Anda di halaman 1dari 1

AINUR SHAZLIANI BT SUHAIZARD 15DUB20F2018

TUGASAN MINGGU 3
1.Jelaskan pemahaman anda tentang:

• Sekularisme
• Pluralisme
• Liberalisme
Nyatakan bahaya dari fahaman tersebut.

• Sekularisme
Sekularisme ialah satu konsep bahawa kerajaan harus wujud secara terasing dari agama.
Dalam sekularisme, agama adalah masalah peribadi yang tidak mempunyai kaitan dengan
negara.Sekularisme dapat memberikan hak untuk menjadi bebas dari peraturan dan ajaran
agama, dan kebebasan dari pengenaan agama kerajaan terhadap rakyat dalam sebuah
negara yang berkecuali pada hal ehwal agama. Fahaman ini memberikan kesan yang
berbahaya kepada agama seperti melemahkan keimanan dan menggoyahkan akidah serta
keyakinan terhadap kekuasaan Allah SWT. Selain itu, ia memberi risiko kepada
Pendidikankerana fahaman inilebih mementingkan hal-hal dunia tanpa mengira kepentingan
jiwa dan iman yang diperlukan untuk membentuk akhlah dan moral.

• Pluralisme
Pluralisme adalah pemikiran asing daripada Islam. Fahaman ini juga mempunyai dua unsur
iaitu Exoteric dan Esoteric. Exoteric bermaksud manusia secara umum melihat semua
agama adalah berbeza-beza manakala Esoteric adalah hakikat sebenar agama-agama ini
hanya diketahui oleh segelintir manusia yang terpilih, iaitu semua agama akan bertemu
pada suatu titik puncak yang sama. Fahaman pluralisme ingin membawa kepada kebenaran
setiap agama adalah relatif, yang mana akhirnya tiada agama yang paling tepat dan benar
kerana semuanya menuju ‘Tuhan’ yang sama.Ia berkebolehan melemahkan pegangan dari
prinsip semua agama termasuklah agama Islam.

• Liberalisme
Liberal merupakan sesuatu yang bebas dan terbuka.Fahaman ini cenderung kepada
kebebasan. Manakala Islam Liberal pula merujuk kepada aliran yang memiliki ciri
keterbukaan dan kebebasan yang lebih daripada apa yang ada dalam syariat Islam yang
asli. GolonganLiberal ini telah mula memperjuangkan pelbagai isu bertujuan menyebarkan
idea liberalisme secara lebih meluasdengan memperjuangkan fahaman pluralisme agama
dengan menyamatarafkan semua agamasupayakedudukan agama Islam sebagai agama
yang paling benardihapuskan.Mereka juga berusaha untuk menghapuskan kedaulatan
agama Islam. Hal ini boleh memberi kesan kepada keruntuhan Islam.

Anda mungkin juga menyukai