Anda di halaman 1dari 6

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

1. Semua murid hendaklah mematuhi peraturan-peraturan ini dan juga arahan-arahan


yang diberi oleh Guru Besar dan Penolong Kanan dari semasa ke semasa.
2. Murid-murid yang melanggar peraturan-peraturan sekolah atau asrama akan dikenakan
tindakan disiplin.
3. Murid-murid hendaklah datang ke sekolah sebelum pukul 7.00 setiap pagi.
4. Murid-murid dilarang untuk keluar dari kawasan sekolah atau asrama tanpa kebenaran
Guru Besar , Penolong Kanan, guru atau mana-mana anggota kumpulan pelaksana (AKP)
yang dipertanggungjawabkan setelah datang ke sekolah dan tinggal di asrama.
5. Pakaian seragam yang lengkap dan bersih hendaklah dipakai ke sekolah setiap hari.
6. Murid-murid perempuan yang beragama Islam digalakkan untuk memakai baju kurung
dan bertudung.
7. Murid-murid lelaki yang beragama Islam digalakkan untuk memakai songkok yang
berwarna hitam sahaja.
8. Apabila guru atau pelawat masuk ke bilik darjah, semua murid hendaklah bangun dan
memberi ucapan selamat.
9. Adalah menjadi tanggungjawab semua murid untuk menjaga kebersihan bilik darjah,
tandas dan seluruh kawasan sekolah termasuklah kawasan asrama.
10. Adalah menjadi tanggungjawab semua murid untuk menjaga keselamatan alat-alat dan
harta benda sekolah. Murid-murid dilarang sama sekali untuk merosakkannya.
11. Murid-murid hendaklah menghormati guru dan taat serta patuh kepada arahan mereka.
12. Semasa ketiadaan guru di dalam bilik darjah, murid-murid dilarang berbuat bising.
13. Semua murid hendaklah memakai tanda nama di sekolah kecuali pada masa
kokurikulum.
14. Murid-murid lelaki dilarang berambut panjang.
15. Murid-murid dilarang mewarnakan rambut dengan warna lain.
16. Murid-murid perempuan yang berambut panjang hendaklah mengikatnya menggunakan
reben dengan kemas.
17. Murid-murid dilarang untuk menconteng atau mengotorkan dinding dan lantai serta
harta benda sekolah di seluruh kawasan sekolah, ini termasuklah menulis atau
menconteng sesuatu menggunakan kapur di papan tulis tanpa kebenaran guru.
18. Murid-murid yang datang ke sekolah hendaklah lengkap dengan segala keperluan
sekolah seperti buku teks, buku tulis, alat tulis dan sebagainya.
19. Murid-murid hendaklah hadir ke sekolah setiap hari untuk bersekolah dan menghadiri
aktiviti kokurikulum termasuk juga kelas tambahan yang diadakan kecuali atas sebab-
sebab munasabah yang tertentu seperti sakit dan sebagainya.
20. Murid-murid hendaklah menyiapkan kerja rumah.
21. Murid-murid yang tidak dapat hadir ke sekolah hendaklah memberitahu pihak sekolah.
22. Semasa belajar, murid-murid dilarang keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran guru.
Sekiranya hendak ke tandas atau keluar dari bilik darjah kerana tujuan yang tertentu,
hendaklah mendapat kebenaran guru terlebih dahulu atau mencatat di dalam buku
rekod catatan keluar masuk bilik darjah.
23. Semasa rehat, murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah untuk
membeli makanan atau minuman di luar.
24. Semasa rehat, murid-murid tidak dibenarkan makan atau minum di dalam bilik darjah,
koridor dan tangga bangunan sekolah. Murid-murid hanya dibenarkan untuk makan
atau minum di dewan makan.
25. Semasa rehat, murid-murid tidak dibenarkan masuk ke bilik darjah lain tanpa
kebenaran.
26. Murid-murid dilarang memasuki bilik-bilik khas yang lain tanpa kebenaran guru.
27. Murid-murid dilarang berlari-lari di kawasan sekolah.
28. Apabila keluar dari bilik darjah semasa rehat atau balik, murid-murid hendaklah beratur
dan berjalan dalam barisan serta jangan berlari.
29. Murid-murid hendaklah balik terus ke rumah bila tamat masa persekolahan. Murid-
murid dilarang bermain di kawasan sekolah apabila tamat masa persekolahan.
30. Bagi murid-murid yang diambil oleh ibu bapa, mereka hendaklah menunggu ibu bapa di
dalam kawasan sekolah.
31. Semasa balik menggunakan perahu, murid-murid hendaklah mematuhi arahan dan
menggunakan jaket keselamatan.
32. Murid-murid dilarang membawa alat permainan atau senjata tajam ke sekolah.
33. Murid-murid dilarang menulis surat cinta.
34. Murid-murid dilarang bergaduh, bertumbuk, mengancam, mengugut atau
mencederakan murid lain.
35. Murid-murid dilarang menghisap rokok, meminum minuman keras, menghidu gam atau
mengambil dadah.
36. Murid-murid dilarang melibatkan diri dalam kegiatan kumpulan haram seperti kumpulan
samseng, kongsi gelap dan sebagainya.
KATEGORI KESALAHAN MURID
A. Kesalahan Berat

a) Menyimpan, membawa, mengambil atau mengedar dadah.


b) Menghisap, menyimpan atau membawa rokok, meminum minuman keras atau berjudi.
c) Mencuri atau merosakkan harta benda sekolah atau asrama, guru-guru, pekerja atau
murid-murid lain dengan sengaja.
d) Mencabar atau mengancam serta menggunakan kekerasan terhadap guru-guru, pekerja
atau murid-murid lain.
e) Menjadi ahli dalam pertubuhan haram dan menyimpan senjata merbahaya yang boleh
digunakan untuk tujuan jahat.
f) Menceroboh ke asrama puteri bagi putera atau sebaliknya.
g) Pertemuan antara putera dan puteri atau dengan individu lain yang berlainan jantina di
tempat-tempat yang tersembunyi, gelap atau yang boleh mendatangkan syak wasangka.
h) Sengaja menimbulkan perkara-perkara yang sensitive dengan tujuan menimbulkan
kacau bilau dan pergaduhan.
i) Meninggalkan kawasan sekolah/asrama tanpa kebenaran dengan cara memanjat pagar,
menumpang kenderaan dan sebagainya.
j) Ponteng kelas/sekolah, tidak menyiapkan kerja sekolah, menipu dan membantah
arahan warden/guru.
k) Membantah keputusan atau arahan pejabat, Penyelia Asrama, Warden, Guru Disiplin,
Penolong Kanan atau Guru Besar walaupun telah diberi beberapa kali amaran.
l) Menunjukkan sifat bongkak dan menghina pengawas sekolah/asrama, warden, guru dan
kakitangan sekolah/asrama.

B. Kesalahan Sederhana

a) Menyalahkan ilmu seni mempertahankan diri seperti silat, karate atau Tae Kwan Do dan
sebagainya.
b) Melakukan kesalahan-kesalahan ringan secara berturut-turut walaupun telah diberi
amaran dan membuat perakuan bertulis.
C. Kesalahan Ringan

a) Tidak menepati masa yang telah ditetapkan dalam peraturan sekolah/asrama.


b) Tidak mengikuti peraturan berpakaian yang ditetapkan dan tidak berpakaian kemas.
c) Tidak mematuhi arahan-arahan daripada pengawas atau Ketua Asrama.
d) Berambut panjang, tidak dijaga dengan kemas atau tidak dipotong/disikat secara yang
dibenarkan.
e) Tidak menghadiri perjumpaan/aktiviti-aktiviti yang telah ditetapkan.
f) Berkelakuan kurang sopan/membuat bising/menganggu ketenteraman umum atau
murid lain di asrama/sekolah/padang/gelanggang semasa menonton perlawanan
sukan/semasa dalam rombongan dan sebagainya.
g) Menyalahgunakan kemudahan sekolah/asrama seperti menconteng poster yang
ditampalkan/papan kenyataan/papan hijau/putih, bilik darjah, membazirkan tenaga
elektrik, air dan lain-lain.
h) Tidak menjaga keselamatan diri/harta benda sekolah/asrama/murid-murid lain.

TINDAKAN-TINDAKAN
1. Kesalahan Berat

a) Dilaporkan kepada Guru Besar/PPD/JPN/Kementerian Pelajaran Malaysia (mengikut


kesalahan) dan dimaklumkan kepada ibu bapa/penjaga.
b) Menghubungi ibu bapa/penjaga untuk membuat perakuan terakhir.
c) Menarik balik biasiswa atau kemudahan lain yang telah diberikan.
d) Diberi amaran terakhir, dirotan, digantung atau dibuang asrama.
e) Mengisi boring akujanji.
f) Dihantar ke sesi kaunseling.

2. Kesalahan sederahana

a) Kali Pertama:
 Dirotan.
 Membuat perakuan bertulis.
 Laporan kepada ibu bapa/penjaga.
 Ditahan keluar dua kali berturut-turut.
 Dihantar ke sesi kaunseling.
b) Kali Kedua:

 Dirotan.
 Amaran terakhir.
 Membuat perakuan bertulis (salinan kepada ibu bapa/penjaga).
 Menghubungi ibu bapa/penjaga untuk membuat perakuan bertulis di hadapan
Guru Besar.
 Dihantar ke sesi kaunseling.

C. Kali ketiga

 Dirotan.
 Diumumkan semasa perhimpunan.
 Digantung persekolahan/asrama.
 Direkod sebagai kesalahan berat, jika diulangi akan dibuang sekolah/asrama.
 Dihantar ke sesi kaunseling.

3. Kesalahan Ringan

a) Kali Pertama
 Diberi amaran

b) Kali Kedua

 Diberi amaran terakhir


 Ditahan keluar sekali

c) Kali ketiga

 Dirotan.
 Ditahan keluar tiga kali berturut-turut
 Direkod sebagai kesalahan sederhana. Jika diulangi akan dirotan serta dilaporkan
kepada ibu bapa/penjaga.
 Dihantar ke sesi kaunseling.

Anda mungkin juga menyukai