Anda di halaman 1dari 14

Menelusuri Falsafah Ketuhanan Dalam Peradaban Barat:

Setakat Manakah Keterunggulan Akal?

NORDI ACHIE
Pensyarah
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa
Universiti Malaysia Sabah
740729-13-5369

Umumnya, kepercayaan kepada Tuhan merupakan asas dalam kehidupan manusia

berperadaban khasnya. Namun, dalam prakarsa pencarian Tuhan secara filosofikal

(berasaskan akal), manusia di Barat (baca: pemikir ketuhanan) tidak pernah sepakat

tentang siapakah Tuhan yang sebenarnya. Justeru, lahirlah pelbagai bentuk kepercayaan

tentang Tuhan menurut rumusan pemikiran dan falsafah ketuhanan masing-masing.

Dalam konteks sejarah peradaban Barat, berlaku cabar-mencabar terhadap dogmatik

ketuhanan antara golongan thesis (pihak yang berpegang kepada kewujudan Tuhan)

dengan atheis (golongan yang menolak kewujudan Tuhan). Pertelagahan ini dapat

dikesan sejak sebelum zaman kelahiran Socrates lagi iaitu abad ke-6 Sebelum Masehi

(SM). Gerakan golongan atheis semakin berkembang sehinggalah abad ke-19, dan

seterusnya. Gelombang atheisme yang begitu deras menggegarkan dogmatik ketuhanan

di Barat khasnya tentang konsep ketuhanan dalam agama Kristian. Justeru, abad ke-19

dilihat sebagai kemuncak kelantangan suara anti Tuhan di Barat.

1
Skeleton Pemikiran Atheis

Terdapat enam asas utama yang menjadi sandaran pemikiran golongan atheis di Barat.

Pertama, pemikiran humanisme. Kerangka dasar humanisme (antaranya) meletakkan

manusia sebagai penentu mutlak kepada kehidupan manusia sendiri. Kedua, pemikiran

rasionalisme. Golongan rasionalis meletakkan akal yang rasional sebagai pemutus dalam

segala kemusykilan dan permasalahan. Ketiga, pemikiran logisme. Asas yang

menunjangi logisme ditandani dengan premis bahawa hanya perkara yang logik sahaja

diterima sebagai asas kepercayaan manusia. Keempat, pemikiran saintifik, yang

memutuskan bahawa hanya perkara-perkara yang dapat dibuktikan secara saintifik

(ilmiah) sahaja dapat diangkat sebagai kebenaran objektif. Kelima, pemikiran

empirisisme: hanya perkara yang dapat dikesan oleh pancaindera manusia sahaja diiktiraf

sebagai hakikat kehidupan manusiawi. Seterusnya dan yang terakhir, naturalisme.

Golongan naturalis percaya segala isi alam ini terjadi secara semulajadi.

Dalam konteks ini, bagi golongan atheis, jika sesuatu perkara tidak dapat memenuhi

kelima-lima asas di atas, perkara tersebut dengan sendirinya ditanggapi sebagai tidak

berasas. Justeru, dalam perkembangan arus pemikiran dan falsafah ketuhanan dalam

peradaban Barat ketika itu, di samping wujudnya kebebasan berfikir, telah mengangakan

ruang yang tuntas untuk membahaskan persoalan ketuhanan. Ini menyebabkan Tuhan

juga menjadi sasaran kritikan pedas daripada golongan ateis. Manakala golongan theis

pula menerima tamparan yang hebat sekali; masing-masing mempunyai hujah untuk

2
mempertahankan premis pemikiran ketuhanan mereka sendiri seperti yang akan disentuh

selanjutnya.

Cabaran Thales dan Celaan Democritus

Antara tokoh atheis yang terawal di Barat ialah Thales, Anaximander dan Anaximenes.

Mereka merupakan ahli falsafah fizik dari Ionian yang terkenal pada abad ke-6 SM.

Thales dan anak muridnya menolak kewujudan tuhan sebagai pencipta alam ini kerana

Thales menyatakan bahawa semua benda di alam ini terjadi daripada air secara

semulajadi. Pengaruh pemikiran atheisme Thales memang mendalam terutamanya dalam

masyarakatnya iaitu masyarakat Ionian. Bagi mereka, tanpa tuhan mereka boleh

mencapai kemajuan dalam kehidupan dan tanpa tuhan pun, mereka dapat membezakan

antara baik dan buruk atau benar dan palsu. Pendek kata, penolakan terhadap kewujudan

tuhan ini adalah berasaskan kepada teori naturalistik dan materialistik yang dikemukakan

oleh Thales.

Manakala pada zaman Socrates pula, terdapat pemikir-pemikir Athen yang menolak

kewujudan tuhan. Mereka terdiri daripada ahli falsafah dan fizik yang terkenal seperti

Protagoras. Protogoras benar-benar menentang kewujudan tuhan secara terbuka dan jujur.

Katanya, berkenaan dengan tuhan, saya tidak dapat merasai dengan yakin adakah tuhan

benar-benar wujud, bagaimana rupanya tuhan dan bagaimana tuhan menentukan

kehidupan manusia. Penafian ini jelas sekali disebabkan oleh pengaruh pemikiran

logisme yang menjadi asas pemikiran Protagoras.

3
Begitu juga dengan Democritus, seorang pakar atom Athen yang hidup sezaman dengan

Socrates. Democritus terus mengekalkan teori naturalistik yang dipelopori oleh Thales di

Ionian. Menurut Democritus, tuhan adalah imej yang lahir hasil daripada mimpi manusia.

Tuhan baginya, muncul hasil daripada kesedaran palsu manusia sendiri yang

menganggap bahawa tuhan adalah pemusnah kejahatan manusia.

Atheis Hellenistik dan Pax Romana

Kemunculan golongan atheis berterusan hingga ke Zaman Hellenistik. Antara tokoh

atheis yang terkenal pada zaman ini ialah ahli falsafah aliran Cynicisme-Sinisme

(diasaskan Diogenes Sinope) dan Sceptisme-Kewahaman (diasaskan oleh Pyrrho).

Golongan ini menganggap kewujudan tuhan sebagai kesan daripada kekeliruan dalaman

diri manusia, pertentangan diri manusia dan ketidakstabilan dalaman diri manusia.

Mereka berpegang kepada aliran pemikiran materialisme dan determinisme. Di samping

itu, terdapat juga filosofis yang mempertahankan kewujudan tuhan seperti Epicurus

(pengasas Epicureanisme) dan Zeno (pengasas Stoisme).

Cicero, Lucretius dan Pliny merupakan antara tokoh atheis yang muncul dalam tamadun

Rom. Cicero misalnya, filosofis yang sinis terhadap Tuhan, pernah menulis kepada

isterinya sambil berkata, “jika sekiranya inilah yang dikatakan nasib malang merupakan

ketetapan tuhan, maka, barulah saya berdoa akan dapat bertemu denganmu secepat yang

mungkin dan ingin mati dalam dakapanmu”. Lucretius, dalam sajaknya On The Nature of

the Universe menyatakan agama (Tuhan) adalah dosa yang tidak dikehendaki, dan justeru

4
kerana itu, perlu dihapuskan seluruhnya. Plinny dalam karyanya History, menanggapi

Tuhan, dalam apa bentuk dan kepercayaan sekalipun, hanyalah persepsi manusia sahaja.

Cercaan Amaury dan Dilema Duns

Dalam abad ke-12 dan ke-13 pula, pemikiran atheisme disambung oleh dua tokoh dari

Greek yang free thinking speculative intelligence iaitu Amaury Bene dan David Dinant.

Amaury menghina kewujudan tuhan persis sangat ganjil sekali umpama gigi yang buruk.

Tambahnya lagi, tidak ada neraka, tidak ada hari kiamat dan yang ada hanyalah

kehidupan di dunia ini sahaja. Manakala, David Dinant pula menyamakan Tuhan dengan

benda rekaan manusia yang berada diluar realiti kemanusiaan sendiri. Ini bermaksud

Tuhan sengaja diada-adakan oleh manusia.

Pada abad ke-14, William Ockham dan Duns Scotus muncul sebagai tokoh kritikus

Tuhan di Barat. Mereka mengemukakan prinsip perkaitan antara rasional dan intelektual

untuk menolak metafizikal (ketuhanan). Pendirian mereka memperlihatkan pertentangan

antara kefalsafahan dan keagamaan. Misalnya, mereka berkata, “sebagai seorang

penganut Kristian, saya percaya kepada kewujudan Tuhan. Tetapi, sebagai seorang ahli

falsafah, saya menolak kewujudan Tuhan”. Kata Ockhlam, “berapa banyak bukti yang

dapat menunjukkan kewujudan Tuhan”. Jawabnya sendiri, “hanya sedikit sahaja”.

Nampaknya, Ockhlam semacam mengakui kewujudan Tuhan meskipun hanya secara

halus. Bagi Duns, tidak ada sebarang bukti yang benar-benar menyakinkannya tentang

5
hubungan antara kewujudan Tuhan dengan alam. Jikapun Tuhan wujud, dia ragu-ragu

pula tentang kekuasaan mutlak Tuhan ke atas alam dan makhluk.

Kebenaran Saintifik dan Keraguan Metafizik

Gelombang gerakan atheis dan kritikus Tuhan semakin nyata di Barat pada zaman

Renaisance dan selepasnya terutamanya abad ke-15, 16 dan 17. Pertembungan sengit

berlaku secara terbuka antara golongan atheis dan thesis terutamanya pada abad ke-17.

Perubahan ini berlaku disebabkan oleh pertembungan pemikiran teologikal-metafizikal

dengan aliran pemikiran saintifik-rasional-empirisme, sejajar dengan pemancutan zaman

Revolusi Sains dan Intelektualisme di Eropah Barat. Pada zaman inilah, aliran pemikiran

sekularisme merancakkan lagi gelombang atheisme. Kesan Revolusi Saintifik pula telah

menyebabkan berkembangnya pengaruh “kebenaran saintifik” yang turut mengakari

kerangka dasar pemikiran atheis. Pengaruh kebenaran saintifik ini menyebabkan

tergugatnya pengaruh kebenaran metafizikal-teologikal yang dipegang oleh golongan

atheis di Barat. Dalam jangka masa tersebut, tiga tokoh atheis yang dianggap berbahaya

oleh golongan theis di Barat ialah Rene Descartes, Thomas Hobbes dan Spinoza.

Rane Descartes menafikan kewujudan Tuhan secara berhati-hati teapi tegas. Dia

mengaitkan kesalahan manusia, yang mungkin katanya, disebabkan oleh kesalahan

Tuhan juga kerana Tuhan tidak menunjukkan yang betul kepada manusia, walhal

manusia sendiri tidak sedar akan ketersilapan yang dilakukannya. Jadi, soalnya,

6
“siapakah yang bersalah?”. Memetik kata-kata Descartes, “mungkin juga Tuhan yang

menyebabkan saya melakukan kesalahan setiap kali saya mengira 2 tambah 3”.

Bagi Thomas Hobbes, Tuhan muncul hasil daripada kerunsingan manusia, akibat

daripada hasrat manusia untuk mengetahui sesuatu yang tidak diketahuinya terutamanya

tentang untung nasibnya. Menurutnya lagi, kewujudan Tuhan dikaitkan dengan

kemunculan hantu, kejahilan tentang sebab-akibat, dan melayani perasaan takut. Spinoza

pula menegaskan, “saya menafikan kekuasaan Tuhan. Tuhan hanyalah bayangan atas

kewujudan diri kita sendiri. Tidak ada sesuatu pun yang kita dapat dari Tuhan”. Kata-kata

Spinoza tidak mengakhiri kritikan atheis dengan Tuhan, malah pengaruhnya masih

dikesani sehingga ke hari ini.

Pekikan “Tuhan Sudah Mati!”

Walaupun Renaissance telah berakhir pada abad ke-17, tapi bukan bermakna pengaruh

atheis terus terhenti setakat itu sahaja. Dari abad ke-18, masih terdapat kesinambungan

gerakan atheisme. Malahan, gerakan ini semakin mempertajamkan pengaruhnya ekoran

kemerosotan pengaruh agama Kristian di Barat. Antara tokoh atheis yang terkenal ketika

itu ialah Feubarch, Nietzshe, Russell, Marx, Sartre dan Leslie. Pendapat, kecaman dan

kutukan mereka terhadap Tuhan sangat radikal dan agresif, malah adakalanya sangat

sinistik. Sungguhpun demikian, serangan terhadap Tuhan atau keraguan terhadap

kewujudan-kekuasaan Tuhan, seperti yang disentuh di atas, masih belum dapat

7
memusnahkan kepercayaan seluruh manusia di Barat terhadap Tuhan kerana naluri

manusia secara batinnya, tetap mengakui kewujudan-kekuasaan Tuhan.

Hume menafikan kewujudan Tuhan berdasarkan teori naturalisme yang terdapat dalam

bukunya, Treatise of Human Nature dan Dialogues Concerning Natural Religion.

Dengan teori sebab-musabab, di samping teori idea dan impresi, Hume menafikan

kewujudan Tuhan. Pertama, Hume menyifatkan alam merupakan fenomena semulajadi.

Justeru, kewujudan Tuhan itu sendiri hanyalah kesan imaginasi pemikiran manusia yang

tidak saintifik-empirikal.

Berlainan sekali antara Hume dengan Feubarch - seorang lagi pemikir atheisme. Bagi

sesetengah atheis Barat, Tuhan dikatakan hampir menemui ajalnya apabila berhadapan

dengan Feubarch. Feubarch, dalam bukunya, The Philosophy of The Future juga

mengulangi bahawa Tuhan hanyalah ilusi. Tuhan tidak mempunyai apa-apa

kesempurnaan. Tegasnya, “saya menolak kewujudan Tuhan. Tuhan mesti mati dan

manusia yang akan terus kekal di dunia ini”.

Kritikan terhadap Tuhan bertambah sengit dengan kemunculan Karl Marx. Beliau

menafikan Tuhan melalui penolakannya terhadap agama. Bagaimanapun, sesetengah

pengkaji mengatakan Marx tidak menolak Tuhan, tetapi hanya bertegas menolak agama.

Kepada penulis, kedua-dua elemen tersebut – agama dan Tuhan, amat sukat untuk

dipisahasingkan. Perhatikan penegasan Marx, “agama tidak wujud melainkan manusia

yang mewujudkannya, manusia yang mencipta agama dan agama tidak mewujudkan

8
manusia” dan “dunia ini adalah milik manusia, negara dan masyarakatnya. Agama adalah

candu masyarakat”. Pendiriannya ini ternukil dalam bukunya, Contribution to the

Critique of Hegel’s Philosophy of Right.

Lebih menggemparkan ialah pengisytiharan fatalistik Nietzsche. Dalam karyanya, Gay

Science, Nietzsche memekiklolongkan peristiharan, “Tuhan telah mati”. “Siapakah yang

telah membunuh Tuhan?”, tanyanya lagi. “Manusialah yang telah membunuh Tuhan”.

Lantaran itu, Nietzsche menegaskan, “kepercayaan saya terhadap Tuhan telah hilang

sama sekali ekoran pembunuhan Tuhan yang manusia percayai itu”. Justeru, Nietzsce

juga menyelar golongan theistik sebagai orang gila di Barat pada abad ke-19 yang

terpekik-terlolong mempertahankan kewujudan Tuhan.

Leslie Stevenson pula mempersoalkan peranan dan kepentingan Tuhan dalam kehidupan

manusia. Baginya, tuhan tidak wujud. Katanya, “kepincangan di alam ini menunjukkan

bahawa Tuhan sebenarnya tidak wujud. Jika Tuhan wujud, tentu sekali Tuhan akan

menghapuskan segala kepincangan di alam ini. Jika tuhan Wujud, tentunya Tuhan akan

melindungi manusia yang dizalimi, dianiaya dan ditindas. Jadi, dimana Tuhan dalam

hidup kita?”. Pernyataannya ini terdapat dalam bukunya, Seven Theories of Human

Nature.

Jean Paul Sartre, dalam karyanya, Being and Nothingness, menyatakan kepercayaan

manusia kepada Tuhan adalah penyebab kepada kejumudan hidup manusia. Oleh itu,

lebih baik Tuhan diputuskan sebagai telah mati. Wujudnya Tuhan telah menyusahkan

9
hidup manusia. Penyataan Sartre ini disokong oleh Albert Camus dalam karyanya, The

Myth of Sisyphlus. Katanya, “alam akan terus wujud walaupun tanpa kewujudan Tuhan

kerana alam ini wujud tanpa adanya Tuhan”. Bagi mengukuhkan penafian ini, Frued,

dalam karyanya, The Future of an Illusion, mengulangi pendirian asal atheis: Tuhan ialah

khayalan manusia, malah satu kesilapan manusia. Baginya, Tuhan tidak dapat dibuktikan

secara rasional mahupun secara saintifik.

Charles Darwin, mengejutkan dunia kerana teori evolusinya yang sekaligus menafikan

kewujudan Tuhan juga. Menurutnya, alam ini terjadi secara evolusi dalam konteks

hukum semulajadi. Alam bukan ciptaan Tuhan kerana tidak ada bukti saintifik-

empirisime yang dapat menyokong pernyataan tersebut. J.C.C Smart juga tidak

melepaskan peluang melemparkan tuduhan yang antagonistik terhadap Tuhan. Katanya,

kewujudan Tuhan adalah satu pembohongan dan nista dalam pemikiran manusia. Bagi

Smart, kepercayaan kepada Tuhan tidak lebih daripada wejangan karut-marut yang

bercanggah dengan logik positif dan logik empirik.

Holbach, melalui karyanya, The System of Nature, menghukumkan Tuhan sebagai

pemberi asas moral yang salah kepada manusia. Menurutnya, agama (Tuhan) tidak sesuai

dengan kehidupan manusia yang saintifik. Jika Tuhan memberikan asas moral yang betul

kepada manusia, tidak akan ada anarki (huru-hara) di alam ini. Justeru, kewujudan Tuhan

sewajarnya ditolak dalam kehidupan manusia.

10
Russell, dalam karyanya, Why I am not a Christian, turut mengkritik Tuhan dengan

merujuk kepada sifat alam ini. Katanya, “kehidupan manusia di alam ini adalah satu

kenyataan yang kejam, zalim dan biadap. Alam ini menjadi aman kerana adanya

peraturan yang dicipta oleh manusia sendiri. Ketiadaan Tuhan untuk mengamankan

kehidupan manusia menunjukkan bahawa Tuhan tidak wujud”.

Kesimpulan

Sungguhpun serangan terhadap Tuhan oleh golongan atheis dan kritikus Tuhan, namun

semenjak zaman Socrates sehinggalah kepada Rousseou, kewujudan Tuhan masih

dipertahankan. Socrates mati dihukum meminum racun hemlok kerana mempertahankan

keesaan Tuhan dan Rousseou pula mashyur dengan kata-kata romantismenya kepada

Tuhannya: “Aku kembali kepada kepercayaanku dan Tuhanku dan kepercayaanku

kepada-Nya. Aku mengkagumi-Nya dan mencintai-Nya dan aku sujudkan diriku dalam

kehadiran-Nya”.

Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, Socrates meninggalkan bicaranya

yang melankolik. Beliau menyeru :

Wahai orang Athen, saya menghormati dan mencintai


kamu, tetapi saya akan mentaati Tuhan lebih daripada
kamu, dan selagi saya mempunyai nyawa dan tenaga, saya
tidak akan berhenti daripada mengamal dan mengajar
falsafah, menasihati sesiapa saja yang saya temui.
Ketahuilah bahawa ini adalah perintah Tuhan , dan saya
percaya tidak ada yang lebih baik berlaku di negara ini
selain khidmat saya kepada Tuhan. Masa perpisahan sudah
tiba, dan kita pergi mengikut arah kita – saya untuk mati,

11
dan kamu untuk hidup. Mana yang lebih baik. Hanya
Tuhan yang mengetahuinya.+

Di sebaliknya pula, golongan atheis tidak putus-putus menafikan kewujudan Tuhan.

Bahkan, mereka tidak jemu-jemu mengkritik Tuhan termasuklah tuduhan sinistik dan

humoristik. Namun, masih terdapat manusia pemikir dalam sejarah peradaban Barat yang

mengakui kewujudan Tuhan, pasrah kepada-Nya dan meyakini ketentuan-ketentuan-Nya.

Dalam perdebatan tentang kewujudan Tuhan di Barat, episod kontroversial ini bukan

sekadar satu kontradiksi antara golongan atheis dan thesis semata-mata, malah lebih jauh

daripada itu, hakikat sedemikian merupakan manifestasi denyutan urat nadi konflik yang

berterusan antara pemikiran saintifik dengan pemikiran metafizikal; antara akal rasional-

empirisme dengan akal teologikal. Selagi persetentangan dan penentangan akal ini belum

menemui titik pertindihannya, selama itulah konflik atheisme dan theisme tidak mungkin

berkesudahan kerana pencarian Tuhan memerlukan landasan dan gandingan

keterunggulan wahyu seperti yang dicerakin oleh (antaranya) Ibnu Rusyd, al-Kindi dan

al-Farabi.

+ Dipetik daripada Bertrand Russell (1961), History of Western Philosophy, hlm. 107-
110.

12
BIBLIOGRAFI

Masterson, P., Atheism and Alienation: A Study of the Philosophical Sources of

Contemporary Atheism, Gill and MacMillan, London, 1971.

Russell, B., History of Western Philosophy, (terjemahan oleh Mohd. Safar Hashim &

Fatimah Yusoff ), George Allen and Uwin Ltd., London, 1961.

Stevenson, L., Seven Theories of Human Nature, (terjemahan oleh Rustam A. Sani ),

Oxford University Press, London, 1974.

Thrower, J., A Short History of Western Atheism, Pemberton Books, London, 1971.

13
14

Anda mungkin juga menyukai