Anda di halaman 1dari 30

BAB 2

POTRET
HUBUNGAN ETNIK
1

Hasil Pembelajaran
1) Memahami Kesultanan Melayu Melaka
sebagai lambang kemuncak kepada
pluraliti di Nusantara.
2) Memahami kesan penjajah Barat kepada
masyarakat pelbagai etnik di negara ini.
3) Menguasai kemahiran untuk
menganalisis
fenomena sosial dan masalah
hubungan etnik
negara ini.

Pengenalan
Masyarakat dalam negara yang berlatar
belakangkan pelbagai etnik cenderung untuk
mengkategorikan dan menilai sesuatu kumpulan
masyarakat yang lain berdasarkan pemikiran dan
pemahaman sendiri selain terpengaruh oleh
pelbagai faktor termasuk melalui perspektif
budaya majoriti atau budaya tersendiri.
Justeru perlunya pemahaman mendalam dan
tepat tentang teori dan definisi tentang budaya,
ras, dan etnik bagi mengelakkan konflik antara
etnik.

Kesultanan Melayu Melaka


Lambang Pertemuan Masyarakat
Pelbagai Etnik
Melaka di gelar The Venice of the East yang menjadi
tempat pertemuan pedagang seluruh dunia.
Pemerintahan - Hukum Kanun Melaka; Undang-undang
Laut Melaka; pemerintahan secara diplomasi dan
terbuka; mementingkan keharmonian kaum, buktinya
pegawai istana meliputi etnik Melayu dan India; amalan
perkahwinan campur seperti perkahwinan puteri Hang
Li Po dengan Sultan Mansur Shah.
Perdagangan - Undang-undang Kanun Melaka dan
Undang-undang Laut Melaka berteraskan Islam.
Bertujuan menjaga keselamatan laut Melaka dari
ancaman perompak dan lanun; dan pemerintahan
terbuka dan pentadbiran sistem pelabuhan yang cekap
oleh Laksamana Melaka.

Kependudukan - Zaman Pluraliti akibat penghijrahan


pedagang dari Arab, India, China dan negara lain
tanpa memerlukan pasport atau visa sebagai
pengenalan diri untuk memasuki sesuatu kawasan, di
samping bebas berdagang dan berinteraksi
menyebabkan berlakunya proses asimilasi dan
amalgamasi.
Kepelbagaian Budaya - Melaka sebagai kota
metropolitan dan kota multibudaya. Pluralisme budaya
hasil daripada interaksi pelbagai budaya seperti Arab
pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam dan
Eropah - Portugis, Sepanyol, Belanda dan British
dengan budaya alam Melayu sejak abad 5 masihi.

Pembentukan Masyarakat Majmuk


Era Kolonialisme Inggeris
Pemisahan antara agama dan sains moden yang
dinamakan Rocks of Ages: Sciences and Religion
in the Fullness of Life oleh Stephen Jay Gould
(2002).
Berlaku pada abad ke-15 masihi apabila agama
dianggap sebagai penyumbang perselisihan
pendapat dalam kalangan manusia, pergaduhan
dan peperangan.
Sains pula dianggap sebagai bersifat sarwajagat
menyatukan manusia dengan kefahaman yang
sama, dan hidup aman damai.

Dasar pemisahan agama dengan negara


diteruskan oleh British di Tanah Melayu
dengan British menguasai pentadbiran
negara, manakala Sultan menjaga hal ehwal
agama Islam dan adat istiadat Melayu, dan
pengenalan sistem pentadbiran
berdasarkan pengagihan kuasa antara
Kehakiman, Eksekutif dan Perundangan.
Pertembungan "Islam sebagai agama dan
para penganutnya" dan "negara kolonial
sekular".

Negara yang lebih awal mengalami pengalaman


yang sama ialah negara Asia Selatan seperti India,
Pakistan, Bangladesh, Bhutan, Sri Lanka dan Nepal.
Bernard Cohn ahli antropologi Amerika yang
mengkaji sejarah India mengutarakan kolonialisme
bukan hanya melibatkan penaklukan ruang fizikal
tetapi juga penaklukan ruang epistemologi melalui
siri modus penyiasatan dengan proses penguraian
sistem pemikiran peribumi yang mengakibatkan
hilangnya kekuatan sistem pemikiran peribumi
sebagai kuasa pentakrifan kehidupan.
Ilmu yang dihimpunkan diklasifikasikan dan
ditransformasi ke dalam bentuk laporan, sejarah,
gazet, kanun undang-undang dan ensiklopedia.

Penghijrahan etnik Cina dan India secara besarbesaran pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke20 di Tanah Melayu akibat daripada perusahaan
lombong bijih timah dan getah mengakibatkan
terbentuknya masyarakat majmuk pelbagai etnik,
namun tetap mengekalkan kebudayaan masingmasing dari segi agama, bahasa dan cara hidup.
Penghijrahan etnik Cina di Sabah untuk bekerja di
ladang getah dan tembakau, manakala di
Sarawak bekerja sebagai pedagang, petani dan
pelombong.
9

Kesan migrasi dan faktor migrasi massa golongan


migran Cina dan India demi memenuhi tuntutan
kepentingan ekonomi penjajahan Barat telah
mewujudkan masyarakat pelbagai etnik yang
bersegmen mengikut kegiatan ekonomi.
Pelbagai kumpulan etnik hidup secara berasingan
dan mengekalkan kebudayaan masing-masing,
namun wujud persefahaman dan keharmonian
yang erat.

10

Kerangka Teori
Geertz (1963) menyatakan setiap etnik terikat
kepada sentimen primordial mereka yang
menguatkan kesetiaan dan ikatan kepada
kelompok sendiri dan menyebabkan mereka
bersikap stereotaip dan prejudis terhadap etnik
lain.
Kajian hubungan etnik menumpu kepada
persoalan asas dalam hubungan etnik, memahami
dan menjelaskan bentuk hubungan antara
manusia yang dikenalpasti melalui bekerjasama,
penyesuaian, persaingan dan konflik.
11

12

HOMO-SAPIENS

RAS
Caucasoid.pptx

Mongoloid.pptx

Negroid.pptx

American India
n.pptx

Austroloid.pptx

13

14

Konsep Ras dan Etnik di


Malaysia
Konsep ras merujuk kepada warisan fizikal, manakala
etnik merujuk kepada warisan kebudayaan. Namun,
batas atau sempadan dalam kumpulan etnik dan ras
tidak jelas dan tetap kerana dua konsep ini sering
bertindih dan maknanya kabur.
Seseorang itu tidak boleh dilabel berdasarkan ciri-ciri
fizikalnya atau warisan kebudayaan dan nenek
moyangnya.
Percampuran ras disebabkan perkahwinan campur
menyebabkan ciri-ciri warisan fizikal berubah seperti
warna kulit. Contohnya perkahwinan antara etnik
Cina dan India melahirkan anak menyerupai etnik
Melayu.

15

Dalam masyarakat kontemporari, ketebalan batas


etnik dipengaruhi oleh faktor sosioekonomi
seperti material, status dan sosial. Aktiviti harian
dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik di
Malaysia tidak dipengaruhi semata-mata oleh
pengiraan etnik atau batas etnik yang sedia ada.
Hubungan simbiosis atau saling bergantungan
wujud dan menipiskan batas etnik sehingga
membentuk satu sistem sosial yang kompleks.
Pengkategorian kumpulan memang wujud tetapi
masyarakat mempunyai pilihan sama ada
menebalkan, menipiskan atau melenyapkan
batas-batas etnik dengan mengenali dan
mengakui kelebihan dan kekuatan setiap
kumpulan etnik.
Tanpa mengira ketulenan batas fizikal dan etnik,
manusia akan bertindak berlainan berbanding
dengan ahli-ahli daripada kumpulan sosialnya
atas sebab kepentingan dan perkiraan sosial
dalam masyarakat itu sendiri.

16

Integrasi
Proses penyatuan kelompok-kelompok
etnik yang berbeza latar belakang menjadi
satu entiti yang terikat oleh norma dan
nilai serta kepentingan bersama
Pelaksanaan proses bagi mewujudkan
identiti
nasional di kalangan kumpulan yang
terpisah
dari segi kebudayaan, sosial, pekerjaan
dan lokasi.

17

Segregasi
Pemisahan atau pengasingan
antara satu kumpulan etnik
dengan kumpulan etnik yang
lain dalam sesebuah negara
Contoh, Dasar Apartheid di
Afrika Selatan (1948-1994)
18

de Jure (didasari undang-undang):


Dasar Apartheid 1948-1994
de Facto (tidak didasari undangundang):
Pengasingan tempat tinggal,
pengangkutan,
kemudahan awam
19

A+B+C

A+B+C

AKOMODASI
Proses mempertahankan budaya masing-masing.
Bebas mengamalkan budaya masing-masing.
Perbezaan kebudayaan adalah lazim & tidak
dapat dielakkan serta kekal dengan identiti
masing-masing.
Menerima;
Setiap etnik mempunyai hak terhadap warisan.
Menyedari & menghormati budaya etnik lain.

20

Proses yang menyebabkan


setiap kumpulan etnik
menyedari serta menghormati
norma dan nilai kumpulan etnik
lain dan tetap mempertahankan
budaya hidup masing-masing.
Contoh Malaysia dan
Switzerland

21

Ai + B + C

Ai + Bi + Ci

AKULTURASI
Peminjaman dan penerimaan unsur
kebudayaan di kalangan kelompok lain.
Biasanya, kelompok minoriti mempelajari
daripada kelompok dominan.
Unsur kebudayaan asing akhirnya diterima
dan diolah ke dalam kebudayaan sendiri.
Tidak menyebabkan kehilangan identiti asal
kelompok menerima.

22

A+B+C

ASIMILASI
Cara hidup atau kebudayaan sesuatu
masyarakat (biasanya migran dan
minoriti) telah diserap oleh kebudayaan
dominan tanpa membawa perubahan
kebudayaan yang menyerap.
Kelompok B dan C akan kehilangan
budaya, bahasa dan agama masingmasing dan akan mengamalkan budaya,
bahasa dan agama kelompok A.

23

Proses pencantuman dan


penyatuan antara kumpulan
etnik berlainan budaya sehingga
membentuk satu kelompok
dengan kebudayaan dan identiti
yang sama
Asimilasi mutlak penghapusan
penuh perbezaan dari segi
kebudayaan dan identiti

24

Contoh Melayu di Thailand;


masyarakat Jawa, Cina
Kelantan, Baba dan Nyonya di
Malaysia. (tetapi tidak
melibatkan anutan agama)
Proses yang panjang dan
kesanggupan etnik minoriti
25

A+B+C

AMALGAMASI
Percampuran budaya mewujudkan budaya baru.
Asimilasi biologi.
Jenis

1: Percantuman budaya sahaja.

Contoh

1: Masyarakat Portugis (Melaka).

Kaedah
Melayu

1: Budaya Portugis + Budaya

Implikasi 1: Percantuman 2 budaya


menghasilkan budaya baru.

26

Satu proses yang terjadi apabila


budaya atau ras bercampur
untuk membentuk jenis budaya
dan ras baru
Cara utama perkahwinan
campur
27

Kesimpulan
Hubungan etnik tidak wajar
dilihat dari sudut luaran sahaja
tetapi lebih penting dari sudut
konseptual
Aspek-aspek yang menjadi teras
kebudayan kebangsaan
sewajarnya dipelihara kerana ia
berteraskan kepada kebudayaan
rakyat asal rantau ini

28

Penerimaan unsur kebudayaan


lain yang sesuai menunjukkan
bahawa kebudayaan
kebangsaan itu tidak
meminggirkan kebudayaan lain
Sebaliknya meraikan kepelbagaian
yang ada di Malaysia
29

Perpaduan merupakan cabaran besar


kerana kejayaan mewujudkan perpaduan
akan menjamin keharmonian sosial,
kestabilan politik dan pertumbuhan
ekonomi.

Malaysia merupakan sebuah masyarakat


majmuk yang berjaya mewujudkan
perpaduan nasional kerana sikap
kesederhanaan, bertolak ansur dan
bekerjasama terhadap kepelbagaian.

30

Anda mungkin juga menyukai