Anda di halaman 1dari 3

PROSES ALIRAN CARTA PEMBANGUNAN E-DENGUE

PENDAFTARAN KES Untuk setiap pendaftaran kes yang tertakluk dibawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, ianya perlu dimasukkan ke dalam eNotifikasi..Kumpulan pengguna untuk eNotifikasi ini adalah termasuk pihak hospital atau klinik dan PPKP U29 dan ke atas. Perkara pertama yang harus dilakukan oleh pihak hospital adalah untuk membuat input ke atas kes penyakit berjangkit yang dinotifikasikan Input Notifikasi yang dimaksudkan adalah di dalam eNotifikasi. eDengue boleh diakses oleh pengguna PPKP U29 Unit CDC, Unit Vektor, PPKPK U32/U36/U40 dan ke atas, Pegawai Epid Daerah/MOH, KPP Vektor (JKN) dan Ketua Sektor. Oleh itu, setiap PKD harus ada ID untuk mengakses data di dalam eNotifikasi tersebut setelah dimaklumkan oleh pihak hospital kepada mereka berkenaan sesuatu kes penyakit berjangkit. PPKP berkenaan perlu menyediakan boring siasatan selepas menerima notifikasi dan membuat siasatan dalam masa 24 Jam. Siasatan terhadap pesakit dilakukan di wad dan PPKP perlu berjumpa dengan orang yang mengurus pesakit atau wad tersebut. Prosedur Siasatan kes perlu dijalankan dengan betul. Sekiranya Pejabat Kesihatan atau PPKP berkenaan lambat dinotifikasikan dari tarikh onset, kes boleh dirujuk kepada Unit UIP untuk penyediaan kertas siasatan. Seterusnya, verifikasi untuk notifikasi yang telah dibuat oleh pihak hospital atau klinik perlu dilakukan oleh PPKP U29 unit CDC. Verifikasi perlu dibuat ke atas semua notifikasi yang diterima dari segi alamat pesakit dan diagnosis kes, kemudian PPKP U29 Unit CDC perlu membuat Daftar Notifikasi di dalam eNotifikasi. Setelah selesai dengan eNotifikasi, kes diintegrasikan dalam sistem eDengue. Dalam sistem eDengue, ia memerlukan PPKP U29 Unit Vektor melakukan siasatan. Siasatan dijalankan adalah bertujuan untuk mengemaskini maklumat yang diterima daripada pihak hospital atau klinik supaya tindakan seterusnya dapat dilakukan dengan mudah. Antara tindakan yang boleh dipilih untuk dilakukan terhadap sesuatu daftar kes penyakit berjangkit adalah Mohon Abai, Mohon Pindah, Mohon Daftar (hidup), Mohon Siasatan (Kematian). Maksud Mohon Abai di dalam system eDengue ini adalah sekiranya terdapat kes yang secara teknikalnya dimasukkan atau terdaftar lebih daripada satu kali pada sesuatu masa oleh pihak hospital atau PPKP U29, jadi Sistem tidak dapat atau tidak membolehkan pengguna untuk membuang kes yang telah didaftarkan jadi pilihan Mohon Abai ini digunakan. Selain itu, Mohon Abai ini dipilih sekiranya kes yang telah didiagnos tidak menepati tanda- tanda klinikal contohnya 1+2 iaitu Demam dan dua lagi tanda- tanda klinikial yang sepatutnya ada. Platelet count yang normal adalah 150,000- 400,000 kalau kurang daripada nilai tersebut ianya adalah denggi tetapi walau

bagaimanapun sekiranya platelet kurang dan tanda klinikal tidak mencukupi ianya bukan dianggap denggi. Lulus Abai adalah tindakan oleh Pegawai Epid Daerah/MOH terhadap permohonan dari pengguna tahap capaian 3. Mohon Pindah kes adalah untuk pemindahan kes dari satu daerah ke daerah yang lain. Ini memerlukan PPKP unit berkenaan untuk melihat balik siasatan pergerakan pesakit 3- 5 hari sebelum onset untuk menentukan pergerakan pesakit. Sekiranya dalam tempoh 3-5 hari sebelum onset itu pesakit berada di kawasan daerahnya sendiri dan telah dimasukkan ke wad hospital semasa berada di daerah lain yang bukan daerahnya sendri, oleh itu, kes akan dipindahkan dan diserahkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang bertanggungjawab kepada lokaliti tempat dia berada dalam tempoh 3-5 hari sebelum onset. Sebagai contoh, sekiranya pesakit berasal dari Daerah Serian dan bekerja di Daerah Simunjan dan dia telah dimasukkan ke Hospital Daerah Simunjan kerana disyaki demam denggi, melihat kepada pergerakan pesakit sebelum onset, pesakit telah berada di Daerah Serian sepanjang tempoh 3-5 hari sebelum onset. Hal demikian, kes pesakit ini boleh Mohon Pindah ke Pejabat Kesihatan Daerah Serian. Kawalan dan Pencegahan harus dilakukan di kedua- dua tempat yang disyaki dalam pergerakan pesakit tersebut. Mohon Pindah perlu dirujuk kepada PPKP U32/36/40 dan ke atas untuk Sokong Pindah permohonan Mohon Pindah yang diterima dari pengguna Tahap Capaian 3. Lulus Pindah hanya boleh dilakukan oleh Pegawai Epid Daerah/MOH. Kes yang dimohon untuk diabaikan dan kes yang dimohon untuk dipindahkan tidak perlu didaftarkan ke dalam sistem eDengue. Mohon daftar (Hidup) adalah untuk pendaftaran kes dimana pesakitnya masih hidup dan telah disahkan dijangkiti penyakit demam denggi di hospital berkenaan. Mohon Daftar (hidup) ini dilakukan oleh pengguna tahap capaian 3 iaitu PPKP U29 Unit Vektor setelah melakukan siasatan Case note dan temubual bersama pesakit itu sendiri dan. Lulus Daftar (hidup) pula hanya dilakukan oleh Pegawai Epid Daerah/MOH. Mohon Daftar (kematian) juga dilakukan oleh pengguna tahap capaian 3 PPKP U29 Unit Vektor. Lulus Daftar dilakukan oleh Pegawai Epid Daerah/MOH . Setelah Lulus Daftar PPKP U29 harus melakukan tindakan kawalan dan pencegahan seperti melakukan aktiviti pengambutan fogging, pemeriksaan pembiakan Aedes, pendidikan kesihatan dan Active case detection (ACD). Sekiranya terdapat pembiakan aedes postitif di sesuatu lokaliti, penguatkuasaan harus dijalankan serta merta. Mohon Siasatan (kematian) juga dilakukan oleh PPKP Unit vektor sekiranya kes telah meninggal dunia. Siasatan kes perlu dilakukan oleh PPKP U32/36/40 dan ke atas bersama PPKP U29. Sokong daftar Kematian hanya dilakukan oleh Pegawai Epid daerah keatas permohonan yang diterima dari pengguna tahap capaian 3. Lulus daftar Kematian hanya akan dilakukan oleh KPP Vektor (JKN).

PENDAFTARAN WABAK Pendaftaran wabak dilakukan semasa mendaftar kes. Lokaliti sama atau kawasan berdekatan yang mempunyai lebih daripada 1 kes pada sesuatu masa akan didaftarkan sebagai wabak. PPKP U29 akan mencadangkan untuk isytihar Alert Wabak. Sebelum didaftarkan Alert Wabak ini pengisytiharan wabak perlu disokong oleh PPKP U32/36/40 dan ke atas untuk mengesahkan ianya adalah wabak. Jika tidak disokong, PPKP U29 Unit Vektor perlu menyemak semula bagi memastikan inya benar- benar wabak sekiranya bukan, Abai Alert Wabak atau mohon untuk didaftarkan Mohon Daftar Wabak. Permohonan semula dirujukkan sekali lagi kepada PPKP Kanan untuk menyokong Daftar Wabak. Apabila sudah disokong, wabak dirujuk kepada Pegawai Epid Daerah untuk meluluskan kejadian wabak di sesuatu lokaliti dengan Lulus daftar Wabak. Pengisytiharan wabak adalah berdasarkan lokaliti jangkitan samada lokaliti di tempat kerja, sekolah dan lain- lain.

KEMASKINI KEMATIAN Bagi setiap kes hidup semasa didaftar dan kemudiannya mati semasa dalam tempoh tidak lama selepas didaftarkan, maklumat dalam sistem perlu dikemaskini untuk kematian. PPKP U29 perlu mengemaskini data kematian (mengikut Standard Operating Procedure Kematian). PPKP U29 juga perlu melakukan Mohon Siasatan. Siasatan akan dilakukan oleh Pegawai Epid Daerah yang kemudiannya menyokong daftar kematian pada Sokong Daftar Kematian sebelum diluluskan oleh KPP Vektor (JKN) dalam Lulus daftar Kematian.

KEMASKINI >4 MINGGU PPKP U29 Unit Vektor perlu memaklumkan untuk mengemaskini data yang telah didaftarkan dalam masa 4 minggu selepas dari tarikh daftar kes. Pegawai Epid Daerah harus memohon untuk Mohon Kemaskini berdasarkan makluman yang telah diterima daripada PPKP U29. Kemudian, permohonan tersebut akan disokong oleh KPP Vektor untuk Sokong Kemaskini maklumat di dalam sistem. Kemaskini akan diluluskan oleh Ketua Sektor dalam Lulus kemaskini daftar.

Anda mungkin juga menyukai