Anda di halaman 1dari 21

1

1. PENDAHULUAN

Momentum revolusi Perancis menjadi pencetus kepada kebangkitan peradaban barat moden
yang dalam perjalanan sejarahnya kian sekularistik dan ateistik memaparkan sebuah
peradaban lama dan usang. Golongan humanis dan eksistensialis ateis mulai lahir dengan
menonjolkan peranan akal, budi pekerti dan kebebasan kehendak manusia sendiri dalam
menyelesaikan segala perkara duniawi.

Peradaban barat yang ateistik dan hedonistik terus bergerak dengan sendirinya. Dunia
akan melakukan semacam ‘harakiri’ pada akhirnya dengan membunuh Tuhan. Peradaban ini
telah mencabut akar tunggal kemanusiaan yang luhur yang selanjutnya hanya menerbitkan
peradaban yang bermaharajalela yang secara kasarnya menggali lubang kuburnya sendiri.
Pandangan materialisme dan individualisme Barat telah mengoyak nilai-nilai peradaban yang
sudah dibangunkan oleh agama dan kebudayaan yang mapan.

Dalam menghadapi kemajuan sains dan teknologi pada hari ini, manusia didedahkan
masalah rumit. Salah satu dari masalah tersebut adalah masalah Ketuhanan. Masalah
ketuhanan hangat dibicarakan kerana ia merupakan asas dari persoalan agama. Agama
diketahui dari Tuhan dan memiliki kebenaran mutlak sehingga agama mempunyai nilai-nilai
yang kuat untuk dijadikan pedoman hidup. Namun perubahan-perubahan di dalam masyarakat
dewasa ini menguji keampuhan nilai-nilai agama, apakah ia msih dapat diguna atau di
tinggalkan? Oleh itu dalam menyiapkan tugasan yang bertajuk “Apakah itu Ateis dan
Mengapa Menjadi Ateis? pengkaji membincangkan berkaitan ateisme secara lebih mendalam
dan turut mengetengahkan pandangan dan hujah daripada tokoh serta aliran pemikiran
ateisme. Antara tokoh aliran Ateis ialah Friedrich Wilhelm Nietzsche, Sigmund Freud, Soren
Kiekegaard dan Karl Marx.

Pada Bab pertama tugasan ini pengkaji menerangkan pengenalan tajuk tugasan secara
menyeluruh, bab kedua pula pengkaji membincangkan mengenai konsep ateisme. Manakala
pada bab ketiga membincangkan berkenaan pemikiran tokoh-tokoh ateis dan mengeluarkan
hujah-hujah. Manakala pada bab keempat, pengkaji melihat aliran-aliran ateisme yang
muncul. Bab kelima ialah rumusan.
2

2.KONSEP ATEISME
Dalam membincangkan berkenaan konsep ateisme ini pengkaji memulakan dengan melihat
pengertian ateis secara umum, sejarah kemunculan ateis, faktor-faktor ateis dan hujah-hujah
fahaman ateis ini.

2.1 Pengertian Ateisme

Merujuk Ensiklopedia Dunia (2005) Ateisme bermaksud kepercayaan bahawa Tuhan tidak
wujud. Oleh yang demikian, ateisme sangat bertentangan dengan ajaran banyak ajaran agama
yang besar di dunia ini termasuklah agama Islam, Kristian dan Yahudi. Agama-agama ini
mengajar manusia tentang kepercayaan kepada Tuhan yang mencipta semua makhluk serta
hubungan manusia dengannya. Ateisme kadang-kadang dikelirukan dengan kepercayaan
agnostisisme. Menurut agnostisisme , tidak ada pengetahuan tentang kewujudan Tuhan.
Ateisme tidak semestinya menentang agama. Misalnya, sesetengah bentuk mistisisme
(kebatinan) agama dapat dianggap sebagai ateisme oleh sebab mistisisme itu cuba mencari
sejenis kesatuan rohaniah dengan alam dan bukannya dengan Tuhan. Sesetengah bentuk
fahaman Buddha kadang-kadang juga dikatakan ateisme.

Pendapat mengenai ateisme ini disokong oleh Prof. Dr. Amsal Bakhtiar (2009) dalam
buku Filsafat Agama yang mengatakan golongan ini memberikan hujah bahawa Tuhan itu
tidak ada kerana tidak dapat dibuktikan dengan bukti secara empirikal. Kewujudan Tuhan
menjadi perdebatan dalam kalangan ahli falsafah dan ilmuan. Sebahagian dari mereka
menuntut Tuhan yang empirikal yakni yang dapat dilihat dan dibuktikan, manakala
sebahagian ilmuan yang lain mengatakan bukti empirikal itu tidak perlu bagi semua wujud
sebab tidak semua wujud dapat dilihat dan perlu difikirkan, ada wujud yang hanya dalam
fikiran saja. Bukti kewujudan Tuhan ini dapat disokong melalui teori kewujudan Tuhan
menurut Ibnu Sina yang mengatakan kewujudan Tuhan ialah wajib al-wujud. Iaitu mesti
wujud, zat tidak dapat dipisahkan dari kewujudan. Kedua-duanya adalah sama dan satu. Zat
ini dimulai dari tidak ada kemudian wujud, tetapi ia adalah wajib dan mesti wujud selama-
lamanya (H. Sirajuddin Zar 2004 :98).

Golongan yang berfahaman ateisme ini sebenarnya harus menerima hakikat


kewujudan Tuhan yang wajib wujud. Namun, disebabkan tahap keintelektual mereka ketika
abad ke-19 lebih kompleks berbanding zaman-zaman sebelumnya menyebabkan akal dan
pemikiran mereka tidak dapat menerima sesuatu bukti yang tidak jelas dan tidak dapat dilihat
3

secara realiti. Mereka tidak percaya kepada perkara ghaib. Ateisme ini bukan satu agama
tetapi merupakan satu bentuk kepercayaan yang menafikan kewujudan Tuhan. Walaupun
penafian Tuhan sudah wujud pada zaman-zaman kuno, seperti pada zaman jahiliah tetapi pada
abad ke-19, ateisme mula membentuk menjadi satu fahaman dan aliran pemikiran. Aliran ini
muncul kerana adanya tokoh terkenal seperti Friedrich Wilhelm Nietzsche (1844-1900), dan
Karl Marx (1818-1883) yang mempunyai hujah mereka sendiri dalam menafikan kewujudan
Tuhan.

2.2 Sejarah Kemunculan Ateisme

Berdasarkan artikel daripada Majalah Al-Islam (2008), perubahan dalam meninggalkan


pemikiran Kristian ini berlaku berperingkat-peringkat, melalui zaman Englightenment
hinggalah kepada Revolusi Industri, yang juga diiringi Revolusi Sains. Kemuncak penolakan
terhadap agama berlaku ketika Revolusi Perancis. Masa itu boleh dikatakan buat pertama
kalinya sebuah masyarakat dan negara ateis muncul. Perancis juga menjadi negara ateis
pertama. Mereka merombak cara fikir dan cara hidup manusia dengan hasil sampingannya
adalah pembunuhan dahsyat dan mengerikan, di atas nama kebebasan, persamaan dan
persaudaraan.

Revolusi Amerika yang masih berpegang kepada agama telah memberi inspirasi
kepada Revolusi Perancis yang menolak agama. Daripada Revolusi Perancis itulah muncul
pemikiran mengenai sosialisme dan komunisme di mana Karl Marx menyifatkan agama
sebagai candu. Tetapi bukan saja Karl Marx yang menyumbang kepada pemikiran ateisme.
Tokoh lain yang sezamannya menguatkan lagi pemikiran ini seperti Charles Darwin pelopor
Teori Evolusi, dan menjelang Perang Dunia Kedua muncul banyak lagi tokoh yang
menguatkan fahaman ateisme seperti Sigmund Freud yang terkenal dengan Teori
Psikoanalisis dan Albert Einstein.

Namun dalam hal ini, tidak boleh dikatakan tamadun Barat itu mengandungi
keseluruhannya fahaman ateis. Masih banyak lagi yang kuat beragama, atau sekurang-
kurangnya bersikap agnostik iaitu yang berpendirian tidak dapat menetapkan sama ada Tuhan
itu wujud atau tidak. Terdapat pelbagai faktor kemunculan Ateis ini. Berikut adalah faktor-
faktor yang menyebabkan kemunculan ateis.
4

2.2 Faktor-faktor kemunculan Ateisme

2.2.1 Perkembangan Teknologi dan Sains

Dengan adanya kuasa teknologi, manusia tidak lagi bergantung kepada kuasa ghaib seperti
Tuhan untuk menghadapi kesusahan dalam hidup. Pengetahuan yang mendalam dalam bidang
sains juga membolehkan manusia menjawab kebanyakan misteri alam semesta yang
dahulunya memerlukan Tuhan sebagai medium jawapan.

2.2.2 Fahaman sosial progresif

Fahaman ini menganggap adat dan norma dalam masyarakat merupakan satu perkara yang
boleh berubah mengikut peredaran masa. Masyarakat ini menerima nilai pembaharuan dan
menolak perkara yang konservatif. Mereka menganggap agama adalah satu pemboleh ubah
dalam masyarakat, dan bagi mereka orang masih kuat berpegang dengan agama adalah
golongan yang konservatif dan merupakan satu nilai yang sangat negatif dalam masyarakat
mereka.

2.2.3 Faktor Moraliti

Golongan Ateis percaya bahawa moral tidak perlu wujud daripada rasa takut terhadap neraka
ataupun ganjaran daripada syurga. Mereka menganggap bahawa kebolehan manusia untuk
berlaku baik atau sebaliknya tidak memerlukan Tuhan dan syaitan
(http://en.wikipedia.org/wiki/Atheism).

2. 3 Hujah-hujah Ateisme

Sebagai satu fahaman, ateisme mempunyai hujahnya yang tersendiri untuk menafikan
kewujudan Tuhan. Antara hujah-hujahnya adalah seperti berikut :

i. Kewujudan Tuhan tidak memenuhi kriteria sebagai satu kewujudan

Ini adalah kerana Tuhan tidak mempunyai jasad yang dapat dilihat secara nyata dan jelas oleh
deria penglihatan manusia dan tidak pula dapat dikesan oleh mesin atau alat teknologi yang
canggih. Perasaan manusia mengenai kewujudan Tuhan dianggap hanya khayalan semata-
mata.

ii. Masalah kesengsaraan di atas bumi

Mereka mempersoal berkaitan perkara kejahatan dan kebaikan yang ada di atas muka bumi
ini. Bagi mereka dengan adanya kejahatan dan kesengsaraan di dunia menunjukkan bahawa
Tuhan mempunyai kuasa mutlak dan bersifat baik . Sekiranya Tuhan yang berkuasa mutlak
5

dan bersifat baik wujud, mengapakah ia tetap mengizinkan kejahatan dan keburukan ini terus
berlaku.

iii. Masalah logikal

Soalan “Adalah Tuhan itu berkuasa untuk mencipta satu batu yang terlalu berat, yang tidak
mampu diangkat oleh dirinya sendiri ?”. Soalan ini menunjukkan sifat Maha Berkuasa yang
ada pada Tuhan sukar melalui ujian yang logik.

iv. Teori Penipuan (Teori Pragmatisme)

Manusia mencipta Tuhan untuk tujuan kawalan sosial dan sebagai tongkat untuk menghadapi
kematian atau kesusahan. Maksudnya di sini apabila di uji dengan kesusahan atau kesedihan
manusia akan kembali kepada Tuhan, di sini bagi golongan Ateis Tuhan adalah sebagai
tempat bergantung apabila manusia berada dalam keadaan lemah.

v. Tiada Kesinambungan

Terdapat beribu-ribu agama di dunia ini dan masing-masing mempunyai imej Tuhan. Jadi
golongan ini menolak Tuhan kerana keliru dan ragu mengenai kewujudan Tuhan itu sendiri
kerana akal mereka tidak dapat menangkap imej Tuhan yang sebenar. Hal ini kerana bagi
mereka sumber pengetahuan adalah pengamatan. Pengamatan dalam bentuk yang dapat
dilihat, dirasai dan dikesan (Amsal Bakhtiar 2009 :156).

Oleh kerana golongan ini memberikan faktor-faktor dan hujah-hujah mereka dalam
menafikan kewujudan Tuhan. Maka, penulis berminat untuk mengetengahkan pemikiran
tokoh-tokoh ateisme serta sedikit latar belakang mereka untuk melihat kerangka pemikiran
mereka berkaitan penafian kewujudan Tuhan. Hal ini kerana, setiap pemikiran tokoh-tokoh
ateisme ini mempunyai kerangkan pemikiran yang agak berbeza antara satu sama lain
walaupun matlamat mereka jelas sama iaitu menafikan kewujudan Tuhan. Antara tokoh-
tokohnya ialah Friedrich Wilhelm Nietzsche, Karl Marx, Sigmund Freud, Emile Dukheim dan
Soren Kierkegaard.

3. TOKOH-TOKOH ATEISME

Dalam bab ini pengkaji akan mengetengahkan beberapa tokoh dalam aliran pemikiran
fahaman Ateisme ini. Antara tokoh paling terkenal dalam menafikan kewujudan Tuhan adalah
Friedrich Wilhelm Nietzsche, Karl Marx, Sigmund Freud.
6

3.1 Friedrich Wilhelm Nietzsche

Nietzsche dilahirkan di Prussia, Jerman pada tahun 1844. Beliau mendapat pendidikan di
universiti-universiti di Bonn dan Leipzip. Kemahiran beliau adalah dalam bidang Psikologi
dan sastera. Berkhidmat sebagai pensyarah sastera klasik di Universiti Basel, Swisszerland
selama 10 tahun. Namun berhenti kerana masalah kesihatan dan terus menumpukan kepada
penulisan. Nietzsche mengalami gangguan kepercayaan terhadap Tuhan dan akhirnya
sewaktu berusia 18 tahun beliau mula hilang kepercayaan terhadap Tuhan. Beliau meninggal
pada tahun 1889 kerana mengalami gangguan fikiran (mental breakdown) (Idris Zakaria 2004
:108).

Beliau adalah seorang Eksistensialis (pengikut Eksistensialis). Beliau tergolong


dalam tokoh yang banyak membahaskan persoalan ketuhanan. Pandangannya yang sangat
tajam sehingga mengundang pelbagai kontroversi. Walaupun sukar diketahui dengan pasti
jika dia mendapat gagasan untuk melancarkan kritikan terhadap Teisme. Yang jelas ketika
umur 21 tahun sebagai murid kepada professor Ritschl di Leipzig, ia sudah meninggalkan
agamanya. Dia hidup bersama persoalan-persoalan intelektualnya sebagaimana ia hidup dgn
kenyataan. Dia termasuk sebagai salah seorang penulis yang sangat radikal iaitu yang
menolak segala sesuatu berdasarkan ukuran sendiri (Zulkarnaini 2004 :34).

Beliau menolak agama Kristian kerana agama itu menggalakkan “kesusilaan abadi”.
Beliau juga turut menafikan kebenaran dogma agama itu. Manusia menurutnya tidak perlu
tunduk kepada sebarang kuasa yang dikatakan tinggi seperti Tuhan kerana manusia sudah
tinggi dan bermaruah. Agama timbul oleh akibat dan kesan sosial sama seperti teori Karl
Marx (Idris Zakaria 2004: 109). Baginya taat pada manusia agung lebih perlu daripada Tuhan
Kristian. Gereja juga tidak boleh dipercayai kerana mereka juga zalim. Nietzsche adalah
seorang penganut ateisme yang sangat ekstrim. Dia menyerang agama Kristian habis-habisan.
Dia menuduh bahawa agama Kristian yang menggangu pemikiran falsafah.

3.1.1 Ateisme Friedrich Nietzsche.

Dalam bukunya yang bertajuk The Gay Science 1882 petikan “Whiter is God, ‘he cried. ‘I
shall tell you. We ahve killed Him-you and I. All of us are murderers…God is dead. God
remain dead. And we have killed him…”

Petikan diatas adalah salah satu pernyataan Nietzsche dalam bukunya “God is Dead” yang
dimaksudkan oleh Nietzsche bukanlah pengertian Tuhan secara literal. Jika Tuhan telah mati
7

bererti pada suatu saat Tuhan pernah ada. Apa yang dinyatakan oleh Nietzsche adalah
kematian keagamaan di Eropah pada abad ke-19. Pengertian God is Dead adalah Tuhan
dalam konteks agama Kristian di Eropah. Bahawa kepercayaan terhadap Tuhan (pada saat itu
adalah Kristian) adalah kepercayaan yang salah. Tuhan tidaklah lagi dapat dipercayai, dan
oleh karena itu Dia telah mati, dan seandainya Dia belum mati, adalah tugas manusialah untuk
membunuhnya (and we have killed him…) (http://en.wikipedia.org/wiki/Atheism).

Hujah ini turut diperjelaskan lagi oleh Zulkarnaini di dalam tesisnya yang bertajuk
Falsafah Ketuhanan Nietzsche. Baginya membunuh Tuhan seolah-olah kita tidak
menghadirkan Tuhan dalam kehidupan seharian kita, ilmu pengetahuan atau teknik lambat
laun Tuhan akan tetap dilupakan. Ilmu pengetahuan tidak lagi menjadikan Tuhan sebagai satu
hipotesis. Menurut prinsip Nietzsche, Tuhan perikemanusiaan adalah sesuatu yang terpisah
sama sekali bahawa satu dosa bertentangan dengan prinsip kemanusiaan adalah satu
kenyataan yang tidak dapat difikirkan. Beliau termasuk dalam pelopor ateisme moden kerana
falsafahnya berbeza dengan ahli falsafah yang lain pada abad tersebut. Pandangan Nietzsche
melegitimasikan pandangan dalam bidang keilmuan (science) bahwa ilmu pengetahuan akan
mengeluarkan Tuhan dari kehidupan manusia. Falsafah, ilmu pengetahuan, politik dan
bidang-bidang lain akan memperlakukan Tuhan sebagai sesuatu yang tidak relevan dan tidak
humanis.

Antara hujah yang diberikan beliau dalam menyangkal terhadap adanya Tuhan ialah

1.Tidak ada Tuhan ini berdasarkan pengesahan pembuktian yang rasional terhadap perkara-
perkara yang terbatas, lalu dia membuat kesimpualan Tuhan itu tidak ada.

2. Tidak ada perhubungan Tuhan dengan manusia, fakta ini adalah dari pengalaman dalam
bentuk pengetahuan empirisme, akibatnya pengalaman eksistensial dari kebebasan diingkari.

3. Tidak ada kewajipan terhadap Tuhan, kewajipannya hanya di tujukan kepada hukum-
hukum dan keputusan-keputusan berdasarkan kekuasaan dari pihak tertentu. Dasarnya ialah
sifat mutlak dari pihak berkuasa duniawi.

Baginya idea tentang Tuhan, kebaikan, cinta, kasih sayang, kebenaran dan
kemahakuasaan menjadi pola untuk mengutuk Tuhan. Penjelasannya sebagai berikut : jika
Tuhan itu menghendaki kebenaran, tentu ia menciptakan manusia dengan cara lain dan bukan
seperti sekarang, sehingga Tuhan itu dianggap entah tidak mempunyai kuasa atau juga tidak
8

baik hati. Dalam sejarah manusia pun terdapat tuduhan-tuduhan dengan nada putus asa yang
diajukan manusia kepada Tuhan.

Beliau bukan saja menolak wujud Tuhan, tetapi juga dengan menyerang Tuhan.
Dengan mematikan Tuhan, baginya manusia baru boleh bebas untuk bertindak apa sahaja.
Sebab selama ini manusia dikongkong oleh nilai-nilai agama seperti pahala dan dosa.
Sekarang Tuhan sudah mati dan terkubur, oleh kerana itu, manusia tidak perlu takut lagi
dengan dosa. Dia bebas untuk menentukan nasibnya dan menjadi manusia teragung. Baginya
manusia yang teragung adalah manusia yang sempurna (Amsal Bakhtiar 2009 :148).

Untuk membebaskan pemikiran manusia daripada idea tentang Tuhan , seseorang


tidak harus menyalahkan bukti-bukti yang menduga adanya Tuhan. Tetapi dia harus
menyerang nilai-nilai Kristian yang merendahkan nilai manusia. Ateisme di mata Nietzsche
bukanlah suatu masalah yang spekulatif, tetapi lebih kepada suatu pengukuhan eksistensial.
Demikianlah corak pemikirannya mengenai kematian Tuhan. Dengan kematian itu, manusia
mempunyai kesempatan untuk menjulangkan dirinya sebagai pencipta (Amsal Bakhtiar 2009 :
151).

Satu perkara yang dipelajarinya ketika dalam ketenteraan ialah keberanian dan
kekuatan yang katanya adalah dua sifat yang diperlukan. Dalam hidup ini, orang yang
kuatlah akan menang dan berjaya. Oleh itu kebajikan paling utama ialah “kekuatan”. Malah
maksud kebajikan itu sendiri ialah apa yang baik, dan yang baik itu haruslah kuat. Semua
yang lemah adalah buruk dan salah. Di sini kita dapat melihat pemikirannya yang memang
menolak kewujudan Tuhan kerana manusia apabila lemah dan sedih akan bergantung kepada
satu kuasa yakni Tuhan, jadi baginya andai sedih atau lemah Tuhan sebagai tempat
pergantungan dan Tuhan itu juga lemah.

Jadi apa yang harus dilahirkan kata Nietzsche ialah manusia agung, Ueber-Mensch,
Superman, iaitu manusia perkasa yang boleh mengalahkan manusia-manusia lemah. Di
sinilah terletak masalah, iaitu bagaimana caranya untuk melahirkan manusia kuat, perkasa dan
berani. Pendidikan khusus diperlukan untuk mereka yang memiliki sifat-sifat di atas. Baginya
manusia adalah yang berkuasa atas segala-galanya, bukannya Tuhan ( Idris Zakaria 2004 :
109)
9

3.2 SIGMUND FREUD

Freud dilahirkan di Freiburg, Moravia, Austria pada 1856. Dibesarkan dalam keluarga
Yahudi. Sigmund Freud adalah seorang pakar dalam psikoanalisis, dia yang mula mencipta
dan mengembangkan teknik psikoanalisis ini sebagai teori personaliti dan sebagai latihan
therapeutic. Psikoanalisis ialah teori dan metod rawatan untuk penyakit neurosis (saraf).
Kajian beliau terhadap penyakit-penyakit neurotik mendorongnya membuat pelbagai konklusi
terhadap proses perkembangan mental secara am. Contohnya, beliau mengakui kewujudan
elemen tanpa sedar dalam minda manusia yang boleh mempengaruhi tahap kesedaran dan
juga boleh berlaku konflik antara beberapa set tenaga minda tersebut (Hawkins 1989 :321).

Pandangan mengenai agama yang terkenal bagi Sigmund Freud berkaitan agama
adalah ‘agama sebagai ilusi’. Frued menyatakan bahawa agama sebagai satu pertahanan
mental menentang aspek alam semulajadi yang mengancam manusia. Hal ini digambarkan
melalui penderitaan yang dialami oleh manusia apabila berhadapan dengan fenomena alam.
Namun begitu, imaginasi manusia telah mengubah kuasa yang menyebabkan fenomena alam
kepada kuasa misteri yang personal.

Walaupun kuasa tersebut tidak dapat ditanggapi oleh pancaindera manusia, tetapi
kuasa tersebut boleh dirasai kewujudannya bersama manusia. Dalam menerangkan agama,
Freud telah menggunakan konsep Oedipus Complex untuk menerangkan tentang kewujudan
emosi kagum dan hormat suatu kuasa yang tinggi dalam persepsi yang disebut beliau sebagai
father-figure. Beliau juga mengaitkan perasaan bersalah dan kewajipan untuk patuh kepada
kuasa yang lebih tinggi. Situasi ini menggambarkan bahawa apabila manusia beragama,
kehidupan harian mereka akan berdasarkan kepada kepatuhan mereka terhadap kuasa yang
mulia dan tertinggi sebagai panduan kehidupan memandu kepada kebaikan dan kebahagiaan
(John Hick 1983 : 34).

3.2.1 Ateisme Sigmund Freud

Manusia, menurut Sigmund Freud , pada hakikatnya merasa aman dalam kandungan ibunya.
Setelah dia lahir, dia mula merasakan keselesaan tadi hilang sehingga mula berasa asing dan
terpisah dari dunia keselesaan tadi. Dari sini muncul konflik dalam dirinya iaitu keinginan
untuk hidup dengan selesa untuk kembali pada dunia yang aman seperti ketika dalam
kandungan ibu. Kemudian timbul kebimbangan untuk menghadapi tentangan dalam
kehidupan sebenar (Amsal Bakhtiar 2009: 130).
10

Apabila rasa kebimbangan ini timbul manusia mula mencari tempat yang aman iaitu
agama. Agama merupakan alternatif dan jalan terbaik untuk mencari ketenangan dan
penyelesaian apabila ditimpa kesusahan. Bagi Freud orang yang beragama adalah sama
dengan orang yang putus asa dan lari dari kenyataan untuk mencari perlindungan . Dengan ini
dapat dikatakan bahawa orang yang beragama adalah lemah jiwanya kerana tidak berani
menghadapi kesusahan hidup dan ingin hidup kembali seperti dalam perut ibunya. Jadi,
Tuhan muncul kerana kekecewaan dan semangat hidup yang hilang. Bagi Freud perkara ini
adalah gejala sakit jiwa (Amsal Bakhtiar 2009:131).

Freud mengkritik orang beragama kerana agama menyebabkan manusia menderita


gangguan kejiwaan (neorosis). Tetapi kritikan ini dibantah oleh Ignace Lepp, menurutnya kita
tidak boleh untuk mengukur seseorang itu mempunyai sakit jiwa berdasarkan sama ada dia
beragama atau tidak beragama. Tetapi kenyataan ini menunjukkan bahawa orang yang tidak
beragama lebih menderita sakit jiwa kerana mereka menafikan fitrah kewujudan Tuhan yang
merupakan kuasa teragung. Sebab itu menurut Lepp, dalam bukunya yang bertajuk Ateisme
Dewasa ini menyatakan gangguan terbanyak yang dideritai oleh kaum ateis adalah ketakutan
akan mati. Gangguan ini membuat jiwa mereka tidak tenang bahkan hampir setiap malam
mereka mengalami gangguan mimpi-mimpi buruk. Lepp juga mengatakan bahawa terdapat
teman-temannya yang tidak tahan dengan kenyataan tersebut iaitu kebimbangan ini turut
mencari juga perlindungan lain yang bersifat ‘supernatural’ seperti percaya kepada ahli
nujum.

Sebagaimana Feuerbach dan Marx, Freud menginginkan manusia kembali kepada


kesejatian dirinya iaitu dengan meninggalkan ilusi dan sikap terlalu bergantung kepada
Tuhan. Baginya manusia dewasa tidak lagi memerlukan Tuhan sebagai pelindung kerana dia
sudah boleh bertindak dan berfikiran bebas. Seandainya manusia dewasa masih lagi
bergantung kepada agama, maka mereka sama seperti golongan kanak-kanak. Dari penjelasan
itu, Freud menganalogikan Tuhan sebagai pencipta alam dengan bapa dan ibu sebagai
‘pencipta’ seorang anak. Bapa yang ada di dunia yang sebenar tidak boleh disamakan dengan
Tuhan sebagai pencipta (Amsal Bakhtiar 2009: 132).

Freud mengingatkan bahawa pada tahap kesedaran manusia yang awal iaitu di
peringkat kanak-kanak, dia memerlukan gambaran ‘father figure’. Dalam keadaan tertekan
dan memerlukan bantuan, kanak-kanak akan mencari bapanya supaya memberi perlindungan
atau memenuhi keperluannya. Bapa seorang yang ditakuti tetapi juga seorang yang disayangi.
11

Apabila kanak-kanak tersebut menjadi dewasa, dia akan sedar dalam perkembangan hidupnya
dia masih mencari sesuatu yang boleh membantu menyelesaikan kesusahannya,
kekusutannya, dan juga melindunginya. Fitrah semulajadi ini yang merangkumi pengalaman,
penderitaan dan kehidupan peribadi yang tidak jauh berbeza daripada individu-individu lain
dalam masyarakat. Keadaan ini yang bertanggungjawab mendorong masyarakat mempercayai
kewujudan dewa-dewa dan Tuhan yang Maha Tinggi. Gambaran dewa atau Tuhan
melengkapi sifat-sifat seorang bapa kepada anaknya (Rowe 1978:113).

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah, bagi Freud kemunculan idea-idea tentang agama
ialah agama tidak lebih dari sebuah ilusi walaupun agama menunjukkan kepada kita
pengajaran-pengajaran tentang alam dan matlamat akhir manusia. Baginya agama adalah
sebuah ilusi kerana ia memenuhi harapan manusia yang paling tua, paling kuat dan paling
terdesak iaitu mengisi kehidupan dengan suatu kuasa yang memelihara dan menjaga. Rahsia
kekuatan agama terletak pada kekuatan harapan tersebut . Ringkasnya di sini, sekiranya
seseorang berpegang dengan satu pegangan yang dapat memenuhi harapannya yang amat
tinggi dan tiada bukti-bukti yang baik untuk mendokong pegangannya itu, maka pegangan
atau kepercayaan itu tidak lain hanyalah sebuah ilusi.

Baginya agama telah memberikan sumbangan yang besar kepada tamadun dan telah
membawa kehidupan yang selesa. Tetapi, sekiranya agama telah berjaya mengharmonikan
kehidupan manusia ke dalam sesuatu tamadun dan membahagiakan mereka, kenapa masih
ada manusia yang mahu menggantikan tamadun dengan aspek-aspek yang lain?. Oleh itu,
jelaslah di sini bahawa agama tidak berjaya sepenuhnya. Satu-satunya kejayaan yang
dicapainya hanyalah menambahkan tekanan kepada perkembangan pemikiran.

Contohnya, golongan pendeta telah membentuk institusi- institusi untuk


menyelaraskan pemikiran-pemikiran agama. Beliau mengatakan bahawa golongan yang
menindas keperluan dan harapan serta pemikiran manusia, semuanya hanya membentuk ilusi .
Beliau juga menjelaskan bahawa sesuatu tamadun terbina hanya kerana manusia yang percaya
dan mahu mengekalkan doktrin-doktrin agama. Sekiranya masyarakat diajar bahawa tiada
Tuhan yang agung, kehidupan selepas mati, peraturan Tuhan dan lain-lain, pemikiran manusia
akan suci dan bebas daripada semua tanggungjawab yang dibentuk oleh tamadun. Orang
ramai tidak akan ada ketakutan, mengikut naluri egoistik, mematuhi sosial dan mampu
mempraktikkan tenaganya yang tersendiri (Rowe 1978:117-118).
12

Cadangan yang dibuat oleh Freud bagi menggantikan ketaatan masyarakat kepada
agama, dia telah mencadangkan ‘rational foundation’ bagi menggantikan ‘religious
foundation’. Kanak-kanak mesti diberi pendidikan untuk memahami bagaimana survival
manusia seharusnya hidup secara rasional tanpa bergantung kepada ketaatan umum yang
terikat dengan peraturan dan amalan institusi. Dalam kajiannya beliau mendapati bahawa
masyarakat tidak mampu menggunakan hujah-hujah reasonable, sebaliknya kebanyakan
mereka dikawal oleh harapan secara instinct . Beliau menegaskan tidak ada apa pun dalam
tabie manusia atau kuasa-kuasa yang memaksa masyarakat untuk menjadi demikian. Oleh itu
kepercayaan mereka hanyalah sebuah ilusi dan menurut kajiannya, sekiranya mereka
bertindak balas terhadap rational foundation sebagai tunjang kekuatan masyarakat, ia akan
lebih berfaedah (Rowe 1978:118-119).

3.3 SOREN KIERKEGAARD

Soren Kierkegaard adalah seorang pemikir dari Denmark yang dianggap pengasas aliran
falsafah eksistentialisme. Ia dikatakan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang berjiwa
keagamaan dan emosi yang mendalam. Sewaktu di Universiti Copenhagen dia berminat
dengan falsafah Hegel, tetapi dia tidak setuju dan bertindak menentangnya. Soren berpendapat
bahawa pemikiran yang abstrak menghilangkan keperibadian manusia, oleh sebab ia hanya
menekankan kepada pemikiran dan akal serta cenderung untuk tidak mengendahkan orang
yang memikir, kepercayaan dan keyakinannya. Ia juga menentang Danish Lutheran Church
dan usaha untuk menjadikan agama Kristian itu masuk akal. Soren selalu menulis tentang
adanya jurang pemisah antara tuhan dan manusia, malah mempersoalkan beberapa tindakan
tuhan berasaskan apa yang berlaku pada manusia.

3.3.1 Ateisme Soren Kierkegaard

Persoalan berkaitan latar belakang hidupnya yang menyebabkan dia mula memikirkan hal
ketuhanan. Ianya bermula apabila bapa Soren iaitu Michael Pedersen Kierkegaard mengalami
beberapa peristiwa penting tetapi pahit dalam hidupnya, dan peristiwa-peristiwa itu memberi
kesan psikologi yang sangat mendalam kepada Soren. Ada dua peristiwa utama dalam hidup
MPK iaitu :

1- Peristiwa pertama berlaku ketika ibu bapanya masih kecil. Kehidupannya dihimpit
oleh kesusahan. Beliau berusaha bersungguh-sungguh bagi mengatasi kesempitan
13

hidupnya. Tertekan oleh keadaan ini, bapanya mengadah ke langit dan menyatakan
kemarahannya terhadap tuhan.
2- Perisitiwa kedua berkaitan dengan perkahwinannya dengan isteri keduanya Anne
Lund. Isteri ini memberikan tujuh orang anak kepadanya. Pada mulanya Anne bekerja
sebagai pembantu kepada keluarga Kierkegaard. Michael telah bertindak
memperisterikannya sebelum selesai masa berkabong kematian isteri pertama. Ini
tidaklah sangat menghairankan. Apa yang lebih menghairankan lagi ialah Anne telah
melahirkan anak pertama mereka hanya lima bulan selepas perkahwinan.

Menurut kisahnya kedua-dua peristiwa ini tidak dapat dilupakan oleh MPK. Dia sendiri
merasa sungguh kesal dengan tindakan-tindakan itu. Peristiwa-peristiwa ini akhirnya
diceritakan pula kepada Soren, juga berjaya meninggalkan kesan psikologi yang mendalam
dalam fikirannya. Soren menganggap semua peristiwa itu pahit dan meninggalkan pengaruh
kepadanya. Kemudian hal ini turut dideritai lebih serius lagi apabila berlaku kematian bersiri
saudara-saudaranya. Dua orang saudaranya, seorang lelaki dan seorang perempuan ,
meninggal ketika Soren masih kanak-kanak, kemudian disusuli oleh kematian saudara-
saudara yang lain serta ibunya sendiri. Kakak perempuan pada September 1832, saudara
lelaki 1833, ibunya pada julai 1834 dan pada Disember tahun 1834 itu juga kakaknya yang
paling disayangi meninggal dunia. Jadi Soren sendiri menyaksikan siri kematian ahli
keluarganya sendiri. Akhirnya yang tinggal ialah hanya dua orang sahaja iaitu Soren dan
saudaranya Peter Christian.

Soren menghubungkan semua peristiwa-peristiwa pahit itu dengan tindakan tuhan. Pada
Soren, telah berlaku hukum tuhan kepada keluarganya. Sewaktu umur dewasa, bapa Soren,
telah menceritakan rahsia dan sejarah hidupnya kepada Soren bahawa ia pernah mengutuk
tuhan dan pernah melakukan hubungan seks sebelum berkahwin dengan ibunya. Inilah yang
membingungkan Soren. Semua peristiwa itu mencengkam fikirannya dan ia tidak tenang.
Soren mengambil jalan mudah untuk melupakannya dengan cara mabuk. Dia menjadi
peminum dan pemabuk. Soren meninggalkan agama sebab tuhan baginya sudah tidak
bermakna lagi.penderitaan bertambah lagi apabila guru yang sangat disayanginya meninggal
dunia iaitu Professor Paul Martin Moller.

Kemudian, selang beberapa waktu, Soren menghubungkan kembali dirinya dengan


tuhan; “Christ came through locked doors”. Namun keriangan ini tidak berpanjangan sebab
ayahnya pula meninggal dunia. Saat-saat murung ini dilalui dengan penuh ketabahan sehingga
14

Julai 1840 beliau berjaya menyelesaikan pengajian teologinya. Beliau gembira menjadi
seorang ahli teologi. Soren kembali murung apabila malu ditunangkan dengan gadis Regina
Olsen justeru khuatir peristiwa-peristiwa pahit akan mendukacitakan Regina, apalagi ia
sendiri telah terlibat dengan pelacur dan pertunangan diputuskan.

Masyarakat mencemohnya, lalu pada 25 Oktober 1841, untuk menghilangkan


penderitaannya dan cemohan masyarakat, Soren berpindah ke Berlin dan melanjutkan
pengajiannya dalam bidang falsafah. Namun corak berfikir bersifat kecewa dan putus asa
dalam konteks hubungan ketuhanan dan manusia terus mempengaruhi fikirannya. (Idris
Zakaria 2004: 106-108)

3.4 KARL MARX

Karl Heinrich Marx adalah seorang ahli falsafah politik berbangsa Jerman dan ahli ekonomi.
Dilahirkan pada 1818 di Trier, Jerman di kalangan ibubapa berbangsa Yahudi. Belajar di
Berlin, di mana beliau telah mengikuti kumpulan pengikut Hegel yang radikal (Wetter 1958 :
17) Pandangan politik beliau yang bersifat memberontak telah menyukarkan kerjayanya
sebagai ahli akademik dan beliau beralih bidang kepada kewartawanan. Beliau telah belajar
dari Engels tentang kepentingan peranan ekonomi dalam perkembangan masyarakat sehingga
mendorong beliau mengkaji dan mendalami teori-teori ekonomi (Wetter 1985:42).

Beliau menaruh sebuah kepercayaan yang mendalam tentang kekuatan sebuah


revolusi. Beliau meninggal dunia pada tahun 1883 di London. Marx mendapat gelaran ‘The
Prophet of Communism’ di mana nama beliau lebih masyhur selepas kematiannya di mana
semua pergerakan seluruh dunia mulai melihat kepada tulisan-tulisannya untuk mencari
kebenaran dan penyelesaian tentang masalah-masalah ekonomi, politik, dan falsafah. Teori-
teorinya banyak mempengaruhi sosialis zaman moden (Hawkins 1989: 515). Oleh sebab itu
pendapatnya tentang agama banyak mempunyai kaitan hubungan rapat dengan teori ekonomi
dan falsafahnya.

3.4.1 Ateisme Karl Marx

Menurut Karl Marx agama adalah sebahagian dari kelas buruh yang menderita. Mereka tidak
mampu melawan struktur kelas yang begitu kuat, sehingga mereka mencari ‘supernatural’
untuk menolong mereka. Di sinilah bermulanya kemunculan Tuhan-tuhan yang sesuai dengan
15

keperluan masing-masing. Orang yang miskin, Tuhannya adalah orang yang kaya, orang yang
tertindas, Tuhannya adalah orang kuat dan orang yang berperang, Tuhan mereka adalah
kemenangan. Dia mengakui dia seorang ateisme yang radikal. Dia pernah mengatakan, “Saya
membenci segala hal yang berkaitan dengan ketuhanan”, pada saat itu, Tuhan baginya adalah
fikiran (Amsal Bakhtiar 2009 :124-125).

Dasar dan kritikannya adalah manusialah yang menciptakan agama dan bukan agama
yang menciptakan manusia. Dia turut mengatakan bahawa manusia adalah dunia bagi
manusia, negaranya, manusia, dan masyarakatnya. Agama menurutnya wujud dari hakikat
imaginasi manusia yang tidak memiliki realiti dan rasional. Dia menganggap agama sebagai
candu (Amsal Bakhtiar 2009 :125).

4. ALIRAN –ALIRAN ATIESME

4.1 Falsafah Eksistensialisme

Falsafah Eksistensialisme adalah falsafah yang menafikan kewujudan Tuhan. Ia adalah aliran
falsafah moden mempersoalkan dan memperlekeh malah menghina agama serta Tuhan.
Kumpulan ini dikenali sebagai Eksistensialisme atau wujudiyyah dalam bahasa Arab.
Kumpulan ini mula dikenali pada abad ke-19 dan pengaruhnya berkembang selepas perang
dunia kedua. Corak pemikiran kumpulan ini berasaskan pengalaman manusia yang diambil
daripada kegiatan fikiran dan kehidupan harian.

Menurut mereka, manusialah yang menjadi titik perhatian, bukan malaikat apatah lagi
Tuhan. Tuhan pada mereka “sudah mati” seperti yang telah disebut oleh salah seorang tokoh
mereka Friedrich Wilhelm Nietzsche (1844-1900). Yang hidup ialah manusia. Maka bagi
mereka manusialah yang berhak menentukan segala-galanya (Idris Zakaria 2002 :48)
Terdapat tiga bidang yang menjadi tumpuan asasi bagi kumpulan ini.

1. Minat terhadap manusia individu, bukannya teori –teori umum tentang manusia. Teori
umum dianggap telah mengabaikan aspek yang paling penting tentang setiap satu
individu itu sendiri.
2. Minat terhadap makna atau tujuan hidup manusia, bukannya hakikat sains atau
metafizik tentang alam semesta. Oleh sebab itu pengalaman subjektif dianggap lebih
penting daripada hakikat objektif.
3. Minat terhadap kebebasan individu sebagai cirri kemanusiaannya yang paling penting
dan istimewa.
16

Berdasarkan asas-asas di atas para eksistensialis berasa yakin tentang


kemampuan setiap orang untuk menentukan sendiri sikap, tujuan, nilai dan cara hidup
masing-masing. Mereka tidaklah sekadar berminat untuk mempertahankan hal tersebut
sebagai kebenaran, bahkan mendorong setiap orang supaya bertindak untuk
mencapainya. Menurut pandangan mereka, satu-satunya cara hidup yang tulen dan
benar ialah cara yang ditentukan sendiri oleh masing-masing individu.

Falsafah ini lahir disebabkan situasi politik dunia ketika itu tidak menentu dan
setiap individu berasa takut terhadap ancaman perang. Kehadiran manusia sebagai
pemimpin penuh dengan rahsia dan kepura-puraan yang berselindung di sebalik
perkara yang sebenar. Nilai kemanusiaan pada waktu itu amat rendah sekali. Agama
yang menjadi pendukung kepada manusia tidak dapat membantu untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh mereka. Jadi mereka skeptik terhadap Tuhan dan
keberkesanan agama (Idris Zakaria 2002 :48)

Ahli falsafah Eksistensialisme juga turut mengemukakan pandangan mereka


tentang dunia. Mereka mengatakan kehidupan di dunia ini kadangkala kabur, sentiasa
berasa tertekan, bimbang, dan tidak bermakna. Oleh sebab itu, manusia perlu mencari
asas tertentu untuk menghadapi kehidupan di dunia ini. Manusia mempunyai
kebebasan untuk memilih cara kehidupannya di dunia kerana mereka sukar untuk
mencari panduan agama.

Manusia perlu membuat pilihan dan harus menerima apa jua akibat daripada
pilihannya itu. Aliran ini memandang manusia sebagai makhluk yang hidup nyata,
bergantung pada situasi, masa, tempat, dan suasana. Dengan demikian, manusia
dianggap sebagai dasar daripada kebenaran dan pengalaman hidup. Hal ini berlawanan
dengan falsafah tradisional (Idris Zakaria 2002 :48).

Soren Kierkegaard seorang tokoh ini menolak cara pemikiran falsafah


Idealisme, yang membicarakan mengenai wujud nyata mengikut hakikat. Sebaliknya
aliran ini menyatakan “wujud manusia” tanpa hakikat atau “wujud manusia” itulah
yang mendahului “hakikat” bukan sebaliknya. Manusia dilahirkan tanpa hakikat
(essence), tetapi manusia ialah satu-satunya makhluk yang “wujudnya” terletak pada
17

kebebasan, sedangkan makhluk lain, perbuatannya dikuasai oleh hukum lain.


Contohnya, pokok kekuatannya pada biji . Oleh sebab itu hakikat pokok itu telah
mendahului wujudnya yang nyata (Idris Zakaria 2002 :50).

Dalam menghadapi arus kehidupan di alam nyata ini, manusia pada pandangan
mereka biasanya akan menghadapi kesusahan, kegelisahan, dan kebingungan. Hal ini
kerana matlamat akhir kehidupan manusia ialah kematian. Ahli falsafah bagi aliran ini
memandang semua perkara ini dengan pandangan negatif. Akhirnya mereka membuat
kesimpulan bahawa, hidup ini hampa dan kosong, kerana segala usaha yang dilakukan
akan berakhir dengan kemusnahan apabila berlaku kematian. Pemikiran ini jelas
menonjolkan sikap putus asa aliran ini.

Mengenai hubungan manusia dengan alam semesta pula, aliran falsafah ini
menganggap bahawa ilmu memang benar-benar wujud dan wujudnya menjadi syarat setiap
ilmu pengetahuan. Tetapi aliran ini tidak mengakui peranan akal sebagai sumber penting ilmu
pengetahuan. Mereka berpendapat ilmu pengetahuan datangnya daripada pengalaman hidup
manusia itu sendiri. Asas kepada pengalaman hidup ialah fikiran serta perasaan.

Kesimpulannya, falsafah eksistensialisme ini ialah satu bidang kajian yang meliputi
kewujudan manusia dan sifat-sifat yang dimiliki oleh manusia khususnya dari segi pemikiran
dan perasaan dalaman. Ia juga memperkatakan mengenai kemanusiaan yang berhubung
dengan agama dan kebebasan individu. Pemikiran bagi aliran ini menolak agama dan
ketuhanan, corak pemikiran tradisi lama masih mempengaruhi pemikiran bagi aliran ini.

4.2 Dialectical Materialism

Dialectical Materialism merupakan satu aliran yang mengingkari kewujudan Tuhan. Ini dapat
dilihat pada pandangan tokoh-tokoh utama gerakan ini seperti Marx dan Engels. Friedrich
Engels dalam satu perbahasan tentang ketuhanan telah menyatakan : “Hingga sekarang yang
menjadi pertanyaan ialah apakah Tuhan itu? Menurut idealisme Jerman ini, manusia itulah
Tuhan. Tidak ada apa yang perlu bagi manusia selain daripada dirinya sendiri. Hendaklah
mereka mengatur dunia ini mengikut tabii mereka sendiri sebagai manusia”( ya’qub 1991 :79)

Dalam persoalan ketuhanan, didapati kedua-dua tokoh Marx dan Engels telah
terpengaruh dengan tulisan Ludwig Feuerbach yang berjudul Das Wesen des Christentums
(The Essence of Christianity). Menurut Feuerbach, “agama merupakan kesilapan usaha
18

manusia untuk memprojekkan diri mereka sendiri di dalam alam ini. Manusia yang membuat
agama dan bukan agama yang membentuk manusia. Bukan Tuhan yang menjadikan manusia
melainkan sebaliknya manusia yang menjadikan Tuhan. Baginya kepercayaan yang wujud ini
hasil fantasi manusia dan bayangan wujud manusia. Agama adalah antropologi dan Tuhan
adalah impian manusia semata-mata. (Ya’qub 1991 :79). Pandangan Feuerbach ini
dikukuhkan lagi oleh Widgery (1954) dalam bukunya What is Religion? beliau
menyimpulkan bahawa teologi dalam ertikata yang sebenar adalah antropologi . Pada beliau
teologi berhubung rapat dengan asal usul manusia dan kajian antropologi. Konsep-konsep
agama merupakan hasil pengalaman manusia secara semulajadi dan tidak mempunyai
sandaran yang kuat dan sahih .

Karl Marx telah melanjutkan perbahasan Dialectical Materialism ini dengan


mempersoalkan manusia yang membuat perancangan agama. Menurut Marx perancangan ini
dilakukan oleh manusia akibat dari kekecewaan sama ada kekecewaan yang berpunya
daripada alam atau yang berpunya daripada masyarakat atau kedua-duanya sekali. Manusia
yang berdepan dengan kekecewaan ini akan mengambil jalan mudah iaitu dengan
mengimaginasikan agama (Mohammed Yusoff 2002:76).

Kebanyakan manusia menderita akibat kemiskinan dan kezaliman sosial, tetapi


kemiskinan ini dapat diredakan dengan memimpikan rezeki yang turun dari langit.Konsep
kekuasaan Tuhan adalah satu ukiran daripada kelemahan manusia. Oleh itu, Marx
menegaskan bahawa kekuasaan Tuhan itu hanyalah pantulan fantasi manusia yang lemah
menghadapi alam ini dan keadaan ekonomi serta sosial yang mereka cipta sendiri
(Mohammed Yusoff 2002:76). Oleh itu bagi Mark, agama adalah keluh kesah makhluk yang
ditimpa sengsara di dunia ini dan ia adalah candu bagi manusia .

Menurut falsafah Dialectical Materialism, agama merupakan bencana kerana ia


mengalihkan fikiran manusia daripada hakikat yang sebenarnya. Bagi mereka hakikat yang
sebenar ialah Scientific Socialism dan ia sahaja yang dapat menjamin manusia daripada
bencana alam dan secara khususnya bencana sosial. Selain dari itu, aliran ini juga telah
mengasaskan falsafah Komunisme yang berteraskan sikap anti agama. Di dalam falsafah
Komunisme terdapat tiga prinsip yang penting iaitu Scientism, Materialism dan Dialectical.
Perkataan sains merupakan kalimah suci bagi aliran Dialectical Materialism dan Komunisme
(Indriaty Ismail 2006 :94).
19

Bagi mengukuhkan alasan mereka mengingkari kewujudan Tuhan, Dialectical


Materialism telah mengemukakan teori evolusi yang menyatakan bahawa benda itu sendiri
yang berevolusi untuk menjadi setiap suatu dan bukannya dijadikan oleh Tuhan. Maksudnya
di sini dalam kekosongan alam yang paling besar (chaos) asal segala sesuatu adalah dari
benda. Benda wujud dalam bentuk sel-sel atau atom-atom. Atom-atom itu telah berevolusi
iaitu berkembang, bergerak dan beredar dengan tetap serta beransur dari satu keadaan kepada
satu keadaan yang lain yang lebih banyak jumlahnya. Dalam proses kejadian tersebut atom
menjadi benda-bendaa dari sebesar-besar objek kepada yang paling kecil dan daripadanya
telah membentuk bumi, benda-benda yang tumbuh, benda-benda yang berjiwa, bulan,
bintang-bintang yang bercahaya dan lain-lain. Alasan mereka berpegang dengan asal kejadian
dari benda ini ialah kerana benda-benda di alam ini jika dipecah-pecahkan ianya terdiri
daripada sel-sel dan atom-atom yang telah membentuk benda tersebut (Indriaty Ismail 2006 :
94-95).

Kemuncak pandangan aliran Dialectical Materialism dapat dilihat dalam pemikiran


Baron d’Holbach dalam buku beliau Systeme de la Nature. Beliau menolak sekeras-kerasnya
setiap teori dan pendapat yang mengatakan bahawa di sebalik gejala-gejala inderawi ini
terdapat alam yang wujudnya sesuatu yang tidak terlihat. Fikiran tidak lain hanyalah badan
yang dilihat dari segi fungsi anggotanya. Beliau menegaskan setiap kewujudan dapat
ditafsirkan dengan benda dan gerakan dan kedua-duanya azali dan abadi serta dikuasai oleh
hukum yang pasti. Oleh kerana itu, tidak mungkin terdapat ‘jiwa’ manusia yang tersendiri
serta tidak mungkin terdapat Tuhan dan pemeliharaanNya. Segala bentuk fikiran yang
mempercayai adanya Tuhan sama ada yang berbentuk deistic, pantheistic atau theistic telah
dikritik oleh beliau sehingga beliau dibenci oleh golongan freethinkers sendiri. Beliau juga
telah mengatakan bahawa Tuhan hanyalah buatan para pembesar agama dan agama adalah
sumber segala kehancuran (Indriaty Ismail 2006 : 95).

Aliran Dialectical Materialism yang mengatakan bahawa segala sesuatu itu adalah
benda atau berasal dari benda, maka Tuhan dengan pengertian iaitu sebagai zat yang berdiri
sendiri dan bebas dari benda juga ditolak oleh mereka. Apa yang disebut sebagai Tuhan
menurut mereka tidak lain hanyalah benda dengan alasan bahawa apabila kita meneliti sifat-
sifat Tuhan maka sifat-sifat tersebut adalah sifat-sifat yang diberikan kepada benda. Tuhan
yang disifatkan sebagai Zat yang azali dan abadi ini juga merupakan sifat benda. Menurut
d’Holbach dan anggota Dialectical Materialism yang lain, benda tidak mungkin diciptakan
dan tidak mungkin pula akan hancur. Tuhan yang dikatakan sebagai Zat terdapat di mana-
20

mana dan bertempat pada semua yang ada. Selain itu, Tuhan yang juga disifatkan sebagai Zat
pencipta dan menjadi sebab bagi setiap yang wujud, maka demikianlah juga halnya dengan
benda kerana dari bendalah terjadi semua yang ada.

5.RUMUSAN

Kesimpulannya, hasil daripada pembacaan dan pengkajian penulis mengenai ateis dan
mengapa menjadi aties dapat dikatakan bahawa golongan yang menolak kewujudan Tuhan ini
mereka sebenarnya sentiasa tidak yakin dengan satu kuasa agung yang sentiasa ada di sisi
mereka. Mereka hanya menggunakan pendekatan rasional dalam melihat bukti kewujudan
Tuhan. Bagi sesetengah dalam kalangan golongan ateis ini mereka mengakui keperluan
beragama, tetapi menafikan kewujudan Tuhan. Mereka juga turut percaya kepada kuasa
‘supernatural’ yang lain apabila di timpa kesusahan.

Hakikatnya, fitrah kehidupan kita sebagai manusia tidak akan dapat lari dari perlunya
pergantungan hidup daripada satu kuasa yang agung agar kehidupan sentiasa dapat diurus
dengan baik dan teratur. Oleh itu, penggunaan akal yang rasional haruslah difahamkan secara
jelas bahawa apabila kita dapat berfikir secara jelas, empirikal dan metafizik. Maksudnya kita
percaya kepada adanya Tuhan yang Maha Kuasa yakni yang Wajib al-Wujud, bahawa Dialah
yang mengatur segalanya di atas muka bumi.

6. RUJUKAN

A. Hanafi M.A. 1965. Filsafat Barat. Jogjakarta : Penerbit Mudah.

Amsal Bakhtiar, 2009. Filsafat Agama: Wisata Pemikiran dan Kepercayaan Manusia.
Jakarta : Rajawali PERS.

Anon. 2008. Kosovo, Ateisme dan Tamadun Barat. Al-Islam. Februari 54-56.

Ensiklopedia Dunia .2005. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fuad Hassan. 1973. Berkenalan Dengan Eksistensialisme.Bandung : Pustaka Jaya.

Hawkins, Joyce M. 1989. The Oxford Reference Dictionary. Oxford : Clarendon Press.

Hick, John. 1983. Philosophy of Religion. New Jersey : Prentice Hall, Inc.
21

Idris Zakaria. 2004. Falsafah Eksistensialisme dan Status Agama. Islamiyyat 25(1)99-111.

Idris Zakaria. 2002. Eksistensialisme: Menafikan Kuasa Tuhan. Agama dan Falsafah.
Disember 48-51.

Lepp, Ignace, . 1985. Ateisme Dewasa Ini. Yogyakarta: Shalahuddin Press.

Mohammed Yusoff Hussain. 2002. Pengenalan Kepada Sejarah Falsafah Barat Moden.Shah
Alam : Karisma Publication Sdn.Bhd.

Rowe, William L. 1978. Philosophy of Religion . California : Wadsworth Publishing


Company, Inc.

Ya’Qub, H.Hamzah. 1991. Filsafat Agama : Titik Temu Akal Dengan Wahyu. Jakarta:
Pedoman Ilmu Jaya.

http://en.wikipedia.org/wiki/Atheism

Anda mungkin juga menyukai