Anda di halaman 1dari 12

Cinta terlarang kerana Allah s.w.t...???

(sebuah cerpen)
by Jom Tutup Aurat dan jaga akhlak on Thursday, December 2, 2010 at 11:18pm

Cerpen yang mengisahkan pasangan ber"couple" Menggunakan nama islam untuk


mencapai matlamat peribadi dan akhirnya tersedar akan kesilapan mereka...baca dan
hayatilah carpen ini 

********************

“Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the
best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik yea~… -Amin, UK-”

Aku mencapai telefon tanganku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang
diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun, aku masih tertanya-tanya mengapa Amin
hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah
ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah la pakai
nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam
ni… Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku. 
Adakah dia sudah ….? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan ….

Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum
itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak
memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung samada melalui telefon, SMS,
email, YM dan juga friendster. Dan ketika itu, aku mendapat cuti seminggu dan telah
bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil
itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas
rindu la sedikit. ‘Boring’ juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun
Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh.

 
 

Di KL, aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak
ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh
berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk,
tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak, aku terpaksalah menerima sahaja
cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah
ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas
solatAsar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan
‘early dinner’ di situ.

Kemudian, satu detik yang agak ‘mengingatkan’ bagi aku adalah sewaktu kami dalam
perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku… Dia ada bertanya “Apa beza
kita dengan diaorang kat situ tu ye?” Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang
‘COUPLE’ yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah
taman. Aku tergamam sekejap.

 
 

Huh. Agak menduga, tapi ’simple’ saja. “Ala, kita ni baik sikit. Tak ada pegang-pegang.
Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sikit la pendek cerita!.”
“Hmm..” Amin hanya mengangguk-angguk. “Dalam Islam ada ke macam ni?” Amin
menduga lagi. Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku.
Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku
jawab lagi, mesti dia ‘counter’ lagi. Huh. Diam sahaja lah! “Erh, abaikan je lah. Saja je
saya tanya…” Amin cuba menyedapkan hati.

 
 

Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi
pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan
kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak
yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak ‘rasmi’ ini. Dan sejak daripada itu
dia tidak pernah langsung menelefon aku.

 
SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan
jari. Namun, aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk
jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini
sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar
melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan
dakwah. Dia juga ada berpesan – ‘Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya
Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.’

Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS
ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang
mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia
pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga
tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain.

Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang ‘playboy’ pada masa kini.Ops! Mungkin agak
kasar untuk berkata sedemikian.‘Tuuut. Tuuut…’ Nada dering SMS berbunyi. Nombor
Amin yang terpapar. “Esok free tak? Boleh kita chatting?” “Boleh… Saya free je.” jawab
aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat ’surprise.’ Aku dah agak dah, takkanlah dia
hantar SMS saja untuk ‘wish birthday’ aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih
sayang padaku. “Ok.Tq…” balasnya pula. Keesokannya, aku menanti awal dia online.
‘Tuk. Tuk. Tuk..’ Amin has signed in. Oh, tepat sungguh waktunya…
 

Amin: assalamualaikum wbt.

  Wani: wsalam…

  Amin: apa khabar? sihat? iman baik?

  Wani: alhamdulillah… sihat2..=) awak?

  Amin: alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakangan ni… tp
takpe, ok je semua

  Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the bday wish last week…

 
  Amin: welcome… tak balik. byk kerja sket tahun ni… lagi pun saya nak try bekerja…
cari duit…

  Wani: wah, rajinnya… baguslah!

Amin: hurm…

  Amin: study macam mana?

  Wani: ok je… new sem ni berat sket.. Jadual pack.

  Amin: oic…

Amin: takpe, study rajin2 ye..

  Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya…

  Amin: hurm…

Wani: apa dia? tanya la… sila2..

  Amin: 1st  of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?

  Wani: erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan ‘kawan’… tak lebih
daripada tu… tp, special sket… tiada couple-couple mcm org lain… declare pun tak kan?
 

  Wani: so, statusnya kawan je la…

  Amin: hurm…

Wani: erh, tak betul ke?

Amin: hurm.. ni opinion je la – antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram, tiada
perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri shj… yg lain2.. atas
alasan aper skali pun ia tak patut diterima.. Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga
rasanya…

  Wani: jadi…

  Amin: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah…

  Amin: sbb……

  Amin: sbb saya sedar yg semua ini adalah salah dan juga keliru…

  Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku…

  Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber’zina’…

  Amin: huh…

 
  Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya
meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat…

  Amin: kononnya Islamik…

  Amin: saya rasa cara ni tak betul… kita sbnrnya yang dah menyarungkan benda yg tak
baik ni dgn Islam… then, org nampak Islamik…

  Amin: saya rasa takde beza pun kita dgn org lain yg duk ber’couple2’ nieh..

  Amin: hurm…..

  Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah…

  Amin: demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha
Ilahi…

  Amin: sorry… sorry byk2 untuk segala apa yang telah kita buat…

  Amin: dan sorry juga sbb telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya…Amin:
andai ada jodoh, moga dipertemukan…

Astaghfirullahalazim… Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air mata


jahiliyah ku deras menitis membasahi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku
tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta
points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu,
kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi… Aku
tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja
keputusan yang dibuat oleh Amin itu.

 
Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat
ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama
ini aku telah tertipu dengan bisikan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal
dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa… Cinta hakiki hanyalah pada
Allah…

Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku
tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih
daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir
sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan
dirinya ke dalam api neraka.

Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu. Hanya Allah sahajalah
yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia
kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban
yang kupikul ini. Aku terus menjawab ringkas….

Wani: thanks & sorry too… saya terima… Alhamdulillah…

  Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga.

Wani: wassalam. Signed out

Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya.
Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika
asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan
bertazkirah, saling mengejut Qiamulali, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta
hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya…
 

AKU SEDAR YANG KAMI TELAH MEMPERGUNAKAN ISLAM UNTUK MENCAPAI


MATLAMAT PERIBADI....

Astaghfirullah.. Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan


redha-Mu.“Sayang… Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai.” Ops! Tersedar daripada
lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil
untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin. “Ya bang, Wani

turun…”Alhamdulillah… Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun
ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan ‘presentation’ kepada beliawan-
beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program ‘Belia Negara 2057’ esok. Aku
sangat bersyukur menjadi siapa diri aku sekarang ini dan aku mengharapkan belia-belia
harapan negara dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal
cinta

brought to you by : jom tutup aurat dan jaga akhlak (facebook)

                            http://www.tagged.com/jagaauratanda (tagged)
 

sumber:http://ismapenang.wordpress.com/

Anda mungkin juga menyukai