Anda di halaman 1dari 13

BERSUCI DENGAN IBADAH

Disediakan oleh:

Nurul Farahin Binti Mat Sharif Nurul Syammim Binti Mohd Aslam Siti Badriah Binti Mohd Yusoff Siti Khadijah Binti Hamzah

DEFINISI
Bahasa: bersih dan terhindar daripada segala kekotoran sama ada dlm bentuk hissiah iaitu boleh dirasa/manawiyyah. Syarak: perbuatan yg apabila dilakukan akan mharuskan sembahyang didirikan/apa2 perkara yg berkaitan dgn hukum sembahyang.

Taharah batin: mensucikan jiwa daripada kekotoran dosa dan maksiat. Caranya ialah dengan bertaubat dengan sebenar-benarnya taubat. Perkara ini dilakukan dengan ikhlas, yakin, mencintai kebaikan, bersabar, jujur dan rendah diri serta sentiasa mengharapkan keredaan Allah dengan niat dan amalan soleh. Taharah zahir/lahiriah: membersihkan kotoran dan hadas . membersihkan kotoran dengan cara menghilangkan najis dengan air yang suci lagi menyucikan dari badan, tempat, dan pakaian untuk mengerjakan solat.

Iman Al-Ghazali menegaskan dalam kitab Ihya Ulumuddin bersuci itu terbahagi kepada empat tingkat iaitu:

1. Mensucikan anggota-anggota lahir daripada hadas-hadas, anasir-anasir jahat dan kelebihankelebihan yang tidak perlu. 2. Mensucikan anggota-anggota badan dari perbuatan-perbuatan salah dan dosa. 3. Mensucikan hati dari akhlak yang terkeji dan kelakuan-kelakuan yang dibenci dan terkutuk. 4. Mensucikan kebatinan dari semua perkara selain daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala, dan ini adalah cara bersuci para Nabi salawatullahi-alaihim dan juga pada Siddiqin.

HUKUM
WAJIB di atas tiap-tiap mukallaf lelaki dan perempuan. Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam Surah alAnfal, ayat 11 yang bermaksud : -" Dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan daripada langit untuk mensucikan kamu dengannya... " - "Dan pakaianmu bersihkanlah." (QS. Al-Mudatstsir: 4) Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud : -" Agama islam itu diasaskan di atas kebersihan " Wajib utk menunaikan solat, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: - "Shalat tidak akan diterima tanpa bersuci." (HR. Muslim)

Bahagian-bahagian hadas:
a) Hadas kecil (Yang membatalkan wuduk) -mengambil wuduk - Sekiranya tidak ada air untuk berwuduk hendaklah bertayammum

b)Hadas besar (Mewajibkan mandi)


Mandi wajib iaitu meratakan air ke seluruh badan dengan niat mengangkat hadas besar, jika tidak ada air hendaklah bertayammum

iaitu dengan menyapu muka dan dua tangan hingga ke siku dengan
debu tanah yang bersih

TUJUAN
Membolehkan seseorang itu menunaikan solat dan ibadah-ibadah yang lain. - Sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud: "Tidak diterima solat orang yang berhadats hingga dia berwudlu." (Muttafaq 'alaih)

Sebagai bukti bahawa Islam amat mementingkan kebersihan dan kesucian. - Ahli fiqh bersepakat mengatakan harus bersuci dengan air yang suci (mutlaq) sebagaimana firman Allah: "Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa khabar gembira dekat sebelum kedatangan rahmatNya (hujan); dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih

Allah memuji orang-orang yang bersuci - sebagaimana firman Allah yg bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang tobat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri." (QS. Al-Baqarah; 222) "Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa (masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bershalat di dalamnya. Di dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan Allah menyukai orangorang yang bersih." (QS. At-Taubah: 108)

Kelalaian membersihkan diri dari najis menjadi salah satu sebab turunnya siksa kubur. - Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud: "Sesungguhnya penghuni dua kubur ini sedang di azab. Dan tidaklah mereka berdua diazab karena suatu perkara yang besar (sulit untuk dikerjakan). Adapun orang ini, ia tidak membersihkan diri dari air kencingnya . . ." (HR. Abu Dawud, an-Nasa'i, dan Ibnu Majah dengan sanad shahih).

HIKMAH
Menjauhkan diri seseorang itu dari sebarang jangkitan kuman penyakit. Amalan-amalan tertentu yg dilakukan tidak diterima Allah. Dengan bersuci, seseorang itu sentiasa dalam keadaan bersih, sihat dan segar selalu. Membawa kepada kebersihan jiwa. Mencerminkan keperibadian seseorang itu.

Apakah kaitan bersuci dengan solat? Dapat menghindarkan diri daripada gangguan syaitan

Menjaga hati supaya khusyuk dengan solat Membersihkan rohani dan jasmani ketika hendak

solat
Bersuci adalah lambang kekuatan iman seseorang

kepada Allah

FIKIRKAN SEJENAK...

- Ibarat rumah apabila tiang sudah rosak, maka dinding dan atap hanya menunggu masa untuk runtuh bersama-sama dengan tiangnya.

RUJUKAN

http://zharifalimin.blogspot.com/2010/01/bersucidalam-ibadah.html http://www.alazim.com/masjid/infoislam/ibadat/home.htm Indahnya Hidup Bersyariat (2009), Dato Ismail Kamus & Mohd. Azrul Ab. Hamid, Telaga Biru Sdn. Bhd. Cara-cara Bersuci Dalam Islam (1998), Ustaz Hanafi Abd. Rashid, Pustaka Ilmi.

Anda mungkin juga menyukai