Anda di halaman 1dari 14

KOLEJ KESIHATAN AWAM KUCHING

KURSUS DIPLOMA KESIHATAN PERSEKITARAN


PELATIH PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
PUSAT LATIHAN AMALI MIRI
TAHUN 3 SEMESTER 2
KPKM 3213
TAJUK
LAPORAN PEMERIKSAAN PREMIS JUAL MAKANAN READY-TO-EAT (RTE)

NAMA PELATIH

: JIMMY ANAK STEPHEN

NO. KAD PENGENALAN : 910407-13-6069


NO. MATRIKS

: BPPKP2012-4722

AMBILAN / KELAS

: JANUARI 2014 / DKP 19

1. PENDAHULUAN

Pada 07 September 2016, Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan
Bahagian Miri telah melakukan pemeriksaan kafeteria. kafeteria yang diperiksa adalah
Premis Jual makanan Ready-To-Eat (RTE) yang merupakan kantin di sebuah pejabat
Shell Lutong. Turut serta dalam operasi pemeriksaan adalah Pegawai Teknologi
Makanan.Setelah persediaan merangkumi peralatan dan keperluan semasa memeriksa
premis lengkap mengikut senarai semak,Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan pun
bergerak ke lokasi. Operasi bermula pada jam 09.30 pagi.

2. OBJEKTIF PEMERIKSAAN PREMIS MAKANAN


i.

Memastikan makanan yang dijual adalah selamat untuk di makan oleh orang
awam.

ii.

Memastikan semua pekerja mendapat latihan dan suntikan.

iii.

Memastikan keadaan premis adalah bersih dan selamat untuk jualan makanan.

iv.

Memastikan tidak berlaku kontaminasi silang antara makanan mentah dan


makanan yang telah dimasak.

3. SENARAI SEMAK PEMERIKSAAN PREMIS MAKANAN

Kad Kuasa

Buku Penilaian Premis

Lampu Suluh

Prob Thermometer

Borang Senarai Pengendali Makanan

Stapler

Dawai Kokot.

Lampu Ultra Violet

Bateri

Pen

CARTA ALIR PEMERIKSAAN PREMIS MAKANAN

Pejabat

Kemaskini Pangkalan Data


System Fail
Jadual Pemeriksaan
Senarai Semak

Lapangan

Memperkenalkan Diri
Terangkan Tujuan
Mendapatkan Maklumat
Berkaitan
Lakukan Pemeriksaan Premis

Pejabat

Pengkelasan

Atas 70%

Bawah 70%

Dibenarkan
Beroperasi

Arahan Tutup
Premis

4. ANGGOTA TERLIBAT

PPKP

: En. Felix Petrus


: Cik Leslie

Pelatih PPKP

: Jimmy Anak Stephen


: Mathew Lee

Pemeriksaan

: Kantin Shell Lutong

Lokasi

: LUTONG SHELL COMPLEX, LUTONG.

Tarik

: 07 SEPTEMBER 2016 @ 0930AM-1030AM

Proses kerja

1 Di pejabat
i

Sebelum bertolak kami memastikan segala kelengkapan seperti Borang


Penilaian dan sebagainya telah disediakan.

ii

Kami bertolak pada pukul 9.00 pagi.

2 Di lapangan
i

Kami tiba pada pukul 9.30 pagi.

ii

Kami menuju ke kantin lalu memperkenalkan diri dan menyatakan tujuan


kedatangan kami kepada pengusaha kantin.

iii

Saya dan Mathew Lee diminta oleh En. Felix Petrus untuk melakukan penilaian.

iv

Kami meminta pengusaha kantin untuk mengemukan lesen perniagaan dan buku
suntikan setiap pekerja.

Kami menggunakan Borang Penilaian Premis KMM3P2 (Gerai / Kantin).

vi

Pelatih PPKP Mathew Lee mencatitkan semua maklumat asas pengusaha dan
pekerja kantin di dalam borang penilaian.

vii

Setelah mendapat butiran tentang kantin tersebut, saya dan Mathew Lee terus
melakukan penilaian.

viii
ix

Setelah selesai kami mengira demerit yang dilakukan oleh kantin tersebut.
En. Felix Petrus telah menerangkan kesalahan yang telah dilakukan oleh pekerja
kantin tersebut kepada pengusahanya.

En. Felix Petrus meminta pengusaha tersebut mengambil perhatian di atas


kesalahan yang telah dilakukan dan melakukan penambahbaikan terhadap
kantin.

xi

Salinan asal diberikan kepada pengusaha sebagai rujukan beliau.

3. SENARAI PERALATAN PERSONAL PROTECTIVE EQUIPMENT


( KESELAMATAN DIRI )

I.
II.
III.
IV.
V.
VI.

Overall / Lab Coat


Boot Keselamatan
Face Mask
Cap ( Penutup Kepala )
Sarung Tangan Sterile
Hand Paper Towel

DATA PENTADBIRAN
KUASA KKM / MAJLIS TEMPATAN: PEJABAT KESIHATAN BAHAGIAN MIRI
NAMA KANTIN

: SSB CAFETERIA

LESEN PERDAGANGAN

: MARTA FLIGHT CATERING SDN. BHD.

NAMA PEMILIK

: RASHIDAH MUN BINTI ABDULLAH

NO. K/P

: 690505-13-6562

ALAMAT PREMIS

: LUTONG SHELL OFFICE COMPLEX, LUTONG

JENIS PRODUK MAKANAN

: READY-TO-EAT

BIL PEKERJA

: PEREMPUAN

: JUMLAH

6. PEMERHATIAN

1. MAKANAN (Pengstoran / Penyediaan / Pameran / Penyimpanan)

Pencegahan Pencemaran Silang


Makanan yang telah dimasak disusun dengan teratur dan berada dalam
suhu yang betul.

ii

Kualiti Ramuan Makanan


Bekas yang digunakan untuk ramuan makanan dilabelkan dengan
lengkap.
Penggunaan untuk penyimpanan ramuan makanan menggunakan bekas
plastik dan kaca.

iii

Tempat Penyediaan Makanan.


Penyediaan bahan mentah untuk dimasak dilakukan di atas pelantar
simen dengan ketinggian yang bersesuaian.

iv

Penggunaan Peti Sejuk.


Susunan makanan di dalam peti sejuk teratur dan makanan yang di
simpan dengan menggunakan konsep First In, First Out (FIFO).

Penentuan Suhu Peti Sejuk.


Suhu peti sejuk bahagian sejuk dingin betul kerana di bawah 4 oC.
Suhu di bahagian sejuk beku menepati standard iaitu 10 oC.

vi

Peragaan Makanan Yang Dimasak Untuk Dimakan.

Makanan yang telah dimasak untuk pameran didapati disusun dalam


keadaan baik.
Makanan yang dipamer untuk jualan ditutup dengan sempurna.

2. PENGENDALI MAKANAN

Kebersihan diri.
Kesemua pekerja menjalani pemeriksaan kesihatan.
Semua pekerja mendapatkan suntikan pelalian.
Terdapat seorang pekerja yang didapati mengalami luka pada tangan dan
tidak memakai sarung tangan.

ii

Semua pekerja memakai apron dan memakai penutup kepala semasa


pemeriksaan dilakukan.

iii

Amalan dan sikap


Setelah pemerhatian dijalankan ketika pekerja kantin sedang melakukan
tugas, didapati mereka tidak merokok, batuk atau bersin ke arah makanan.

3. PERALATAN DAN PEKAKAS

i.

Semua peralatan dan perkakas yang diguankan untuk penyediaan makan


didapati bersih, mudah dicuci dan kalis air.

ii.

Semua peralatan makanan dicuci di atas sinki besi.

4. BEKALAN AIR

Air yang digunakan untuk memasak makanan dan mencuci peralatan ialah
daripada Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU).

5. KEMUDAHAN TANDAS

Tandas di dalam kafe bersih dan disediakan dengan tisu pengelap tangan
serta sabun mencuci tangan.

6. KEMUDAHAN MENCUCI TANGAN

Sabun atau dispenser disediakan oleh pengusaha kantin di tempat


membasuh tangan.

7. PELUPUSAN SAMPAH DAN SISA MAKANAN

i.

Pelupusan sampah
Tong sampah mencukupi kerana semasa pemeriksaan dijalankan ada
tong sampah dibahagian ruang penyediaan makan dan ditutup.
Plastik hitam disediakan disetiap tong sampah.
Tiada urungan lalat didapati pada tong sampah.
Tiada bau yang tidak menyenangkan yang terhasil daripada tong sampah.

8. LANTAI, DINDING DAN SILING

i.

Lantai
Dibahagian pameran makanan dalam keadaan bersih dan tidak licin.
Dibahagian memasak juga bersih dan tidak licin

ii.

Dinding.
Dinding dalam keadaan baik dan tidak kotor.

iii.

Siling.
Tidak bersawang dan berminyak.

9. LAIN LAIN
i.

Premis
Keadaan premis secara keseluruhan adalah

memuaskan dan berada

dalam keadaan baik dan bersih.

ii.

LILATI
Perangkap lalat dipasang dibahagian penyediaan makanan dan dapur.

iii.

Peraturan Kawalan Hasil Tembakau


Notis tanda larangan merokok dipamerkan di tempat yang dapat dilihat.

10. KESELAMATAN

i.

Alat Pemadam Kebakaran


Terdapat 3 alat pemadam kebakaran yang masih belum tamat tempoh
penggunaan dan masih berfungsi dengan baik.
Terdapat pelan kecemasan yang dipamerkan di tempat yang mudah
dilihat.

LAMPIRAN 1

GAMBAR RAJAH 1: Borang pemeriksaan kantin P2.

GAMBAR RAJAH 2: Borang arahan tindakan pembetulan yang digunakan oleh Unit
Keselamatan dan Kualiti Makanan.

Anda mungkin juga menyukai