Anda di halaman 1dari 15

Teks Juruacara Majlis Graduasi Sekolah

Ketibaan VVIP

Mengumumkan

ketibaan

Yang

Berbahagia

NAMA

&

JAWATAN........................................................... dan semua tetamu


kehormat, masuk ke dalam dewan. Majlis dimulakan dengan nyanyian
3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, Sabah Tanahairku dan Lagu Sekolah.
Hadirin dan hadirat mohon berdiri.

Alu-Aluan

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.


1. Yang berbahagia NAMA & JAWATAN:
2. Yang berusaha NAMA:.......................................... Guru Besar SK
Rampayan

merangkap

Pengerusi

Pelaksana

Hari

Anugerah

Cemerlang Dan Graduasi 2013.


3. Yang Dihormati, NAMA:....................................... Yang DiPertua
Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) SK Rampayan
4. Yang dihormati NAMA:..................................................... Penolong
Kanan

Kurikulum,

NAMA:......................................................................................Penolong
Kanan

Hal

Ehwal

Murid,

NAMA:...................................................................................................
Penolong

Kanan

Ko-Kurikulum,

NAMA:...................................................................................................
Penolong Kanan Petang SK Rampayan.
5. Guru-guru, warga sekolah, ibu bapa serta murid-murid SK
Rampayan seterusnya tuan-tuan dan puan-puan para hadirin yang
dihormati sekalian.

Selamat datang ke Majlis Anugerah Cemerlang & Graduasi SK


Rampayan bagi sesi 2015.
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Saya ______________ Dan saya ______________ Akan menemani


hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan sepanjang majlis ini
berlangsung.

Bacaan Doa

Bersyukur kita kepada Tuhan kerana dengan izin limpah kurnia-Nya


pada hari ini, kita dapat bersama-sama berhimpun di dewan gemilang
Politeknik Sabah bagi meraikan MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG &
GRADUASI SK Rampayan tahun 2015. Terlebih dahulu bagi pihak
majlis, kami amat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran Yang
Berbahagia NAMA & JAWATAN:..........................................................,
para tetamu jemputan serta hadirin-hadirat sekalian. Semoga dengan
kesudian kalian meluangkan masa pada majlis kali ini dapat
mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kita khasnya bagi muridmurid, ibu bapa dan warga sekolah amnya.
Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.
Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, moleklah kiranya kita
bersama-sama menadah tangan memohon limpah rahmat dan
barakah daripada Yang Maha Esa. Justeru, majlis dengan segala
hormatnya menjemput Al Fadhil Ustaz _______________ untuk

memimpin

bacaan

doa.

Dengan

limpah

takzimnya,

majlis

mempersilakan.
Amin ya rabbal alamin. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada
Ustaz _______________ di atas bacaan doa itu tadi. Semoga dengan
kalimah doa ini, diberkati hendaknya segala hasrat yang direncanakan.
InsyaAllah.

Ucapan
Besar

Terbang di awan burung jentayu,


Guru Kerana penat gugur ke bumi;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama amanat bekalan kami.
Justeru majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha
NAMA:.............................................................,
Rampayan

merangkap

Pengerusi

Guru

Pelaksana

Besar

Majlis

SK

Anugerah

Cemerlang & Graduasi sesi 2015 untuk memberikan ucapan alualuan. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Yang Berbahagia Guru Besar SK Rampayan atas ucapan
sebentar tadi.

Ucapan YDP
Ucapan
Murid

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Dihormati,


Ketua

NAMA:....................................................... Yang DiPertua Persatuan


Ibubapa Dan Guru (PIBG) SK Rampayan untuk menyampaikan
ucapan. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan itu tadi.
Seterusnya majlis mempersilakan Adik NAMA:......................................
selaku Ketua Murid SK Rampayan untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

Ucapan
Perasmian

Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,


Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.
Dengan ini, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Yang
Berbahagia NAMA & JAWATAN:.................................................... bagi
memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah
Cemerlang

&

Graduasi

2015.

Majlis

dengan

penuh

takzim

mempersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Yang Berbahagia NAMA:.................................................... atas
ucapan dan penyempurnaan perasmian Majlis Anugerah Cemerlang &
Graduasi 2015 sebentar tadi. Dengan berakhirnya ucapan itu tadi
maka

rasmilah

sudah

MAJLIS

ANUGERAH

CEMERLANG

&

GRADUASI 2015 SK Rampayan.

Persembahan

Awan bersua citra berkisah,


Ukiran sukma kilauan kelisa,
Ucapan perasmian selesai sudah,
Persembahan murid menyusul pula.

Kini marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan pembuka


yang akan dipersembahkan oleh murid-murid Tahun 1 di bawah
bimbingan NAMA & JAWATAN:............................................................
Para penari kecil molek ini akan mempersembahkan Tarian Joget yang
merupakan sejenis tarian Melayu tradisional yang cukup popular pada
masa kini.

Demikianlah tadi tarian yang sungguh menghiburkan yang telah


dipersembahkan oleh kanak-kanak cilik yang sungguh berbakat.

Majlis
Penyampaian Sijil
Graduasi

Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,


Majlis seterusnya adalah penyempurnaan Graduasi kepada muridmurid Tahun 6 SK Rampayan bagi sesi 2015. Untuk makluman para
hadirin dan hadirat sekalian, seramai _____ murid Tahun 6 yang akan
menamatkan sesi persekolahan dan menerima sijil graduasi pada hari
ini. Justeru, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan
Yang Berusaha NAMA:............................................................, Guru
besar SK Rampayan untuk menyampaikan sijil graduasi. Dipersilakan.
Penerima Sijil Graduasi: ......................
Terima kasih diucapkan kepada Guru besar SK Rampayan kerana
telah menyempurnakan penyampaian sijil graduasi kepada muridmurid Tahun 6 sesi 2015 sebentar tadi.

Majlis

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada

Penyampaian Sijil murid-murid Tahun 6 sesi 2015. Dengan itu, majlis mempersilakan
Tahun 6

NAMA:.............................................................., Yang DiPertua PIBG


SK Rampayan untuk menyampaikan sijil. Dipersilakan.
Berikut adalah penerima Sijil Penghargaan Tahun 6: ......................
Dengan

itu,

sekali

lagi

majlis

mempersilakan

Adik

Ketua

Murid

NAMA:.................................................................selaku

SK Rampayan bagi mewakili kesemua penerima sijil penghargaan


Murid Tahun 6 sesi 2015. Tahniah diucapkan.
Terima kasih diucapkan kepada NAMA:........................................,
Yang DiPertua PIBG kerana telah menyempurnakan penyampaian sijil

penghargaan kepada murid-murid Tahun 6 sesi 2015 sebentar tadi.

Penyampaian Sijil Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,


Kedudukan Tahap
1

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil bagi Kedudukan Terbaik


Dalam Kelas bagi Tahun 1, 2 dan 3. Dengan ini, majlis dengan penuh
takzimnya

mempersilakan

NAMA

&

JAWATAN:.............................................................................................
untuk naik ke pentas bagi menyampaikan sijil. Dipersilakan.
Penerima Sijil Kedudukan Dalam Kelas Tahap 1: ......................
Terima

kasih

diucapkan

kepada

NAMA

&

JAWATAN:..............................................................................................
kerana telah menyempurnakan penyampaian sijil sebentar tadi.

Penyampaian Sijil Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,


Kedudukan Tahap
2

Majlis diteruskan

dengan

penyampaian

sijil

dan

hadiah

bagi

Kedudukan Terbaik Dalam Kelas bagi Tahun 4, 5 dan 6. Dengan ini,


majlis

dengan

penuh

takzimnya

mempersilakan

NAMA

&

JAWATAN:.............................................................................................
untuk naik ke pentas bagi menyampaikan sijil. Dipersilakan.
Penerima Hadiah Kedudukan Dalam Kelas Tahap 2: ......................
Terima

kasih

diucapkan

kepada

NAMA

&

JAWATAN:..............................................................................................
kerana telah menyempurnakan penyampaian sijil sebentar tadi.

Persembahan

Pergi berhuma di Tanjung Rokan,


Sebelum pulang mengail ikan,

Kehadiran tuan-puan kami alu-alukan,

Nyanyian

Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan.


Bagi menyemarakkan lagi majlis kita pada pagi yang berbahagia ini,
sama-sama kita saksikan persembahan nyanyian duet oleh muridmurid

Tahun

di

bawah

bimbingan

NAMA

&

JAWATAN:...................................................................................... Turut
disajikan dengan petikan gitar oleh murid-murid Tahun 6 dengan lagu
yang

dikhaskan

untuk

para

ibu.

Terimalah

UNTUKMU

IBU.

Dipersilakan.

Penyampaian Sijil Begitulah tadi persembahan nyanyian yang cukup beremosi dan
Mata

Pelajaran mendayu-dayu daripada murid-murid Tahun 6.

Terbaik Tahap 1

Pohon ciku pohon bacang,


Tumbuh berapit dengan pulasan,
Berdegup jantung bertambah kencang,
Berdebar hati menunggu keputusan.
Kita teruskan majlis kita pada pagi ini dengan upacara penyampaian
sijil kepada murid-murid terbaik Tahap 1 dalam setiap mata pelajaran
melalui Peperiksaan Akhir Tahun 2015. Bagi menyempurnakan acara
ini, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan NAMA &
JAWATAN:..................................................................................... untuk
menyampaikan sijil. Dipersilakan.
Penerima Mata Pelajaran Terbaik Bahasa Melayu: ......................
Penerima Mata Pelajaran Terbaik Matematik: ......................
Penerima Mata Pelajaran Terbaik Bahasa Inggeris: ......................
Terima

kasih

diucapkan

kepada

NAMA

&

JAWATAN:..............................................................................................
kerana telah menyempurnakan penyampaian sijil sebentar tadi.

Penyampaian Sijil Majlis


Mata

dengan

penuh

takzimnya

mempersilakan

NAMA

&

Pelajaran JAWATAN:..............................................................................................

Terbaik Tahap 1

untuk menyampaikan sijil kepada penerima mata pelajaran terbaik


seterusnya. Dipersilakan.
Penerima

Mata

Pelajaran

Terbaik

Dunia

Sains

&

Teknologi: ......................
Penerima

Mata

Pelajaran

Terbaik

Pendidikan

Agama

Islam: ......................
Terima

kasih

diucapkan

kepada

NAMA

&

JAWATAN:.................................................................menyempurnakan
penyampaian sijil sebentar tadi.

Penyampaian Sijil Majlis


Mata

dengan

penuh

takzimnya

mempersilakan

NAMA

&

Pelajaran JAWATAN:..............................................................................................

Terbaik Tahap 1

untuk menyampaikan sijil kepada penerima mata pelajaran terbaik


seterusnya. Dipersilakan.
Penerima Mata Pelajaran Terbaik Bahasa Arab: ......................
Penerima Mata Pelajaran Terbaik Pendidikan Moral: ......................
Penerima Mata Pelajaran Terbaik Dunia Muzik: ......................
Terima

kasih

diucapkan

kepada

NAMA

&

JAWATAN:..............................................................................................
kerana telah menyempurnakan penyampaian sijil sebentar tadi.

Penyampaian Sijil Majlis


Mata

dengan

penuh

takzimnya

mempersilakan

NAMA

&

Pelajaran JAWATAN:.............................................................................................

Terbaik Tahap 1

untuk menyampaikan sijil kepada penerima mata pelajaran terbaik


seterusnya. Dipersilakan.

Penerima Mata Pelajaran Terbaik Pendidikan Kesihatan: ......................


Penerima Mata Pelajaran Terbaik Pendidikan Jasmani: ......................
Penerima

Mata

Pelajaran

Terbaik

Pendidikan

Seni

Visual: ......................
Terima

kasih

diucapkan

kepada

NAMA

&

JAWATAN:.............................................................................................
kerana telah menyempurnakan penyampaian sijil sebentar tadi.

Penyampaian Sijil Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian sijil kepada muridMata

Pelajaran murid terbaik dalam semua mata pelajaran bagi Tahun 4, 5 dan 6. Bagi

Terbaik Tahap 2

menyempurnakan

acara

ini,

majlis

mempersilakan

dengan

penuh

takzimnya

NAMA

&

JAWATAN:.............................................................................................
untuk menyampaikan sijil. Dipersilakan.
Penerima

Mata

Pelajaran

Terbaik

Bahasa

Melayu

Pemahaman: ......................
Penerima

Mata

Pelajaran

Terbaik

Bahasa

Melayu

Penulisan: ......................
Penerima Mata Pelajaran Terbaik Matematik: ......................
Penerima Mata Pelajaran Terbaik Bahasa Inggeris: ......................
Terima

kasih

diucapkan

kepada

NAMA

&

JAWATAN:..............................................................................................
kerana telah menyempurnakan penyampaian sijil sebentar tadi.

Penyampaian Sijil Majlis


Mata

dengan

penuh

takzimnya

mempersilakan

NAMA

&

Pelajaran JAWATAN:............................................................................................

Terbaik Tahap 2

untuk menyampaikan sijil kepada penerima mata pelajaran terbaik

seterusnya. Dipersilakan.
Penerima

Mata

Pelajaran

Terbaik

Pendidikan

Agama

Islam: ......................
Penerima Mata Pelajaran Terbaik Bahasa Arab: ......................
Penerima Mata Pelajaran Terbaik Pendidikan Moral: ......................
Penerima

Mata

Pelajaran

Terbaik

Pend.

Sivik

&

Kewarganegaraan: ..................
Terima

kasih

diucapkan

kepada

NAMA

&

JAWATAN:..............................................................................................
kerana telah menyempurnakan penyampaian sijil sebentar tadi.

Penyampaian Sijil Majlis


Mata

dengan

penuh

takzimnya

mempersilakan

NAMA

&

Pelajaran JAWATAN:.............................................................................................

Terbaik Tahap 2

untuk menyampaikan sijil kepada penerima mata pelajaran terbaik


seterusnya. Dipersilakan.
Penerima Mata Pelajaran Terbaik Kajian Tempatan: ......................
Penerima Mata Pelajaran Terbaik Kemahiran Hidup: ......................
Penerima Mata Pelajaran Terbaik Pendidikan Muzik: ......................
Penerima Mata Pelajaran Terbaik Pendidikan Kesihatan: ......................
Terima

kasih

diucapkan

kepada

NAMA

&

JAWATAN:..............................................................................................
menyempurnakan penyampaian sijil sebentar tadi.

Penyampaian Sijil Majlis


Mata

dengan

penuh

takzimnya

mempersilakan

NAMA

&

Pelajaran JAWATAN:.............................................................................................

Terbaik Tahap 2

untuk menyampaikan sijil kepada penerima mata pelajaran terbaik


seterusnya. Dipersilakan.

Penerima Mata Pelajaran Terbaik Pendidikan Jasmani: ......................


Penerima

Mata

Pelajaran

Terbaik

Pendidikan

Seni

Visual: ......................
Penerima Mata Pelajaran Terbaik Sains: ......................
Terima

kasih

diucapkan

kepada

NAMA

&

JAWATAN:.............................................................................................
kerana telah menyempurnakan penyampaian sijil sebentar tadi.

Persembahan

Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan, Kita akan berehat

Kompang dan Koir

seketika. Dan sekarang kita akan dihiburkan dengan Persembahan


Paluan Kompang oleh murid-murid lelaki Tahun 2 dan 3 di bawah
bimbingan NAMA & JAWATAN:.............................................................
Dan selanjutnya akan diteruskan dengan persembahan Nyanyian Koir
daripada murid-murid Tahun 2 dan 3 dengan lagu Standing in the
eyes

of

the

world

di

bawah

bimbingan

NAMA

&

JAWATAN:.............................................................................................
Sama-sama kita saksikan.
Begitulah tadi paluan kompang dan nyanyian koir yang cukup
bertenaga daripada murid-murid Tahap 1.

Penyampaian Sijil Kita teruskan majlis kita pada pagi ini dengan penyampaian sijil
Kehadiran Terbaik

kepada penerima Kehadiran Terbaik 2015. Bagi menyempurnakan


acara
NAMA

ini,

majlis

dengan

penuh

takzimnya

mempersilakan

:......................................................................................

menyampaikan sijil. Dipersilakan.


Penerima Kehadiran Terbaik Tahap 1: ......................

Penerima Kehadiran Terbaik Tahap 2: ......................

Penyampaian Sijil Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada


Terbaik

Kem penerima Terbaik Kem Bestari Solat 2013. Bagi menyempurnakan

Bestari Solat 2013

acara ini, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan NAMA &


JAWATAN:......................................................................................
untuk menyampaikan sijil. Dipersilakan.
Penerima Terbaik Kem Bestari Solat 2015: ......................
Terima

kasih

diucapkan

kepada

NAMA

&

JAWATAN:..............................................................................................
kerana telah menyempurnakan penyampaian sijil sebentar tadi.

Persembahan
Tarian Twist

Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,


Majlis kita disemarakkan sekali lagi oleh adik cilik kita dengan
persembahan

tarian

di

bawah

bimbingan

NAMA

&

JAWATAN:............................................................................................
yang akan dipersembahkan oleh murid-murid Tahun 1. Anak kecil kita
ini akan mempersembahkan tarian Twist yang merupakan tarian klasik
yang popular pada tahun 60-an. Majlis mempersembahkan DARA
MUDA.

Penyampaian Sijil Begitulah tadi persembahan tarian yang cukup menghiburkan daripada
Terbaik Dari Yang murid -murid Tahun 1. Kita teruskan lagi majlis kita pada pagi ini
Terbaik

dengan penyampaian sijil kepada penerima Anugerah Terbaik Dari


Yang Terbaik bagi tahun 2015. Bagi menyempurnakan acara yang
berprestij ini, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Yang
Berbahagia NAMA & JAWATAN:...........................................................
untuk menyampaikan sijil. Dipersilakan.

Penerima Terbaik Dari Yang Terbaik 2013: ......................


Terima

kasih

diucapkan

kepada

Yang

Berbahagia

NAMA

&

JAWATAN:............................................................................................
kerana telah menyempurnakan penyampaian sijil sebentar tadi dan
tahniah kepada semua penerima terbaik SK Rampayan bagi tahun
2015.

Persembahan
Medley

Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,


Majlis kita sekali lagi disajikan dengan persembahan terakhir pada
pagi yang berbahagia ini dengan satu persembahan khas daripada
graduan-graduan Tahun 6 SK Rampayan 2015 di bawah bimbingan
NAMA

&

JAWATAN:.................................................................

dan

NAMA & JAWATAN:................................................................. Dengan


nyanyian medley Joget Si Pinang Dua, Aku Yang Dulu Bukan Yang
Sekarang dan Kenangan Terindah dengan selitan SAJAK, sama-sama
kita hayati dan saksikan persembahan medley daripada murid-murid
Tahun 6. Majlis mempersembahkan.
Begitulah tadi persembahan koir yang cukup bertenaga dan penuh
penghayatan daripada Graduan Tahun 6 SK Rampayan 2015. Semoga
lagu-lagu ini tadi dan akan menjadi kenangan terindah buat semua
warga sekolah yang pasti akan merindui kalian.

Terbang helang di hujung salang,


Penyampaian AJK Hinggap berdua di dahan sena,
PIBG AJK HAC
Guru cemerlang negara terbilang,
Menjunjung setia seiring tema.
Majlis seterusnya adalah penghargaan kepada warga pendidik serta
ibu bapa SK Rampayan iaitu penyampian Sijil Penghargaan kepada
Ahli Jawatan Kuasa PIBG SK Rampayan 2015 dan Ahli Jawatan

Kuasa Kerja Majlis Anugerah Cemerlang dan Graduasi 2015. Bagi


menyempurnakan

acara

ini,

majlis

dengan

penuh

takzimnya

mempersilakan NAMA & JAWATAN:.....................................................


untuk menyampaikan sijil penghargaan. Dipersilakan.
Penerima Sijil PIBG 2013: ......................
Wakil Sijil HAC 2013: ......................
Terima

kasih

diucapkan

kepada

NAMA

&

JAWATAN:..............................................................................................
kerana telah menyempurnakan penyampaian sijil.

Penutup

Semua anugerah di terima sudah. Semua acara terlaksana sudah.


Hari ini TARIKH, tercatat lagi dalam buku sejarah kecemerlangan
murid-murid SK Rampayan bahawa sesungguhnya untuk mencapai
sesuatu kejayaan itu azam dan usaha adalah penentu. Yang kuat
azam dan usahanya, maka, bangkitlah dia sebagai seorang pejuang
yang bakal menggenggam kejayaan. Namun yang leka, malas dan
alpa, kaki tidak akan jauh melangkah kerana baru setapak dua dia
pasti akan mengalah dan akhirnya kecundang. Oleh itu anak-anak
didik sekalian, kuatkan azam di dada juga minda. Tingkatkanlah usaha
agar mampu berdiri megah sebagai seorang yang berjaya Amin ya
rabbal alamin.
Majlis merakamkan sekalung tahniah kepada semua penerima
anugerah cemerlang, manakala yang tidak berjaya di harapkan tidak
berputus asa dan cuba lagi pada tahun hadapan untuk memperolehi
kecemerlangan. Majlis anugerah dirai bersama, Kecemerlangan
diidam menjelma lagi, Akhir di sini noktah bersama, Di lain masa

Penutup

bersua kembali.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan, Bagi pihak warga kerja
majlis sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih kepada tetamu

kehormat dan hadirin-hadirat sekalian yang telah sudi memeriahkan


majlis pada hari ini.
Akhir kata, maaf jua dipinta sekiranya terdapat kekasaran mahupun
kesilapan tutur kata dan perbuatan yang menyinggung perasaan.
Seterusnya

dijemput

yang

berusaha

NAMA

&

JAWATAN:............................................................................................
untuk

mengiringi

Yang

Berbahagia

NAMA

&

JAWATAN:............................................................................................
dan tetamu-tetamu jemputan untuk ke majlis jamuan ringan di tempat
yang telah disediakan. Dipersilakan.

Penutup

Dengan itu maka berakhirlah sudah Majlis Anugerah Cemerlang dan


Graduasi 2015 SK Rampayan. Segala yang baik adalah datang dari
Allah dan yang buruk itu adalah dari kami jua. Dengan itu kami sudahi
dengan

wassalamualaikum

w.b.t

dan

terima

Pengumuman ................ wabillahitaufik walhidayah

kasih.

..............

Anda mungkin juga menyukai