Anda di halaman 1dari 2

Etika dan Peradaban Dalam Penggunaan ICT

Hak Privasi

Sebagai pengguna, kita mestilah menghormati privasi pengguna lain semasa menggunakan
ICT. Di zaman teknologi moden ini, boleh di katakan majoriti penduduk Malaysia mendapat
akses dan memiliki akun sosial media. Oleh disebabkan itu, penyalahgunaan ICT lebih kerap
berlaku. Ramai pengguna terutama anak muda, sering melakukan kesilapan dengan
melanggar batas privasi diri dan pengguna lain sama ada sengaja atau tidak sengaja (Anaiyl,
2012). Berikut adalah hak privasi penggunan ICT yang perlu di patuhi :

 Tidak berkongsi masalah peribadi/keluarga di media sosial


 Jangan mendedahkan maklumat peribadi di internet melainkan kepada website yang
sahih atau individu/organisasi yang dipercayai
 Tidak mengganggu privasi orang lain dengan mendedahkan identiti dan maklumat
mereka
 Tidak menyebar fitnah

Plagiat

Berdasarkan kamus dewan plagiat bermaksud, "perbuatan meniru atau mengutip sebahagian
atau keseluruhan karya orang lain tetapi mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri".
(Wikipedia contributors, 2021). Plagiarisme adalah perkara yang kerap berlaku terutamanya
pada zaman kini. Hal ini kerana ianya amat mudah untuk mengakses hasil kerja orang lain di
internet. Walaupun info dan hasil kerja di internet adalah percuma(kebanyakannya), ianya
adalah satu pelanggaran etika untuk kita meniru dan mengambil hasil kerja orang lain sebagai
hak persendirian tanpa ada rujukan penulis asal (Bawangboek, 2018).

 Jangan sesekali menggunakan idea dan karya orang lain di internet tanpa memberi
kredit kepada sumbernya.
 Salin dan tampal kerja di internet dan mengaku ianya hasil kerja sendiri
Rukun Etika

Untuk menjadi pengguna ICt yang baik dan berhemah, kita mestilah mengikut rukun etika
pengunaan ICT. Berikut adalah rukun etika yang perlu kita patuhi semasa penggunaan ICT:

 Tidak menggunakan ICT untuk keburukan orang lain


 Tidak mengganggu dan merosakkan kerja komputer orang lain
 Tidak menceroboh masuk fail ICT orang lain
 Tidak menggunakan komputer untuk tujuan mencuri
 Tidak menggunakan ICT untuk menjadi saksi palsu
 Tidak menggunakan perisian di internet yang tidak dibeli dengan sah
 Tidak menggunakan sumber dan hasil kerja orang lain tanpa kebenaran
 Memberi pertimbangan dan hormat kepada orang lain semasa penggunaan ICT

Rujukan

1. Anaiyl, A. (2012, March 6). Etika penggunaan internet. Retrieved January 18, 2023,
from https://www.slideshare.net/anaiyl91/etika-penggunaan-internet-11896802
2. Bawangboek, A. (2018, August 28). PLAGIARISME. Bawang Baik.
https://bawangbaik.wordpress.com/2018/08/12/plagiarisme/
3. Wikipedia contributors. (2021, August 10). Plagiat. Wikipedia Bahasa Melayu,
Ensiklopedia Bebas. https://ms.wikipedia.org/wiki/Plagiat

Anda mungkin juga menyukai