Anda di halaman 1dari 2

Demam Denggi

https://www.infosihat.gov.my/demam-denggi.html

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui
gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN
1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus
jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka
boleh dijangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Bagaimanakah untuk mengetahui saya berkemungkinan menghidap demam


denggi?

Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan
nyamuk seperti:

Demam panas
Sakit kepala
Sakit tulang belakang
Sakit sendi-sendi
Loya dan muntah-muntah
Sakit biji mata
Ruam

Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan?

Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi
berdarah yang boleh membawa maut.

Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan


seperti:

Mudah lebam
Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut

Apakah rawatan untuk demam denggi?

Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami
tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah
mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan
dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan
ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.

Apakah perlu saya lakukan untuk mencegah demam denggi?

Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi :

1. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk


o Membuang bekas yang boleh menakung air
o Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup
o Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-
kurangnya seminggu sekali
o Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
o Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
2. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
3. Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan
nyamuk seperti
o Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
o Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan
nyamuk
o Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang
sewaktu keluar rumah
o Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan
tertutup

Anda mungkin juga menyukai