Anda di halaman 1dari 2

APA itu fahaman SEKULARISME?

Sekularisme berasal daripada perkataan Latin ‘saeculum’ Yang


bermaksud “masa” iaitu “kini dan zaman ini” dan tempat yakni dunia ini… Ia juga membawa erti satu
generasi atau zaman.. Istilah :- Fahaman falsafah atau sistem yang memisahkan urusan dunia
samada urusan pemerintahan, pendidikan dan lain-lain urusan pentadbiran daripada urusan-urusan
agama. Ia menolak peranan agama dan Tuhan daripada segala urusan manusia… CIRI-CIRI
SEKULARISME… Perkara agama disempitkan kepada hal-hal peribadi sahaja 1. Anti agama dan tradisi
2. Akhlak yang digunapakai oleh golongan sekularisme tidak tetap (pragmatik) 3. Kebendaan
(materialism) menjadi kayu ukur yang utama dalam menentukan kebenaran sesuatu perkara 4.
Pendidikan,ekonomi, pengurusan, kewangan, pentadbiran, perubatan dan lain-lain urusan
pentadbiran serta semua perkara dipisahkan dari agama. AMALAN SEKULARISME… 1. Golongan
agama dipinggirkan daripada memberi pandangan dan pendapat mengenai hal-hal berkaitan
pentadbiran Negara 2. Segala macam sImbol dan institusi agama yang sebelum ini diterima
masyarakat telah hilang pengaruh dan kedaulatannya 3. Sistem perundangan dibentuk melalui
pemikiran atau akal sahaja tanpa berlandaskan wahyu dan ajaran agama Islam ISLAM MENOLAK
SEKULARISME.. Pengaruh sekularisme yang telah dibawa oleh penjajah mengakibatkan berlakunya
porak-peranda pegangan agama dalam kalangan umat Islam. Islam menolak fahaman sekularisme
kerana ianya terang-terangan TIDAK berlandaskan kepada Islam. Hal ini dapat dibuktikan melalui
fahaman mereka yang mengaitkan agama dengan individu sahaja dan ia dikatakan tidak berguna,
hidup dalam kekosongan, serba salah, tidak tenang dan tanpa arah tujuan serta tidak mememiliki
kasih sayang yang sejati. Sekularisme memisahkan antara urusan agama dari kehidupan manusia.
Tetapi ia masih mengakui agama, cuma tempatnya hanya di tempat-tempat ibadah dan majlis-majlis
agama sahaja serta tidak boleh mencampuri urusan dunia. Motonya :- “Berikan apa untuk urusan
memerintah kepada pemerintah dan apa urusan Allah kepada Allah” PENGARUH SEKULARISME
TERHADAP UMMAT ISLAM.. Ideologi sekularisme yang dibawa oleh orang Yahudi dan Nasrani ini
merupakan fahaman negatif yang sengaja diadakan oleh orang kafir bagi menyesatkan pemikiran
orang Islam. Mereka menafikan segala urusan dunia dengan agama, menolak agama Islam dan tuhan
yakni Allah s.w.t. Fahaman Sekularisme dapat dinilai dan diteliti dengan memberi tumpuan dalam
perkara yang berkaitan agama. Dari aspek Agama : - Sekularisme membawa ajaran, pemikiran,
fahaman yang memisahkan di antara agama dan kehidupan. Mereka menyatakan bahawa agama
Islam adalah bersifat “ritual” yakni berbentuk ibadah semata-mata dan langsung tidak ada kaitan
dengan kehidupan manusia. Pengaruh sekularisme turut meletakkan para ulama hanya golongan
yang berperanan di masjid, dan masalah-masalah agama semata-mata seperti perkahwinan dan
ibadah. Manakala urusan berkaitan pentadbiran haruslah diserahkan kepada mereka yang bukan
dairpada golongan ulamak dan mendapat pendidikan di Eropah. Selain itu, fahaman sekularisme
juga mengetengahkan mengenai agama yakni pemisah daripada agama Islam. Mereka menyatakan
bahawa agama tidak penting. Sesetengah daripada golongan sekularisme menyatakan bahawa
agama adalah bertentangan dengan fitrah manusia. Mereka juga membawa fahaman bahawa
kehidupan ini adalah semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah dan langsung tidak
berkaitan dengan kehidupan KESAN SEKULARISME / PERTENTANGAN DALAM ISLAM… Membentuk
individu yang bebas dari kongkongan agama dalam urusan dunia. Oleh itu, lahirlah manusia yang
menganggap kehidupan mereka tiada kaitan dengan agama. Walhal, semua amalan dunia akan
dihisab oleh Allah s.w.t di akhirat kelak Nilai akhlak adalah luhur. Tetapi, sebagaimana digariskan
oleh islam. Namun, dalam sekularisme nilainya adalah pragmatik iaitu boleh berubah berdasarkan
kepentingan dalam pelbagai situasi. Ukuran kepentingan ideologi ini adalah ukuran kebendaan yakni
materialistik. Tiada ruang untuk unsur-unsur rohani disuburkan kerana unsur rohani bertunjangkan
agama. Hanya unsur fizikal / material yang dinilai sebagai penting. Sistem perundangan, pendidikan,
pentadbiran dan lain-lain adalah bebas daripada apa-apa kongkongan agama. Akal manusia
dianggap mampu menyelesaikan permasalahan yang wujud (demokrasi) Wujud penindasan dalam
masyarakat kerana nilai agama dianggap tidak berguna. Oleh itu, ideologi ini membenarkan
pembebasan dalam menindas orang lain demi kepentingan kerana ukuran kepentingan ialah
kebendaan. Membawa ideologi sekular dalam pemerintahan Islam. Oleh itu, umat Islam akan
menjadi lemah dan tidak kuat walaupun memiliki jumlah yang ramai ibarat buih di lautan. Sumber
ekonomi Negara dan ummat Islam akan menjadi maju tetapi menindas. Terhapusnya dasar Islam
yang suci yakni undang-undang Islam dan hukum hudud tidak dapat dilaksanakan. Mereka lebih
mencintai harta daripada Allah serta angkuh dan pentingkan kebanggaan diri. Kesimpulannya,
ummat Islam haruslah bersatu padu dan tidak terjebak dalam gejala sekularisme yang semakin
menular dalam kalangan masyarakat. Hakikatnya, kesyumulan Islam itu terkandung dalam akidah,
syariat dan akhlak yang mencerminkan kebenaran fahaman sesuatu perkara. Perkongsian Minda
Penulis Dikenali sebagai DZUL Bendahari Agung Persatuan i Rakan Diploma Perakaunan ,UNiSEL
Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto Mine coins - make money:
http://bit.ly/money_crypto

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

Anda mungkin juga menyukai