Anda di halaman 1dari 14

KOLEJ SAINS KESIHATAN

BERSEKUTU SULTAN AZLAN


SHAH
CASE STUDY
(STRABISMUS)
NAMA

: MUHAMMAD HARIZ HAZIM BIN HASHIM

NO. MATRIK

: BPP2014-2009

TAJUK

: STRABISMUS

KURSUS

: DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

TAHUN

: TAHUN 2 SEMESTER 2

PENEMPATAN

: UNIT KESIHATAN SEKOLAH, KLINIK


KESIHATAN CHEMOR

TARIKH

: 3 OGOS 2015 14 OGOS 2015

NAMA PENGAJAR

: PN. NORSAKINAH BINTI IDRIS

PENGENALAN
Menurut pusat pakar mata ACS, Dr Ang Chin Sim, Pakar Perunding
Oftalmologi, strabismus atau juling adalah keadaan dimana kedua-dua
mata tidak selari. Istilah ini digunakan apabila mata seseorang itu tidak lurus
atau selari di mana satu mata memandang ke hadapan manakala mata di
sebelahnya memandang sama ada ke dalam, ke luar, ke atas atau ke bawah.
Mata juling boleh juga dikaitkan dengan keturunan.
Kira-kiranya 2% kanak-kanak mengalami masalah mata juling. Sesetengah
daripada itu dilahirkan dengan juling.
Untuk penglihatan yang normal, kedua-dua mata perlu selari. Dengan mata
juling, setiap mata akan melihat imej yang berlainan. Kerana itu, otak kanakkanak akan tidak menghiraukan imej dari mata yang lebih lemah untuk
mengelakkan kekeliruan. Process ini akan menyebabkan ambliopia atau
mata malas. Jadi adalah penting untuk mengesan masalah mata juling pada
usia yang muda sebelum mereka berumur 10 tahun kerana rawatan adalah
lebih berkesan untuk kanak-kanak yang lebih muda. Penglihatan teropong
(binocular) atau penglihatan 3 dimensi diperlukan untuk menganggar
kedalaman/ketebalan sesuatu objek. Kebolehan ini boleh terjejas jika mata
kanak-kanak itu juling.
Ada kanak-kanak yang kelihatan seperti mereka ada juling tetapi sebenarnya
tidak mengalami juling, keadaan ini dipanggil sebagai juling palsu atau
pseudosquint. Lapisan kulit yang berlebihan dekat sudut dalaman mata atau
hidung yang rendah atau kedudukan mata yang berjarak dekat boleh
menyebabkan juling palsu. Ini sering terjadi kepada kanak-kanak Asia dan
biasanya keadaan ini hilang bila muka lebih dewasa. Doktor pakar mata
boleh mengesan keadaan ini dan ibubapa tidak perlu risau lagi kalau ini
sebenarnya juling palsu.

Etiologi penyakit ini dalam kebanyakan kes, tiada sebab yang diketahui. Ia
boleh disebabkan oleh otot-otot mata yang tidak berfungsi dengan baik pada
mata yang juling atau kelumpuhan otot-otot mata itu sendiri. Selain itu,
rabun dekat (hiperopia) juga boleh menyebabkan mata bergerak ke dalam.
Mata juling adalah lebih lazim di kalangan kanak-kanak yang mengalami
masalah otak seperti Cerebral Palsy, Down Syndrome, hydrocephalus dan
barah otak.
Tanda dan gejala juling dapat dilihat apabila kedudukan mata yang tidak
selari atau sejajar. Ia boleh menjadi masalah yang berpanjangan atau wujud
sekali-sekala. Bayi normal yang baru lahir biasanya juling disebabkan
penglihatan yang belum matang. Masalah ini hilang setelah bayi semakin
membesar. Walau bagaimanapun, mata yang benar-benar juling tidak akan
berubah dengan perkembangan tumbesaran

PERNYATAAN MASALAH
Semasa menjalani penempatan klinikal di Klinik Kesihatan Chemor dalam
unit Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, PKS. Semasa lawatan ke Sekolah
Kebangsaan Tambun, saya mendapati bahawa seorang pelajar sekolah

tersebut yang berusia 7 tahun mengalami tanda dan gejala strabismus atau
juling.
Pengambilan sejarah bagi pelajar ini sedikit sebanyak mendedahkan tentang
latar belakang pelajar ini. Pelajar A, yang berusia 7 tahun, berbangsa
melayu, anak ke-2 daripada 4 orang adik beradik menghadapi masalah akuiti
visual 6/18 pada mata kiri dan 6/12 pada mata kanan serta kedua-dua bola
mata pelajar ini tidak berada dalam kedudukan yang selari. Pelajar ini juga
sering berasa pening kepala dipercayai akibat masalah yang dihadapi.
Doktor telah menyatakan bahwa pelajar ini menghidap strabismus atau
juling.
Pelajar ini juga sering mengadu bahawa penglihatannya kurang jelas apabila
melihat kepada papan putih semasa sesi pembelajaran. Oleh sebab itu,
gurunya mengarahkan pelajar A ini duduk di barisan hadapan di dalam
kelasnya. Pelajar A juga menghadapi kesukaran dalam pencapaian akademik
akibat daripada kesukaran membaca.
Pelajar A turut memberitahu bahawa abangnya yang sekarang bersekolah di
Sekolah Menengah Kebangsaan Chemor turut menghadapi masalah juling ini
dan telah merujuk kes tersebut kepada pakar Oftalmologi.
Bagi kes-kes seperti ini, doktor akan merujuk pelajar ini kepada pakar
oftalmologi di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk rawatan lanjut.
Oleh kerana pelajar ini masih berumur 7 tahun maka rawatan bagi kes juling
pelajar ini dapat dilakukan dan dijangka akan memberi kesan yang baik
kepada mata pelajar tersebut.

PENCARIAN LITERATUR
Menurut Robert P. Rutstein, O.D, American Optometric Association,
2011, Strabismus atau juling ini adalah kondisi posisi mata yang tidak selari
antara satu sama lain. Salah satu bola mata lebih kedalam (esotropia) atau
keluar (exotropia). Keadaan ini menyebabkan pergerakan bola mata yang
abnormal, double vision, kekurangan akuiti visual, ketidakselesaan pada
mata, sakit kepala, atau postur kepala yang tidak normal. Penyebab kepada
keadaan ini tidak dapat ditentukan secara klinikal, tetapi keadaan ini
memberi kesan kepada refraktif, sensori atau organik, anatomic atau motor.
Menurut beliau juga, kepada sesetangah individu strabismus mampu
menyebabkan kebutaan.
Strabismus juga terbahagi kepada dua iaitu Strabismus tak lumpuh
(konkomiten) dan Strabismus lumpuh (inkomiten). Menurut Dr. Jeffrey
Cooper, 2001, strabismus konkomiten adalah keadaan juling apabila mata
pesakit boleh melihat ke semua arah. Pergerakan bola mata berlaku pada
semua jarak dan pada setiap masa. Otot extra-okular adalah dalam keadaan
normal.

Strabismus

inkomiten

pula

adalah

keadaan

dimana

berlaku

kelumpuhan pada otot-otot extra-okular yang menyebabkan pergerakan bola


mata hanya berlaku pada keadaan-keadaan tertentu contohnya dalam
keadaan sakit. Juling jenis ini menyebabkan bola mata tidak bergerak pada
kebanyakan keadaan. Juling inkomitent adalah keadaan normal bagi bayi
berusia dibawah 6 bulan dan jika keadaan ini berterusan selepas 6 bulan,
kanak-kanak tersebut harus dibawa berjumpa pakar mata.
Martin S. Cogen, M.D, menulis didalam bukunya, Optometric Clinical
Practice Guideline 2010, Strabismus yang berlaku keatas kanak-kanak
boleh menyebabkan mata

malas (amblyopia) dan

binocular depth

perception. Beliau mencadangkan pengesanan awal pada murid-murid


sekolah rendah termasuk pemeriksaan akuiti visual dan masalah refraktif

mata. Pemeriksaan alignment mata juga perlu dilakukan bagi mengesan


strabismus. Pengesanan awal dan rawatan keatas strabismus kanak-kanak
yang berumur tidak lebih dari 10 tahun dapat menghalang kejadian
ambylopia ini. Risiko bagi kanak-kanak yang menghidap amblyopia ini adalah
kebutaan mata yang berfungsi (non-amblyopic eye) akibat trauma atau
penyakit.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Judith N. Lasker, PhD, Wills Eye
Institute,

2008,

daripada

segi

sikososial

remaja

yang

mempunyai

strabismus, mereka mempunyai kurang keyakinan diri apabila berhadapan


dengan masyarakat. 65% daripada mereka yang menyertai kajian ini
mendapati bahawa mata juling menyebabkan mereka kurang keyakinan diri
kerana mereka gagal mengekalkan eye contact dengan orang lain. Mereka
akan berasa malu dan rendah diri diatas keabnormalan diri mereka selain
mendapat cacian dari masyarakat. Mereka yang mengalami masalah ini juga
sering mendapat markah yang rendah dalam bidang akademik kerana
mereka kurang memberi tumpuan kepada pembelajaran dan juga akibat
kesukaran membaca buku.

PERBINCANGAN HUJAH
Definisi strabismus menurut Portal My Health, Kementerian Kesihatan
Malaysia, 2012 adalah apabila kedua-dua belah mata tidak selari atau
sejajar dan melihat ke arah yang berlainan. Satu mata memandang ke
hadapan manakala mata di sebelahnya memandang sama ada ke dalam, ke
luar, ke atas atau ke bawah.
Bagi kes pelajar A ini, jenis strabismus yang dialami adalah jenis strabismus
exotropia dimana mata menjuling ke arah luar atau Juling Mencapah. Pn.
Nor Suhana bt. Abd Wahab, 2014 dalam penulisannya mengenai definisi
strabismus

exotropia

adalah

keadaan

di

mana

apabila

satu

mata

memandang ke hadapan dan mata yang satu lagi kelihatan memandang ke


sisi. Keadaan ini boleh berlaku sejak lahir, sewaktu kanak kanak atau
setelah dewasa. Bayi yang mengalami juling keluar sejak lahir perlu
mendapat pemeriksaan terperinci bagi mengenal pasti punca keadaan ini
berlaku, kerana juling keluar bukanlah suatu keadaan yang normal dan
jarang berlaku kepada bayi. Terdapat dua jenis juling keluar iaitu juling keluar
sekali-sekala dan juling keluar kekal. Juling keluar sekali-sekala sering
berlaku di kalangan kanak-kanak sekiranya mereka dalam keadaan letih,
kurang sihat atau kurang tumpuan. Manakala, bagi juling keluar kekal pula,
salah satu mata akan sentiasa mengarah keluar. Mata yang sentiasa juling
keluar berisiko mendapat mata malas dan sering berlaku di kalangan kanakkanak. Mata malas tidak akan berlaku sekiranya juling keluar berlaku pada
kedua-dua belah mata, kanan dan kiri secara silih berganti.
Rawatan bagi kes strabismus exotropia ini, menurut Eris M. Weissberg,
didalam

bukunya

Essentials

of

Clinical

Binocular

Vision,

2004,

menerangkan bahawa pemeriksaan mata secara menyeluruh perlu dilakukan


untuk mengenal pasti punca juling sebaik sahaja juling dikesan. Pemeriksaan
boleh dijalankan oleh Pegawai Optometri, Pegawai Ortoptik atau pakar mata.
Sekiranya juling disebabkan oleh masalah rabun penglihatan, pesakit perlu

memakai cermin mata dengan kuasa kanta yang tepat. Terapi penutupan
mata mesti dibuat jika ada masalah mata malas. Terapi yang biasa
digunakan bagi merawat amblyopia ini adalah dengan menutup mata yang
tidak juling dengan eye pad selama 4 minggu, atau menggunakan gutt
Atropine keatas mata yang normal. Rawatan ini tidak berkesan setelah
kanak-kanak berusia 10 tahun. Penglihatan yang baik adalah amat penting
untuk mengurangkan risiko juling berulang selepas pembedahan. Terdapat
jenis juling keluar yang boleh dirawat dengan melakukan senaman mata.
Walau bagaimanapun, senaman mata hanya efektif untuk kes tertentu
sahaja seperti juling keluar yang hanya berlaku sekali-sekala.
Pembedahan boleh dilakukan untuk membetulkan juling. Sekiranya juling
disebabkan oleh masalah penglihatan yang teruk, pembedahan hanyalah
untuk tujuan kosmetik. Selepas pembedahan, juling keluar mungkin boleh
berulang kerana mata tersebut tidak dapat digunakan untuk melihat. Walau
bagaimanapun,

bukan

semua

jenis

juling

boleh

dibetulkan

dengan

pembedahan. Pembedahan juling terhadap orang dewasa yang telah


mempunyai juling sejak zaman kanak-kanak mungkin boleh menyebabkan
mereka mendapat penglihatan berganda. Ini disebabkan otak tidak dapat
mencantumkan imej dari mata kanan dan kiri yang selama ini melihat secara
berasingan.

Oleh

itu,

pemeriksaan

rapi

perlu

dijalankan

sebelum

pembedahan dilakukan. Pemeriksaan dan rawatan awal adalah amat penting


untuk memastikan kejayaan setiap rawatan yang diberikan terutamanya di
kalangan kanak-kanak.
Pelajar A ini telah dilakukan pemeriksaan kesihatan dan dirujuk kepada pakar
oftalmologi Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh pada tarikh yang ditetapkan
untuk rawatan lanjut. Rujukan Kes dilakukan oleh Dr. Awanis yang mengetuai
Program Kesihatan Sekolah di Sekolah Kebangsaan Tambun. Pelajar A ini
mempunyai masalah seperti silau dan rabun yang disebabkan oleh juling
yang dialami. Pelajar A ini adalah salah seorang pelajar yang menduduki

kelas

pelajar

yang

kurang

bijak

kerana

kesukarannya

menumpukan

pelajaran.
Pn. Noor Zahirah bt. Husain, yang berkhidmat sebagai Akreditor Portal
MyHealth, 2014, menulis didalam artikelnya mengenai tanda dan gejala
strabismus ini. Individu yang mempunyai masalah juling keluar sekali-sekala
sering menutup sebelah mata dalam cahaya yang terang disebabkan silau
(photophobia). Terdapat juga individu yang mengadu penglihatan menjadi
kabur apabila juling berlaku.Sekiranya juling baru berlaku, individu itu akan
mengadu

penglihatan

berganda

yang

dipanggil

diplopia.

Penglihatan

berganda adalah keadaan di mana satu objek kelihatan menjadi dua imej.
Individu yang mempunyai juling kekal sejak lahir atau ketika masih kanakkanak biasanya tidak akan mengadu sebarang masalah penglihatan.
Masalah utama bagi golongan ini adalah daripada segi kosmetik di mana
pergerakan mata kelihatan tidak normal. Kanak-kanak juling mungkin akan
menghadapi masalah dalam pergaulan kerana keadaan mata mereka sering
dipersendakan oleh rakan-rakan. Ini boleh menyebabkan pelajaran mereka
terganggu dan kanak-kanak tersebut tidak suka pergi ke sekolah. Juling yang
berlaku secara tiba-tiba mungkin disebabkan gangguan pada otak seperti
pendarahan otak, penyakit tertentu atau ketumbuhan. Juling juga boleh
berlaku akibat daripada kecederaan otak yang disebabkan oleh kemalangan.
Dr. Rachel Cooper, Optometrists Network, 2001 menyatakan bahawa
rawatan yang digunakan bagi keadaan juling bagi kanak-kanak yang datang
ke klinik mereka adalah rawatan otropik, iaitu rawatan yang tidak melibatkan
pembedahan tetapi sebuah prosedur melatih otot-otot mata supaya keadaan
juling

dapat

dikurangkan

atau

hilang

sama-sekali.

Terapi

ini

dapat

membetulkan pergerakan bola mata dan merawat masalah pada saraf motor
visual. Kaedah rawatan termasuklah eye alignment, eye teaming, eye
focusing abilities, eye movements, dan visual processing. Bagi melatih
skill saraf motor visual, pelbagai latihan menggunakan komputer dan alatan

optik seperti lensa dan prisma. Bagi terapi vision pula mereka menggunakan
latihan otot mata dan rehabilitasi. Menurut meraka terapi ini berjaya
merawat masalah juling pada kanak-kanak dan remaja berusia 7 hingga 17
tahun di klinik mereka.

KESIMPULAN
Sepanjang dua minggu menjalani penempatan klinikal bagi Program
Kesihatan Sekolah, kes-kes juling sering dijumpai semasa mengadakan
lawatan dan pemeriksaan kesihatan di sekolah-sekolah yang terlibat.
Sepanjang sesi klinikal, saya banyak mempelajari tentang kes-kes juling ini.
Juling atau strabismus ini berlaku pada kanak-kanak dan penyebab
kebanyakan kes ini adalah kongenital dan tidak diketahui. Secara umumnya,
pemeriksaan mata amat penting bagi kanak-kanak tahun satu bagi
memastikan pengesanan awal kes juling ini. Pendidikan kesihatan juga
diberikan kepada guru yang mengajar tahun satu bagi memberikan

pendedahan awal tentang masalah juling ini supaya tindakan sewajarnya


dapat diambil oleh pihak mereka. Jika kes-kes juling ini tidak dikesan pada
peringkat awal, maka kanak-kanak tersebut bakal menghadapi risiko
amblyopia atau mata malas jika tidak dirawat awal. Kajian juga menunjukkan
apabila kanak-kanak meningkat remaja kelak, mereka bakal menghadapi
kesukaran bersosial dan kurang keyakinan diri di khalayak ramai disebabkan
masalah yang dihadapi oleh mereka. Objektif kami tercapai apabila kes-kes
juling

di

sekolah-sekolah

dapat

dikesan

dan

dirujuk

kepada

pakar

Oftalmologi, Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. Dengan ini masalah juling
dapat dirawat dan kanak-kanak tersebut dapat melihat dengan normal
dalam kehidupan mereka.

RUJUKAN
1. Robert P. Rutstein, O.D, American Optometric Association, Optometric Clinical
Practice Guideline: Care of the patient with strabismus: esotropia and
exotropia.1997.
2. Robaei D, Rose KA, Kifley A, et al. Factors associated with childhood strabismus:
findings from a population-based study. Ophthalmology 2006; 113:1146-53.
3. Handbook of Pediatric Strabismus and Amblyopia, Kenneth W. Wright, Peter H.
Spiegel, Lisa Thompson, Springer Science & Business Media, 2006.
4. Clinical Strabismus Management: Principles and Surgical Techniques, Arthur L.
Rosenbaum, Alvina Pauline Santiago, David Hunter, 1999.
5. Essentials of Clinical Binocular Vision; Eris M. Weissberg; Butterworth Heinemann,
2004.
6. Artikel Pakar Perunding Ofalmologi, Dr Ang Chin Sim, Pusat Pakar Mata ACS,
2013.
7. http://www.myhealth.gov.my/, Artikel Mata Juling, Dr. R. Sukumar a/l Rajaretnam,
2012.
8. http://www.nlm.nih.gov, Article Strabismus, Franklin W. Lusby, MD,
ophthalmologist, Lusby Vision Institute, La Jolla, CA, 2014.

Anda mungkin juga menyukai