Anda di halaman 1dari 4

UNIT PENGURUSAN ASRAMA SK TATAU 2020

Kategori Kesalahan Murid Asrama SK Tatau


Kesalahan Berat

a. Menyimpan, membawa, mengambil atau mengedar apa-apa jenis dadah.


b. Menghisap, menyimpan atau membawa rokok, meminum minuman
keras atau berjudi.
c. Mencuri atau merosakkan harta benda sekolah atau asrama, warden,
guru-guru lain, pekerja atau murid-murid lain dengan sengaja.
d. Mencabar atau mengancam serta menggunakan kekerasan terhadap
warden, guru-guru lain, kakitangan atau murid-murid lain.
e. Menjadi ahli dalam pertubuhan haram dan menyimpan senjata berbahaya
yang boleh digunakan untuk tujuan jahat.
f. Menceroboh ke asrama perempuan bagi murid lelaki atau sebaliknya.
g. Pertemuan antara murid lelaki dan murid perempuan atau dengan
individu lain yang berlainan jantina di tempat-tempat yang tersembunyi,
gelap atau yang boleh mendatangkan syak wasangka.
h. Sengaja menimbulkan perkara-perkara yang sensitif dengan tujuan
menimbulkan kacau bilau dan pergaduhan.
i. Meninggalkan kawasan sekolah/asrama tanpa kebenaran dengan pelbagai
cara misalnya memanjat pagar, menumpang kenderaan dan sebagainya.
j. Ponteng belajar kelas petang/malam /sekolah, tidak menyiapkan kerja
sekolah, menipu dan membantah arahan warden/guru.
k. Membantah keputusan atau arahan pihak pejabat, penyelia asrama,
warden, guru disiplin, penolong kanan atau guru besar walaupun telah
diberi beberapa kali amaran.
l. Menunjukkan sifat bongkak dan menghina pengawas sekolah/asrama,
warden, guru dan kakitangan sekolah/asrama.

Kesalahan Sederhana

a. Menyalahgunakan ilmu seni mempertahankan diri seperti silat, karate atau


Tae Kwan Do dan sebagainya.
b. Melakukan kesalahan-kesalahan ringan secara berturut-turut walaupun
telah diberi amaran dan membuat perakuan bertulis.

2019
UNIT PENGURUSAN ASRAMA SK TATAU 2020

Kesalahan Ringan

a) Tidak menepati masa yang telah ditetapkan dalam peraturan


sekolah/asrama.

b) Tidak mengikuti peraturan berpakaian yang ditetapkan dan tidak


berpakaian kemas.

c) Tidak mematuhi arahan-arahan daripada pengawas dan ketua Asrama

d) Berambut panjang, tidak dijaga dengan kemas atau tidak dipotong/disikat


secara yang dibenarkan.

e) Tidak menghadiri perjumpaan/aktiviti-aktiviti asrama yang


telahditetapkan.

f) Berkelakuan kurang sopan/membuat bising/mengganggu ketenteraman


umum atau murid lain di asrama/sekolah/ padang/gelanggang semasa
menonton perlawanan sukan/ semasa dalam rombongan dan sebagainya.

g) Menyalahgunakan kemudahan sekolah/asrama seperti menconteng


poster yang ditampalkan/papan kenyataan/papan hijau/putih, bilik darjah,
bas sekolah, membazirkan tenaga elektrik, air dan lain-lain.

h) Tidak menjaga keselamatan diri/harta benda sekolah/asrama/ murid-


murid lain.

Tindakan –Tindakan bagi menangani :-


1. Kesalahan Berat

a) Dilaporkan kepada Guru Besar / PPD /JPN/Kementeriaan


Pendidikan Malaysia (mengikut kesalahan) dan dimaklumkan
kepada ibu bapa/penjaga.
b) Menghubungi ibu bapa/penjaga untuk membuat perakuan terakhir.
c) Menarik balik biasiswa atau kemudahan lain yang telah diberikan
d) Diberi amaran terakhir, dirotan, digantung atau dibuang asrama.
e) Mengisi borang akujanji.
f) Dihantar ke sesi kaunseling.

2019
UNIT PENGURUSAN ASRAMA SK TATAU 2020

2. Kesalahan Sederhana

a) Kali pertama :

- Kerja Amal.
- Membuat perakuan bertulis.
- Laporan kepada ibu bapa/penjaga.
- Ditahan keluar ke bandar selama dua kali berturut-turut.
- Dihantar ke sesi kaunseling.

b) Kali Kedua :

- Kerja Amal.
- Amaran terakhir.
- Membuat perakuan bertulis.(salinan kepada
ibu bapa atau penjaga)
- Menghubungi ibu bapa/penjaga untuk membuat perakuan bertulis di
hadapan guru
besar.
- Dihantar ke sesi kaunseling.

c) Kali ketiga.

- Kerja Amal.
- Diumumkan semasa perhimpunan.
- Digantung persekolahan/asrama
- Direkod sebagai kesalahan berat, jika
diulangi akan dibuang sekolah/asrama
- Dihantar ke sesi kaunseling.

3. Kesalahan Ringan.

a) Kali pertama

- Diberi amaran.

b) Kali kedua.

- Diberi amaran terakhir


- Ditahan keluar ke bandar sekali.

2019
UNIT PENGURUSAN ASRAMA SK TATAU 2020

c) Kali ketiga.

- Dirotan
- Ditahan keluar ke bandar tiga kali berturut-
turut
- Direkod sebagai kesalahan sederhana. Jika
diulangi akan dikenakan kerja amal & kelas tahanan serta dilaporkan
kepada ibu bapa/penjaga.
- Dihantar ke sesi kaunseling.

2019

Anda mungkin juga menyukai