www.iLuvislam.com
oleh: umairzulkefli
Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..
Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..
Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..
Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..
Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..
Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..
Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..
******
Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ.
.
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"
Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.
"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"
"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"
"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan ra
pat biasa,tapi rapatla.."
"Bercinta ke?"
Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia
marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..
"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"
"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga
perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dik
awal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra'
, surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan
yang keji dan suatu jalan yang buruk."
"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Sa
ya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwa
ng, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."
Saya tak mahu mengalah.
"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang
batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mer
eka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka meman
dang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedan
gkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)
"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, seta
n telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpan
dangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, t
api ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus k
e dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta i
ngat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"
Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia ta
knak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pu
n setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina ju
ga bang?"
"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat
elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula,
nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap
nta tak dapat elak apabila bercouple.."
"Zina hati?" Saya menduga.
"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang
bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah
bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn meliha
t, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan.
Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berz
ina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun n
ta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."
Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada ya
ng salahnya. Kemudian dia sambung..
"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk
U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tin
ggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada
anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."
"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolo
ng mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan
saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak
dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."
Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal
benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..
"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pu
n, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam
berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali
pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna
lagi."
Saya trdiam lagi.
"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima kepu
tusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi be
rcouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekali
pun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan m
aksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."
Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya k
ena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.
"Jadi apa saya nak buat bang?"
"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibi
na itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. L
epas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."
"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan p
erempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"
"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti
ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat
group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion pa
rtner."
Tiba-tiba saya terfikir..
"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat
?"
Saya cakap..
"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ad
a kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"
Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..
"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. A
llah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaan
nya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta na
k tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pu
n ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."
Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya
clash masa tu juga.
"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Ma
cam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."
"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."
"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."
Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..
"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni A
llah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari
maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."
Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..
"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya
ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia
tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak da
h buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jo
doh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."
Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tig
gal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas bebera
pa ketika..saya tekan juga button [send].
Lepas tu tertera di skrin..
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya d
*******
Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usa
ha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah
, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dal
il.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah
semua tu..
Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah t
u ada ayat..
"Seindah gubahan pertama.."
Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasa
nya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..
"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun guba
han pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..
Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan b
ertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentu
kan..Lagi satu,
Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..
Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..
-Yang Terakhir- "
[SEND]
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Saya
Saya
Saya
Saya
Takkan..buat selama-lamanya..