Anda di halaman 1dari 20

KAJIAN

PENYAKIT DI
MALAYSIA

ISI KANDUNGAN
 PENYAKIT YANG PALING BANYAK
DIHADAPI OLEH RAKYAT MALAYSIA

 PENYEBAB DAN CARA MENANGANI


PENYAKIT BERJANGKIT
 CADANGAN PENYELESAIAN MASALAH

 PENYAKIT YANG BERJANGKIT


 PENYEBAB DAN CARA MENANGANI
PENYAKIT BERJANGKIT
 CADANGAN PENYELESAIAN MASALAH

 PERKEMBANGAN PENYAKIT
BERDASARKAN GRAF STATISTIK
KEMENTERIAN KESIHATAN
PENYAKIT YANG PALING BANYAK
DIHADAPI DI MALAYSIA

I SAKIT JANTUNG
Fungsi Jantung
Jantung merupakan organ yang sangat penting
bagi manusia, kerana ia
diperlukan untuk mengepam
darah ke seluruh tubuh manusia
sehingga tubuh mendapatkan
oksigen dan sari makanan yang
diperlukan untuk metabolisme
tubuh. Oleh itu, jantung perlu
dijaga supaya dapat menjalankan
fungsinya dengan baik.

Penyakit Jantung
Penyakit jantung ialah penyakit yang menyerang
jantung manusia dan urat-urat darah. Penyakit-
penyakit dapat mempengaruhi bahagian badan mana-
mana pun dari jantung. Contoh penyakit adalah seperti
penyakit jantung koroner, serangan jantung,
tekanan darah tinggi, stroke, sakit di dada dan
penyakit jantung rematik. Penyakit yang paling
umum adalah penyakit kronis pada arteria koroner.
Penyakit jantung koroner merupakan penyakit yang
paling tertinggi diderita. Penyakit ini sering
menyebabkan serangan jantung pada seseorang
manusia sehingga terjadinya pembuluh arteri yang
berfungsi untuk menyediakan darah ke otot jantung
menjadi tersumbat dan melambatkan penyaluran
oksigen dan nutrisi ke jantung dan akhirnya
menyebabkan kematian.

Faktor-faktor Penyakit Jantung


Banyak faktor yang boleh menjadi penyebab
kepada penyakit jantung. Asap rokok dikenalpastiaan
mempercepatkan pembekuan darah, menggalakkan
pemendapan lemak pada dinding jantung dan
mengurangkan bekalan oksigen ke jantung. Mentega,
minyak sapi, daging berlemak turut member kesan
kepada jantung manusia akibat pengambilan lemak
yang terlalu tinggi. Seseorang yang mengalami
tekanan perasaan akan menyebabkan denyutan
jantungnya semakin meningkat dan turut
menyebabkan tekanan darahnya meningkat.

Cara Mengatasi Masalah Penyakit Jantung


Senaman yang sesuai juga penting untuk
menguatkan jantung serta dapat membaiki pengaliran
darah ke jantung. Sekiranya tidak melakukan senaman
yang sesuai dan mencukupi, maka akan menyebabkan
badan seseorang mudah mendapat penyakit jantung.
Penjagaan makanan yang seimbang juga membantu
mengurangkan penyakit jantung.

Pencegahan Penyakit Jantung


Tips-tips untuk mencegah penyakit jantung.
Hindari makanan yang banyak mengandung
kolesterol tinggi dan kurangi
menyantap makanan yang digoreng
yang banyak mengandung lemak
supaya menjaga kesihatan jantung. Selain
menghindari makanan dengan kandungan gula
tinggi seperti minuman ringan juga perlu dihindari.
Berhenti merokok supaya tidak menyesal apabila
mendapat penyakit jantung. Menyertai aktiviti sosial
atau menjalankan aktiviti riadah bersama keluarga
atau kawan dapat mengurangkan ketegangan dalam
kehidupan harian.
Mengamalkan gaya hidup yang sihat adalah cara yang
paling efektif untuk mendapatkan jantung yang sihat.
Panyakit berjangkit paling
banyak di hidapi di Malaysia.
II INFLUANZA A ( H1N1 )
Pengenalan
Penyakit Influanza A (H1N1) berlaku semenjak
tahun lepas bermula dari 24 April 2009 yang telah
diisytiharkan oleh Pertumbuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) sebagai krisis kecemasan kesihatan
antarabangsa ekoran merebaknya wabak Virus
Influanza A (H1N1)(Swine Flu) bagi memberi amaran
wabak yang dianggap makin mencemaskan dan
berpotensi untuk menjadi ‘pendemik’ atau wabak yang
akan merebak. Swine Flu yang disebarkan oleh
manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di
seluruhan dunia terutamanya di Mexico dan Amerika
Syarikat. Shingga 6 Mei 2009, wabak ini telah
mengorbankan 29 orang di Mexico, 2 orang di Amerika
Syarikat. Bagi di Negara Malaysia pula wabak Swine Flu
bermula pada Mei-Jun 2009. Sehingga 21 Jun 2009,
terdapat kes di Malaysia.

Apa itu penyakit Influanza A (H1N1).


Influanza A (H1N1) adalah sejenis penyakit
berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan
oleh Virus Influanza A (H1N1). Virus Influanza ini adalah
sejenis virus yang baru dan terhasil daripada
ressorment iaitu percampuran genetik virus influanza
babi, burung dan manusia. Pada mulanya, semua orang
tiada daya ketahanan kepada jangkitan tersebut.
Vaksin bagi melindungi jangkitan ini juga belum ada.
Tnda-tanda Penyakit Influanza A
Tanda amaran yang menunjukkan seseorang itu
mengindap penyakit jangkitan Influanza A (H1N1).
Antaranya adalah masalah penafasan. Batuk
berdarah atau kahak berdarah. Sakit dada
berterusan. Cirit-birit atau muntah yang kerap,
Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam
berulang selepas hari pulih. Berkelakuan tidak
normal, keliru, kurang resposif kepada rangsangan
atau sawan. Rasa pening apabila berdiri dan kurang
kencing. Jika seseorang itu ada salah satu tanda di atas
semasa waktu penyebaran virus Influanza A (H1N1),
maka orang itu disahkan menjangkiti Influanza
A(H1N1).

Golongan berisiko dijangkiti Influenza A


Golongan-golongan yang berisiko tinggi adalah
kanak-kanak yang berumur kurang daripada 5 tahun,
Individu yang berusia 65 tahun dan ke atas, kanak-
kanak dan remaja yang kurang daripada 18 tahun yang
menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang
panjang, wanita mengandung, dewasa dan kanak-
kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik
obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovaskular,
hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular
atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus,
orang yang mengalami daya ketahanan yang rendah
(immunosuppressant) dan individu yang mengidap di
rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain.
Langkah Pencegahan Influenza A
Antaranya adalah mengamalkan amalan
kebersihan diri dan adab batuk yang betul,
tutup/lindungi mulut dan hidung dengan tisu sewaktu
bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam
tong sampah selepas menggunakan. Basuh tangan
dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya
selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan
berasaskan alcohol juga berkesan. Pesakit dinasihatkan
untuk tinggal di rumah, elakan berhubung rapat
dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil
langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti
mereka yang menjaga pesakit. Dapatkan maklumat
maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber
yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan
Malaysia dan Pertumbuhan K

JENIS – JENIS PENYAKIT YNAG BOLEH


BERJANGKIT
I Kolera
Penyakit kolera adalah penyakit yang menginfeksi
saluran usus bersifat akut yang disebabkan oleh bakteri
Vibrio cholerae, bakteri ini masuk kedalam tubuh
seseorang melalui makanan atau minuman yang
terkontaminasi. Bakteri tersebut mengeluarkan
enterotoksin (racunnya) pada saluran usus sehingga
terjadilah diare (diarrhoea) disertai muntah yang akut
dan hebat, akibatnya seseorang dalam waktu hanya
beberapa hari kehilangan banyak cairan tubuh dan
masuk pada kondisi dehidrasi. Sebenarnya Kolera
adalah penyakit yang dapat diobati dengan mudah,
Kebersihan dan menjaga kebersihan sangat diperlukan.
Kerana hal ini terutama yang menonjol di negara-
negara miskin, mendidik orang di negara-negara
berkembang tentang kebersihan jalan akan ikut dalam
pengendalian dan pemberantasan penyakit ini.

Penyebab Penyakit Kolera


 Makan makanan mentah atau kerang
 Kekurangan asam klorida dapat meningkatkan
kerentanan
 Paparan kebersihan yang buruk
Pencegahaan
1. Rebus atau hanya minum air murni
2. Hindari makan makanan mentah
3. Hindari makan makanan mentah dan kerang
4. Hindari salad
5. Sanitasi dan sistem pemurnian air yang akan
dimonitor
6. Sayuran dan buah-buahan harus dicuci dengan
larutan kalium permanganat

II Tibi
Apakah Penyakit Tibi?
Tibi adalah sejenis penyakit berbahaya yang membawa
maut jika tidak dirawat. Ianya disebabkan oleh kuman
Tibi. Kuman Tibi biasanya menjangkiti paru-paru tapi
boleh juga menyerang organ-organ badan yang lain
seperti tulang, otak, kulit, kelenjar, buah pinggang dan
sebagainya.
Bagaimana TB merebak
Bakteria TIBI disebarkan melalui udara. Pesakit TIBI
yang menderita akan mengeluarkan berjuta-juta
bakteria TIBI yang terawang-awang di udara seketika
apabila bersin atau batuk. Individu yang menyedut
udara tercemar ini mempunyai peluang dijangkiti
bakteria TIBI. Biasanya pesakit TIBI boleh menyebarkan
bakteria TIBI kepada individu yang berhubung rapat
dengannya.

Tanda-tanda
1. Batuk yang berterusan lebih dari 2 minggu
2. Kahak yang mungkin mengandungi darah
3. Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam
4. Susut berat badan dan hilang selera makan
5. Mengalami sakit dada apabila batuk atau semasa
menarik nafas panjang
6. Mudah menjadi letih

Rawatan TB Dots
DOTS (Directly Observed Treatment-Shortcourse) atau
Pengawasan Rawatan Jangka Pendek Secara Terus
merupakan strategi yang disarankan oleh Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) untuk merawat penyakit Tibi.

Pencegahan
1. Bayi-bayi yang baru dilahirkan mestilah diberikan
suntikan BCG. Dapatkan suntikan dos ke-2 sekiranya
tiada bekas parut pada umur 12 tahun.
2. Sekiranya batuk yang berterusan lebih daripada 2
minggu, segeralah berjumpa doktor
3. Hubungi ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang
rapat dengan penghidap TIBI untuk sentiasa datang
membuat pemeriksaan di klinik atau di hospital
kerajaan.

III PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT


Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah sejenis jangkitan
virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus
termasuklah enterovirus (setakat ini terdapat 66 jenis
telah dikenalpasti). Jangkitan ini menyebabkan
timbulnya ruam berserta lepuh di tekak, tonsil, tangan
(tapak tangan), kaki (pada tapak kaki) dan di sekitar
kawasan lampin. Biasanya penyakit ini hanya sekadar
sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang
dalam tempuh 5 hingga 7 hari.

Penyebab
Terdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan
penyakit tangan, kaki dan mulut. Virus yang biasa yang
menjadi penyebab penyakit ini ialah virus Coxsackie
A16. Kadang-kala terdapat jenis kuman virus lain
seperti virus Coxsackie A atau enterovirus 71 yang
boleh mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackie
merupakan salah satu dari jenis virus yang terdapat di
dalam kelompok virus yang dikenali sebagai
enterovirus seperti virus Polio, virus Coxsackie dan
Echovirus.
Di Malaysia, kuman Echovirus 7 atau Echo7 telah
dikenalpasti sebagai virus yang menjadi punca
kematian seorang kanak-kanak dan mungkin juga tiga
kanak-kanak yang lain, baru-baru ini. Wabak penyakit
HFM yang berlaku tempoh hari (Sarawak 1997) adalah
disebabkan oleh virus Coxsackie dan Enterovirus 71
(EV71). EV71 telah disah menyebabkan 4 dari 31
kematian akibat penyakit ini di Sarawak pada 1997.

Cara penyakit ini merebak


Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah penyaki
berjangkit yang sederhana. Ia merebak melalui
sentuhan atau kontak secara langsung dengan lelehan
yang keluar dari hidung dan tekak atau najis mereka
yang telah dijangkiti kuman ini. Penyakit ini amat
mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit
menghidapinya. Penyakit tangan, kaki dan mulut tidak
boleh merebak kepada atau daripada binatang
peliharaan ataupun binatang-binatang lain.
Tempoh pengeraman dan peringkat bagi
penyakit HFM.
Selepas seseorang itu dijangkiti kuman virus ini tempoh
pengeramannya adalah di antara 2 hingga 6 hari.
Gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut
biasanya akan hilang pada hari ketiga atau keempat.
Ulser mulut akan hilang pada hari ke 5 hingga 7 tetapi
lepuh dan bintik-bintik merah di tangan, kaki akan
hanya hilang dalam tempuh 10 hari. Demam
berkemungkinan mencapai panas sehingga 39 C.

Faktor-Faktor Risiko
Kanak-kanak yang berumur di bawah 5 tahun amat
mudah dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut.
Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh menjangkiti
sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur.
Jangkitan ini akan menghasilkan daya tahan (imuniti)
terhadap virus tertentu tetapi serangan atau episod
yang kedua mungkin akan berlaku berikutan jangkitan
dari beberapa jenis virus yang lain dalam kelompok
enterovirus.

Tanda-Tanda Dan
Gejala
Di antara gejala jangkitan ialah:
 Demam
 Sakit tekak
 Ulser pada tekak dan mulut
 Sakit kepala
 Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan
di kawasan lampin
 Hilang selera makan

IV PENYAKIT HIV/AIDAS

Pengenalan
"Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit" ataupun AIDS
adalah penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus
yang dikenali sebagai HIV (Human Immunodeficiency
Virus) yang menyebabkan kegagalan sistem imun
tubuh ataupun kebolehan semulajadi tubuh untuk
melawan penyakit.
Penyebab
Penyebab bagi AIDS ialah HIV. HIV tidak dapat hidup di
luar tubuh manusia dan hanya boleh dipindahkan
apabila bendalir badan daripada individu yang telah
dijangkiti memasuki ke dalam tubuh individu yang
belum dijangkiti.
HIV berjangkit melalui pemindahan sebarang bendalir
dari tubuh mereka yang telah dijangkiti kepada orang
lain. Virus ini boleh didapati di dalam bendalir-bendalir
tubuh seperti:
 Darah
 Cecair seminal/air mani (dan juga air mazi)
 Rembesan faraj
 Susu badan
Perebakan
AIDS merebak terutamanya melalui darah, semen (air
mani) dan rembesan faraj mereka yang telah dijangkiti
virus AIDS. AIDS juga boleh merebak dari ibu yang
telah dijangkiti kepada bayi yang dikandungnya.
Berdasarkan fakta di atas, aktiviti-aktiviti yang boleh
menyebabkan anda terdedah kepada jangkitan AIDS
adalah seperti berikut:

1. Melakukan hubungan seks dengan berbilang


pasangan dari kedua-dua jantina
2. Melakukan hubungan seks dengan pelacur
3. Berkongsi jarum dan picagari di kalangan penagih
dadah
Tanda-tanda dan gejala
Pesakit AIDS akan mengalami gejala-gejala seperti di
bawah:

Penurunan berat badan sehingga 10% yang tidak


diketahui puncanya
Cirit-birit dan batuk yang kronik dan berterusan
Demam yang berpanjangan. Demam ini berlaku
samada secara berkala ataupun berterusan
Pembengkakan nodus limfa terutamanya di leher,
ketiak dan kelengkang.
Jangkitan herpes zoster yang berulang-ulang.
Herpes zoster merupakan infeksi saraf oleh virus
yang dicirikan oleh kehadiran lepuhan pada kulit

Kandidiasis di mulut dan tekak. Kandidiasis


merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh
sejenis kulat (fungus).
Infeksi herpes simpleks yang berulang-ulang.
Herpes simpleks merupakan jangkitan virus pada
kulit yang dilihat sebagai lepuhan di sekeliling
mulut dan alat kelamin.

PERKEMBANGAN PENYAKIT BERDASARKAN


GRAF STATISTIK KEMENTERIAN KESIHATAN
KESIMPULAN

Kesihatan adalah sangat penting kepada


setiap individu. Individu yang sihat dapat
memjalankan aktiviti seharian yang
produktif sekali gus menjana kemajuan
negara.Maka kita hendaklah memandanng
seruis isu kesihatan ini sebagai agenda
utama untuk membentuk generasi yang
hebat.

Pihak kerajaan dan masyarakat perlu


menggembling usaha dalam menangani
penyakit yang mengancam negara. Dengan
pengetahuan dan ilmu yang semakin moden
diharap masalah penyakit dapat
diselesaikan. Jadi, langkah yang proaktif
perlulah diambil oleh pihak kerajaan dan
bukan kerajaan dengan cara yang lebih
efektif seperti mempertingkat kempen-
kempen kesedaran. Selain itu, pihak sekolah
juga turut memainkan peranan yang
penting untuk memberikan input mengenai
penyakit berjangkit ini kepada para pelajar.
Sekiranya langkah ini tidak diambil, nescaya
masyarakat akan menjadi mangsa kepada
ancaman penyakit berjangkit ini.
Oleh itu, kita perlulah bersiap sedia
untuk menghadapinya dan hal ini
bersesuaian dengan peribahasa Melayu,
”Sediakan payung sebelum hujan”.

Anda mungkin juga menyukai