Tubau pada 24 Jun 2015 sehingga 26 Jun 2015. Ladang
Wawasan Sedar, Tubau ini terbahagi kepada empat ladang iaitu Estate 1, Estate 2,
Estate 3 dan Estate 4. Di dalam Estate 1 pula, pentadbiran ladang dibahagikan
kepada 3 lagi bahagian kecil dikenali sebagai E1D1, E1D2 dan E1D3. Setiap
bahagian kecil ini mempunyai pengurus ladang yang berlainan. Kedua- dua kes Tibi
yang baru ini berada di bawah pentadbiran Pengurus Ladang Estate 1 E1D1Encik
Kelinin Anak Ilin. Fasiliti pengurusan dan pentadbiran ladang yang utama terletak di
Estate 1 dimana terletaknya pejabat pentadbiran, Klinik Wawasan Sedar, rumah
rehat/transit, kilang pemprosesan buah sawit, stor baja dan peralatan, rumah jagaan
kanak- kanak (nursery), deret rumah pekerja dan kedai makan/runcit.
Ladang Wawasan Sedar Estate 1 ini terletak 17km dari jalan masuk utama ke
dalam ladang kira- kira mengambil masa selama 30 minit. Perjalanan dari Bintulu ke
Ladang Wawasan Sedar ini lebih kurang mengambil masa selama satu jam
memasuki jalan simpang Tubau- Bakun. Ladang Wawasan sedar ini merupakan
lokaliti di bawah kawasan operasi Klinik Kesihatan Tubau. Jumlah keseluruhan
pekerja di Ladang Wawasan Sedar Estate 1 ini adalah seramai 523 orang termasuk
17 orang pekerja warga negara yang melakukan kerja di lapangan. Seramai 33
orang pekerja pentadbiran yang menjalankan pengurusan ladang di pejabat dan di
lapangan.
Berdasarkan tinjuan dilakukan, ladang Estate 1 ini mempunyai 9 blok
kediaman rumah pekerja yang mempunyai 5 hingga 6 buah pintu rumah. Faktor
risiko boleh dilihat melalui jarak diantara setiap blok adalah lebih kurang 10 meter.
Jarak pergaulan diantara setiap penghuni blok adalah sangat rapat. Kesemua blok
kediaman pekerja diperbuat daripada papan dan hanya sebuah blok kediaman yang
diperbuat daripada batu bata. Blok kediaman pekerja ladang ini dibekalkan dengan
bekalan air terawat dan bekalan elektrik bagi memberi keselesaan kepada pekerja.
Keadaan fizikal rumah lengkap kerana mempunyai ruang dapur, 2 bilik tidur dan
ruang tamu serta mempunyai sistem pengudaraan semulajadi seperti tingkap yang

mencukupi untuk keselesaan sebuah keluarga. Tetapi tetap wujud faktor risiko disini
kerana pekerja ladang tidak pernah membuka tingkap rumah disebabkan tidak mahu
debu dari jalan tanah memasuki ruang rumah.

3.0 OBJEKTIF AKTIVITI


3.1

OBJEKTIF AM
Untuk menentukan punca jangkitan penyakit Tibi dan faktor risiko jangkitan
dan pendedahan penyakit Tibi di Ladang Wawasan Sedar.

3.2 OBJEKTIF SPESIFIK


I.
Untuk mendapatkan maklumat- maklumat berkaitan dengan kes- kes
II.

Penyakit Tibi yang baru berlaku di ladang.


Untuk mengenalpasti punca- punca jangkitan dan faktor risiko jangkitan

III.
IV.

dan pendedahan kepada penduduk ladang.


Untuk meningkatkan aktiviti pengesanan kes baru penyakit Tibi di daerah.
Untuk membuat langkah kawalan dan pencegahan awal yang perlu
supaya penyakit Tibi tidak terus menular dalam kalangan penduduk

V.

kawasan ladang.
Untuk memberi kesedaran masyarakat berkaitan dengan penyakit Tibi dan

VI.

stigma penyakit Tibi.


Untuk menjalankan penguatkuasaan undang- undang Seksyen 15 Akta
Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)

4.0 METADOLOGI PERLAKSAAN AKTIVITI


Aktiviti saringan simptomatik dan tanda- tanda penyakit Tibi yang dijalankan di
Ladang Wawasan Sedar Estate 1 ini dilakukan pada 24 Jun 2015 sehingga 26 Jun
2015 selama 3 hari. Penyelarasan aktiviti telah dilakukan bersama dengan Encik
Edward Juman selaku Penolong Pegawai Kesihatan Kanan di Klinik Wawasan
Sedar dan Pengurus Ladang Estate 1 Division 1 (E1D1) Encik Kelinin Anak Ilin.
Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang saringan adalah seperti berikut:1. Pengambilan smear AFB bagi sputum spot dan sputum early morning bagi
orang dewasa.
2. Melakukan saringan simptomatik dan tanda- tanda penyakit tibi dan bagi yang
mempunyai

simptom penyakit tibi, dirujuk ke pusat rawatan untuk

pemeriksaan Xray dada.


3. Memberi pendidikan kesihatan

kepada

pekerja

ladang

iaitu

secara

individu/berkumpuan dan pemberian risalah mengenai penyakit tibi.


4. Membuat smearing bagi spot sputum dan early morning sputum.
Kumpulan sasaran yang diambil bagi aktiviti saringan ini adalah menjurus
kepada kontak kepada dua kes yang baru dikesan, kerana kes kedua juga turut
dikesan melalui saringan kontak. Kumpulan pekerja yang disaring telah diselaraskan
oleh Encik Edward Juman (PPP Klinik Wawasan Sedar) dan Encik Kelinin Anak Ilin
(Pengurus Ladang Estate 1 E1D1). Kesemua mereka yang disaring adalah
merupakan kontak tempat tinggal yang sama blok dengan kes Shahrul Haddade dan
Usman Sonti selain daripada kontak tempat kerja dan kontak sosial yang tidak
tinggal satu blok.
Aktiviti saringan ini dilakukan oleh Penolong Pegawai Perubatan, Penolong
Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Jururawat Terlatih dari Unit Kawalan Tibi
Bintulu dengan kerjasama daripada pihak pengurusan ladang, pihak klinik ladang
dan Penolong Pegawai Perubatan dari Klinik Kesihatan Tubau. Secara tidak
langsung Ia juga melibatkan Pegawai Perubatan, Juruteknologi Makmal Perubatan,
Juru X-ray dan Pemandu Kenderaan Bermotor.

5.0 KEPUTUSAN DAN ANALISIS SARINGAN


Berikut merupakan hasil daripada aktiviti saringan penyakit Tibi yang telah dijalankan
di Ladang Wawasan Sedar Estate 1:5.1 PERATUSAN SARINGAN

Jadual 1.0: Peratusan saringan penyakit Tibi


PEKERJA
Bilangan pekerja tidak
disaring
Bilangan pekerja disaring
JUMLAH

BILANGAN

PERATUSAN (%)

57
115
172

33.1
66.9
100

Jadual 1.1: Peratusan pekerja disaring dan tidak disaring

PERATUSAN (%)

PEKERJA DISARING

33%

PEKERJA TIDAK DISARING

67%

Carta Pai 1.0 Peratusan pekerja yang disaring dan pekerja tidak disaring.

5.2 KEPUTUSAN SAFB


PUNGUTAN SAFB
BILANGAN SAFB DIPUNGUT
BILANGAN SAFB DITOLAK/ROSAK
BILANGAN SAFB DALAM
KEADAAN BAIK
BILANGAN SAFB DIKESAN
POSITIF
BILANGAN SAFB DIKESAN
NEGATIF

BILANGAN
115
68
47
TIADA
47

Jadual 2.0: Bilangan pungutan SAFB


PUNGUTAN SAFB
BILANGAN SAFB DITOLAK/ROSAK
BILANGAN SAFB DALAM
KEADAAN BAIK
BILANGAN SAFB DIPUNGUT

PERATUSAN
59%
41%

BILANGAN
68
47
115

100

PERATUSAN SAFB YANG DIPUNGUT

BILANGAN SAFB
DITOLAK/ROSAK
41%
59%

BILANGAN SAFB
DALAM KEADAAN
BAIK

Carta Pai 2.0: Peratusan SAFB yang dipungut


5.3 RUJUKAN BAGI PEMERIKSAAN XRAY DADA

XRAY
BILANGAN DIRUJUK XRAY
KEPUTUSAN XRAY POSITIF

BILANG
AN
:29
ORANG
:TIADA

TIBI

Jadual 3.0 Bilangan yang dirujuk pemeriksaan Xray

5.4 PENDIDIKAN KESIHATAN


Sebanyak 200 keping risalah telah diedar mengenai Penyakit Tibi dan 115 sesi
nasihat individu telah dijalankan kepada setiap pekerja yang disaring. Selain
daripada pendidikan kesihatan mengenai Tibi, cara atau demonstrasi mengeluarkan
kahak turut ditunjukkan kepada setiap individu yang disaring. 2 keping poster telah
diberikan kepada pihak Klinik Wawasan Sedar.

6.0 PERBINCANGAN
Berdasarkan analisis yang dibuat, jumlah kontak seramai 172 orang adalah
jumlah pekerja ladang yang bekerja di Estate 1 (E1D1). 115 orang adalah pekerja
yang dipercayai merupakan kontak rapat kepada dua kes Tibi iaitu Shahrul Haddade
dan Usman Sonti. Berdasarkan carta pai diatas, 67% pekerja di Estate 1 (E1D1)
telah disaring dan 33% tidak disaring kerana halangan seperti waktu bekerja atau
tidak berada di rumah sewaktu saringan dari rumah ke rumah. Saringan simptomatik
akan terus dilakukan oleh Penolong Pegawai Perubatan Klinik Wawasan Sedar.
Jadual 2.0 dan Carta Pai 2.o menunjukkan maklumat bagi kutipan sputum yang
telah dilakukan. Hanya 41% sahaja SAFB yang dipungut berada dalam keadaan
yang baik dan 59% lagi SAFB ditolak atau didapati rosak. Antara faktor yang
menyebabkan peratusan tersebut adalah mungkin kerana pekerja ladang kurang
memahami apa yang diterangkan disebabkan berlainan bahasa dan percakapan.
Selain itu, ramai pekerja yang mengadu tidak dapat mengeluarkan kahak kerana
tidak batuk serta aktiviti telah dijalankan pada bulan umat Islam berpuasa. Pungutan
SAFB yang telah dilakukan adalah sebanyak 115 dan daripada 115 pungutan yang
dilakukan terdapat 68 SAFB yang rosak/ ditolak menjadikan peratusannya sebanyak

59%. SAFB yang rosak atau ditolak ini adalah bermaksud terdapat sputum cup
yang tidak dapat dilakukan smear atau calitan kerana mereka yang disaring
memberikan air liur sahaja.
Biasanya, anggota yang melakukan survei akan melakukan semua smear
terhadap semua sputum yang diambil walaupun ada sesetengah mereka yang
diambil sampel hanya memberi saliva. Smear yang diotolak oleh makmal adalah
smear yang dipercayai saliva sahaja. Walau bagaimanapun, terdapat juga ujian
terhadap smear menunjukkan saliva boleh dikesan kuman tibi sekiranya mereka
yang diambil sampel tersebut memang merupakan pesakit tibi yang smear positif.
Sebanyak 41% lagi SAFB yang dipungut berada dalam keadaan baik dan diterima
oleh pihak makmal iaitu sebanyak 47 slides smear. Daripada kesemua slide smear
bagi SAFB tersebut, tiada yang dikesan mempunyai positif kuman tibi dan keputusan
bagi semua SAFB adalah negatif.
Seramai 29 orang yang disaring di Ladang Wawasan Sedar Estate 1 (E1D1)
telah dirujuk untuk melakukan Xray kerana mereka adalah golongan yang berpotensi
kerana mempunyai simptom klinikal seperti aduan batuk dalam tempoh lebih dari 1
sehingga 2 minggu, demam, kurang berat badan, kurang selera makan, dan
mempunyai sejarah menghidap penyakit tibi atau keluarga pernah menghidap
penyakit tibi. Selain itu, mereka yang dihantar untuk xray juga kebanyakkannya
adalah mereka yang merokok atau bekas perokok. Keputusan Xray bagi mereka
yang telah dirujuk tidak menunjukkan mereka menghidap tibi atau mempunyai
jangkitan tibi.
Antara masalah yang dihadapi semasa menjalankan aktiviti Saringan
Penyakit Tibi di Ladang Wawasan Sedar Estate 1 (E1D1) ini adalah apabila tidak
semua pekerja dapat disaring kerana ada diantara mereka bekerja. Namun ada juga
sputum cup telah ditinggalkan kepada pekerja yang masih bekerja untuk
pengambilan early morning sputum namun dikembalikan sputum cup kosong.

7.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, aktiviti saringan pemeriksaan penyakit tibi yang dijalankan di
Ladang Wawasan Sear Estate 1 sebenarnya telah membantu memberi kesedaran

kepada semua pekerja ladang terutamanya mereka yang datang dari negara luar
serta memberi kesedaran serta pengetahuan kepada pekerja tempatan umumnya
tentang penyakit tibi dan cara penyebaran penyakit tibi. Melalui semua temu bual
dan pendidikan kesihatan yang telah dijalankan, kami sebagai anggota kesihatan
yang terlibat dalam aktiviti saringan ini sedikit sebanyak telah membantu dalam
aktiviti kawalan penyakit tibi di Sarawak. Walaupun pada mula- mulanya, ramai
dalam kalangan pekerja tempatan dan pekerja asing hanya mengetahui penyakit tibi
ini adalah penyakit yang berjangkit melalui keturunan dan ada yang langsung tidak
pernah dengar mengenai penyakit ini.
Melalui aktiviti ini, objektif untuk mengesan awal penyakit tibi dalam lokaliti
endemik dapat dilaksanakan. Setiap mereka yang tinggal di kawasan ini berpeluang
untuk disaring dan diberi pendedahan tentang pengetahuan yang mereka patut tahu
mengenai penyakit ini seperti, apakah penyakit ini, cara jangkitan, cara rawatan dan
cara pengesanan. Penglibatan pegawai sepanjang aktiviti juga amat menggalakkan
dan penuh dengan komitmen. Kerjasama dari pihak pengurusan ladang dan klinik
ladang termasuk pekerja ladang sendiri juga amat baik dan memudahkan saringan
kami dijalankan.

8.0 LAMPIRAN

Gambar 1.0: Gambar peta Kawasan pentadbiran Ladang Wawasan Sedar Estate 1
(sumber: GPS Plotting Google Earth)

Gambar 1.1: Klinik Wawasan Sedar

Gambar 1.2: Perbincangan aktiviti bersama Penolong Pegawai Perubatan Klinik Wawasan
Sedar dan Pengurus Ladang

Gambar 1.3 & Gambar 1.4: Lawatan ke Blok rumah pekerja

Gambar 1.5 & 1.6: Keadaan tingkap rumah yang sentiasa ditutup.

Gambar 1.7-1.10: Gambar Blok Kediaman Pekerja Ladang

Gambar 1.11: Staff Klinikal Menjalankan Pemeriksaan Semasa Home Visit Ke Rumah
Pesakit Tibi

Gambar 1.12: Menjalankan


Pemeriksaan Simptomatik Dan
Tanda- Tanda Penyakit Tibi
Terhadap Pekerja Ladang

Gambar 1.13: Memberikan


Pendidikan Kesihatan Mengenai
Penyakit Tibi Dan Demonstrasi
Mengeluarkan Kahak

Gambar 1.14: Menjalankan


Pemeriksaan Simptomatik Dan
Tanda- Tanda Tibi Terhadap
Pekerja Ladang Di Rumah

Laporan Disediakan Oleh:

(MARCEL GEORGE LEVI ANAK KUMIN )


Penolong Pegawai Kesihatan Persekitara U29
Unit Kawalan Tibi / Kusta
Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu

Laporan Disemak Oleh:

..
(DR SHAFIZAH BINTI AHMAD SHAFIE)
Pegawai Epidemiologi
Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu

Laporan Disahkan Oleh:

(DR AZLEE BIN AYUB)


Pegawai Kesihatan Bahagian
Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu

Anda mungkin juga menyukai