Anda di halaman 1dari 10

KEDAULATAN

MALAYSIA-Cabaran dan
Penyelesaian
Perpaduan
1 Malaysia
• Bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam
menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi,
maka Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak
memperkenalkan Gagasan 1Malaysia yang berpaksikan prinsip
‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’
• Cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini
memerlukan setiap Negara menyusun strategi masing-masing agar
tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia dan menjadi mangsa
penindasan pihak tertentu.
• Gagasan 1Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan
kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di Negara ini sebagai senjata
utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran yang
bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka.
• 1 Malaysia bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan
perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan
Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai
bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran. 1 Malaysia
bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan
persaudaraan dalam kalangan rakyat.
Aspek-aspek utama 1 Malaysia
• Gagasan 1Malaysia yang digagaskan akan terlaksana dalam dua aspek
utama iaitu :
1. Aspek Pertama – Penerapan Teras-Teras Perpaduan
• Menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua
rakyat Malaysia. Teras perpaduan ini adalah komponen-komponen asas yang
menguatkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat berbilang kaum.
2. Aspek Kedua – Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi
• Nilai-nilai aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1Malaysia ialah nilai-nilai
yang perlu ada pada masyarkat progresif dan dinamik yang akan memacu
Negara ke arah mencapai status Negara maju
Tiga teras perpaduan tersebut didokongi pula
oleh nilai-nilai murni seperti berikut :
• Kesederhanaan – rakyat yang tergolong dalam kategori ini termasuklah
mereka yang sederhana dari segi pertuturan, berpakaian, makan minum
serta sederhana dari segi aspek bekerja dan berehat.
• Rendah Hati (Tawadhuk’) – Untuk maju, sifat rendah hati juga perlu
diamalkan dalam diri setiap rakyat. Sifat sedia untuk mendengar, tidak
sombong, dan tidak ego, dan tidak bongkak perlu diterapkan dalam diri.
• Berbudi Bahasa – Sentiasa mengamalkan sifat berbudi bahasa dengan
siapa jua sekalipun tanpa mengira status, kaum dan agama. Setiap tutur
kata harus dijaga, tingkah laku harus tertib dan sentiasa bersopan santun
ketika berinteraksi.
Integrasi dan Perpaduan
• Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum, perpaduan dan integrasi
merupakan satu perkara yang penting dalam mempertahankan dan
mengekalkan kebebasannya sebagai sebuah Negara yang berdaulat dalam
jangka yang panjang.
• Perpaduan dan integrasi bermaksud satu proses dan system hidup yang
menyatupadukan seluruh anggota masyarakat dan Negara menerusi
Ideologi Negara supaya setiap anggota masyarakat itu dapat membentuk
satu identiti dan nilai bersama serta semangat kebangsaan yang tunggal
dalam kalangan mereka.
• Perpaduan dan integrasi nasional membawa maksud satu proses bagi
mewujudkan satu identity nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah
dari segi budaya, social, dan penempatan di dalam sesebuah unit politik.
• Perpaduan dan integrasi nasional merupakan satu proses
menyatupadukan pelbagai kumpulan masyarakat yang mempunyai
budaya dan social yang berbeza ke dalam satu sistem wilayah bagi
mewujudkan identiti nasional iaitu Malaysia. Dalam konteks Malaysia,
integrasi nasional bermaksud mewujudkan kerjasama dan harmoni
penduduk di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.
• Perpaduan dan integrasi memainkan peranan penting dalam memacu
kestabilan dan kemajuan Negara. Tanpa perpaduan dan integrasi,
kemajuan Negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak
mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama semua pihak
diperlukan untuk menjana kemajuan.
• Walaupun pelbagai usaha dan strategi dilaksanakan dalam memupuk
semangat perpaduan dan integrasi nasional, namun masih terdapat
pelbagai faktor yang menjadi masalah dalam pembentukkan
masyarakat yang bersatu padu di Malaysia.
• Faktor-factor yang menjadi halangan dalam memupuk perpaduan dan
integrasi nasional di Malaysia boleh dilihat dari perspektif social,
kebudayaan, ekonomi, politik, factor fizikal, dan media massa
Aspek social
• Dalam aspek social, halangan yang timbul ialah tahap kefahaman yang
rendah tentang cara hidup dan masalah-masalah hidup kaum-kaum lain.
Keadaan ini menyebabkan tiada rasa hormat dan menghargai antara kaum.
• Halangan kedua dalam aspek social ialah kewujudan sekolah jenis
kebangsaan(vernacular) yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing
dan kebanyakan sekolah jenis ini menempatkan pelajar-pelajar yang terdiri
dari kaum-kaum yang sama dalam sebuah sekolah. Sistem pendidikan yang
mewujudkan system persekolahan yang berasingan mengikut kaum telah
menjuruskan ke arah semangat perkauman yang menebal. Hal ini akan
mengurangkan peluang untuk berinteraksi dan berhubung dengan pelajar
untuk berinteraksi dan berhubung.
• Kebanyakan ibu bapa kaum Cina dan India juga cenderung untuk
menghantar anak-anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan. Hal ini
kerana mereka tidak yakin dengan pengurusan sekolah-sekolah
kebangsaan yang kebanyakkan terdiri dari pelajar-pelajar Melayu.
• Kebanyakan masyarakat di Malaysia lebih cenderung untuk tinggal di
satu kawasan yang terdiri dari penduduk yg sama kaum, Sbg contoh di
Kuala Lumpur penduduk Cina lebih banyak tertumpu di kawasan
Pudu, kaum India di kawasan Brickfield dan Sentut manakala kaum
melayu pula di kawasan kampong baru.
Aspek kebudayaan
• Dalam aspek kebudayaan, halangan dari segi proses pemasyarakatan yang
terbatas dalam kumpulan etrik sendiri. Mereka tidak terdedah dengan adat-
adat dan cara hidup entrik lain. Kesannya hubungan baik antara kaum terhalang
• Selain itu, perbezaan kebudayaan yang meliputi agama kepercayaan, adat
resam, dan cara hidup juga menjadi penghalang kepada perpaduan dan
integrasi nasional. Hal ini kerana perbezaan tersebut akan menumbulkan
prasarana perkauman, dan etnosentrisme.
• Sikap setiap kaum yang terlalu mempertahankan budaya mereka juga menjadi
punca kepada halangan perpaduan dan integrasi nasinal, Hal ini kerana mereka
tidak dapat menerima amalan dan kepercayaan kaum lain yanb berbeza dengan
cara hidup mereka.

Anda mungkin juga menyukai