Anda di halaman 1dari 2

Ateisme

 
Ateisme bukan satu agama tetapi merupakan satu bentuk kepercayaan yang menafikan
kewujudan Tuhan. Walaupun penafian tuhan sudah wujud pada zaman-zaman kuno,
contohnya pada zaman jahiliah, tetapi hanya pada abad ke-19, ateisme membentuk menjadi
satu fahaman dan aliran pemikiran, dengan adanya ahli fikir yang berterus-terang menafi
kewujudan tuhan dengan dalil-dalilnya yang tersendiri. Tokoh-tokoh ateisme yang terkenal
ialah Friedrich Nietzsche (1844–1900), dan juga Karl Marx (1818–1883),
Friedrich Nietzsche merupakan orang yang latang sekali menyaran kepada ateisme, dengan
pernyataannya "Tuhan Sudah Mati". Adapun pernyataan beliau telah menggemparkan
masyarakat barat pada zaman itu. Pernyataan beliau menandakan bermulanya perubahan
nilai pusat dalam umat Barat. Dengan itu, sistem nilai umat Barat, mula berubah dan tidak
lagi berpusat pada akidah Kristian.
 
Dalil-dalil ateisme
 
Sebagai satu fahaman, ateisme mempunyai dalil-dalilnya sendiri untuk menafi kewujudan
tuhan. Dalil-dalilnya adalah seperti di bawah
 Kewujudan Tuhan tidak memenuhi kriteria sebagai satu kewujudan
Ini adalah kerana Tuhan tidak mempunyai jasad yang dapat diterima oleh deria
manusia dan tidak pula dapat dikesan oleh mesin-mesin. Perasaan manusia mengenai
kewujudan Tuhan dianggap khayalan semata-mata.
 Masalah kesengsaraan di atas bumi
Adanya kejahatan dan kesengsaraan di dunia menunjukkan bahawa Tuhan yang
mempunyai kuasa mutlak dan bersifat baik tidak wujud. Sekiranya Tuhan yang
berkuasa mutlak dan bersifat baik wujud, mengapakah ia mengizinkan kejahatan dan
kesengsaraan ini terus berlaku?
 Masalah Logikal
Soalan "Adakah Tuhan itu berkuasa untuk mencipta satu batu yang terlalu berat, yang
tidak mampu diangkat oleh dirinya sendiri?". Soalan ini menunjukkan sifat Maha
Berkuasa yang ada pada Tuhan sukar melalui ujian lojik.
 Teori Penipuan-Sendiri(Teori Pragmatisme)
Manusia mencipta tuhan untuk tujuan kawalan sosial dan sebagai tongkat untuk
menghadapi kematian ataupun kesusahan.
 Ketidaksinambungan
Terdapat beribu-ribu agama di dunia ini dan masing-masing mempunyai imej Tuhan
tersendiri dan bercanggah antara satu sama lain. Jika wujudnya satu Tuhan yang Maha
Adil dan Maha Mengetahui, keadaan ini tidak mungkin berlaku.
Faktor-faktor kemunculan ateisme
 
Kemunculan ateisme merupakan satu fenomena sosial yang berlaku di masyarakat moden.
Faktor-faktor kemuculannya adalah seperti di bawah:
 Perkembangan Teknologi dan Sains
Dengan adanya kuasa teknologi, manusia tidak lagi bergantung kepada kuasa ghaib
seperti Tuhan untuk menghadapi waktu genting dalam hidup. Pengetahuan dalam
sains juga membolehkan manusia menjawab kebanyakan misteri alam semesta yang
dulunya memerlukan Tuhan sebagai medium jawapan.
 Fahaman Sosial-Progresif
Fahaman sosial progresif menganggap adat dan norma dalam masyarakat merupakan
satu pemboleh ubah yang akan berubah-ubah mengikut peredaran masa. Lebih-lebih
lagi, masyarakat ini menyanjung nilai pembaharuan dan mengkeji nilai lama. Dengan
anggapan agama satu pemboleh ubah dalam masyarakat, orang yang kuat berpegang
agama, akan dianggap sebagai "konservatif" satu nilai negatif dalam masyarakat ini.
 Faktor Moraliti
Ateis percaya bahawa moral tidak perlu wujud daripada rasa takut terhadap neraka
ataupun ganjaran daripada syurga. Mereka menganggap bahawa kebolehan manusia
untuk berlaku baik atau sebaliknya tidak memerlukan kewujudan tuhan dan syaitan.
 

Teis Ateis
Percaya pada sekurang-kurangnya satu jenis Ateis kurangnya keyakinan pada kewujudan
Tuhan Tuhan
Menggunakan teologi menjejaskan Menggunakan scientifik baji menjelaskan
paranormal paranormal
Hidup mengikut adat istadat agama masing- Hidup tanpa panduan agama
masing
Moral diamal sebab “rasa takut” atau Moral dapat diamalkan mengikut kebolehan
ganjaran mengikut agama masing-masing manusia

Anda mungkin juga menyukai