Anda di halaman 1dari 3

KUMPULAN IKRAM MUSLIMIN

ATEISME
Ateisme bukan satu agama tetapi merupakan satu bentuk kepercayaan yang
menafikan kewujudan Tuhan. Walaupun penafian tuhan sudah wujud pada zamanzaman kuno, contohnya pada zaman jahiliah, tetapi hanya pada abad ke-19,
ateisme membentuk menjadi satu fahaman dan aliran pemikiran, dengan adanya
ahli fikir yang berterus-terang menafi kewujudan tuhan dengan dalil-dalilnya yang
tersendiri. Tokoh-tokoh ateisme yang terkenal ialah Friedrich Nietzsche (18441900),
dan juga Karl Marx (18181883).
Friedrich Nietzsche merupakan orang yang latang sekali menyaran kepada ateisme,
dengan pernyataannya "Tuhan Sudah Mati". Adapun pernyataan beliau telah
menggemparkan masyarakat barat pada zaman itu. Pernyataan beliau menandakan
bermulanya perubahan nilai pusat dalam umat Barat. Dengan itu, sistem nilai umat
Barat, mula berubah dan tidak lagi berpusat pada akidah Kristian.
Dalil-dalil ateisme
Sebagai satu fahaman, ateisme mempunyai dalil-dalilnya sendiri untuk menafi
kewujudan tuhan. Dalil-dalilnya adalah seperti di bawah:
Kewujudan tuhan tidak memenuhi kriteria sebagai satu kewujudan
Ini adalah kerana Tuhan tidak mempunyai jasad yang dapat diterima oleh deria
manusia dan tidak pula dapat dikesan oleh mesin-mesin. Perasaan manusia
mengenai kewujudan Tuhan dianggap khayalan semata-mata.
Masalah kesengsaraan di atas bumi
Adanya kejahatan dan kesengsaraan di dunia menunjukkan bahawa Tuhan yang
mempunyai kuasa mutlak dan bersifat baik tidak wujud. Sekiranya Tuhan yang
berkuasa mutlak dan bersifat baik wujud, mengapakah ia mengizinkan kejahatan
dan kesengsaraan ini terus berlaku?
Masalah Logikal
Soalan "Adakah Tuhan itu berkuasa untuk mencipta satu batu yang terlalu berat,
yang tidak mampu diangkat oleh dirinya sendiri?". Soalan ini menunjukkan sifat
Maha Berkuasa yang ada pada Tuhan sukar melalui ujian lojik.
Teori Penipuan-Sendiri (Teori Pragmatisme)
Manusia mencipta tuhan untuk tujuan kawalan sosial dan sebagai tongkat untuk
menghadapi kematian ataupun kesusahan.
AKIDAH KETUHANAN DAN SAINS

Page 1

KUMPULAN IKRAM MUSLIMIN

AKIDAH KETUHANAN DAN SAINS

Page 2

KUMPULAN IKRAM MUSLIMIN


Ketidaksinambungan
Terdapat beribu-ribu agama di dunia ini dan masing-masing mempunyai imej Tuhan
tersendiri dan bercanggah antara satu sama lain. Jika wujudnya satu Tuhan yang
Maha Adil dan Maha Mengetahui, keadaan ini tidak mungkin berlaku.
Faktor-faktor kemunculan ateisme
Kemunculan ateisme merupakan satu fenomena sosial yang berlaku di masyarakat
moden. Faktor-faktor kemuculannya adalah seperti di bawah:
Perkembangan Teknologi dan Sains
Dengan adanya kuasa teknologi, manusia tidak lagi bergantung kepada kuasa ghaib
seperti Tuhan untuk menghadapi waktu genting dalam hidup. Pengetahuan dalam
sains juga membolehkan manusia menjawab kebanyakan misteri alam semesta
yang dulunya memerlukan Tuhan sebagai medium jawapan.
Fahaman Sosial-Progresif
Fahaman sosial progresif menganggap adat dan norma dalam masyarakat
merupakan satu pemboleh ubah yang akan berubah-ubah mengikut peredaran
masa. Lebih-lebih lagi, masyarakat ini menyanjung nilai pembaharuan dan mengkeji
nilai lama. Dengan anggapan agama satu pemboleh ubah dalam masyarakat, orang
yang kuat berpegang agama, akan dianggap sebagai "konservatif" satu nilai negatif
dalam masyarakat ini.
Faktor Moraliti
Ateis percaya bahawa moral tidak perlu wujud daripada rasa takut terhadap neraka
ataupun ganjaran daripada syurga. Mereka menganggap bahawa kebolehan
manusia untuk berlaku baik atau sebaliknya tidak memerlukan kewujudan tuhan
dan syaitan.

AKIDAH KETUHANAN DAN SAINS

Page 3

Anda mungkin juga menyukai