Anda di halaman 1dari 3

Lampiran A

KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU


KOTA KINABALU SABAH
(Program Diploma Pembantu Perubatan)
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

BORANG CADANGAN HEALTH SYSTEM RESEARCH

Nama: MOHAMMAD IKHWAN BIN No. K/P: 940920126475


JAMALUDDIN

Kursus: Diploma Pembantu Perubatan No. Matrik: BPP2015-3792

1. Tajuk Penyelidikan : Mengkaji tahap pengetahuan kepentingan mengamalkan


pemakanan yang seimbang dalam kalangan ibu mengandung.
2. Huraikan dengan ringkas kenyataan masalah dan rasional kajian:

Nutrisi ketika mengandung merupakan masalah kesihatan awam yang serius (Wen et al,
2010) kerana kehamilan merupakan satu tempoh masa yang kritikal dimana pemakanan ibu
yang sihat adalah faktor utama mempengaruhi kesihatan kedua-dua ibu dan anak yang
dikandung. Ketika dalam tempoh prenatal, fetus yang sedang berkembang memperoleh
semua nutrien melalui plasenta, oleh itu pengambilan makanan harus mencapai keperluan
ibu serta produk konsepsi, dan membolehkan ibu menyimpan nutrien selebihnya untuk
tumbesaran fetus (Williamson, 2006).

Menurut WHO(2014) , nutrisi merupakan pengambilan makanan berdasarkan keperluan


dieteri badan. Nutrisi yang baik, diet yang seimbang dan aktiviti fizikal yang kerap adalah
asas kepada kesihatan yang baik, manakala pemakanan yang tidak baik boleh menyebabkan
kekurangan imuniti,badan lebih mudah terdedah kepada penyakit, perkembangan mental dan
fizikal terbantut dan produktiviti akan berkurang(WHO, 2014).Oleh itu, wanita dalam usia
melahirkan anak perlu mengekalkan status pemakanan yang baik melalui gaya hidup yang
mengoptimumkan kesihatan maternal dan mengurangkan risiko kecacatan kelahiran,
pertumbuhan dan perkembangan janin suboptimal, dan masalah penyakit kronik kepada
anak mereka.Kunci utama kepada gaya hidup sihat ketika mengandung ialah kenaikan berat
badan yang bersesuaian, aktiviti fizikal yang bersesuaian, pengambilan makan secara
pelbagai variasi mengikut panduan pemakanan bagi ibu hamil, pengambilan vitamin dan
makanan tambahan yang bersesuaian dan mengikut waktu, mengelak dari pengambilan
alkohol, tembakau dan lain-lain bahan yang memudaratkan, dan pengendalian makanan
yang selamat( Kaiser & Alen, 2008)

Oleh itu,kajian ini dijalankan supaya golongan ibu-ibu mengandung dapat dinilai dari segi
tahap pengetahuan mereka mengenai pemakanan seimbang seterusnya mengetahui tahap
kesedaran mereka tentang kesan-kesan mengamalkan diet yang seimbang ketika
mengandung.
Objektif
3.1 Am: Mengkaji tahap pengetahuan para ibu-ibu mengandung mengenai kepentingan
mengamalkan pemakanan yang seimbang ketika mengandung.

3.2 Objektif Spesifik:


3.2.1 Mengenalpasti ciri-ciri sosiodemografi responden.

3.2.2 Mengkaji tahap pengetahuan mengenai kepentingan mengamalkan pemakanan seimbang


dalam kalangan ibu-ibu mengandung.

3.2.3 Mencadangkan langkah- langkah untuk meningkatkan tahap pengetahuan responden


tentang kepentingan mengamalkan pemakanan yang seimbang bagi ibu mengandung.

4. Huraikan dengan ringkas mengenai Research Design & Methodology yang digunakan:

4.1 Reka Bentuk Kajian:


Deskriptif dan Kuantitatif.

4.2 Lokasi Kajian: Hospital atau klinik kesihatan ibu dan anak

4.3 Populasi Kajian: Ibu mengandung.

4.4 Tempoh Kajian: MEI 2017 MEI 2018

4.5 Sampel:
Responden dipilih secara Simple Random Sampling setelah memenuhi kriteria inklusif dan
eksklusif sampel.

4.6 Rekabentuk Instrumen:


Instrumen yang akan digunakan ialah Borang Soal Selidik yang terdiri
daripada soalan dan jawapan.
Terdapat 3 bahagian iaitu bahagian A, B dan C.

4.7 Isu Etika:


Kajian ini memerlukan kelulusan dan kebenaran daripada Ketua Program Pembantu
Perubatan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu dan juga kebenaran daripada
pengajar.Setiap borang soal selidik akan disertakan bersama borang kebenaran yang perlu
ditandatangani oleh setiap responden sebelum menjawab borang soal selidik. Soalan yang
digunakan dalam instrumen tidak mengandungi sebarang unsur sensitiviti. Setiap
maklumat yang diberikan pesakit adalah dirahsiakan dan hanya akan digunakan bagi tujuan
akademik sahaja.
4.8 Analisis Kajian:
Data yang diperoleh akan di analisis menggunakan Microsoft Excel 2010 dan
dipersembahkan dalam Microsoft Word 2010. Satistik dan keputusan ditabulasikan dalam
bentuk jadual, graf palang atau carta pai untuk memudahkan pembaca menilai dan
mengetahui keputusan kajian.

4.9 Kaedah Pengumpulan Data:


Kaedah berasaskan borang soal selidik kepada 30 responden pada .
Hasildaripada soal selidik akan dimasukkan dalam master score sheet sebelum dianalisa.

4.10 Limitasi Kajian:


Antara limitasi yang dijangkakan ialah tempoh masa yang terhad sebanyak 12
bulan. Pemilihan responden yang spesifik juga sukar diperoleh dan terdapat responden
yang kurang faham soalan. Disamping itu, kekurangan sumber rujukan seperti jurnal, buku
dan lain- lain mengenai tajuk dan tempoh pencetakan akan menyulitkan sedikit dalam
usaha menyiapkan kajian.

5. Jadual Perlaksanaan: Sila rujuk di bahagian lampiran Carta Gantt.

Disokong oleh Pengajar Yang Menyelia: Tarikh Penerimaan:

______________________________________
( )

Kelulusan Ketua Program:


Ulasan: Lulus / Tidak Lulus

( )

________________________________________
( MOHAMMAD IKHWAN BIN JAMALUDDIN )

Tandatangan Pelatih

Anda mungkin juga menyukai