Anda di halaman 1dari 11

MARI BELAJAR

KATA ADJEKTIF

DISEDIAKAN OLEH:

WAN NUR ‘AFIFAH BINTI WAN AHMAD AZUAN


KATA ADJEKTIF

• Menerangkan sifat atau keadaan sesuatu nama.


• Boleh diikuti atau didahului dengan kata bantu seperti
paling, amat, sungguh, sekali dan lain-lain.
• Terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa
perkataan yang ada kata adjektif.
• Unsur keterangan lain seperti kata bantu atau kata
penguat
JENIS KATA ADJEKTIF
JENIS CONTOH

Sifat baik,jahat, cerdik, lemah, kuat,


sihat, berani, pandai, takut,
gopoh.

Warna merah, biru, kuning, hijau, putih,


hitam, coklat, jingga

Ukuran panjang, pendek, tebal, nipis, kecil,


besar, tinggi

Bentuk bulat, leper, lonjong, bujur, empat segi


JENIS KATA ADJEKTIF
JENIS CONTOH

Waktu lama, segera, suntuk, lampau, lewat,


awal

Jarak dekat, hampir, jauh

Cara cepat, gopoh, lincah, deras, perlahan,

Perasaan rindu, benci, sedih, marah, gembira,


takut, ragu
JENIS KATA ADJEKTIF
Jenis Contoh

Pancaindera
- rasa sedap, lazat, manis,pahit, lemak,
pedas
- pandang buruk, hodoh, jelita, cantik
- dengar bising, senyap
- bau busuk, wangi, hangit, hapak
- sentuh kesat, kasar, lembab, halus, licin
CONTOH AYAT DALAM KATA
ADJEKTIF
a. Kata adjektif sifat
• Budak baik selalu dipuji.
• Orang itu berniat jahat terhadap projek kita.
• Anak guru itu amat cerdik.
• Pegawai tentera itu sungguh berani.

b. Kata adjektif warna


• Baju merah itu kepunyaan saya.
• Tubuhnya diselaputi kain putih.
• Warna biru kegemaran ibu.
CONTOH AYAT DALAM KATA
ADJEKTIF
c. Kata adjektif ukuran
• Jambatan panjang itu baru siap didirikan.
• Bilik kecil mudah dikemas.
• Lukanya dibalut dengan kain nipis.

d. Kata adjektif bentuk


• Bola ragbi berbentuk bujur.
• Mata hitam adik kelihatan sangat bulat.
• Jalan lurus ke bandar telah ditutup.
CONTOH AYAT DALAM KATA
ADJEKTIF

g. Kata adjektif waktu


• Kemalangan itu baru sahaja berlaku.
• Ketibaannya terlalu awal.
• Proses memohon kebenaran pulang ke kampung sangat cepat.

h. Kata adjektif jarak


• Kedai runcit Mon paling dekat dengan sekolah.
• Rumah Ali sangat jauh.
CONTOH AYAT DALAM KATA
ADJEKTIF
i. Kata adjektif cara
• Orang lambat selalu rugi.
• Air sungai itu mengalir deras.
• Atuk berjalan dengan perlahan.

j. Kata adjektif perasaan


• Adik sedih kerana bapa telah meninggal.
• Tini marah kerana Ayub mencuri buah kedondong kesukaannya.
• Ibu gembira melihat keputusan peperiksaan adik.
CONTOH AYAT DALAM KATA
ADJEKTIF
k. Kata adjektif pandaindera
• Kuih ketayap air tangan ibu sangat lazat.
• Wajah kakak tanpa solekan amat cantik.
• Bau sampah itu sangat busuk.
• Permukaan batu itu sungguh kesat.
ALLPPT.com _ Free PowerPoint Templates, Diagrams and Charts

Anda mungkin juga menyukai