Anda di halaman 1dari 3

10 PETANDA DIA JODOH KITA.......

Sama-sama kita
berkongsi.. :)
10 PETANDA DIA JODOH KITA.......
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan
menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera


Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita
mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk
mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi
mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup
bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara
keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling
memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan
untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara
percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal
ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang
berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia
tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak,
dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan
pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia
menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama.
Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang
ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu
perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil
kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah
mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah
miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila
dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur
yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat
mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan
menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu
hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.
Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan
kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat
mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu
kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling
percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa
selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.
Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta
sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-
duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita
dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama
melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan
perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling
penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia
juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya
bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada
kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban
tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia
bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan,
dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama
kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada
untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah
sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan
susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang
sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan
tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia
kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan
mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan
keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua
hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima
kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat
mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling
tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan
dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan
hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan
buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal


Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas
dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan
sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur,
tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan
petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah
keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah
bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah
kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat
adalah kekal selamanya.

Anda mungkin juga menyukai