Anda di halaman 1dari 13

KUMPULAN 4

HARISUN BT ISMAIL
NURULHUDA BT MD NOR
NORZUHAIDAH BT MOHD SULAIMAN

PERPADUAN DAN
INTEGRASI NASIONAL
Huraikan langkah-langkah berkesan
yang boleh diambil oleh guru ke arah
mewujudkan perpaduan di kalangan
pelajar.

PERPADUAN
Satu proses bagi mewujudkan satu
identiti nasional di kalangan
kumpulan yang terpisah dari segi
kebudayaan, sosial dan lokasi dalam
sesebuah unit politik.

ASAS-ASAS PERPADUAN
Perlembangan Negara
Prinsip Rukun Negara
Keadilan politik, ekonomi dan sosial bagi
semua kaum
Hormat-menghormati dan bertoleransi
antara kaum
Mengamalkan nilai-nilai murni sejagat

Kekuatan sesebuah negara


yang memiliki komposisi
rakyat pelbagai agama, kaum
dan kebudayaan bergantung
kepada kefahaman dan sikap
menghormati di antara satu
sama lain. Ramuan seimbang
adalah penting supaya
negara bangsa itu menjadi
teguh dan
kukuh.
Dato Seri Abdullah bin Hj Ahmad
Badawi

PERPADUAN

KURIKULUM

KO-KURIKULUM

KURIKULUM
Menggalakkan murid-murid bersaing secara
sihat di mana murid yang cemerlang harus
diberi penghargaan setimpal manakala murid
yang lemah dibimbing tanpa mengira bangsa
dan agama
Melaksanakan peraturan sekolah yang adil dan
saksama
Bertutur dalam bahasa kebangsaan ketika di
sekolah

Tidak menyekat atau menghalang murid-murid yang


ingin belajar atau menggunakan sebarang bahasa
lain.
Menerangkan kepada murid-murid tentang keunikan
rakyat Malaysia yang berbilang kaum
Keunikan ini tidak dianggap sebagai satu perbezaan
tetapi sebagai satu keistimewaan. Jadi mereka
hendaklah saling hormat menghormati

Memahami adat dan budaya sesuatu kaum agar tidak


timbul prasangka dan perselisihan faham yang
melibatkan isu perkauman
Mengaitkan matapelajaran yang diajar dengan unsurunsur yang dapat memberi pengetahuan yang mendalam
tentang kumpulan etnik ini agar dapat menyuburkan
semangat bersatu padu.
Menerima kekuatan dan kelemahan individu lain tanpa
menilai aspek agama bangsa dan budaya.

KO-KURIKULUM
Mengadakan lawatan sambil belajar ke sekolah berdekatan
untuk mengenali penduduk setempat
Pelajar mungkin sukar untuk memahami budaya masyarakat
lain melalui penerangan guru atau penjelasan buku, tetapi
dengan cara melihat sendiri cara hidup masyarakat lain.
Maka pelajar akan lebih mudah bertolak ansur antara satu
sama lain kerana telah wujud persefahaman antara kaum.
Melibatkan murid-murid dalam aktiviti kelab, persatuan dan
permainan mengikut kebolehan dan kecenderongan atau
minat murid-murid.

Mengadakan aktiviti yang membolehkan murid-murid


menyelami adat dan kebudayaan etnik lain.
Melibatkan semua murid dalam aktiviti kokurikulum
sekolah.
Dapat mengaplikasikan sistem keadilan dengan
mengetepikan isu perkauman.
Hari kebudayaan tahunan, murid-murid akan membuat
persembahan mengikut kebudayaan dan kesenian etnik
masing-masing.
Mengadakan perlawanan persahabatan antara sekolahsekolah dengan lebih kerap untuk memantapkan corak
permainan dan selain mengeratkan hubungan sesama
kaum

Kesimpulan
Perpaduan dan integrasi nasional merupakan
tonggak utama dalam kestabilan politik negara.
Pelbagai program telah dirancang untuk merapatkan
jurang perbezaan kaum dari aspek politik, ekonomi
mahupun sosial.
Sebagai guru kita perlu memainkan peranan penting
dalam menanam dan menyuburkan nilai-nilai
muhibbah, muafakat dan toleransi bagi menjamin
keharmonian dan seterusnya kemakmuran
masyarakat berbilang kaum di negara ini.

SEKIAN
DARI KAMI
KUMPULAN 4

Anda mungkin juga menyukai