Anda di halaman 1dari 10

RUAI TEMUAI

Monday, January 30, 2012


Analisiskan punca-punca konflik politik , terutamanya konflik antara
kumpulan etnik

Konflik etnik merupakan cemuhan terhadap peradaban manusia. Kurniaan Tuhan


supaya setiap kaum berbangga dengan keunikan fizikal masing-masing telah
dijadikan punca perbalahan antara kaum. Sungguhpun konflik etnik telah pun wujud
sejak awal kewujudan manusia, namun ia masih berlarutan sehingga hari ini. Pada
hari ini, konflik etnik tetap wujud di setiap pelusuk dunia.
Ternyata, konflik yang berpunca dari ketidakadilan dan rasa tidak puas hati antara
manusia disebabkan oleh perbezaan warna kulit dan budaya yang masih ketara.
Konflik yang berlaku di negara-negara bekas Persekutuan Soviet, Eropah Timur,
negara-negara Balkan, Palestin, negara Afrika seperti Rwanda, juga di negara maju
seperti Amerika Syarikat dan baru-baru ini di negara jiran kita Indonesia telah
membuktikan kepada manusia sejagat bahawa ketegangan suku kaum telah membawa
kepada keganasan dan konfrontasi. Maka, timbullah persoalan samada konflik etnik
akan berkesudahan?
Etnik pula tidak dipengaruhi oleh faktor biologi tetapi ianya merujuk kepada
golongan yang berkongsi budaya yang diwarisi (Macionis, 1998:215). Golongan dari
etnik yang sama akan mempunyai kesamaan dari segi asal-usul, bahasa dan agama.
Sebagai contoh, di bekas negara Yugoslavia, etnik Serb, Croatia dan Bosnia secara
fizikalnya adalah sama tetapi mereka berbeza dari segi budaya, bahasa dan agama.
Pada dasarnya etnik adalah hampir sama dari segi pengertian dan bagi mengelakkan
kekeliruan, konsep “kelompok etnik” digunakan bagi merujuk kepada golongan-
golongan yang berbeza dari segi kebudayaan, kepercayaan, adat resam, bahasa, agama
dan sebagainya. Selalunya, prasangka timbul akibat penilaian awal (prejudgement)
yang dibentuk tidak dirujuk dengan tinjauan terhadap fakta-fakta yang sebenar.
Perasaan prasangka sering kali dijadikan alat oleh golongan majoriti untuk menindas
golongan minoriti. Walau bagaimanapun, ia tidak bererti bahawa golongan minoriti
yang tertekan tidak mempunyai prasangka terhadap anggota majoriti atau kelompok
lain mengikut Teori Scapegoat (Dollard, 1939).
Kesan dari prasangka yang semakin menebal, lama-kelamaan kebencian secara
membuta-tuli tanpa sebab dan dikaitkan dengan perasaan cemburu dan prasangka
(Oliver, 1976). Rasisme sering dikaitkan dengan keganasan dan kemusnahan. Kes
“pembersihan etnik” (ethnic cleansing) yang terjadi pada kaum Yahudi semasa
pemerintahan Hitler merupakan contoh terbaik, di mana rasisme telah mengakibatkan
beribu-ribu keturunan Yahudi menjadi mangsa dalam tindakan untuk menonjolkan
kaum Jerman sebagai kaum terunggul (Macionis, 1998:223).

Etnik boleh didefinasikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya


yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi.
Konsep kelompok etnik digunakan untuk merujuk kepada golongan yang berbeza dari
segi kebudayaan. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam,
pola keluarga, pakaian, pandangan tentang kecantikan, orientasi politik, kegiatan
ekonomi dan hiburan.
Manakan nenurut Hocker dan Wilmot (dalam Isenhart dan Spangle, 2000) konflik
adalah luahn perjuangan diantara dua belah pihak untuk mencapai tujuan tertentu,
dimana dua pihak itu merasakan tidak memiliki tujuan yang sama,
Konflik Etnik Di Indo China
Konflik yang berlaku di negara Indo-China seperti Kampuchea dan Laos pula adalah
disebabkan oleh perebutan kuasa. Dalam tempoh 1975 hingga 1979 sahaja, lebih
daripada 2 juta rakyat Kemboja terkorban di bawah pemerintahan pemimpin Khmer
Rouge, Pol Pot (Macionis, 1998: 223). Pertempuran ini juga merebak ke Laos dan
pertempuran yang bermula sejak tahun 1975 oleh pihak kerajaan komunis, telah
meragut nyawa seramai 300,000 orang (Pobzeb, 1997).
Konflik di negara-negara Indo-China lebih merupakan jenayah kemanusiaan, di mana
rakyat jelata yang tidak berdosa telah dijadikan mangsa dalam usaha penyebaran
ideologi komunis. Di sebalik imej negara China yang menonjolkan rakyatnya bersatu-
padu di bawah pemerintahan komunis namun sebenarnya negara besar ini masih lagi
berdepan dengan pelbagai masalah terutamanya dalam hal yang berkaitan dengan
hubungan etnik sehingga berlaku kekecohan pada 5 Julai lalu.
Selepas insiden rusuhan di Tibet sebelum ini yang jelas menunjukkan penggunaan
kekerasan oleh Beijing dalam menangani masalah etnik,kali ini ia berlaku di Urumqi,
bandar utama wilayah Xinjiang. Insiden melibatkan kaum Han yang merupakan
penduduk majoriti China dengan etnik Uighur, rakyat minoriti beragama Islam yang
merupakan penduduk asal Xinjiang itu telah mengorbankan 192 nyawa, selain 1,680
mangsa cedera dalam konflik etnik terbesar sejak berdekad lamanya.
Rusuhan berpunca selepas kematian dua pekerja Uighur di sebuah kilang mainan di
wilayah Guangdongdan juga berikutan khabar angin berlaku kes rogol melibatkan
lelaki Uighur dan pekerja wanita Han. Berita tersebut sampai ke Xinjiang dan
membuatkan penduduk Uighur tidak berpuas hati dan seterus menjalankan
demonstrasi menuntut penyiasatan mendalam dilaksanakan terhadap insiden itu.
Demonstrasi pada 5 Julai 2010 di bandar Urumqi itu menjadi ganas apabila orang
ramai enggan bersurai.
Konfrontasi awal dengan polis akhirnya didakwa bertukar kepada serangan terhadap
Han yang dua hari kemudian menyaksikan Han dan Uighur menyelesaikan pergeseran
antara mereka di jalan raya, sehingga membawa penangkapan 1,434 orang.
Bagaimanapun sehingga ke hari ini pertempuran-pertempuran kecil masih berlaku dan
ia dijangka berterusan untuk satu jangka masa yang panjang kerana rasa tidak percaya
antara Han dan Uighur yang semakin menebal.
Ekoran krisis etnik yang berlaku kali ini bukanlah yang pertama namun keadaan yang
bertambah buruk, Jintao memberi tumpuan kepada usaha untuk mengekalkan
kestabilan sosial serta menuding jari ke arah 'tiga pihak' di dalam dan di luar negara
bertanggungjawab dalam insiden itu, yang merujuk kepada pelampau agama,
kumpulan pemisah dan pengganas.
Rusuhan yang berlaku di Xinjiang mendapat perhatian Turki apabila Perdana
Menterinya, Recep Tayyip Erdogan menggesa kerajaan China supaya menghentikan
'kekejaman' di wilayah itu. Turki menganggap etnik Uighur sebagai saudara mereka
dan bimbang terhadap layanan yang diberikan China kepada etnik minoriti itu.
Pemimpin aktivis Uighur, Zebiya Kadeer turut menyatakan kebimbangan dengan apa
yang berlaku. Lapan juta daripada adalah Uighur yang beragama Islam dan
menggunakan bahasa Turki sebagai bahasa pengantara sekali gus menjadikan mereka
majoriti di Xinjiang. Xinjiang sebenarnya adalah antara wilayah pedalaman yang
paling terpencil di dunia yang dikelilingi padang pasir dan bersempadan dengan
Pakistan, Afghanistan, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Rusia dan Mongolia dengan populasi
seramai 20 juta orang.
Bilangan populasi Han yang semakin bertambah mewujudkan ketegangan kerana
jumlah mereka hanyalah enam peratus pada 1949 namun berkembang kepada 40
peratus sekarang, itupun tidak mengira kebanjiran masuk berikutan keadaan ekonomi
dan industri cari gali minyak yang pesat.
Menurut sejarah, Xinjiang merupakan sebahagian daripada Jalan Sutera, laluan
perdagangan yang membawa sutera China ke Asia Barat dan Eropah. Ia menjadi
sebahagian daripada China dalam dinasti terakhir pada abad ke-19. Ekonomi secara
tradisi di sini adalah perdagangan, penanaman gandum dan penternakan biri-biri
ditambah dengan tanaman kapas, bit gula dan galian seperti minyak dan gas yang
merupakan sebahagian besar daripada ekonomi China yang bernilai AS$61 bilion
(RM218 bilion).
Harapan menubuhkan negara Uighur berasingan, Republik Turkestan Timur, telah
dipatahkan dalam dekad pertama pemerintahan komunis lagi. Walaupun Beijing
memberi penekanan kepada semangat kebangsaan di bawah satu kerajaan, etnik-etnik
minoriti terus dilayan secara tidak adil, tidak seperti etnik Han yang menduduki
sebahagian besar China. Keadaan adalah lebih buruk di sebelah barat yang dulunya
berada di bawah penaklukan dinasti Qing, terutamanya kawasan Tibet yang beragama
Buddha, etnik Uighur yang beragama Islam di Xinjiang, puak Mongol yang hidup
secara nomad dan satu lagi etnik beragama Islam, Hui. Ketegangan etnik bukan
perkara baru di kawasan ini kerana pada Februari lalu, ratusan penduduk etnik Hui
turut bertempur dengan kaum Han di wilayah Henan, tengah China yang bermula
akibat pertengkaran kanak-kanak mengenai mercun.
Malah pernah berlaku satu kemalangan jalan raya di wilayah itu pada 2004 yang
kemudian bertukar kepada pergaduhan etnik yang menyebabkan tujuh orang terbunuh
menurut berita rasmi, namun laporan luar menyatakan angka kematian setinggi 150
orang. Antara punca terjadinya ketegangan etnik di China adalah kerana layanan tidak
sama rata dan lebih memihak kepada etnik Han dalam segala hal terutama melibatkan
politik dan ekonomi. Malah polisi kerajaan yang mahu melupuskan penggunaan
bahasa minoriti atas alasan perpaduan menyebabkan etnik Uighur berasa dipinggirkan,
baik dari dalam sistem pendidikan sehinggalah kepada pasaran kerja.
Kerajaan komunis juga mengekang kebebasan beragama selain melantik imam dan
ulama, meruntuhkan madrasah tidak berdaftar dan melarang pelajar universiti serta
kanak-kanak dari menyertai aktiviti keagamaan, dilihat sebagai satu penindasan dalam
usahanya memupuk semangat kebangsaan. Ini dibuktikan apabila pihak berkuasa
masih menutup masjid dan tidak membenarkan penduduk Uighur menunaikan solat
Jumaat atas alasan ia akan dijadikan tempat memulakan rusuhan dan kekecohan.
Beijing mempertahankan polisi yang diamalkannya sejak 50 tahun lalu itu berjaya
membawa kemajuan ekonomi dan infrastruktur ke kawasan minoriti. Apa yang dlihat
tidak adil dan lebih mencetuskan ketegangan ialah rusuhan etnik di Xinjiang
dipaparkan media negara sebagai berpunca dari etnik Uighur,
Di Indonesia
Republik Indonesia saat ini sedang dilanda sejumlah kekerasan dan dalam beberapa
kes konflik yang berpanjangan. Lanjutan perjuangan pemisah di Aceh dan Irian Jaya.
Pengolakan komuniti berdasarkan etnik dan agama di Kalimantan dan Maluku dan
beberapa wilayah lain.
Konflik-konflik berlarutan dan memuncak di era reformasi, dalam masa dua tahun
sejak kejatuhan rejim Suharto. Ia berlaku dalam masyarakat Indonesia di sepanjang
garis etnik, agama, dan sosial sebahagian besar dicipta oleh konsekuensi dari tahun
pemerintahan autoritarian tambah diburukkan oleh reformasi politik baru seperti
proses pemilihan umum dan penghapusan sekatan ekspresi rakyat dan penyertaan
massa dan pembaharuan ekonomi . Kesan berterusan dari krisis ekonomi tahun 1997
menjadikan serta memburukkan ketegangan yang ada. Konflik-konflik ini berpotensi
untuk memiliki sejumlah implikasi serius bagi Indonesia dan kawasan. Nampaknya
ketidakstabilan dan konflik akan terus menghalang pelaburan asing, membuat
pemulihan ekonomi Indonesia lebih sukar.
Semasa Presiden Abdurrahman Wahid (Oktober 1999-Julai 2001) beliau berusaha
untuk menyelesaikan sekurang-kurangnya beberapa daripada konflik melalui pelbagai
penyelesaian politik. Namun banyak daripada strategi non-tentera dicuba oleh
Presiden Wahid terbukti tidak berjaya kerana beberapa faktor termasuk kurangn
sokongan politik, ketenteraan dan organisasi yang tidak mencukupi dan pelaksanaan.
Kerajaan yang tidak menentu, lemah dan konfrontatif pengurusan juga memainkan
peranan besar dalam menghalang pelaksanaan yang berkesan seperti krisis dalaman
politik Indonesia.
Fakta menunjukkan bahawa konflik berlaku di Indonesia Oktober 1998 hingga
September 2001 saja, ada 18.910 orang bangsa Indonesia meninggal dunia akibat
konflik. Kerajaan Indonesia mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan konflik
tersebut dan ekoran dari itu ia amat merugikan dari aspek sosial, ekonomi dan politik .
Sementara keupayaan untuk menyelesaikan konflk yang dilakukan oleh semua pihak
selama ini pada beberapa daerah konflik seperti; di Poso, Kalimantan Barat dan
Kalimantan Tengah, Maluku dan Maluku Utara masih belum menunjukkan hasil atau
tahap yang optimal.
Masalah politik dan ekonomi sesebuah negara akan menjadi kayu pengukur kepada
keamanannya. Jelas sekali sewaktu keadaan ekonomi di Indonesia mengalami
masalah dengan kejatuhan nilai mata wang rupiah. Maka timbulkan masalah konflik
etnik yang serious di Indonesia. Politik perkauman yang telah wujud di kalangan-
kalangan etnik boleh menjadi punca kepada konflik etnik ini. Seperti yang berlaku di
Maluku dimana Maluku Utara dan Maluku Selatan adalah dua wilayah Indonesia di
wilayah yang dahulu dikenali sebagai Kepulauan Rempah. Daerah ini mempunyai
penduduk sekitar 1.85 juta, yang beragama Kristian dan Muslim.
Sejak tahun 1999 konflik sering berlaku berpunca antara agama. Namun selain itu ia
bukan sahaja berpunca daripada masalah agama juga kerana perjuangan antara
kumpulan untuk menguasai ekonomi dan politik Diburukkan lagi apabila
campurtangan dari organisasi seperti kumpulan militia Islam, Laskar Jihad, ke dalam
konflik pada bulan Mei 2000 dianggap sebagai punca utama untuk melindungi
Maluku Muslim. Dasar kerajaan pusat, terutama selama Orde Baru, telah
menimbulkan ketegangan sosial-ekonomi dan budaya yang ada, dan mencipta aduan
bahawa sebahagian besar mendorong kepada konflik hari ini.
Sumber alam semulajadi yang tidak terkawal serta eksploitasi sumber tersebut oleh
kerajaan, telah mencipta persepsi eksploitasi oleh pusat pinggiran yang terpinggir,
khususnya di Kalimantan. Begitu kerana keinginan Kerajaan Pusat untuk menjaga
kepentingan seperti membenarkan pembalakkan dan perkebunan kontrak yang
diberikan oleh Presiden Suharto untuk syarikat yang berpusat di Jakarta telah
menghasilkan eksploitasi yang sangat sistematik dan menghancurkan hutan
Kalimantan oleh kumpulan-kumpulan komersial dan penafian keatas tanah Dayak
oleh Kerajaan Indonesia. Selain segala hasil yang dari pembangunan komersial atau
pertanian akan disalurkan kepada sekutu Presiden Suharto Persaingan sosial-ekonomi
antara kumpulan-kumpulan mencetuskan ketegangan antara puak-puak untuk
menguasai antara satu sama lain
Ketidakseimbangan ekonomi di kalangan rakyatnya menjadi punca utama penyebab
konflik ini. Ini dapat dilihat dengan timbulnya golongan perniagaan dan perusahaan
yang tidak sama besar antara kaum, maka ketidak wujudnya perseimbangan ekonomi
di kalangan rakyat boleh membawa kepada masalah etnik. Masalah kepincangan
ekonomi di kalangan rakyat ini sebagai masalah keturunan atau masalah kumpulan
etnik. Boleh dikatakan bahawa masalah ekonomi dan politik memberi kesan yang
mendalam kepada keamanan sesebuah negara.
Dasar-dasar kerajaan yang mengutamakan kepentingan kumpulan etnik tertentu dan
mengabaikan kepentingan kumpulan etnik lain bukan saja tidak akan berjaya
menimbulkan keseimbangan ekonomi di antara kumpulan etnik itu, tetapi tidak akan
berjaya mewujudkan persefahaman dan perpaduan yang tulen di kalangan rakyatnya.
Sebaliknya dasar yang demikian akan melebarkan lagi jurang perbezaan ekonomi di
antara kumpulan etnik itu dan seterusnya akan menimbulkan pula jurang ekonomi
dalam tiap-tiap kumpulan etnik itu sendiri.
Dasar perjuangan parti-parti politik perkauman yang lebih mengutamakan perjuangan
untuk kepentingan satu-satu kumpulan etnik tertentu daripada kepentingan negara dan
rakyat secara umunnya. Keadaan ini telah menyebabkan perpaduan dan persefahaman
di kalangan rakyat yang berbagai etnik gagal mencapai tujuannya. Kecenderungan
mahu mengasingkan dan memisahkan rakyat mengikut garis etnik itu sebenarnya
lebih kuat daripada kecenderungan yang mahu menyatupadukan mereka. Keadaan ini
menimbulkan perasaan tidak puas hati, curiga mencurigai dan permusuhan di
kalangan kumpulan etnik berterusan dan mengugat keamanan.
Konflik di antara kumpulan etnik di Indonesia bukan berpunca dari faktor keturunan
atau fizikal tetapi berpunca dari faktor politik, ekonomi dan kebudayaan. Ketiga-tiga
faktor ini menarik kumpulan-kumpulan tersebut ke arah yang berlainan dan
mendorong mereka membentuk kumpulan-kumpulan berdasarkan kepada garis etnik.
Dengan demikian maka kerenggangan dan pengasingan yang sedia wujud di kalangan
mereka itu akan bertambah kritikal lagi. Selanjutnya perbezaan-perbezaan ini boleh
menimbulkan perbezaan dalam kepentingan, nilai dan penentangan dalam cita-cita.
Manifestasi perbezaan kelas dalam tiap-tiap kumpulan etnik itu juga boleh
menyebabkan berlakunya konflik. Tiap-tiap kumpulan etnik itu mempunyai
kedudukan yang berbeza-beza berdasarkan kepada kelas ekonomi dan status sosial
mereka. Penggolongan diri mereka ke dalam kelas-kelas yang berbeza ini boleh
menimbulkan masalah etnik
Faktor-faktor Konflik Etnik
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan atau membawa kepada berlakunya
konflik etnik dan faktor-faktor konflik ini tidak sama dari satu negara dengan negara
lain. Terdapat beberapa faktor yang utama yang mendorong kepada berlakunya
masalah etnik ini. Daripada analisa yang dibuat mengenai konflik di China dan
Indonesia didapati pelbagai faktor yang menyebabkan berlaku konflik tersebut.
Perebutan kuasa di antara kelompok-kelompok atau kumpulan etnik. Dari aspek
politik dan ekonomi, perubahan politik dan perkembangan ekonomi yang
mencetuskan banyak peluang baru yang menguntungkan telah memperhebatkan lagi
persaingan di antara kumpulan-kumpulan masyarakat. Setiap kelompok atau
kumpulan akan berusaha untuk mendapatkan sokongan padu daripada kumpulan
masing-masing untuk memastikan kejayaan dan keberkesanan persaingan itu.
Keadaan ini boleh mewujudkan konflik kerana terdapat penonjolan berbagai-bagai isu
perkauman yang diutarakan untuk memenangi persaingan. Apabila pemerintah tidak
bertindak dan tidak mengambil satu pendekatan yang sesuai untuk menyatupadukan
kumupulan yang berkonflik. Sudah tentu masyarakat majoriti akan mengalahkan
masyarakat minoriti. Ini yang berlaku di China bahawa kaum Han yang merupakan
penduduk majoriti China dengan etnik Uighur, rakyat minoriti beragama Islam. Juga
dengan layanan tidak sama rata dan lebih memihak kepada etnik Han dalam segala
hal terutama melibatkan politik dan ekonomi.
Apabila ini berlaku sudah tentulah wujudnya penindasan. Ini boleh menyebabkan atau
mendorong kepada berlakunya perasaan tidak puashati dan mungkin boleh
menyebabkan ketegangan di kalangan masyarakat atau kelompok-kelompok. Apabila
kestabilan ekonomi tergugat, maka masalah atau konflik akan bertambah hebat.
Diskriminasi dan prasangka atas dasar agama atau faham agama nyata merupakan
faktor yang utama pendorong berlakunya konflik etnik. Terdapat sesetengah
masyarakat negara-negara tertentu masih menilai kemampuan seseorang mengikut
kaum, etnik dan kelas sosial.
Ada kaum-kaum tertentu diletakkan pada status yang lebih tinggi berbanding kaum
lain. Hak kaum lain yang status lebih rendah dalam soal pembahagian kawasan
perumahan, peluang pelajaran dan pekerjaan masih dipertikaikan.
Permodenan dan pembangunan ekonomi secara dasarnya tidak memanafaatkan kaum
yang berstatus rendah ini. Di China kerajaan komunis juga mengekang kebebasan
beragama selain melantik imam dan ulama, meruntuhkan madrasah tidak berdaftar
dan melarang pelajar universiti serta kanak-kanak dari menyertai aktiviti keagamaan,
dilihat sebagai satu penindasan dalam usahanya memupuk semangat kebangsaan
Layanan atau pandangan yang berbeza-beza diberikan oleh individu atau kelompok
terhadap individu atau kelompok yang lain. Dasar-dasar kerajaan di Indonesia yang
mengutamakan kepentingan kumpulan etnik tertentu dan mengabaikan kepentingan
kumpulan etnik lain bukan saja tidak akan berjaya menimbulkan keseimbangan
ekonomi di antara kumpulan etnik.
Ini juga berlaku di China apabila kumpulan majoriti di beri layan istimewa oleh
pemerintah. Konflik akan hanya wujud apabila mereka memandang dan menganggap
bahawa perbezaan kebudayaan, agama, kelas sosial atau lain-lain lagi sebagai sesuatu
yang boleh membezakan taraf serta kedudukan.. Ini terletak pada pandangan mereka
sendiri dan juga boleh disebut sebagai diskriminasi. Andainya wujud hak
kesamarataan atau beranggapan bahawa semua ahli masyarakat adalah sama maka
tidak akan wujud konflik
Kecenderungan mahu mengasingkan dan memisahkan rakyat mengikut garis etnik itu
sebenarnya lebih kuat daripada kecenderungan yang mahu menyatupadukan mereka.
Keadaan ini menimbulkan perasaan tidak puas hati, curiga mencurigai dan
permusuhan di kalangan kumpulan etnik berterusan dan mengugat keamanan.
Ini berlaku di Indonesia. Penubuhan organisasi demikian bukan sahaja menghadkan
keanggotaannya kepada anggota dari kumpulan etnik tertentu tetapi juga bertujuan
untuk melindungi dan memperjuangkan kepentingan kumpulan yang diwakilinya.
Dengan wujudnya begitu banyak organisasi yang berasaskan etnik dan ras, jelas
menunjukkan betapa besarnya pengaruh perasaan perkauman itu di kalangan
masyarakat. Kegiatan dan perjuangan organisasi-organisasi demikian boleh
mendorong kepada peningkatan darjah polarisasi etnik.
Di negara Indonesia masalah politik perkauman yang telah wujud di kalangan-
kalangan etnik menjadi punca kepada konflik etnik ini. Dasar kerajaan yang melihat
masalah politik dan ekonomi di negara ini sebagai masalah etnik.
Selain dengan ketidakseimbangan ekonomi di kalangan rakyatnya menjadi punca
utama penyebab konflik ini dengan kewujudan golongan perniagaan dan perusahaan
yang tidak sama besar antara kaum, maka ketidak wujudnya perseimbangan ekonomi
di kalangan rakyat boleh membawa kepada masalah etnik.
Golongan elit seringkali memperalatkan perasaan perkauman ini untuk mencapai
tujuan politik mereka dengan menggunakan isu-isu sensitif perkauman. Perasaan
perkauman itu dijadikan mekanisma bagi memperkuatkan persaingan atau perebutan
kuasa di kalangan mereka. Golongan elit ini juga seringkali akan menggunakan media
massa samada surat khabar ataupun media elektronik untuk menyebarkan tuntutan
atau isu-isu yang mereka timbulkan itu.
Langkah-Langkah Mengatasi Konflik Etnik
Konflik etnik ini tidak akan menguntungkan sesebuah negara itu mahupun rakyatnya
kerana ramai rakyat yang tidak berdosa telah terkorban dan banyak harta yang
musnah. Malah ia membawa kerugian dan pengalaman pahit kepada rakyat di negara
yang berlakunya masalah konflik etnik.
Konflik etnik di sesebuah negara boleh di atasi dengan beberapa langkah dan strategi
untuk mempastikan peristiwa yang sedemikian rupa tidak akan terjadi. Di antara
langkah-langkah penting yang perlu dilakukan dengan membasmi kemiskinan tanpa
mengira perbezaan etnik.
Sesebuah masyarakat perlu dibuat penyusunan semula untuk memperbaiki
ketidakseimbangan ekonomi di antara kumpulan etnik dan menghapuskan pengenalan
etnik dengan kegiatan ekonomi dan kawasan tempat tinggal. Dalam masyarakat
tersebut kepentingan umum akan lebih diutamakan daripada kepentingan kaum atau
kumpulan-kumpulan yang tertentu.
Ini dapat di capai dengan menerapkan pendekatan seperti Konsep Intergrasi. Konsep
Integrasi pula adalah satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan dan ciri-
ciri sosial yang diterima oleh semua kelompok etnik dalam negara. Identiti, hak dan
budaya hidup sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan.
Dalam konteks Indonesia mahupun China, integrasi merupakan satu proses bagi
mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi
kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
Unsur-unsur integrasi ialah integrasi wilayah untuk mengurangkan jurang perbezaan
pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah, integrasi ekonomi untuk
mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik, integrasi
kebudayaan untuk pembentukan satu kebudayaan kebangsaan, integrasi sosial
merupakan usaha untuk menyatupadukan rakyat melalui program sosial seperti sukan,
pendidikan, perumahan, kesihatan dan lain-lainnya.
Integrasi pendidikan untuk mewujudkan sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan
dan sempurna dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial, integrasi politik
adalah untuk kerjasama dan pembahagian kuasa politik. Proses mencapai sesebuah
masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yang mudah dan integrasi ialah satu proses
yang amat kompleks. Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah
kedekatan bermula dengan hubungan terpisah iaitu
Kebebasan dan hak-hak asasi individu dalam sesebuah negara akan dijamin dalam
perlembagaannya. Dengan ini satu masyarakat adil dapat dilahirkan, semua rakyatnya
mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kemakmuran negara mereka,
kekayaan negara pula akan diagihkan secara saksama dan tidak akan dibenarkan
berlaku pemerasan manusia oleh manusia.
Organisasi politik yang berasaskan kepada kepentingan etnik perlu dihapuskan dan
mewujudkan percampuran di antara etnik-etnik untuk mewujudkan sebuah organisasi
yang sependapat.
Sistem pendidikan juga boleh memainkan peranan yang berkesan untuk menjamin
keamanan sesebuah negara yang mempunyai pelbagai golongan etnik dan ras. sistem
pendidikan ini boleh menjadi agen sosialisasi bagi memupuk keperibadian dan
kesedaran bersama di kalangan rakyat negara-negara yang terlibat.
Melalui pendidikan jugalah sesebuah negara itu dapat melahirkan perpaduan dan
persefahaman antara golongan etnik dan ras. Sikap dan pemikiran perkauman di
kalangan pelajar-pelajarnya dapat dikikis dan dihapuskan dengan pendidikan yang
berkesan .
Sebilangan besar parti-parti politik yang berasaskan kepada perjuangan kepentingan
kumpulan etnik masing-masing perlu dibawa bersama ke dalam satu ikatan politik
yang lebih besar. Pembentukan politik campuran ini menyenangkan sesebuah
kerajaan dalam proses pembentukan bangsa yang bersatu.
Setiap permasalah yang timbul dalam kumpulan-kumpulan etnik boleh dibawa
berbincang. Politik campuran ini boleh mencari jalan penyelesaian dalam keadaan
berlakunya konflik.
Walaupun semua rakyat inginkan perpaduan tetapi masing-masing mempunyai
tanggapan dan cara yang berlainan. Oleh itu, perbezaan pendapat tentang cara dan
pendekatan untuk mencapai perpaduan itu sentiasa wujud. Perbezaan pandangan ini
timbul kerana dipengaruhi oleh keadaan realiti politik dan masyarakat itu sendiri.
Pendekatan secara tradisional dengan mengadakan rundingan damai antara puak yang
bertelingkah salah satu cara untuk mengurangkan konflik berasaskan persetujuan atau
menawarkan satu kepentingan dalam puak tersebut.
Dalam perbincangan ini, cuba mengemukakan faktor-faktor yang boleh menyebabkan
berlakunya konflik etnik dan ras di negara-negara misalnya di China. Kesimpulan
yang dapat diperkatakan dalam berlakunya konflik etnik ini terdapat persamaan satu
negara dengan negara lain. Cuma ada negara-negara tertentu mempunyai sejarah
tersendiri yang boleh menyebabkan konflik ini berlaku.
Konflik etnik adalah masalah yang kompleks. Masalah ini muncul dari keadaan
sejarah masyarakat dan berkait rapat dengan aspek politik, ekonomi dan sosial
masyarakat. Dari segi politik, masalah perkauman serta agama tidak dapat dipisahkan
dari keadaan majoriti dan minoriti.
Bagi ekonomi pula, apabila keadaan ekonomi tidak seimbang akan memperhebatkan
masalah perkauman. Perbezaan kebudayaan, bahasa, agama dan nilai juga boleh
merumitkan lagi masalah perkauman.
Walaupun semua manusia inginkan perpaduan tetapi masing-masing mempunyai
tanggapan dan cara yang berlainan. Oleh itu, perbezaan pendapat tentang cara dan
pendekatan untuk mencapai perpaduan itu sentiasa wujud. Perbezaan pandangan ini
timbul kerana dipengaruhi oleh keadaan realiti politik dan masyarakat itu sendiri.
Sejarah telah banyak membuktikan kepada kita bahawa konflik etnik dan ras cuma
akan membawa lebih banyak kesan-kesan negatifnya sahaja. Terpulanglah kepada
rakyat di sesebuah negara untuk membuat pilihan yang bijak agar peristiwa yang tidak
diingini tidak berlaku.Oleh kerana itu faktor-faktor yang bertanggungjawab bagi
menyuburkan perasaan perkauman itu mestilah dibendung dan dikawal demi
menjamin keamanan sesebuah negara itu .
Meskipun, pendekatan ini bukanlah satu jalan penyelesaian terbaik, kerana banyak
perkara yang perlu dipertimbangkan secara mendalam. Namun tidak ada jalan pintas
menuju ke arah keharmonian dan kedamaian tanpa melalui ujian yang hebat.
Pakar-pakar hubungan etnik menyatakan bahawa antara sikap-sikap yang dianggap
sebagai negatif dan menghalang perpaduan negara adalah apabila tidak setia pada
negara, tidak memiliki semangat patriotisme, tidak mahu berkompromi, menggunakan
berbagai-bagai strategi dan taktik untuk kemenangan kaum sendiri, mementingkan
diri, tidak menghiraukan perasaan kaum-kaum lain, tidak mahu hidup berjiran, tidak
ada rasa keseronokan untuk saling membantu, bermusuhan dengan kaum-kaum lain,
curiga yang terlalu tinggi terhadap kaum lain, hanya mementingkan komuniti etnik
sendiri, dan tidak berusaha untuk mempelajari yang terbaik daripada kaum-kaum lain
(Mansor Mohd Noor et al, 2007). Pernyataan ini diperkukuhkan lagi seperti mana
yang kemukakan oleh para sosiolog di mana mereka memandang betapa pentingnya
pengetahuan tentang interaksi sosial.
Pengetahuan tentang interaksi sosial memungkinkan seseorang untuk memperoleh
pengertian mengenai segi yang dinamis dari masyarakat atau gerak masyarakat.
(Soekanto, 2002:61 dalam Badruzzaman). Melihat kepada faktor halangan sosialisasi
di atas, integrasi hanya dapat dicapai jika berlaku interaksi dua hala kerana
melaluinya akan menumbuhkan semangat kekitaan dan kekeluargaan. Interaksi hanya
akan berlangsung jika penutur bahasa memahami dan menguasai bahasa dan
mengungkapkannya seperti bahasanya
Posted by Ruai Temuai at 8:07 AM
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home


Subscribe to: Post Comments (Atom)

SELAMAT DATAI NGAGAI RUAI TEMUAI


Terima kasih ngagai bala kaban ti bisi mansa, nemuai serta terpejoh ngagai blogspot
aku tu. Aku minta bala kitai tau meri penemu dikena nambah ngambika ulih
dipandang ke ba blog tu lalu ulih mega dibaca bala bukai. Mina pesan tauka lalau
aku ngagai bala kaban anang nyadi ke Blog aku tu ba Kelang Politik dikena bejurai
ke penemu politik ti nak nadai mai pembaik ngagai orang maioh serta petenah orang
bukai laban aku enda bertanggjungjawab ke atas jako ti pertenah ke orang bukai.

Pengarang Ruai Temuai " Liang Limak "

Penatai aku ari Temiang Batu Lintang Undop,Simanggang


View my complete profile
Pautan
Followers  http://www.e-Recruitment.gov.my
 http://www.el.usm.my

Blog Archive
 ► 2011 (2)

 ▼ 2012 (8)
o January (2)
o February (1)
o July (4)
o August (1)

 ► 2013 (1)

 ► 2015 (1)

 ► 2016 (1)

Simple theme. Powered by Blogger.

Anda mungkin juga menyukai