Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN

CASE STUDY
UNIT PEMBEDAHAN

TAHUN 3 SEMESTER 1
MAGS 3111

TAJUK: NASAL POLYPS

NAMA : AHMAD KHAIRI BIN MOHD HANAFIAH


PROGRAM : DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN
NO MATRIK : BPP2017-0966
NO K/P : 980310-08-5019
KUMPULAN : 40
PENEMPATAN : DEWAN BEDAH AM, HRPB IPOH

PENGENALAN
Nasal Polyps adalah ketumbuhan benign yang terjadi di dalam hidung atau sinus
seseorang individu. Simptom yang dapat terdapat pada penyakit ini adalah kesukaran
bernafas melalui hidung, hilang deria bau, lelehan mukopurulen dan hidung berair.
Ketumbuhan ini berbentuk kantung dan boleh bergerak. Kebiasaannya kedua-dua belah
lubang hidung akan terlibat. Komplikasi penyakit melibatkan kejadian sinusitis dan
pembengkakan hidung.
Penyakit ini dikaitkan dengan inflamasi kronik pada lapisan sinus. Punca terjadinya
penyakit ini adalah kebiasaanya daripada alergi, cystic fibriosis, sensitif terhadap aspirin,
infeksi hidung atau sinus paranasal.
Dianggarkan 4 peratus daripada individu di dunia telah mengalami nasal polyps
manakala 40 peratus sedang menghadapi dalam kehidupan. Kebiasaannya berlaku dalam
lingkungan usia 20 tahun dan lebih kerap berjadi pada lelaki berbanding perempuan.
Kejadian nasal polyps ini telah direkod sejak zaman Mesir Purba.

PENYATAAN MASALAH

Pada 22 April 2019, saya dan rakan-rakan saya telah ditempatkan di dewan bedah am
Hospital Raja Seri Pemaisuri Bainun Ipoh selama 1 minggu. Pada tempoh tersebut, seorang
pesakit dewasa lelaki yang berumur 23 tahun (HRPB 119141) telah di diagnos menghidapi
penyakit Nasal polyps. Menurut laporan doktor, lelaki tersebut didapati menghidapi penyakit
tersebut kerana mempunyai simptom-simptom seperti terdapat ketumbuhan didalam hidung.
Selain itu terdapat juga pesakit juga telah mengadu tidak selesa pada bahagian hidung dan
sukar untuk bernafas menggunakan hidung. Lelaki tersebut juga menyatakan hidungnya
sering mengeluarkan lelehan mukopurulen. Keadaan pesakit tersebut sangat lemah . Lelaki
tersebut telah dimasukkan ke wad ENT selama 5 hari. Pemeriksaan lebih lanjut dilakukan ke
atas lelaki tersebut mendapati tiada symptom penyakit lain yang dihidapi lelaki tersebut
kecuali nasal polyps. Doktor telah membuat keputusan untuk melakukan pembedahan bagi
merawat penyakit ini. Lelaki tersebut telah bersetuju dan menandatangani borang keizinan
untuk melakukan pembedahan keatas dirinya. Doktor akan melakukan pembedahan
Functional Endoscopic Sinus Surgery (FESS) ke atas lelaki tersebut. Segala penerangan
pembedahan tersebut dan risiko yang bakal dihadapi sekiranyanya berlaku perkara yang tidak
diingini telah diterangkan dengan teliti kepada pesakit.

KAJIAN LITERATUR
Menurut Dr. Georgy M.S dan Dr. Peters A.T, nasal polyps adalah inflamasi pada
mukosa sinus paranasal yang disebabkan oleh inflamasi mukosa yang kronik yang
kebiasaannya terbentuk dari bahagian tengah meatus dan kawasan ethmoid. Simptom utama
nasal polyps adalah kesesakan hidung, kesukaran bernafas melalui hidung, anosmia (hilang
deria bau) atau hyposmia (kurang deria bau). Tidak seperti pesakit rhinosinusitis kronik yang
menunjukkan simptom seperti sakit kepala dan sakit pada bahagian muka, pesakit nasal
polyps kebiasaannya tidak mengadu akan simptom tersebut. Nasal polyps kelihatan separa lut
cahaya, ketumbuhan kelabu pucat pada rongga nasal. Nasal polyps terjadi lebih kerap pada
pesakit yang mengalami asma berterusan, rhinosinusitis kronik dan cystic fibriosis. Kanak-
kanak yang mengalami nasal polyps akan dinilai untuk cystic fibriosis.

Menurut Jonathan Ray Newton, Nasal Polyps adalah kejadian yang biasa terjadi dan 4
peratus raykat dunia menghidap penyakit ini. Etiologi penyakit ini masih tidak diketahui tapi
ada hubungkait dengan alahan, asthma, infeksi, cystic fibriosis, dan sensitivity terhadap
aspirin.

Kim Wong Ah-See menerangkan bahawa Nasal Polyps adalah luka benign yang
terjadi pada mukosa nasal sinus atau mukosa pada ruang nasal. Tidak memiliki etiologi yang
jelas dan kekerapan untuk penyakit ini berulang menyebabkan perawat sukar untuk
mendiagnos bagi merawat. Pengurusan kes ini merupakan tugas besar bagi staf ENT.

Nasal polyps merupakan tumor benign yang tumbuh di lapisan hidung atau sinus. Ia
kebiasaannya terjadi pada kedua-dua belah salur nasal dan menghalang pengaliran udara.
Ianya terbentuk disebabkan oleh inflamasi kronik pada lapisan hidung. Individu yang
mempunyai rhinitis alergik lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini, menurut
Alexandria.

Mark Johnston dan Nick Jones mendapati yang mana 20% ke 40% pesakit yang
menghidap nasal polyps turut menghidap asthma. Walaupun alergik nasal ditunjukkan dalam
sesetengah kes, lebih dari 2/3 pesakit tidak menunjukkan penyakit alergik sistemik.
Bagaimanapun, 90 % dari nasal polyps terdapat eosinophilia (sel inflamatori yang dikaitkan
dengan alahan.

PERBINCANGAN
Kes nasal polyps berlaku pada pelbagai peringkat usia tetapi lebih kerap pada pesakit
berusia 20an. Kes nasal polyps berlaku pada 4 peratus dari populasi dunia. Ia lebih kerap
berlaku pada lelaki berbanding perempuan.

Simptom

1. Hidung tersumbat
2. Sakit kepala
3. Hilang daya deria bau (anosmia @ hyposmia)
4. Lelehan hidung mukopurulen
5. Polyps kelihatan
6. Wujud tanda-tanda sinusitis

RAWATAN
 Ubat dekongestan hidung seperti Oxymetazoline HCl spray .
 Ubatan steroid jenis semburan seperti Mometasone (Nasonex).
 Polypectomy
 Penyaliran antrum sekiranya perlu
 External ethmoidectomy surgery
 Functional Endoscopic Sinus Surgery (FESS)

KOMPLIKASI

Bagi penyakit nasal polyps ini komplikasi yang mungkin terjadi adalah sinusitis iaitu
jangkitan pada kaviti sinus. Selain itu, jika nasal polyps tidak dirawat ianya boleh
menyebabkan “obstructive sleep apnea” iaitu gangguan pernafasan ketika sedang tidur.

RUMUSAN

Apabila anda telah disahkan mengalami penyakit ini, pembedahan bukanlah perkara
yang wajib dilakukan oleh kerana ianya boleh dirawat dengan ubat. Namun jika penyakit ini
berlarutan pembedahan sangat digalakkan bagi mengelakkan risiko berlakunya komplikasi.
Risiko untuk penyakit ini berulang adalah tinggi bagi pesakit yang mempunyai asthma.
Penyakit ini mungkin Nampak remeh pada sesetengah individu, namun jika dihiraukan ianya
boleh membahayakan individu yang menghidap penyakit ini. Hal ini adalah kerana, salur
pernafasan kita tersumbat disebabkan nasal polyps dan boleh menyebabkan dispnea dan juga
boleh mengakibatkan apnea dalam sesetengah kes.

RUJUKAN
Alexandria. (2016, February). Nasal Polyps. Retrieved from Havard Health Publishing:

https://www.health.harvard.edu/a_to_z/nasal-polyps-a-to-z

Fried, M. P. (2019, March). Nasal Polyps. Retrieved from MSD Manuals:


https://www.msdmanuals.com/home/ear,-nose,-and-throat-disorders/nose-and-sinus-
disorders/nasal-polyps

Kim, J. (n.d.). Could nasal polyps be the cause of your stuffy nose. Retrieved from Johns Hopkins
Medicine: https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/could-nasal-
polyps-be-the-cause-of-your-stuffy-nose

Mark Johnston, N. J. (2017). Nasal Polyps. Retrieved from ENT UK: https://www.entuk.org/nasal-
polyps

Nordqvist, C. (2017, December 22). All About Nasal Polyps. Retrieved from Medical News Today:
https://www.medicalnewstoday.com/articles/177020.php

Staff, M. C. (2018, March 3). Nasal Polyps. Retrieved from Mayo Clinic:
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/nasal-polyps/symptoms-causes/syc-
20351888

Anda mungkin juga menyukai