Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN
Penyakit kaki, tangan dan mulut atau juga dikenali sebagai Hand, Foot,
Mouth Diseases(HFMD) merupakan penyakit yang kian meningkat di
negara Malaysia ini. Ianya merupakan penyakit yang akan menyerang pada
bahagian kaki, tapak tangan dan mulut. Namun begitu, penyakit ini juga
boleh merebak pada bahagian siku dan lutut serta pada celah punggung.
Gambar 1 menunjukkan pesakit HFMD.
Penyakit ini kebanyakannya akan menyerang kanak-kanak namun tidak
terkecuali pada orang dewasa. Pada kanak-kanak berumur bawah 5 tahun,
ianya amatlah berbahaya disebabkan terdapatnya ulser pada mulut
menyebabkan kanak-kanak tersebut tidak mahu makan atau menyusu. Hal
ini boleh membawa kepada kekurangan nutrisi.
Pada 30 Julai 2018, menurut akhbar The Star, terdapat satu kes dimana
bayi berumur 17 bulan meninggal dunia disebabkan penyakit HFMD yang
melanda di Pulau Pinang. Virus yang menyerang bayi tersebut adalah virus
Enterovirus 71 yang menyebabkan infeksi pada paru-paru bayi tersebut dan
kekurangan oksigen serta kesukaran bernafas merupakan faktor kematian
bayi ini.

Gambar 1

PENYAKIT KAKI TANGAN DAN MULUT|1


2.0 FAKTOR PENYEBAB

Menurut laman web Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM), Penyakit


HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi
Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan
penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair
hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta
sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan
virus HFMD

3.0 TANDA-TANDA DAN GEJALA

Menurut Jayakar Thomas (2013), pada 12 hingga 36 jam selepas


dijangkiti, gejala yang akan muncul pada kanak-kanak adalah antaranya

 demam 38 darjah Celcius selama 2 hingga 3 hari


 Anorexia (kurang makan)
 Malaise
 Sakit pada bahagian perut
 Bintik-bintik merah pada tangan,kaki dan mulut
 Terdapat pembentukan ulser pada mulut
 Pembentukan vesikel pada bahagian terlibat

Tanda-tanda ini selalunya disalah tafsir oleh doktor dan ianya


menyerupai demam campak dan cacar air. Kesilapan diagnosis akan
menyebabkan penularan wabak HFMD dan seterusnya ianya menjadi lebih
susah untuk dibendung.

Gambar 2 menunjukkan tanda-tanda dan simptom yang boleh dialami


oleh kanak-kanak dan orang dewasa yang dijangkiti HFMD ini.

PENYAKIT KAKI TANGAN DAN MULUT|2


Gambar 2

4.0 KAEDAH PENCEGAHAN

Wabak ini merebak dengan cepat terutama dikalangan kanak-kanak.


Menurut laman portal KKM, pencegahan yang diambil antaranya ialah
menyaran orang ramai untuk mengambil langkah pencegahan dengan
menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Penularan jangkitan HFMD
sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran di
mana ia mudah berlaku di tempat sesak serta mutu kebersihan yang
rendah. Seterusnya ialah Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-
kanak dengan gejala HFMD mendapatkan rawatan dan tidak membawa
kanak-kanak tersebut ke tempat awam termasuk sekolah dan pusat jagaan
kanak-kanak. Pengurus pusat jagaan kanak-kanak pula perlulah
menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-
kanak di bawah jagaan mereka seperti mana yang disarankan dalam ‘Garis
Panduan Pengendalian Kanak-Kanak di Taska dan Prasekolah’ serta
‘Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah Dan Mengawal Penyakit
Tangan, Kaki Dan Mulut’

PENYAKIT KAKI TANGAN DAN MULUT|3


Gambar 3

5.0 KAEDAH RAWATAN


Tiada rawatan khas untuk penyakit HFMD ini. Namun begitu, pesakit
HFMD selalunya akan direhatkan di rumah dan tidak digalakkan untuk
dibawa keluar dari rumah. Pengambilan air dan makanan yang cukup akan
memastikan badan kanak-kanak tidak mengalami dehidrasi.
Rawatan yang ada pula hanya rawatan simptomatik di mana jika kanak-
kanak mengalami demam, disarankan untuk mengambil ubat paracetamol
dalam bentuk cecair dan jika gatal pula, preskripsi ubat calamine lotion pula
akan diberikan.
Sehingga hari ini, tiada vaksin untuk HFMD dicipta bagi menangani
wabak ini. Tambahan pula, penyakit ini akan pulih dalam masa 6 hingga 7
hari. Pada tempoh tersebut, penjagaan rapi perlu diberikan terutama kanak-
kanak.

PENYAKIT KAKI TANGAN DAN MULUT|4


6.0 PERANAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN (PPP)
Dalam hal ini, PPP berperanan untuk mengesan kes secara aktif dan
pasif serta membuat notifikasi jika terdapat kes HFMD. Hal ini untuk
membolehkan klinik atau hospital bersedia menangani kes ini dengan
melakukan pendidikan kesihatan pada orang awam dan mendapatkan data
statistik untuk laporan tahunan.
PPP juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti promosi dan
pendidikan kesihatan dikilnik, hospital dan tempat awam.

7.0 KESIMPULAN
Tidak dinafikan lagi bahawa penyakit HFMD ini kian meningkat di negara
kita. Penyakit ini mempunyai masa pengeraman yang amat singkat dan
sangat mudah merebak. Laporan kes kematian disebabkan oleh HFMD ini
perlu diambil serius. Penyakit ini juga bukan sahaja melibatkan kanak-
kanak, namun boleh menjangkiti orang dewasa. Orang awam juga perlu
memainkan peranan dengan mengambil tahu tentang penyakit ini dan tidak
membawa anak mereka di tempat awam. Pihak taska pula perlu
memastikan bahawa anak murid mereka bebas dari penyakit HFMD ini.

PENYAKIT KAKI TANGAN DAN MULUT|5


8.0 RUJUKAN

Thomas Jayakar & Parimalam Kumar (2013). Clinical Pediatric Dermatology.


Nepal, Kathamandu: Jaypee Brothers Medical Publisher (P) Ltd

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD). (2012, June 12). Retrieved
September 19, 2018, from http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/193

Online, T. S. (2018, July 30). 17-month-old boy's death in Penang due to


HFMD - Nation | The Star Online. Retrieved September 19, 2018, from
https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/07/30/17monthold-boys-death-
in-penang-due-to-hfmd/

PENYAKIT KAKI TANGAN DAN MULUT|6

Anda mungkin juga menyukai