Anda di halaman 1dari 4

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT :

ANAK YATIM

1.0 PENGENALAN

Program Khidmat Masyarakat merupakan sebahagian dari kursus wajib yang


perlu diambil oleh pelajar semseter 1 UUM PJJ cawangan Kelantan. Melalui
mata pelajaran ini pelajar dikehendaki merancang, melaksanakan dan
membuat laporan berkenaan projek yang dilaksanakan. Oleh itu, kertas kerja
ini dirancang bertujuan untuk memenuhi kehendak kursus yang memerlukan
pelajar menjalankan satu khidmat masyarakat.
Program ini berhasarat untuk melaksanakan khidmat bakti di sebuah
rumah anak yatin di daerah Kubang Kerian, Kota Bharu. Idea ini telah
dicetuskan atas keinsafan dan kesedaran bahawa anak-anak yatim adalah
pelengkap kepada sebuah masyarakat yang aman dan harmoni. Mereka juga
merupakan tunjang yang akan menggerakkan negara pada masa akan
datang.

Selain itu, anak-anak yatim juga harus diberi perhatian


memandangkan mereka merupakan golongan yang kurang bernasib baik
kerana ketiadaan ibu atau bapa atau kedua-duanya yang merupakan tempat
mencurahkan kasih sayang. Di samping itu, rata-rata mereka berasal
daripada keluarga yang susah dan memerlukan perhatian . Oleh hal yang
demikian, adalah sangat wajar bagi kami menjalankan projek ini di tempat
yang dicadangkan ini.

Siswa/ siswi adalah pembina generasi cemerlang, pembentuk jati diri


dan menjadi suri teladan kepada masyarakat. Justeru, siswa/siswi harus
mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan situasi serta mampu
menangani cabaran era globalisasi dan sosiolisasi.

Adalah diharapkan melalui program ini, kami mendapat kemahiran


merancang, mengurus dan melaksanakan program khidmat masyarakat.Juga
diharapkan program ini akan dapat meninggalkan impak yang positif terhadap
komuniti setempat ataupun secara globalnya kepada negara.

2.0 MATLAMAT PROJEK

Projek ini berhasrat mendedahkan pelajar kepada pengaplikasian


pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik
darjah. Selain memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara ia juga
bertujuan melahirkan warganegara yang patriotik, prihatin dan
bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.

3.0 OBJEKTIF PROJEK

Selepas mengikuti projek ini, peserta dapat;

3.1 Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada


komuniti serta mendekatkan diri dengan masyarakat.
3.2 Menampilkan dan menghayati ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan nilai
keguruan yang positif.
3.3 Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil
peranan secara peranan secara aktif dalam kumpulan.
3.4 Memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong, bantu-
membantu sesama masyarakat serta berganding bahu dengan badan bukan
kerajaan dalam menjaga kebajikan anak-anak yatim.

4.0 MAKLUMAT PROJEK


Nama Projek : Projek Khidmat Masyarakat UUM Pace PJJ
Ambilan Sesi Oktober 2014/2015, Semester 1
Tarikh Projek : 06 April 2015 (Isnin)
Tempat Projek : Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Kelantan (PEKA

YATIM) , Lot 523, Jln Raja Perempuan Zainab II, Kubang Kerian , 16150 Kota

Bahru, Kelantan
Jumlah Peserta : 24 Orang pelajar
1 orang pensyarah pengiring
5.0 JADUAL PROJEK

06 April 2015 (Isnin)


7.30 pagi : Berkumpul, sarapan pagi dan taklimat.
8.00 pagi : Bertolak dari UUM Pace Pjj Cawangan
Kelantan
9.30 pagi : Tiba di Rumah Anak Yatim
10.00 pagi : Majlis Perasmian , suaikenal dan ramah mesra
Lawatan sekitar rumah anak yatim
11.00 pagi : Membina Perpustakaan Mini
Penyusunan Buku
Penyerahan dan Perasmian Perpustakaan Mini
01.00 tgh : Makan Tengah hari dan solat Zohor.
2.00 petang : Ceramah 1 : Motivasi Diri
Ceramah 2: Pendekatan Kemahiran Mengarang
Penyampaian Hamper
4.30 petang : Solat Asar dan minum petang
5.30 petang : Aktiviti Riadah bersama anak yatim
6.30petang : Makan Malam, bersurai dan pulang ke IPG

6.0 JAWATANKUASA INDUK


Sila rujuk Lampiran A

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA & SENARAI TUGAS


Sila rujuk Lampiran B

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Sila rujuk Lampiran C

9.0 SENARAI NAMA PESERTA


Sila rujuk lampiran D

10.0 PENUTUP
Diharapkan projek ini dapat diterima dan dililuskan oleh ahli mesyuarat.
Semoga projek ini berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat serta
objektifnya. Kerjasama dan sokongan tuan puan amat dihargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

...................
Zainal Fikri bin Abd Manaf (235747)
Semester 1 Okt 2014/2015
Bachelor of Business Administration

Diluluskan oleh,

............................................
( Encik Shahrol)
Penyelaras Khidmat Masyarakat,
UUM PACE PJJ CAW. KELANTAN

Anda mungkin juga menyukai