Anda di halaman 1dari 14

LAPORAN PEMERIKSAAN TEMPAT PEMBIAKAN AEDES DI TAMAN JAYA,

BANDAR TUN RAZAK


1.

Pengenalan
Pemeriksaan Tempat Pembiakan Aedes adalah salah satu aktiviti utama di Unit Kawalan

Penyakit Bawaan Vektor. Melalui aktiviti ini, ia dapat mengenalpasti tempat pembiakan
nyamuk yang berpotensi dan mungkin boleh menyebabkan pembiakan nyamuk serta ia dapat
memberi pendidikan kesihatan kepada masyarakat tentang bahaya penyakit demam denggi
kepada masyarakat.
Pada 16.08.2016 pemeriksaan tempat pembiakan aedes telah dijalankan di Taman Jaya
dengan dibantu oleh Pembantu Kesihatan Awam ( PKA ) MT. Jais Bin Mahmud dan Pekerja
Awam ( PA ) Faizel Bin Ismail. Kami telah menjalankan pemeriksaan pembiakan aedes
sebanyak 40 buah rumah dan didapati terdapat sebuah rumah mempunyai tempat pembiakan
nyamuk aedes.
Pemeriksaan ini bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari.
Pemeriksaan yang dijalankan ini bertujuan untuk mencegah penyakit demam denggi ini
merebak di kawasan berkenaan berikutan terdapat satu kes demam denggi telah dilaporkan
berhampiran kawasan ini. Oleh itu pemeriksaan ini sebagai salah satu langkah langkah
pencegahan yang dijalankan oleh anggota pejabat kesihatan bagi mengawal penyakit demam
denggi ini daripada terus meningkat.
2.

Objektif Kajian
2.1 Objektif Umum
2.1.1 Menjalankan tindakan pencegahan dan kawalan di bawah Akta Pemusnahan
Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pin.2000)
2.2 Objektif Khusus
2.2.1 Mengenalpasti tempat yang berpotensi untuk menjadi tempat pembiakan
Aedes.
2.2.2 Sebagai salah satu langkah pencegahan untuk mengawal penyakit demam
denggi
2.2.3 Mengetahui prosedur dan cara Pemeriksaan Aedes dijalankan
2.2.4 Memberi pendidikan kesihatan kepada masyarakat.

3.

Metodologi
3.1 Persediaan di pejabat
3.1.1 Taklimat diberikan oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP)
En.Zulhairulnizal Bin Khidir mengenai kawasan operasi dan pembahagian
anggota.
3.1.2 memeriksa peralatan dan borang-borang pemeriksaan premis mengikut
senarai semak

.
3.2 Di Lapangan
3.2.1 Pka Mt. Jais Bin Mahmud memberi salam, memperkenalkan diri dan
menunjukkan kad kuasa serta memperkenalkan diri pembantu dan
menyatakan tujuan kepada pemunya premis yang berumur 18 tahun ke atas
yang berada di dalam rumah tersebut.
3.2.2 Pka telah meminta kebenaran kepada pemunya premis untuk memasuki dan
memeriksa premis seperti yang diperuntukkan dalam Sek.5 APSPP 1975
Pindaan 2000 sambil diikuti oleh pemunya premis
3.2.3 Semasa pemeriksaan dilakukan dibahagian dapur dan tandas, pka telah
memeriksa dibawah peti ais, didapati tiada pembiakan ditemui.
3.2.4 Selepas itu, pemeriksaan dibahagian luar dapur menjumpai satu tempat
pembiakan aedes didalam bekas baldi mop bewarna merah. Selepas memberi
penerangan mengenai tujuan pengambilan larva kepada penduduk, Seterusnya
pka MT Jais Bin Mahmud telah menunjukkan botol dan pipet kosong kepada
penduduk.
3.2.5 Setelah larva diambil, pka telah melabel dan melakkan botol dengan lak rasmi
kerajaan. Seterusnya pka telah meminta kad pengenalan untuk diisi maklumat
didalam borang perakuan pungutan larva nyamuk ( Sek 7 APSPP 1975
Pindaan 2000 )
3.2.6 Setelah mengisi borang perakuan pungutan jentik-jentik ( 2 salinan), Serahkan
1 salinan kepada pemunya premis
3.2.7 Lukiskan peta lakar lokasi dan gambarajah tempat pembiakan

3.3 Pulang di Pejabat


3.3.1 Laporkan aktiviti Pemeriksaan Pembiakan Aedes di dalam buku laporan
Pemeriksaan Pembiakan Aedes
3.3.2 Serahkan botol Spesimen Jentik-jentik kepada pegawai pemeriksaan jentikjentik, Pka Abu Zaid Bin Ali.
3.3.3 Pegawai yang memeriksa merekodkan butir-butir di dalam buku rekod
penerimaan specimen seperti berikut:
3.3.3.1 No. botol
3.3.3.2 Tarikh dan masa terima specimen
3.3.3.3 Daripada siapa
3.3.3.4 Perakuan penerimaan botol @ barang yang diambil dan lain-lain
maklumat yang diperlukan
3.4 Prosedur pengecaman larva
3.4.1 Pka Abu Zaid Bin Ali mengambil larva Aedes dari botol spesimen dan
meletakkan ke dalam tray
3.4.2 Kemudian pka menuangkan air sederhana panas ke dalam tray tadi ( tujuan
mematikan larva dengan air panas adalah supaya badan larva menjadi lutsinar
dan mudah untuk dibuat pengecaman di bawah mikroskop cahaya)
3.4.3 Selepas itu, pka mengambil larva yang telah dimatikan tadi dengan
menggunakan pipet dan letakkan di atas slaid kaca dan tutupkan dengan
menggunakan sisip kaca.
3.4.4 Kemudian slaid kaca tadi diletakkan di bawah kanta mikroskop cahaya, kuasa
kanta difokuskan sehingga nampak jelas bahagian badan larva tersebut.
3.4.5 Larva yang sudah dibuat pengecaman, diawetkan dengan alcohol 70%
sebelum dimasukkan semula ke dalam botol specimen. Sekiranya alkohol
yang dihantar kepada pejabat 100%, cairkan dengan air suling 30%.
3.4.6 Selepas itu, tutup dan lakkkan botol specimen dengan lak rasmi Kementerian
Kesihatan Malaysia.

5.

Data Pentadbiran
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8
4.9
4.10
4.11

Nama Lokaliti
Jumlah Rumah Di Periksa
Jumlah Rumah Tutup
Jumlah Rumah Dibubuh Abate
Bil Premis Yang Positif
Nama Penduduk
No.I/C
Umur
Pekerjaan
Jumlah Penghuni Dalam Rumah
Alamat Rumah

4.12
4.13
4.14
4.15
4.16
4.17
4.18

Tarikh
Masa Kajian
Nama Pegawai Pemeriksa
Tempat Ditemui
Nama Pemeriksa Specimen
Keputusan Diperolehi
Tarikh Pengesahan Specimen

: Taman Jaya
: 40 buah premis
: 15 buah premis
: 3 buah premis
: 1 buah premis
: Indra Devi a/p Poopalan
: 491227-05-5102
: 67 Tahun
: Pesara
: 3 Orang
: 129, Jalan Jaya , Taman Jaya
56000 Kuala Lumpur.
: 16.08.2016
: 8.00 pagi hingga 12.00 Tengahari
: En. MT. Jais Bin Mahmud.
: Baldi Mop
: En. Abu Zaid Bin Haji Ali
: Aedes Albopictus
: 16.08.2016

HASIL KAJIAN
Setelah pulang ke pejabat , botol spesimen larva diserahkan kepada En. Abu Zaid Bin

Ali, Pembantu Kesihatan Awam Unit Kawalan Penyakit Berjangkit Bawaan Vektor untuk di
analisa samaada jentik-jentik tersebut nerupakan spesies Aedes Albopictus atau Aedes

Aegypti. Hasil daripada analisa di dapati bahawa sampel adalah positif dengan jentik- jentik
Spesies Aedes Albopictus.

Pengesahan Jentik- Jentik spesies Aedes aegypti dan Albopictus

6.

PERBINCANGAN
Ketika menjalankan pemerikasaan aedes kami dapati bahawa kawasan berkenaan
merupakan kawasan panas untuk demam denggi. Ini kerana terdapat kes yang berlaku
setiap tahun telah dilaporkan di taman ini.. Hasil daripada pemeriksaan kami mendapati

setiap kumpulan menjumpai rumah yang ada pembiakan aedes. Namun begitu apabila
pemeriksaan dilakukan terdapat beberapa orang penghuni di kawasan berkenaan tidak
memberikan kerjasama kerana mereka bimbang tindakan akan di buat oleh pihak
kesihatan.
Selain itu juga ada penduduk yang mendiamkan diri didalam rumah ketika kami
menjalankan pemeriksaan. Oleh itu pihak kesihatan harus mengambil tindakan yang
wajar kepada semua masyarakat supaya mereka dapat membantu pihak kesihatan untuk
mengurangkan kes demam denggi di kawasan berkenaan. Pendidikan kesihatan yang
berterusan juga perlulah di berikan kepada masyarakat agar mereka mempunyai
pengetahuan mengenai penyakit demam denggi.
7.

Indeks Aedes

= Bilangan rumah +ve jentik-jentik Aedes/Albopictus x 100


Bilangan rumah diperiksa dalam 1 lokaliti
=
=

1
x 100
40
2.5%

Indeks : lokaliti yang sama atau melebihi 1% adalah dianggap sensitif untuk wabak
denggi.
8.

Indeks Bretaeu

= Bilangan bekas yang +ve jentik-jentik Aedes/Albopictus x 100


Bilangan rumah di periksa
=
=

1
x 100
40
2.5%

Indeks : Lokaliti yang mempunyai BI sama atau melebihi 5% adalah dianggap sensitif
untuk wabak denggi.
9.

KESIMPULAN
Hasil pemeriksaan yang jalankan di Taman Jaya mendapati kawasan ini perlu di
beri perhatian kerana mengikut data yang direkodkan menunjukkan kawasan ini kerap
berlakunya kes demam denggi.

Oleh itu pemantauan yang berterusan dan pendidikan kesihatan perlu diberikan
kepada penduduk di taman ini memandangkan taman ini pernah terjadi wabak Demam
Denggi .Selain itu juga penduduk perlu diberi penekanan betapa pentingnya untuk
menjaga kebersihan di sekeliling rumah untuk mengelakkan nyamuk daripada membiak
dan mengurangkan penyakit demam denggi di Malaysia .

LAMPIRAN

Undang-Undang Yang Diperuntukkan Dalam Menjalankan Kajian Pemeriksaan


Pembiakkan Aedes (Ppa) Di Bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit
1975 Pindaan 2000
1.

Tafsiran

PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN ertinya seseorang pegawai


kesihatan dalam perkhidmatan kerajaan atau perkhidmatan mana-mana pihak berkuasa
tempatan dan termasuklah seseorang lain yang ditetapkan secara bertulis oleh ketua
pengarah atau oleh seseorang pegawai kesihatan sebagai penolong pegawai kesihatan
persekitaran bagi maksud akta ini.
PEMUNYA ertinya orang yang ada pada masa itu menerima sewa mana-mana premis,
samada bagi pihaknya atau sebagai ejen pemegang amanah atau sbagai penerima sewa
jika tanah atau rumah yang terkandung dalam premis itu disewakan kepada seorang
penyewa,
PREMIS ertinya bangunan, tanah, isemen, hereditamen dari apa-apa pemegangan dan
termasuklah apa-apa tempat atau binaan, atau mana-mana bahagian daripadanya, yang
digunakan atau dicadangkan untuk digunakan bagi kediaman manusia atau untuk
pekerjaan atau apa-apa jua maksud yang lain.
SERANGGA PEMBAWA PENYAKIT ertinya apa-apa serangga yang membawa atau
menyebabkan, atau yang boleh membawa atau menyebabkan, sesuatu penyakit pada
manusia atau binatang ternakan, dan termasuklah telur, larva dan pupa serangga itu.
PENDUDUK ertinya orang yang menduduki mana-mana premis atau yang menjaga,
mengurus atau mengawalnya samada bagi pihaknya sendiri atau sebagai ejen seseorang
yang lain, tetapi tidak termasuk seseorang penginap.
2.

SEKSYEN YANG DIPERUNTUKKAN


2.1 Sek.5 (1) kuasa untuk memasuki dan memeriksa premis bagi maksud menjalankan
kuasa-kuasa dibawah akta ini, di antara pukul enam pagi dan pukul sepuluh malam,
samada tanpa pembantu ataupun dengan pembantu, memasuki dan memeriksa
mana-mana premis.
2.2 Sek.6 (1) ketua pengarah,seorang pegawai kesihatan atau seorang penolong pegawai
boleh:
2.2.1 jika dia syak sesuatu kesalahan dibawah akata ini atau dibawah mana-mana
peraturan yang dilakukan atau telah dilakukan, mengambil apa-apa barang
yang telah menjadi bahan bukti sebagai kesalahan.

2.2.2 Mengambil apa-apa barang termasuk kandungannya bagi bagi maksud


memeriksa dan menentukan jika ada serangga pembawa penyakit atau
perlindungan untuk serangga menbiak.
2.2.3 Ketua pengarah, sorang pegawai kesihatan atau seorang penolong pegawai
hendaklah menyediakan satu senarai semua barang yang diambil dibawah
subseksyen (1) dan menyerahkan dengan segera suatu salinan senarai yang
ditanda tangani olehnya kepada pemunya atau penduduk premis di mana
barang itu di ambil.
2.3 Sek.7 (1) ketua pengarah, seorang pegawai kesihatan atau seorang penolong
pegawai boleh mengesyaki pemunya atau penduduk premis atau orang gajinya, atau
mana-mana orang lain yang disyakinya telah melakukan kesalahan dibawah akta
ini.
2.4 Sek.8 (1) jika ketua pengarah atau seorang pegawai kesihatan atau penolong
pegawai berpendapat bahawa sesuatu premis atau apa-apa jua di dalamnya mungkin
membiakan atau memberi pelindungan epaa apa-apa serangga pembawa penyakit,
dia boleh memerintahkan pemunya atau penduduk itu mengambil langkah-langkah
tertentu atau membuat apa-apa kerja berkenaan dengan premis itu untuk merawat,
memusnahatau membuang apa-apa jua didalamnyasupaya premis itu membiakan
atau memberi perlindungan kepada serangga-serangga pembawa penyakit.
CARTA ALIR PENGAWETAN JENTIK-JENTIK.
Mencampurkan Jentik-Jentik Dengan
Air Suam Untuk Mematikannya

Alkohol yang berkepeatan 70%


dicampur untu mengelakkan menjadi
hitam

Melabelkan dan melak botol sampel


jentik-jentik dan disimpan sebagai
bahan bukti

Merekod dalam buku


rekod sebagai semakan
dan rujukan

CARTA ALIR MENUNJUKKAN PROSES PENGESAHAN JENTIK-JENTIK.


Sampel jentik-jentik

Masukkan dalam
bekas b

Campur dengan air


panas/suam

Latakkan 1 jentikjentik yang mati atas


slaid kaca

Larasan kanta
mikroskop

Kenalpasti jentik-jentik
yang berada di atas
slaid kaca

Jentik-jentik yang telah


dikenalpasti
dimasukkan ke dalam
bekas b

Langkah diatas
diulangi untuk semua
jentik-jentik

CARTA ALIR MENUNJUKKAN PROSES MENGAMBIL JENTIK-JENTIK DARI


TEMPAT PEMBIAKAN.
Memungut jentikjentik dengan
menggunakan pipet

Antara 5-8 ekor


jentik-jentik di ambil

Masukkan e dalam
botol sampel a

Sampel air dari


tempat pembiakan
diambi

Masukkan ke dalam
botol sampel b

Gambar kedudukan
tempat pembiakan
diambil ( bukti )

Melukis dan melakar


tempat pembiakan

Penyerahan borang
pengesahan entikjentik kepada pemunya
premis
1.

SENARAI SEMAK PERALATAN DAN BORANG YANG DIPERLUKAN


1.1 Kad kuasa
1.2 Beg kajian aedes
1.3 Pipet kecil
1.4 Peta tinjau alam
1.5 Kertas A4
1.6 Papan klip kecil
1.7 Pipet besar (jenis bateri hydrometer)
1.8 Kamera
1.9 Botol universal
1.10 Label , gam dan lak rasmi
1.11 Lampu suluh dan bateri
1.12 Risalah penyakit demam denggi yang berbagai bahasa
1.13 Contoh bahan pemusnah jentik-jentik (abate 1% SG)
1.14 Liquid paper
1.15 Borang kajian jentik-jentik aedes termasuk positif pembiakan
1.15.1 Borang senarai semakan penyiasatan APSPP 1975 (Vektor 14)
1.15.2 Borang pungutan jentik-jentik (vektor 06)

1.15.3 Borang perakuan mengambil bekas/ barang dari premis (vector 07)
1.15.4 Borang laporan harian kajian jentik-jentik aedes (vector 05)
1.16 Kad rumah M1.1
1.17 Borang penghantaran spesimen ke pemeriksa jentik-jentik
1.18 Mikroskop , slaid, cover slaid, dan forceps (di makmal)

Anda mungkin juga menyukai