Anda di halaman 1dari 19

PEMBINAAN &

PENGUKUHAN NEGARA
BANGSA
Garis waktu

Zaman
Sebelum Selepas
penjajahan –
penjajahan – kemerdekaan
Masyarakat
pluralisme – Masyarakat
majmuk (plural
Alam Melayu multi-etnik
society)
Konsep Berkaitan Masyarakat
• Etnik
• Ras
• Rasisme
• Prejudis
• Streotaip
• Diskriminasi
Etnik
• sekumpulan manusia yang mengamalkan budaya
yang hampir seragam
• boleh dikelaskan mengikut perbezaan budaya
• seperti adat , kegiatan ekonomi , orientasi politik
mahupun cara berhibur
• etnisiti - rasa kekitaan yang disatukan oleh nilai,
sejarah mahupun tingkahlaku yang sama
dikalangan anggota etnik
• etnosentrisme – kepercayaan bahawa budaya
sendiri adalah lebih hebat berbanding budaya
etnik lain dan pertimbangan ini dibuat
berdasarkan dari pandangan etnik itu sendiri
Ras

• kumpulan sosial yang mempunyai tanda pengenalan yang


kolektif / sama berdasarkan ciri fizikal - biologikal
• contoh : warna kulit,rambut dan mata
• contoh : masyarakat Melayu adalah berkulit sawo matang
Rasisme
• perspektif negatif oleh sekumpulan etnik atau
anggotanya terhadap etnik lain
• perlakuan ini adalah berdasarkan kepada
perbezaan kaum atau perbezaan wajah fizikal-
biologikal semata-mata
• perspektif negatif ini diterjemahkan secara
terbuka
• berlaku dalam dua tahap :
• individu : kepercayaan (yang membawa kepada sikap)
bahawa wujud ras tertentu yang lebih tinggi dan ada
yang lebih rendah martabatnya (seperti sistem strata
sosial)
• institusi : dasar dan perlaksanaan yang bersifat
diskriminasi yang membentuk ketidaksamaan /
ketidakseimbangan mengikut ras yang berbeza
Prejudis

• perspektif negatif terhadap etnik lain


• kebiasaannya, penilaian ini dibuat berasaskan
maklumat yang tidak tepat
• tidak diterjemahkan secara terbuka
• jika diterjemahkan secara terbuka , prejudis
akan menjadi streotaip
• dengan proses sosialisasi, sikap prejudis (
yang berdasarkan maklumat yang tidak tepat
ini) disampaikan dari satu generasi ke satu
generasi yang lain
Streotaip

• kenyataan – kenyataan umum terhadap


sesuatu kumpulan etnik
• satu gambaran yang berlebihan tentang
sesuatu perlakuan baik atau buruk oleh
sesuatu etnik kepada etnik lain
• contoh : ’pandangan barat terhadap
masyarakat Asia’
• sering menimbulkan perspektif yang buruk
antara etnik dalam sebuah masyarakat majmuk
Diskriminasi

• pandangan , pemikiran dan kepercayaan


negatif oleh sekelompok etnik atau anggotanya
terhadap anggota atau kelompok etnik yang
lain
• perlakuan ini semata-mata disebabkan oleh
ciri-ciri etnik
• contoh :
• mengelakkan diri dari anggota etnik lain
• majikan membuangkan kerja/menutup kenaikan
pangkat atas faktor etnik
• tahap kritikal – percubaan penghapusan/
pembersihan etnik (ethnic cleansing)
Perspektif Integrasi
Asimilasi
•A + B + C = A
• Proses percantuman dan percampuran kumpulan
minoriti ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar
dari segi jumlah dan identiti
• Mewujudkan kelompok etnik yang seragam
• Proses kecil asimilasi :
- asimilasi budaya
- asimilasi struktur
• kelompok minoriti tidak akan kehilangan ciri asal
mereka kerana hanya mengikut dimensi tertentu
sahaja dari kelompok majoriti
Asimilasi Budaya
• Ab + B + C = Ab + Bb + Cb
• Penerimaan unsur budaya daripada satu
kelompok kepada masyarakat kepada kelompok
yang lain.
• Senario di Malaysia membuktikan penerimaan
proses asimilasi budaya
• Masyarakat di Malaysia boleh membezakan
antara orang Cina Malaysia dengan orang Cina
dari Tanah Besar China atau orang India
Malaysia dengan orang India dari Negara India.
• masyarakat minoriti di Malaysia tidak hilang ciri
budaya asal tetapi juga mengamalkan budaya
masyarakat tempatan
Asimilasi Struktur
• Ai + B + C = Ai + Bi + Ci
• i mewakili institusi
• Kumpulan minoriti tidak kehilangan identiti asal, cuma
mengalami perubahan dengan menyertai struktur
kelompok majoriti
• perlaksanaan polisi kerajaan banyak menyumbang
kepada kejayaan proses asimilasi struktur ini
• kewujudan institusi pendidikan yang bersepadu seperti
penubuhan sekolah kebangsaan
• Contoh: Penyatuan pelbagai parti politik yang mewakili
etnik masing masing membentuk Parti Perikatan,
seterusnya menjadi Barisan Nasional menyumbang
kepada integrasi antara kaum.
Amalgamasi
•A + B + C = D
• D merupakan amalgam, iaitu etnik baru yang
memiliki identiti baru hasil percantuman identiti
pelbagai etnik.
• Proses percantuman etnik dari segi biologi akan
melahirkan satu kelompok etnik baru yang
memilki identiti baru, khasnya kebudayaan baru
yang berlaku dalam sesebuah masyarakat yang
mengamalkan perkahwinan campur secara besar
besaran.
• Merupakan proses percantuman menyeluruh
dalam aspek kehidupan
Amalgamasi
• Agak sukar direalisasikan secara sepenuhnya
dalam senario masyarakat Malaysia
• Walaubagaimanapun, masih terdapat segelintir
masyarakat yang mengamalkan budaya
perkahwinan campur
• Contoh : sub-etnik yang dikenali sebagai ‘anak
mami’ di Pulau Pinang
Pluralisme
•A + B + C = A + B + C
• A , B dan C mengekalkan ciri kehidupan masing-
masing.
• Satu konsep yang mempertahankan kepelbagaian
kumpulan etnik dalam masyarakat.
• Bertentangan dengan konsep asimilasi dan
amalgamasi
• Turut dikenali sebagai akomodasi – proses
penyesuaian yang merangkumi pelbagai
golongan etnik yang berlainan budaya namun
hidup secara harmoni
• Berasaskan teori kepelbagaian merupakan punca
kekuatan
Pluralisme Kebudayaan
• Ab + Bb + Cb = Ab + Bb + Cb
• Masih mengekalkan kepelbagaian kumpulan etnik
namun serba sedikit terpengaruh dengan budaya
etnik lain hasil dari interaksi setempat.
• Pengubahsuaian berlaku apabila etnik yang
mempertahankan kepelbagaian menerima sedikit
budaya etnik lain
Pluralisme Ubahsuaian
• A + B + C = A1 + B1 + C1
• Pengubahsuaian berlaku apabila etnik yang
mempertahankan kepelbagaian menerima sedikit
budaya etnik lain
Kesimpulan
• Pemahaman tentang hubungan etnik membawa
keharmonian dalam masyarakat
• Disokong oleh dasar-dasar kerajaan yang
tersusun ke arah pembangunan berimbang
• Memantapkan pembinaan negara-bangsa
• Mempertingkatkan keharmonian dalam sebuah
masyarakat yang majmuk

Anda mungkin juga menyukai