Anda di halaman 1dari 1

KISAH KITA

1. Pesan orang tua, jangan seronok sangat cerita kisah hidup kita,
family kita pada orang lain. Kisah bahagia, kejayaan, anugerah,
hadiah, penghargaan, derita, sengsara, keperitan hidup dan macam²
lagi.
Sekarang baru saya faham kenapa. Ketika 10 orang mendengar cerita
kita, mereka menerimanya mengikut kefahaman dan emosi masing-masing.
Tafsiran mereka tidak sama dengan niat kita. Jika emosi penerima
baik, maka baiklah jalan ceritanya. Jika sebaliknya, itulah yang
buat kita sengsara.

2. Bahagia kita sorok sikit, biar takat kita dan anak-anak yang
raikan. Kita tak tahu apa rasa hati orang yang melihat, yang baik
pasti mendoakan tapi yang tak baik akan berusaha untuk
menghancurkan.
Seburuk mana pasangan kita, cubalah cari baiknya untuk pujuk dan
sejukkan hati. Benda yang buat kita menyesal tak sudah ialah bila
menceritakan kelemahan pasangan kepada orang lain.

3. Anak kita, sehebat mana bakatnya, secerdik mana akalnya, sebanyak


mana pencapaiannya, banyakkan bersyukur. Tidak salah kita meraikan
di media sosial tapi kesannya hanya Allah sahaja yang tahu. Tanpa
sedar kita membuatkan dirinya dalam bahaya kecuali iringi dengan
niat dan doa yang baik-baik .
Begitu juga dengan ragamnya, tantrumnya, buruk perangainya, Urusan
anak-anak dan keluarga kita simpan elok-elok dari pengetahuan umum.
Anak kita ada kekurangan, tanggungjawab kita cukupkan. Bila anak
kita kurang akhlak, tanggungjawab kita penuhi tangki nuraninya.

4. Mak ayah kita, jika banyak yang kena betulkan, berantakan, siang
malam gaduh, kuat membebel dan sebagainya simpanlah ia rapat² dari
pengetahuan umum. Kesian..Jangan duk cerita pada orang, walaupun
niat kita baik tapi manusia lebih cenderung untuk? berbanding
mengadili. Jangan marah jika suatu hari kelak mak ayah yang kita
sayangi diburuk-burukkan dan dipandang sinis.

5. Diri kita, jaga baik-baik.. Hiasi peribadi. Jika ada kebaikan


yang ingin dikongsi jangan nisbahkan pada diri, takut timbul rasa
riya' dan 'ujub. Hidup nie kena teliti dan hati-hati. Biar emosi
kita meronta-ronta ingin dipuji dan disanjung daripada kita
menjunjung bumi menongkat langit.

Anda mungkin juga menyukai