Anda di halaman 1dari 9

KESAN DAN CABARAN DUNIA SIBER DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK

MASYARAKAT

DECEMBER 15, 2011 ~ SITINORHANANI

PENDAHULUAN

Era globalisasi dunia mencetuskan banyak perubahan dalam menghayati


kehidupan selepas arus paskal permodenan. Perubahan terhadap gaya
hidup berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat memberikan
kesan dan menjadi cabaran terhadap nilai, budaya, pemikiran dan corak
hidup yang bersendikan adat, tatasusila ketimuran dan penghayatan
agama. Perubahan dunia masa kini amat pantas hasil ledakan teknologi
maklumat. Setiap hari pelbagai hasil ciptaan baru dari inovasi teknologi.
Teknologi dan maklumat telah berjaya menghapuskan batasan sempadan
sesebuah negara. Malahan ia berjaya merubah bentuk pemikiran, ideologi,
budaya dan berbagai elemen luar memasuki ruang negara lain tanpa
sekatan dan kawalan. John Naisbitt (1990) meramalkan bahawa salah satu
daripada sepuluh kecenderungan manusia di awal abad kedua puluh satu
ialah maklumat. Maklumat sangat berharga dalam dunia globalisasi
hingga ia menadi penentu dan penggerak kepada masa depan. Kertas
kerja ini mengupas isu di mana ledakan teknologi membawa cabaran dan
impak yang kuat terhadap pegangan dan penghayatan nilai-nilai murni
agama serta akhlak masyarakat dan pengaruh negatif yang merubah
minda serta gaya hidup insan. Ia menghakis dan mengubah paradigma
tauhid, syariah dan akhlak mulia sehingga mengikis nilai-nilai keinsanan.
Jesteru itu, suatu pendekatan dan tindakan yang menggunakan
metodologi Islam perlu dilaksanakan bagi tujuan mengwal, mendidik dan
menjamin agar pengaruh buruk ICT tidak menjadi barah kepada penyakit
sosial yang sedia ada. Pendekatan Islam dikemukakan bagi tujuan
mendidik dan mengawal individu daripada hanyut dan lemas dalam dunia
tanpa sempadan.[1]

Kertas kerja saya dalam tugasan ini akan menerangkan sedikit sebanyak
tentang cabaran dan kesan dunia siber dalam perkembangan akhlak
masyarakat. Ia dilihat dari aspek kesan dan cabaran itu sendiri kepada
golongan masyarakat. Setiap sesuatu itu ada pro dan kontranya dan
tulisan kali ini akan menerangakn dari sudut kedua-dua aspek.

DEFINISI
Kesan menurut Tesaurus adalah efek, akibat, padah dan ekoran. Manakala
menurut Kamus Dewan pula ialah yang turut terdapat (timbul, digunakan)
selain yang asas atau yang utama masalah kecil dan yang boleh
diselesaikan hasil-hasil yang turut diperoleh daripada usaha untuk
menghasilkan sesuatu, hasil lain di samping hasil yang utama kesan-
kesan lain di samping kesan yang utama.[2]

Cabaran menurut Kamus Dewan ialah hasil mencabar (mempersoalkan,


mempertikaikan) ajakan (untuk berlawan ) sesuatu (unsur, faktor) yang
mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu
organisasi).[3]

Siber menurut Kamus Dewan adalah sesuatu yang berkaitan dengan


komputer dan internet.[4] Internet ibarat pasar raksasa yang menemukan
pembeli dengan penjual dalam ruang.

Pembangunan menurut Kamus Dewan ialah perihal membangun, proses


membangun (mencapai kemajuan, perkembangan) usaha atau kegiatan
membangunkan (memajukan dan mengembangkan).[5]

Akhlak menurut Ibn Miskawayh ialah sesuatu situasi yang terbentuk dalam
diri seseorang manusia dan ia berfungsi sebagai kuasa eksekutif yang
mengarah orang tersebut melakukan semua perbuatannya.[6]

Masyarakat ialah sekumpulan orang yg hidup bersama di sesuatu tempat


dengan cara-cara dan peraturan-peraturan tertentu.[7]

Istilah dunia siber atau cyberworld pertama kali digunakan oleh William
Gibson seorang penulis sains fiksyen dalam bukunya yang bertajuk
Neuromancer( 1984), yang mana beliau gambarkan sebagai suatu istilah
tekno dan menggugat perasaan tetapi pada dasarnya tidak bermakna,
yang berfungsi sebagai kata laluan untuk semua idea sibernatiknya. Kini,
isitilah ini menjadi suatu perkataan yang sangat biasa dan digunakan
dengan meluas untuk menggambarkan segala sesuatu berkaitan dengan
komputer, teknologi maklumat, internet dan pelbagai budaya internet.
Secara mudahnya, ia merujuk kepada dunia atas talian, iaitu suatu tempat
yang benar-benar wujud, walaupun sebagai media komunikasi berbanding
suatu galaksi lain.[8]
Secara tulisannya, definisi tajuk kertas kerja ini ialah melihat sejauh mana
kesan dan cabaran yang dihadapi oleh kelompok masyarakat dalam
menongkah arus kemodenan dunia komputer dan internet yang mana
terdapat kesan positif dan juga negatif. Dalam kertas kerja ini, penulisan
lebih melihat kepada dunia siber dari segi pengunaan teknologi dan
Information Communication Technology (ICT).

CABARAN DAN KESAN DUNIA SIBER DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKAT

Jika dilihat dari sudut yang negatif, banyak cabaran yang perlu ditempuhi
oleh golongan remaja terutamanya isu yang berkaitan dengan gejala
sosial yang melibatkan penggunaan siber. Lebih-lebih lagi dengan
perkembangan arus semasa, kebanyakan golongan remaja menggunakan
siber untuk menjalinkan hubungan sosial seperti menerusi laman web
Facebook, Twitter, Friendster dan lain-lain lagi yang menawarkan pelbagai
tawaran serta perkhidmatan yang menarik dan menyeronokkan yang
sememangnya menarik minat para remaja untuk menyertainya.
Sememangnya, tidak dapat dinafikan bahawa laman web sosial sebegin
mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan seperti dapat berhubung serta
membincangkan isu-isu terkini melalui ruangan siber, namun begitu juga
keburukannya kerana penggunaannya adalah tanpa kawalan. Laman-
laman web sebegini juga menjadi tumpuan para penjenayah yang mahu
menjadi remaja sebagai mangsa mereka. Terdapat juga para remaja
mungkin tidak menyedari keperluan untuk menjaga maklumat peribadi
mereka, ataupun gambar-gambar peribadi mereka daripada jatuh ke
tangan pihak yang tidak dikenali dan sekaligus menjadi mangsa
penjenayah-penjenayah dunia siber seperti terlibat dalam dunia
pornografi, pelacuran, seks bebas, penculikan dan pemerdagangan
manusia.

Antara cabaran-cabaran yang terdapat dalam dunia siber adalah


antaranya :

a) Kesahihan maklumat.

Berpandukan kepada dalil Naqli iaitu ayat al-Quran Allah berfirman yang
bermaksud :
Sekiranya datang kepadamu orang yang fasik(jahat) membawa berita
maka hendaklah

kamu berwaspada(berhati-hati) akan kebenarannya.[9]

Maklumat yang tepat dan benar kesahihannya adalah penting bagi


menjamin tidak berlaku penyelewengan dan kepalsuan fakta. Terutama
sekali dalam soal ilmu keagamaan yang perlu dipastikan kebenarannya.
Pihak yang tidak bertanggungjawab sentiasa mencari jalan bagi
menyeleweng dan melakukan dusta bagi tujuan menyesatkan orang lain.
Hal ini memberi cabaran terhadap proses tradisonal dalam mendapatkan
maklumat yang sahih. Misalnya dengan hanya merujuk kepada bahan dari
internet seperti al-Quran kemungkinan berlaku kesalahan fakta seperti
ayat dari versi Israeliyat. Oleh itu seseorang perlu merujuk kepada simber
asal bagi mengesahkan maklumat dan mengelakkan kekeliruan. Kesan
yang nyata dari amalan ini ialah ramai pencari maklumat mudah
mempercayai bahan yang diperolehi dari internet. Rujukan maklumat
semata-mata kepada internet tanpa pengesahan akan menimbulkan
masalah tentang kebenaran fakta sesuatu maklumat.

b) Pelayaran Web Negatif.

Minat dan kesukaan melawati laman-laman web yang tidak bermoral dan
tidak berfaedahmemberi kesan negatif dalam perkembangan minda dan
fizikal manusia. Ketagihan terhadap laman web negatif mencetuskan
kerosakan maruah, nilai keperibadian, dorongan terhadap jenayah
seksualiti, masalah perundangan, perhubungan interpersonal dan
pembaziran wang serta masa.

Kewujudan laman web lucah yang mudah diakses oleh sesiapa sahaja
termasuk anak-anak sekolah, remaja dan golongan dewasa memberi
kesan negatif terhadap perubahan nilai dan gaya hidup mereka. Larangan
agama terhadap perlakuan yang boleh menghampiri zina tidak mampu
menyekat remaja dan golongan dewasa daripada menghindari perbuatan
tercela. Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud

Jangan kamu hampiri perbuatan Zina kerana ia adalah amalan yang


sangat keji .[10]
Ketagihan internet ini tertumpu kepada cybersex addiction dan comulsive
gambling. Material berkaitan sex begitu mudah dan tersiar di internet
dengan pelbagai dimensi dan ilustrasi pornografi dan chatroom yang
membicarakan unsur-unsur seksual Kewujudan berbagai bentuk laman
web negatif telah mencabar nilai dan gaya hidup insaniah sebagaimana
yang diajar oleh Islam. Pendidikan Islam jelas mencegah umat dari terlibat
dalam kegiatan tidak bermoral. Pendidikan akhlak menurut Islam ialah
pembentukan jiwa dan peribadi muslim yang mampu menjaga dan
menjauhi amalanamalan buruk termasuk melayari laman web lucah.
Impak kepada gejala ini maka merebaklah bermacam penyakit sosial
akibat ketagihan seks seperti perzinaan, pelacuran, penularan HIV/AIDS,
Homoseksual dan Lesbian, penyakit kelamin, curang dalam hubungan dan
melakukan seks sebelum kahwin di kalangan remaja. Menurut laporan
akhbar dan kajian oleh penyelidik Universiti Malaya pada tahun 2005
ramai remaja sudah melakukan hubungan seks dalam menjalinkan
perhubungan mereka. Malahan ada yang merakamkan untuk simpanan
peribadi dan disebar untuk umum melalui internet dan telefon peribadi
menggunakan teknologi 3G.

Berdasarkan kajian Kementerian Kesihatan, Pertubuhan Kesihatan


Sedunia, Universiti Malaya dan sebuah syarikat swasta pada tahun lalu
mendapati 13 peratus remaja berusia 15 hingga 21 tahun pernah
mengadakan hubungan seks sebelum.Kajian itu mendapati 76 peratus
daripada respondennya remaja lelaki manakala 61 peratus membabitkan
remaja perempuan.[11]

Dalam kajian lain Kementerian Kesihatan terhadap remaja bersekolah


berumur 13 hingga 18 tahun mendapati 1.8 peratus daripadanya
mengaku pernah terbabit dalam aktiviti seks. Walaupun isu seks bebas
remaja membabitkan kedua-dua jantina lelaki dan perempuan,
permasalah lebih besar sering melingkungi kaum hawa.

c) Penyebaran Fitnah dan Gossip

Kemudahan melalui ICT sering disalahgunakan untuk kepentingan


peribadi. Gejala utama yang selalu dikaitkan dengan teknologi ICT ialah
penyebaran fitnah dan gossip oleh satu pihak bagi tujuan memburukkan,
memalukan atau menjatuhkan pihak lain. Fitnah disebar menggunakan
laman web internet, sms, mms dan media lain terutama di musim
pilihanraya. Hal ini mencabar etika dan tatasusila hidup bermasyarakat
dan bernegara. Menurut ajaran Islam, penyebaran fitnah adalah satu
jenayah yang sangat besar. Fitnah memberi kesan terhadap maruah dan
kedudukan seseorang individu serta keluarganya. Firman Allah dalam al-
Quran yang bermaksud:

Fitnah itu lebih merbahaya dari membunuh[12]

d) Permasalahan Remaja

Minat remaja terhadap ICT terutama teknologi internet dan alat


komunikasi mendorong mereka menghabiskan masa di cyber caf
,internet caf dan telefon tangan. Program seperti chatting, permainan
video, sms, mms, 3G dan berbagai aktiviti melaluinya membawa kesan
dan cabaran tersendiri. Kegilaan anak remaja ini memberi cabaran kepada
ibubapa mereka. Ramai pelajar yang ponteng sekolah, menyalahgunakan
wang saku, meminjam wang teman bahkan ada yang sanggup menipu
dan mencuri. Setiap ibubapa adalah pemimpin kepada anak-anak mereka.

Menurut ajaran Islam setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap


pengikut mereka. Kawalan dan penjagaan yang berterusan perlu bagi
menjamin anak-anak tidak terlibat dalam kancah gejala sosial. Hal ini
mencabar pengurusan sekolah, pihak berkuasa dan orangramai terhadap
masalah pelajar yang mengunjungi pusat internet di waktu persekolahan
dan selepas persekolahan. Kesannya ialah pembaziran masa kerana
terlalu lama di cyber cafe, tidak ada kawalan keluarga dan
berkembangbiaknya masalah serta gejala sosial di kalangan remaja. Hal
ini menyebabkan kerajaan terpaksa bertindak mengawal aktiviti
kunjungan remaja ke pusat-pusat internet.

e) Aktiviti Perjudian

Pihak berkuasa tempatan, polis dan agensi yang terlibat mendapati


berlakunya penyalahgunaan pusat internet sebagai pusat judi. Permainan
video yang berorientasikan judi mendapat perhatian di kalangan orang
dewasa dan anak-anak remaja. Kegiatan perjudian mencabar nilai hidup
Islam yang jelas mengharamkan judi. Firman Allah dalam al-Quran
bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, menenun
nasib dan menyembah berhala adalah kotor dari amalan syaitan . Oleh itu
hendaklah kamu jauhi mudahan kamu berjaya[13]

f) Perubahan Gaya Hidup dan Pencemaran Bahasa

Perpatah Melayu ada menyebut:

Yang Kurik Itu Kendi, Yang Merah Itu Saga

Yang Elok Itu Budi, Yang Indah Itu Bahasa

Pengaruh ICT yang menular dalam kehidupan moden hari ini jelas telah
berjaya merubah paradigma sosiobudaya dan bahasa komunikasi.
Penjajahan budaya hidup Barat dalam aspek pakaian, makanan, minuman,
tingkahlaku, hiburan telah menukar jati diri manusia. Pakaian tradisonal
setiap kaum dan bangsa hanya menjadi pakaian rasmi acara atau
perayaan. Ia tidak lagi menjadi pakaian harian yang dibanggakan.
Makanan seperti kuih tradisional bertukar dengan makanan impot dengan
pelbagai jenama terkenal di dunia. Seperkara yang menarik dalam isu ICT
ialah berlakunya tanpa disedari iaitu kerosakan bahasa. Bahasa sms dan
chatting memerlukan tulisan yang ringkas dan mudah. Kesannya terbawa
sehingga banyak pihak menerima pakai dalam komunikasi harian mereka
terutama di kalangan anak remaja. Misalnya perkataan Assalamualaikum
sudah diringkaskan dengan berbagai cara seperti Asm.,Akum, Aslam dan
Salam mulai tersebar penggunaannya. Perkataan ini jelas tidak tepat dari
susunan ejaan, kata-kata dan maknanya sendiri. Ianya jelas merosakkan
penggunaan istilah, perkataan dan bahasa itu sendiri.

Dalam tugasan kertas kerja yang ringkas ini adalah tidak mungkin penulis
dapat menghuraikan keseluruhan cabaran-cabaran dan isu-isu yang
berkaitan dengan pengaruh dan penggunaan siber dalam proses
modenisasi masyarakat Malaysia. penulis akan memfokuskan
perbincangan kepada beberapa isu berkaitan dengan generasi muda dan
beberapa contoh salah guna ICT. Di antara perkara yang akan disentuh
adalah melayari sumber-sumber/cerita-cerita atau gambar-gambar yang
tidak bermoral; berhubung rapat dengan orang yang tidak dikenali secara
terbuka dan penuh percaya dan; terlibat atau melibatkan dengan
penipuan-penipuan berbentuk kewangan secara terlindung.
Sebagai contoh yang pertama, melayari sumber-sumber/cerita-cerita atau
gambar-gambar yang tidak bermoral. Perkara ini nampak seolah-olah satu
perkara kecil, tetapi mempunyai kesan yang besar kepada psikolgi dan
tindak-tanduk remaja. Akibat daripada sistem pemakanan dan taraf hidup
di Malaysia, (khususnya di kawasan Bandar) umumnya seseorang yang
berumur 13 tahun ke atas telah mempunyai tahap kematangan biologi
yang mencukupi untuk menjadi seorang ibu atau bapa. Bermakna
seseorang perempuan itu telah mampu mengandung dan melahirkan bayi,
(telah timbul keinginan sex) tetapi dari segi sosial (dan keperluan sosial
dan ekonominya) seseorang itu dalam konteks masyarakat Malaysia kini
dia masih belum mampu. Dia masih memerlukan masa di antara 8-10
tahun lagi bagi menamatkan pengajian, mendapatkan pekerjaan yang
sesuai (terjamin kewanganya) dan kemudiannya mendirikan keluarga.
Dengan melayari gambar-gambar dan cerita-cerita seks (atau berunsur
seks) ini boleh meningkatkan ransangan dan keinginan melakukan
hubungan seks. Seseorang remaja bukan tidak mengetahui bahawa
hubungan sex luar nikah adalah berdosa, risiko yang besar dan akan
menghadapi kesan yang buruk bagi masa depannya, tetapi ketidak-
seimbangan rohani, sosial dan keinginan biologinya menyebabkan
seseorang itu terdorong melakukan hubungan kelamin luar nikah.
Meningkatnya bilangan remaja berumur di antara 13-20 tahun yang
sanggup melakukan hubungan sex dengan rela dipercayai mempunyai
hubungan dengan sumber-sumber gambar/cerita daripada ICT yang
berleluasa dan tidak terkawal. Ianya juga mempunyai hubungan dengan
kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Contoh yang seterusnya adalah berhubung rapat dengan orang yang tidak
dikenali secara terbuka dan penuh percaya. Kemudahan ICT juga telah
membuka ruang yang sangat luas bagi seseorang mengenali dan
berhubung dengan seseorang secara lebih bebas dan terbuka. Seorang
remaja yang mudah percaya kepada seseorang yang tidak dikenali (hanya
kenal dan berhubung melalui ruang siber) akan membuka ruang
seseorang yang berniat jahat mengambil peluang ke atasnya. Tahap
kematangan yang rendah serta pengaruh emosi serta tekanan keinginan
biologi tanpa kawalan social dan undang-undang yang benar-benar ketat
mendorong berlakunya hubungan rapat yang tidak sepatutnya berlaku.
Struktur masyarakat, persekitaran kejiranan serta struktur keluarga
memudahkan seseorang yang berniat jahat mengambil peluang ke atas
sesorang. Misalnya seorang gadis yang tinggal di kawasan yang jiran-
jirannya tidak saling mengenali di antara satu sama lain dan kedua-dua
ibubapanya bekerja dengan kemudahan ICT akan memudah dan
mendorong dia berhubung dengan seseorang yang tidak dikenalinya.
Keadaan akan menjadi lebih mudah jika si-gadis itu berada dalam
kesunyian serta si-lelaki yang dikenalinya itu pula benar-benar pandai
berpura-pura bersifat baik padanya. Kes-kes gadis hilang dan mengikuti
lelaki yang tidak sepatutnya dipercayai mempunyai hubungan dengan
persoalan ini. Bahkan ada kes yang si-gadis yang berkenalan melalui alam
siber ini, sanggup terbang ke luar negara (ke Amerika Syarikat dan ke
United Kingdom dan sebagainya) semata-mata kerana benar-benar
percaya berdasarkan semata-mata maklumat daripada komputer. Melalui
ICT dan salah guna serta salahtafsir telah banyak gadis-gadis yang
menjadi mangsa dan telah diperdagangkan dan dijadikan mangsa oleh
mereka yang tidak bertanggungjawab.

Manakala contoh yang terakhir berakaitan kesan dari sudut negatif


tentang siber dalam sudut ICT adalah terlibat atau melibatkan dengan
penipuan-penipuan berbentuk kewangan secara terlindung. Penipuan
dalam bentuk kewangan ini telah semakin merebak dan semakin ramai
mangsanya. Penipuan yang bermotifkan kewangan ini dilakukan dengan
banyak cara di antara contohnya; tawaran hadiah tertentu kepada
seseorang kerana telah terpilih berdasarkan sesuatu sebab (misalnya
alamat e-mail anda bertuah melalui pilihan rambang); kerjasama dalam
pengurusan membawa keluar dana-dana tertentu dalam jumlah yang
besar (misalnya 2 juta USD) dan juga kategori yang lebih kecil jumlahnya
seperti anda telah menerima sebuah kotak hadiah tetapi mesti membayar
(melalui pindahan akaun bank atau kad kredit) sebelum hadiah itu dapat
dihantar dan dituntut. Walaupun kadang-kadang mangsa terasa bahawa
ianya mungkin ditipu, tetapi kadang-kadang penipuan terlindung ini licik
dan banyak juga mangsa yang terkena tipu.

Anda mungkin juga menyukai