Anda di halaman 1dari 4

enis Kata Adjektif

1. Kata adjektif sifatan / keadaan


Contoh: baik, tegak, gopoh, pandai, takut, sihat, lemah, kasar, jahat, licin,
garang, buas, condong
2. Kata Adjektif Warna
Contoh: hitam, putih, biru, jingga, merah, ungu
3. Kata Adjektif Ukuran
Contoh: nipis, besar, pendek, tinggi, rendah, kerdil, tebal, panjang, kecil
4. Kata Adjektif Bentuk
Contoh: kemik, leper, bujur, buncit, lurus, bulat, lekuk, bengkok
5. Kata Adjektif Jarak
Contoh: jauh, hampir, dekat, sebelah, rapat, nyaris
6. Kata Adjektif Waktu
Contoh: cepat, lambat, silam, segera, baharu,
7. Kata Adjektif Perasaan
Contoh: sayang, ragu, kecewa, gembira, rindu, marah, sayu, sedih, pilu
8. Kata Adjektif Cara
Contoh: perlahan, segera, deras, laju, lincah, sering
9. Kata Adjektif Pancaindera
Contoh: pahit, manis, busuk, tampan, merdu, payau, kelat, masin, masam,
nyaring, gemersik

Cara
Contoh: selalu, jarang, kadang-kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah, sering "
Kata Adjektif

 Kata adjektif adalah kata yang menerangkan sifat sesuatu benda, orang, tempat dan sebagainya.

 Kata adjektif dapat disertai kata penguat seperti amat, paling dan sangat.

Jenis adjektif Contoh

pancaindera masin, masam, manis, pahit, tawar, payau

perasaan geram, marah, sakit, risau, benci, suka, gembira

waktu lewat, cepat, lambat, awal,

jarak sayup, dekat, hampir, jauh

bentuk bulat, lonjong, pipih, leper, empat segi,

ukuran panjang, pendek, luas, lebar, sempit, ketat, longgar

warna merah, biru, hitam, kuning, putih, hijau, ungu

sifat/ keadaan lembut, sihat, cergas, sakit, lesu, gagah

Latihan

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Kain selendang yang __________ buatannya itu hasil tenunan tangan.


A licin C halus
B kecil D lembut

2. Borang ini hendaklah dihantar __________ kepada pihak penganjur


A awal C lambat
B segera D dahulu

3. Semenjak bergelar ibu tunggal, Puan Yana terpaksa bekerja __________ untuk menyara tujuh orang
anaknya
A keras C lambat
B cepat D jarang
4. Pengemis itu makan nasi dengan begitu __________ kerana tidak makan apa-apa sejak semalam.
A kuat C lahap
B lekas D cemas

5. Sikap pemandu kenderaan yang cuai adalah punca kadar kemalangan di negara ini______
A tinggi C rendah
B ringan D kuat

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasakan gambar dibawah

6. Sampan kecil itu __________ dengan buah kelapa dan buah cempedak yang baru dipetik dari kebun
Lebai Malau
A muat C berat
B ketat D sarat

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasakan gambar dibawah

7. Pokok nanas banyak ditanam Pontian di negeri Johor yang mempunyai tanah __________.
A gersang
B lembut
C gambut

8. Dino membuang ke dalam tong sampah, buah jambu yang __________ dan hampir busuk itu
A kembang C lebam
B lembam D kusam
9. Jiwa dan perasaannya lebih __________ setelah pulang dari Mekah
A tenang C gembira
B terharu D bimbang

10. Kakak mahu menyiapkan kerja sekolahnya __________ sebelum makan


A segera C dahulu
B lambat D sekarang

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Anda mungkin juga menyukai