Anda di halaman 1dari 12

KUALA LUMPUR, 15 Jun — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

menjangkakan peningkatan kes demam denggi dalam gelombang kedua,


bermula pada awal bulan Jun hingga September tahun ini.

KKM telah membuat penjangkaan tersebut berdasarkan tren perbandingan


antara kes sejak Januari hingga 13 Jun tahun ini, dan kes tahun lepas pada
tempoh masa yang sama.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata, sejak Januari hingga 13 Jun tahun
ini, sebanyak 50,511 kes demam denggi dan 88 kematian telah dilaporkan,
berbanding 56,819 kes dan 88 kematian pada tempoh sama tahun 2019.

Jumlah kumulatif kes demam denggi pada tempoh itu kurang berbanding tahun
lepas, namun sejak lapan minggu yang lepas, didapati berlaku tren peningkatan
dengan purata peningkatan 8 peratus seminggu.

Beliau berkata dalam satu kenyataan bahawa tema Sambutan Hari Denggi
Asean di peringkat kebangsaan pada tahun ini, “10 Minit Hapuskan Aedes”,
membawa mesej bagi masyarakat untuk meluangkan masa sekurang-kurangnya
10 minit untuk melaksanakan aktiviti pembersihan persekitaran dan
pemusnahan tempat pembiakan nyamuk Aedes pada setiap minggu.

“Tema ini bertujuan untuk mewujudkan komitmen dan kerjasama padu dari
semua pihak termasuk masyarakat, jabatan, agensi kerajaan mahupun swasta
untuk bersama-sama menangani masalah denggi,” kata Dr Adham.

Kenyataan tersebut juga menekankan usaha KKM dalam pencegahan denggi


yang memberikan fokus kepada peranan komuniti untuk menjalankan aktiviti
pemusnahan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes di premis masing-masing
secara kendiri.

Menteri Kesihatan juga berkata bahawa usaha-usaha KKM untuk membanteras


demam denggi semasa pencegahan wabak Covid-19 telah diperkasakan lagi
melalui penglibatan agen kesihatan, iaitu sukarelawan COMBI di seluruh
negara.

“Mereka berperanan dalam membantu KKM untuk menjalankan aktiviti


pendidikan pencegahan Demam Denggi melalui pendekatan norma baharu.
“Sehingga 12 Jun 2020, terdapat 2,954 pasukan COMBI dengan penyertaan
lebih dari 25,531 orang sukarelawan terdiri dari komuniti di seluruh negara,”
kata beliau.

Pada masa yang sama, beliau juga mengucapkan terima kasih atas komitmen
bersepadu semua pihak, termasuk masyarakat, dalam usaha berterusan
menangani masalah penularan demam denggi di negara ini.

“Harapan kita adalah supaya usaha ini diteruskan demi memastikan rakyat di
negara ini dapat menikmati tahap kehidupan yang berkualiti dan bebas dari
ancaman demam denggi. Hal ini seiring dengan inisiatif pembangunan negara di
mana aspek penjagaan dan perkhidmatan kesihatan adalah salah satu
keutamaan,” kata Dr Adham.
SIMPTOM DEMAM DENGGI

 Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke


empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti,
kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
 Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit
kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta
otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
 Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan
berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan
serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun.
Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam
denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
 Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas
bermulanya demam.
 Muntah dan kurang selera makan

CARA-CARA PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

Antara langkah lain yang boleh diambil sebagai langkah pencegahan ialah
menggunakan semburan aerosol bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam
rumah serta penghalau nyamuk selain memakai pakaian berlengan panjang
dan seluar panjang berwarna cerah terutama apabila berada di luar rumah.

Selain itu, penggunaan bahan pembunuh jentik-jentik di dalam bekas


takungan air kekal atau sukar dibersihkan serta memasang jaring nyamuk di
tingkap dan pintu rumah dapat menghalang nyamuk daripada memasuki
kediaman.

Menurutnya, nyamuk aedes adalah pembawa bagi penyakit demam denggi,


chikungunya, zika dan yellow fever namun penyakit yellow fever tidak berlaku
di Malaysia.

Dalam tempoh Januari hingga 20 Oktober lalu, jumlah kes demam denggi
ialah 106,660 kes berbanding 59,657 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 78.8 peratus (47,003 kes)


dengan 153 kematian berbanding 101 kematian bagi tempoh sama iaitu
peningkatan kematian sebanyak 51.5 peratus (52 kematian).

Selangor mencatat jumlah paling tinggi kes demam denggi iaitu 59,001 diikuti
Kuala Lumpur dan Putrajaya (13,242), Johor (9,037), Kelantan (4,894), Sabah
(4,348) serta Pulau Pinang (3,735).

Kementerian Kesihatan pada 15 Oktober lalu turut melaporkan penyakit


disebabkan virus zika pula adalah sebanyak sembilan kes iaitu satu kes pada
tahun ini dan lapan kes pada 2016.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Kesihatan dan
Keselamatan Persekitaran Universiti Teknologi MARA, Prof Madya Dr Nazri
Che Dom, berkata Malaysia mempunyai kelembapan yang tinggi dan
keadaan itu adalah kondusif kepada pembiakan dan ketahanan populasi
vektor, kepantasan proses replikasi virus serta boleh memberi kesan kepada
corak hidup nyamuk, seperti masa mengawan dan ‘oviposition’.

Beliau berkata nyamuk aedes dapat membiak dengan populasi yang banyak
dalam masa yang singkat iaitu seminggu sahaja.

“Kawasan pembiakannya adalah di dalam bekas-bekas air bertakung seperti


tayar lama, tin, botol, bekas pasu bunga, lubang pokok dan sebagainya.
Nyamuk akan bertelur di kawasan air yang bertakung walaupun air itu cuma
sedikit,” katanya. – BERNAMA
Luangkan 10 Minit Cari Dan Musnahkan Tempat-Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes

Luangkan 10 Minit Cari Dan Musnahkan Tempat-Tempat


Pembiakan Nyamuk Aedes
Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam
denggi
1. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
2. Membuang bekas yang boleh menakung air
3. Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya
ditutup
4. Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang
airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali
5. Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
6. Membela ikan di dalam kolam ikan untuk
mengurangkan jentik-jentik
7. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh
nyamuk
8. Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk
mengelakkan gigitan nyamuk seperti;

✅ Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup


✅ Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota
terdedah kepada gigitan nyamuk
✅ Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang
dan seluar panjang sewaktu keluar rumah
✅ Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk
elektrik di kawasan tertutup

Apa itu Demam Denggi?

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam
antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah
demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari
ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.

Bagaimanakah penyakit ini merebak?

Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika.
Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih
tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza
mengikut umur pesakit.

Pemindahan penyakit:
o Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang
membawa virus denggi.
o Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari
selepas menghisap darah manusia (perumah).
o Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke
generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).
o Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun
terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi
sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.
o Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat
menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-
kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.

Bagaimanakah terjadinya demam denggi?

Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina. Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi
di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap
darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran
darahnya, maka bermulalah penyakit ini.

Apakah penyebab demam denggi?

Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui
nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.

Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Semua
nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada
manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah
seperti nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.

Bagaimana cara untuk mencegah denggi?

1. Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk :


Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan
menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang
menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring
nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.

2. Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang :

Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini
adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal
pagi dan awal senja.

3. Musnahkan tempat pembiakan nyamuk :

Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk
Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda
juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk
mencegah nyamuk dari membiak.
Demam Denggi Berdarah

Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.

Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh
radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian
abdomen.

Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan.
Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi
rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang
daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.

Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah
masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi
masalah utama.
TAJUK:
10 MINIT HAPUSKAN AEDES

NAMA:NUR MARSYA MAISARRAH BINTI


MAZLAN

NAMA SEKOLAH:SK SERI PANTAI

TAHUN:2020

Anda mungkin juga menyukai