Anda di halaman 1dari 8

BIL NAMA NO.

MATRIK
1 NOOR JIHATY ABADI BIN MUHAMMAD BPPKP2017-2813
FABILLAH
2 MOHD SAIFUL HASHIM BIN ADAM BPPKP2017-2795
3 MOHD HAZEER FITRI BIN KASMAN BPPKP2017-2794
4 MOHAMAD SYAHMI AZWAR BIN BPPKP2017-2785
MOHAMAD RADZI
5 MOHAMMAD ZAHIN BIN ISMAIL BPPKP2017-2790
6 WAN MOHD HAFIZUDDIN BIN WAN HANAFI BPPKP2017-2826

1
PENGENALAN
Penyakit malaria dijangkitkan oleh nyamuk Anopheles. Nyamuk ini menggigit
mangsa di waktu malam dan selepas itu biasanya ia akan berehat di pemukaan
seperti dinding rumah, kelambu dan permukaan lain. Nyamuk Anopheles akan
menjadi infektif selepas 8-12 hari setelah ia menggigit pesakit malaria .

Aktiviti yang sering kali digunakan bagi menangkap nyamuk dewasa adalah aktiviti
Bare Leg Catch (BLC).Tujuan aktiviti ini dilakukan dalam kajian entomologi ini
adalah untuk mengetahui sama ada terdapat vektor bagi kes malaria di sesuatu
lokaliti atau tiada. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui kepadatan
nyamuk Anopheles di sesuatu lokaliti.

2
OBJEKTIF
• Mengetahui cara penangkapan nyamuk Anopheles dewasa dengan
menggunakan kaedah Bare Leg Catch (BLC).
• Mengetahui peralatan yang digunakan.
• Mengenalpasti nyamuk Anopheles.
• Mempelajari teknik semburan Focal Spray.

3
PERALATAN TANGKAPAN NYAMUK DEWASA ANOPHELES KAEDAH BARE
LEG CATCH (BLC)

PERALATAN FUNGSI
 Botol Universe  Untuk menekup nyamuk yang
berada dikaki.
 Untuk menyimpan nyamuk
Anopheles

 Kapas  Untuk menutup botol universe


dan nyamuk tersebut tidak mati.

4
 Untuk melihat pergerakan
 Lampu suluh nyamuk.
 Untuk melihat nyamuk apa
yang singgah dikaki.

 Kaki  Umpan untuk nyamuk tersebut


gigit.

 Borang  Untuk mencatatkan bilangan


masa yang diambil dan
bilangan nyamuk dalam masa
tersebut.

 ‘Pooter’ paip/Aspirator  Menyedut nyamuk Anopheles


yang gigit di betis dan
menghembuskan semula
didalam botol universe

5
PROSEDUR PELAKSANAAN BARE LEG CATCH (BLC)
1. Pada waktu spesifik lebih kurang waktu selepas maghrib dari 7.30 pm – 9.30
pm (malam)
2. Tempoh masa ikut keadaan sama ada
• Buat tangkapan berdasarkan masa ditetapkan contoh 30 min, 1 jam,
dan seterusnya. atau
• Buat tangkapan berdasarkan target jumlah nyamuk dewasa yang
ditetapkan contoh 10 ekor, 20 ekor, dan seterusnya.
3. Bila dah jumpa kawasan berpotensi duduk dalam jarak tidak terlalu dekat
antara satu sama lain dan mestilah dalam keadaan senyap, gelap dan kurang
pergerakan.
4. Lipat bahagian bawah seluar sehingga menampakkan betis atau sehingga
paras lutut.
5. Tunggu sehingga nyamuk hinggap di kaki, gunakan lampu suluh untuk
mengenal pasti kehadiran nyamuk.
6. Bila nyamuk dalam keadaan 45° (Anopheles) berada dalam keadaan
bersedia untuk menghisap darah, tunggu sehingga terasa sakit pada kaki
selepas itu gunakan botol untuk menutup/memerangkap nyamuk tersebut
masuk ke dalam botol.
7. Selepas berjaya memerangkap nyamuk masuk ke dalam botol, tutupkan botol
dengan menggunakan kapas yang disediakan.
8. Ulang semula prosedur untuk menangkap nyamuk sehingga tamat aktiviti
BLC

6
MASALAH
Terdapat suatu masalah yang dihadapi oleh kami, dimana mempunyai
kesukaran untuk mendapatkan kerjasama dari Ahli Kaji Serangga (AKS) Unit Vektor,
Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu. Hal ini telah menyebabkan kami
sukar untuk memahami dan mendapatkan pendedahan situasi sebenar mengenai
aktiviti ini serta tabiat dan habitat serangga dengan lebih mendalam. Hal ini juga
menggangu proses pembelajaran kami

CADANGAN
Bagi mangatasi masalah ini, diharapkan pihak AKS Unit Vektor PKD Kuala
Terengganu dapat memberi kerjasama dengan para pelatih supaya proses
pembelajaran subjek ini tidak terganggu.

KESIMPULAN
Hasil daripada pembelajaran ini, kami telah dapat mempelajari prosedur yang
digunakan bagi menangkap nyamuk dewasa dengan lebih berkesan. Walaupun
tidak dapat ke lapangan, namun pembelajaran yang kami dapati adalah amat
berguna.
Diharapkan pada masaakan datang, pihak AKS dapat memberikan kerjasama
yang diperlukan supaya tidak memganggu proses pembelajaran kami.

7
RUJUKKAN
 Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu
 Unit Vektor, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu.
 https://www.imr.gov.my/index.php/my/centre-2/pusat-penyelidikan-penyakit-
berjangkit-idrc/118-malay-content/pusat/pusat-idrc/unit-entomologi/1745-
aktiviti-unit-entomologi?profile=red
 https://www.researchgate.net/publication/12326106_Comparison_between_a
nopheline_mosquitoes_Diptera_Culicidae_caught_using_different_methods_i
n_a_malaria_endemic_area_of_Papua_New_Guinea

Anda mungkin juga menyukai