Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENGENALAN

Pengecaman dan pengawetan larva ialah satu aktiviti yang dijalankan di Pejabat Kesihatan
Daerah (PKD) selepas larva dipungut hasil daripada pemeriksaan tempat pembiakan (PTP) yang
telah dijalankan pada mulanya. Pengecaman larva dilakukan untuk mengenal pasti jenis atau
spesies larva tersebut samada akan menjadi nyamuk Aedes albopictus, Aedes aegypti atau nyamuk
Culex. Aktiviti ini dijalankan oleh Pegawai Pemeriksa Larva atau Pembantu Kesihatan Awam
Kanan (PKAK) atau Pembantu Kesihatan Awam yang mempunyai Sijil Kelayakan Pengecaman /
Pengesahan Larva.

Aedes aegypti merupakan jenis nyamuk yang dapat membawa virus dengue penyebab
penyakit demam berdarah. Selain dengue, Aedes aegypti juga merupakan pembawa virus demam
kuning (yellow fever) dan chikungunya. Sebagai pembawa virus denggi, Aedes aegypti merupakan
pembawa utama (primary vector) dan bersama Aedes albopictus yang menyebabkan denggi di
desa dan bandar. Oleh itu, aktiviti pengecaman dan pengawetan larva dijalankan untuk
membezakan ciri – ciri samada larva Aedes aegypti atau Aedes albopictus atau sebaliknya

1
2.0 OBJEKTIF

2.2 Objektif Umum

Membuat pengecaman larva dengan menggunakan mikroskop cahaya serta melakukan pengisian
borang pengesahan jentik – jentik yang dipungut.

2.3 Objektif Khusus

1. Mengenalpasti bahan dan peralatan yang digunakan bagi tujuan pengecaman larva.
2. Untuk mnegenalpasti sepsis larva nyamuk bagi tujuan bukti kes dan pendakwaan
3. Sebagai pengesahan larva yang dipungut adalah larva nyamuk atau bukan
4. Mengetahui cara penggunaan peralatan betul.
5. Mengetahui jenis larva nyamuk aedes yang diambil.
6. Membuat pengisian borang pengesahan jentik – jentik .
7. Mengetahui kaedah untuk melakukan pengawetan ke atas larva nyamuk .
8. Mengelakkan larva nyamuk tersebut rosak jika kes penguatkuasaan di bawa ke mahkamah

3.0 PERALATAN

i. Mikroskop
ii. Bekas universal
iii. Pipet
iv. Slaid kaca
v. Sisip kaca
vi. Borang Pengesahan Jentik-Jentik yang Dipungut
vii. Alkohol 70 %
viii. Tisu
ix. Lak Rasmi Kerajaan
x. Bikar
xi. Label
2
4.0 PROSEDUR PENGECAMAN DAN PENGAWETAN LARVA

Sebelum Pengecaman Larva

1) Sediakan peralatan untuk melakukan pengecaman larva


2) Pastikan mikroskop cahaya berfungsi dengan baik .

Semasa Melakukan Pengecaman Larva

1) Matikan larva nyamuk dengan menggunakan alkohol 70 %.


2) Tuang alkohol ke dalam bikar dan masukkan larva nyamuk sehingga mati
3) Letakkan larva nyamuk di atas slaid kaca dengan menggunakan pipet
4) Letakkan sisip kaca di atas larva nyamuk .(Jangan tekan sisip kaca tersebut supaya larva
yang diletakkan tidak rosak)
5) Letakkan slaid kaca yang mengandungi larva nyamuk tersebut di atas mikroskop cahaya
6) Lakukan pengecaman dengan menyelaraskan mikroskop supaya bahagian penting untuk
pengecaman spesis larva dapat dilihat.
7) Kenal pasti spesis larva nyamuk tersebut

Selepas Pengecaman

1) Untuk tujuan pengawetan, larutan ‘alkohol’ sebanyak 70% di masukkan kedalam bikar.
2) Ambil,larva menggunakan pipet dan letakkan kedalam bikar yang terisi alcohol .
3) Kemudian ambil pipet dan ambil larva dan masukkan jentik-jentik yang telah diawet
dimasukkan semula ke dalam botol sampel. Tutup botol sampel dengan kemas dan lakkan
dengan lak rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.
4) Asingkan botol sampel di tempat yang sesuai untuk mengelakkan botol sampel yang telah
disah dan diawetkan bercampur dengan botol sampel yang lain.
5) Masukkan data-data yang diambil ke dalam buku rekod.

3
4.1 Carta Alir Proses Pengecaman Spesis Larva

4
5
4.2 Carta Alir Pengawetan Larva

6
5.0 CIRI IDENTIFIKASI

Bahagian Ciri Yang Diperhatikan

Aedes aegypti Aedes albopictus

Comb
Teeth

 8-12 gigi ada Lateral  8-12 gigi teguh tanpa


Dentical yang berkembang Lateral Dentical
 Berbentuk berduri  Berbentuk 1 tajam runcingi
 Tersusun seperti pitchfork  Tersusun secara lurus di
di dalam satu barisan dalam satu barisan

Spine

 Spine di sisi toraks adalah  Spine di sisi toraks adalah


kasar dan berakhir dengan halus dan berakhir dengan
satu runcing beberapa runcing

7
6.0 HASIL DAPATAN

MAKLUMAT HASIL PENGECAMAN SPESIS LARVA


Tarikh Pengecaman 31/1/2022 @ ISNIN
Masa 3.00 Petang
Tempat Unit Vektor PKD Kluang
Pegawai Pemeriksa PKA En. Norizuan
Pelatih Yang Terlibat Nazatul Arissa Bt Nasaruddin
Alya Najihah Bt Amran
Nur Liyana Bt Zulkifli
Siti NurFarrah Adilah Bt Anuar
Nur Azuraiza Bt Mohd Noor
Nurul Syafiqah Bt Abdullah

Jumlah Larva 5 Ekor


Spesis Yang Dikenalpasti Aedes albopictus

8
7.0 KESIMPULAN

Melalui aktiviti pengecaman dan pengawetan larva, pelatih dapat membuat pengecaman
larva dan memahirkan diri dengan penggunaan mikroskop cahaya serta dapat mengetahui spesis
larva yang dijumpai. Pelatih juga dapat membezakan nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti
dengan mahir. Dengan hasil pengecaman ini langkah tindakan kawalan dan pencegahan boleh
diambil bagi mengelakkan daripada berlakunya kejadian penyakit demam denggi berulang.

Selain itu, pelatih juga dapat mempelajari cara pengawetan larva dilakukan selepas
pengecaman dan disimpan ditempat selamat sebagai bahan bukti untuk menjalankan
penguatkuasaan ke atas pemunya atau pemilik premis.

9
8.0 LAMPIRAN

Pelatih membuat pengecaman Beza larva nyamuk Aedes


larva aegpyti dan Aedes
albopictus

PKA membuat pengecaman larva

10
Hasil pengecaman larva
(Aedes aegypti & Aedes albopictus)

11

Anda mungkin juga menyukai