Anda di halaman 1dari 3

10 tanda-tanda jodoh menurut islam

1. Bersahaja Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara
dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia
spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan
gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang
berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon
hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun
perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang
kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia
juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit
tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam,
ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil
peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang
mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita
sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak
ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah
silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan
hidup kita.

4. Sentiasa jujur Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum
hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara
yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi
kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan,
kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar
baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat
lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan
percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini
perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita
mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di
tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu
sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu
rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak
berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah
melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam
jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita
dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh
ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan
meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui
semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan
semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini
penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama,
sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab
seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri
pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi
penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang
berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira
kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia
mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan
pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa
bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon
yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang
mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki
kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia
tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu
bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah,
dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun
tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada
melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-
masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

 9. Kata hati Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam
yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga
kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran
antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan
untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan
yang maha berkuasa. 

10. Mimpi Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di
pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan
peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur,
tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan
memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia
pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang
kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di
dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. Fikirkanlah. Adakah
dia jodoh kita..? “ Manusia merancang, Allah menentukan..”

Anda mungkin juga menyukai